"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Monday, November 29, 2010

Satu Amanah

Jejak bertapak Ezu warkah 11/29/2010 09:35:00 PM 1 kata azimat
Dengan BismilLah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya

“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”

“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”


Sunday, November 28, 2010

hanya dia...

Jejak bertapak Ezu warkah 11/28/2010 12:13:00 PM 0 kata azimat

Saturday, November 27, 2010

Keranamu...

Jejak bertapak Ezu warkah 11/27/2010 09:01:00 PM 0 kata azimat


pisang oo pisang..
petang tadi wat goreng pisang..
pasal pisang pon nak posting...
sukehati la...
watashi punye blog!
hahahah!!!!

ni namanya pisang abu....

gune pisang abu...
tu rupe pisang abu...
tapi petang tadi panas...
x syok sangat makan goreng pisang ni...


(berangan sebentar >>>> yum3x!!!! makan time ujan2 dengan air teh
bersama dia, memang la sangat menggembirakan!)

tapi dia x de...
x pe2...
kalo x nanti, habis goreng pisang tu...
ahahaha


ni kegemaran dia...

apabile sesuatu tu menjadi kegemaran dia,
watashi akan cube belajar untuk buat...
walaupon tau buat, tapi nak buat lagi biar sedap!

menghadapi hari2 getir yang mendatang,
moga dia cukup bersabar dengan karenah watashi.
yang x pandai masak
yang x pandai mengemas
yang x pandai membasuh
dan yang x pandai segala2nya....
takot2x!

berkongsi serba sedikit apa itu kelebihan pisang....
  1. Darah tinggi & strok - membantu menurunkan tekanan darah tinggi krn kandungan potasiumnya yang tinggi.
  2. Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
  3. Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  4. Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  5. Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  6. Pening-pening - minum susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu.

rumah watashi nanti bakal dikelilingi kebun pisang....
petang2 balik opis p kebun pisang dlu untuk wat cekodok pisang.... hahahaha
bayangkan.......



Thursday, November 25, 2010

nasi tu malang

Jejak bertapak Ezu warkah 11/25/2010 09:31:00 PM 1 kata azimat
basi????

habis???

tikus makan???

semut makan???

orang kaya kan? beli je buang. takyah makan....
elok la...

amalkan selalu, nanti rezeki mahal...

pasni takkan buat lagi dah...
sedekah yang tak dihargai...

esok,kalo ada atas pantry, tahniah buat ezukama!!

beli untuk dia, dia bleh plak x amik. gaduh, gaduh la. nasik tu jadi mangsa watpe. erghhhh!!!!

Belum terpisah

Jejak bertapak Ezu warkah 11/25/2010 08:35:00 PM 0 kata azimat
Ku bukan seorang pembohong
Ku wanita biasa
Ku tak maksud menyakitimu
Kau yang menunggu lama

Maaf
maafkanlah aku
Ku tak maksud menghentikan langkahmu
Untuk masuk ke hidupku

Jangan engkau lupa masa-masa indah kita berdua

Jangan paksakan kita untuk
Slalu bersama
Jangan paksakan kita untuk
Slalu mencinta

tubuh dalam emosi
tak bisa bersembunyi
aku dan nafasku
merindukanmu

Melamar mesra, mengusik jiwa
Mengguris rintih membujuk kasih
Menjaring rindu mengintai waktu
Kala cinta belum terpisah

^(~_~)^

Jejak bertapak Ezu warkah 11/25/2010 03:11:00 PM 0 kata azimat
Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu

Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku

Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu

Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas
Tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku
************************************************

kenapa nak marah watashi?
kenapa?
selama ni watashi posting ape2 kat FB, memang ada yang mempertikai.
kenapa yang tu jadi isu?
kenapa nak bising2?

kenapa persoalkan plak orang2 tu?
memang ada dia,dia,dia dan dia antara kita!
so!
^(~_~)^

yelah, mungkin watashi harus menjadi macam tu jugak.
mesej orang2 lama setiap minggu,
bertanya kabar, menyulam rindu dan beramah mesra!

Monday, November 22, 2010

Cuti2 Seremban!

Jejak bertapak Ezu warkah 11/22/2010 05:40:00 PM 0 kata azimat
lebih kurang 48 jam di sisi mereka....

bahagia!

tenang!

seronok!

ajun, kak ezai n kak djah! always misz u!

ajun yang dengan BARNEY dia...melayan karenah dia ke walimah abang barney dia... hahah...x leh handle la... ape2 pon ajun, ape yang terjadi...ada yang terbaik.... kerja tu, ajun kene usaha...tapi, mesti Allah da buat sesuatu untuk ajun... jangan la cakap kite takkan berjumpe...sedih plak hati ni...

kak ezai yang tengah sarat...moga baby tu dalam keadaan sihat...dia dia lahir same tarikh dengan ajun...18/1...kalo dia nak kuar awal, cakap kat baby suruh tunggu! hahaha...
sabar la kak ezai....jangan mudah melafaz kata yang x sedap didengar...masih banyak lagi kenangan terindah yang belum tercipta diantara kalian.... moga tabah...

kak djah yang baru pregnant! tahniah2! masing2 da nak menimang cahaya mata.... sabar la kak djah...kat mana2 tempat kerja, memang ade pengadu domba ni...sabarlah...kerana kite bukan orang yang sebegitu... bercerita kerana membuat pengaduan awam....bukan memburukkan sebelah pihak....

banyak pengaduan awam yang kita buat,,,dah terlalu lame x jumpe, rindu sangat....

sedikit email dari ajun...

Assalamualaikum.

Menemui adinda-adinda yang ajun sayangi.

Ezu & Ezai,

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ajun pada wiken yang lepas.

Sungguh, hatiku gembira. Dapat berjumpa teman2 lama. Daa lama kita xjumpa. borak2. lepak2. mengadu domba. opsss.. ayat sensitip. hahaha...

Ezu, chaiyok! ajun tau ezu mampu hadapi 27, 41 n 44. insyaAllah, kebenaran ada bersamamu. walopun xtau bila yang benar akan kehadapan, namun bersabarlah sayang..

Ezai, tenang yea. itulah rempah ratus umahtangga. ada suka.. ada sebaliknya. namun, ajun tgk ezai udah bleh menghadapi sikap2 a.k tuh.. sekali lagi, sabarlah sayang..

lagu ni untuk korang, http://www.youtube.com/watch?v=I6jfyT2LIYQ

ni plak liriknya..



dan ini, di bawah ni.....gambar ape?

ni gambar untuk cite boys over flowers! yang watashi tengok dengan ajun! ahhha...gile la tengok cite ni! hensem la jun-pyo vs jan-di! hahah...suke2! tapi x habis tengok. ade ke patut dapat tengok cite ni 10/25 cd je! erghhhh!!!! geram2! xpe2...nanti sambung lagi! hahaha

perghhhh...dapat pakwe romantik macam jun-pyo ni, selamat hidup watashi! hahaha...dapat yang macam ji-hoo pon ok...sentiasa ade bile time2 darurat... best2! hahaha...

dan alkisah sebenar,
watashi cuti hari ni...demam...ermmmm...plus malas... memang la x p keje...
wah2! syok x p keje!!!
tapi esok keje balik!
ahhhh!!
mental disorder!
watashi nak gila!!!!
watashi nak berhenti kerja!!!!

hari pon diaorang berdua cuti gak cz dia n anak dia demam!...huhu..
nape kite sehati sejiwa!!!!!
x mo la!

sebenarnye bile bersama-sama kawan2 watashi yang ni, watashi rasa minda watashi berkembang semula. banyak info luar yang watashi dapat... mungkin kerana watashi berkawan dengan orang yang ade fikrah terbaik, ada didikan agama yang elok...dan juga akhlak yang terpuji...

tapi bile kat opis, otak watashi tepu! sejak mula masuk kerja dlu..nape ye???
terus terang watashi katakan, kat opis hanya ade sifat iri hati dan suke menceritakan hal orang lain...biar baik macam mana pon, kite akan di umpat! itu lah yang terjadi! walaupon masing berada dalah bidang syariah! erghhhhh! stupid!

Wednesday, November 17, 2010

U r mine...

Jejak bertapak Ezu warkah 11/17/2010 09:26:00 PM 2 kata azimat

dedikasi khas untuk someone...


credit to u...

Salam Eiduladha (",)

Jejak bertapak Ezu warkah 11/17/2010 10:39:00 AM 0 kata azimat
salam eiduladha kepada semua umat islam seluruh dunia..

teristimewa untuk ibu & abah tersayang,
tak balik raya ni...kejap sangat cuti...=(
hiba pulak rasanya...
tapi da pernah terjadi balik ke tempat study time takbir raya berkumandang...

teman2 di kampung sabak bernam,
selamat berhari raya korban....
moga happy2 di samping keluarga tersayang...

teman2 seperjuangan di UTMKL
moga tabah dan sabar dalam menghadapi arus kehidupan yang serba mencabar ini..

sanak saudara di N9 ni...
terima kasih kerana mengubati kesepian hati ini...

dan tak lupa kepada someone
syukran krn banyak memberi semangat dan dorongan pada diri ini...

# menu di rumah nenek ;
mee goreng = made by makcik ana
teh = made by mak ngah
teh o = made by watashi
nasi himpit n rendang ayam = made by makteh
lemang = buy from paksu
lepat pisang = made by watashi
& d special menu is rendang itik = made by nenek!!!

salam iduladha n selamat berkorban...
tapi jangan sampai terkorban.

Tuesday, November 16, 2010

Burung Walit

Jejak bertapak Ezu warkah 11/16/2010 01:48:00 PM 0 kata azimat
info yang telah lama diperoleh dari paksu pula..
burung walit aka layang2...
nampaknya perusahaan ini pon mendapat reaksi yang hebat dimata paksu!

  • perusahan ini yang mendapat sokongan dan latihan penuh dari Jab. Vaterinar Msia dan kerajaan tempatan
  • mendapat modal pinjaman daripada bank tempatan
  • permintaan yang melebihi penawaran.

kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut klik disini

watahi teruja sebenarnye tengok benda2 ni....
tapi pelaksanaannya, entah la... hhahaha

untuk paksu, moga berjaya!

Dasyat tol posting ni..rating blog ni tinggi jadinye!

Jejak bertapak Ezu warkah 11/16/2010 12:47:00 PM 0 kata azimat
info ni baru dapat dari pakben!
watashi pon teruja.
apakah pakben ingin menjadi pengusaha CICAK TOKEK???

agak menggelikan dan menyeramkan...
lihatlah CICAK TOKEK dibawah

cicak tokek
  • Tokek yang dalam bahasa Inggeris : Tokay Gecko atau Tucktoo
  • sejenis cicak tetapi tubuhnya lebih besar
  • pemangsa aneka serangga dan tikus kecil,
  • mempunyai khasiat dan diyakini masyarakat dapat menyembuhkan penyakit gatal pada kulit. Selain daging, darah dan empedu tokek juga diyakini boleh menjadi ubat.
  • berfungsi dapat mengubati AIDS yang terletak pada lidahnya.
  • Namun, sampai saat ini memang belum ada bukti khusus mengenai hal ini tetapi banyak masyarakat yang mempercayainya.
  • harga bagi seekor cicak tersebut di pasaran boleh mencapai RM3 juta / 500 gram.

kepada yang berminat untuk memelihara haiwan exsotik ini aka bakal jutawan, bolehlah dapatkan sebelum pupus.

sebenarnya watashi teruja dengan kehebatan haiwan ini!
menggelikan.
tetapi, siapa tahu, selepas kajian saintifik mengesahkan keajaibannya untuk menyembuhkan AIDS/HIV maka, sembuhlah pesakit2 yang sengaja mencari penyakit itu...

untuk melihat gambar2 cicak tokek, klik di sini

dan bolehlah melayari web2 berkaitan. antaranya di sini

Monday, November 15, 2010

Kamu, kamu, Kamu...

Jejak bertapak Ezu warkah 11/15/2010 03:15:00 PM 0 kata azimat

Sunday, November 14, 2010

(-_-~~~~

Jejak bertapak Ezu warkah 11/14/2010 08:22:00 PM 0 kata azimat



sungguh...
keadaan ku tak seperti yang dilihat...

aku hilang segalanya...
maruahku dipijak,
sikapku dipersoal,
hidupku dikawal....

ya Allah,
andai mereka yang aku anaiya,
kau berikan balasan Mu pada ku...

tapi,
seandainya aku yang teranaiya...
kau berikan lah yang terbaik buat mereka...
bersihkanlah kembali namaku,
jernihkanlah semula hubungan kami...
walau pada hakikatnya aku yang bersalah...
dan walau hakikatnya aku telah tawar hati dan tiada semangat untuk bekerja!

tapi kenapa???
aku sudah mohon maaf...
apa lagi?
apa lagi yang ingin mereka lakukan?
tak cukupkah dengan menghina aku?
tak cukupkah menggadai maruah aku pada yang lain?
sehingga aku diugut sedemikian rupa...

ya Allah...
bantulah aku dalam menghadapi masalah ini...
kami mencari rezeki bersama..
kami ada tanggungan kami...

tapi kekuasaan dia dalam memperlakukan aku sebegitu,
aku tak boleh terima...
aku bukan pengadu domba!
aku bukan kurang ajar!
aku bukan menyusahkan hidup mereka!

kerja aku?
aku x tau apa yang telah mereka lihat.
tapi, kerja aku, aku buat!
hinakah aku berada dalam kedudukan 17????
selama ini, aku diam sahaja.

malas membuka sebarang bicara..
tapi mengapa diamku,
aku dipijak???
besar sangatkah mereka?
ye... aku sedar...

hanya kerana perubahan fail
hanya kerana kesalahfahaman
hanya kerana seseorang yang bekerja sendiri
dan hanya kerana keegoan masing2!

lepas ni aku akan ;
  • membiarkan orang mengarah aku sesuka hati,
  • menghantar masa ikot dateline,
  • merendah diri pada mereka,
  • memaniskan muka pada mereka,
  • tidak mengangkat kening apabila bercakap dengan mereka,
  • tidak mengangkat suara apabila bercakap dengan mereka,
  • tidak bermain mesej apabila berhadapan dengan mereka,
  • tidak akan pernah untuk percaya kepada sesiapa lagi!!!

aku? hanya 17 yang mempunyai masalah disiplin dan tidak menghormati orang lain.
oleh kerana periuk nasik aku dikawal oleh mereka, aku akan menjadi talam 2 muka!
inilah bahana apabila 17 (2 org) 27 (2 org) 41 (1 org) dan 44 (1 org) ==> kerana semuanya PEREMPUAN!
emosi lebih, masing2 menunjukkan kekuasaan masing2, kerja lingkup!

Kepada yang Obses!

Jejak bertapak Ezu warkah 11/14/2010 07:47:00 PM 0 kata azimat
copy dari Layar Minda



Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :


1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!


2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?


3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!


4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.


7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!


8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!


Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.


Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!


10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah



Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi

Disampaikan oleh seorang sahabat.....Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dia nak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa

cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci

toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,


layari juga artikle ini.

Monday, November 08, 2010

Tabiat rosakkan otak.

Jejak bertapak Ezu warkah 11/08/2010 08:56:00 PM 0 kata azimat

Tidak mengambil sarapan pagi

  • Paras gula dalam darah akan menjadi rendah.
  • Mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak.
  • Menjadikannya kurang aktif.
  • Sebenarnya, watashi akan lapar time pagi2 dan sangat2 memerlukan sarapan pagi.

Pencemaran udara

  • Menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
  • Kecantikan watashi pula akan hilang, kulit kering dan hitam macam kene panggang walaupon memang da sedia hitam!


Terlebih tidur

  • Masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
  • tidur adalah satu nikmat sebenarnye! syok tol kalo malam hujan bawak ke pagi.......



Perokok

  • Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar
  • Boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
  • Ermmm, kalo rase nak mati cepati, buat sensorang...jangan ajak watashi mati sekali..

Menutup muka ketika tidur

  • Otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen.
  • Kerosakan kepada otak.
  • Syok sebenarnye...lena sampai ke pagi...x dengar ape yang jadi...

Jarang berfikir

  • Otak kita ( bukan watashi yang pentingnye) kurang aktif. hahahha...Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
  • Takyah pikir sangat. elok2 sihat, terus dapat migrain.~~~


Terlebih makan

  • Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
  • lagi satu, pemalas wat keje! memang nak kene sekeh! membuta je taunye!



Penggunaan gula yang berlebihan

  • Mengganggu penyerapan protein dan nutrisi.
  • Mengganggu perkembangan otak yang sihat.
  • bukan berlebihan...harga gula mahal, gule plak da kurang manis...tu yang gule cepat habis...hahahah..alasan...


Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

  • Mengurangkan keberkesanan otak
  • Kerosakan kepada sel-sel otak.
  • Adalah lebih baik tidor....

Kurang berimiginasi

  • Tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
  • Errr....nak yang camne tu????

watashi ni...ade je yang nak diblamenye...
macam bagus sangat!
hahhaha
memang watashi bagus pon....keh3...
puji diri sendiri yang x betol....
x pe...
blog watashi...
hahhaaha...

Geramnye!!!

Jejak bertapak Ezu warkah 11/08/2010 04:55:00 PM 0 kata azimat
Someone:nak sy blanje ke awak yg blanje?
Sometwo: awk le blanje, sy blnja pn xde hal wit kutu br dpt! Horay!



waaaaaaaaa...
kenape ni ezukama!!!!!!!
no point la nak jeles!!!!
tolong la!!!!!!

Sunday, November 07, 2010

Tahniah kak nani... =)

Jejak bertapak Ezu warkah 11/07/2010 04:02:00 PM 0 kata azimat
Muhammad Nurwaqiudin Bin Gasali


lahir pada 30/10/2010

watashi dapat MMS dari kak nani selepas 2 hari kak nani bersalin. melompat2 watashi tengok gambar anak dia.

setiap hari terpikir, kak nani da bersalin lom...nak mesej takot mengganggu di saat2 kritikal ni. tapi, alhamdulillah...akhir nye...
itulah dia buah cinta kak nani... =)


tarikh keramat 10/01/10

tahniah kepada kekanda Rosnani Bt Ustaz & Gasali Ramli atas kelahiran putera beliau...
tak sampai setahun pernikahan, permata hati telah menjelama menyinari kehidupan mereka..
tahniah sekali lagi... =)

muka waqiudin macam orang sabah..mentang2 ayah dia, orang sabah...hahhaha

kak nani, kalo ade kelapangan, watashi akan p ke kluang melawat akak ye...
tapi bukan sekarang kot...

sekali lagi tahniah!!!!!

Saturday, November 06, 2010

Cantik kot!

Jejak bertapak Ezu warkah 11/06/2010 08:30:00 PM 1 kata azimat
Bio-Essence Radiant Youth Essence (with ATP)
40ml / 1.35 fl oz
RM59.99=/promosi (3 minggu yang lalu, time gaji keluar)

@@Bersifat anti-oksidan untuk mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas sel-sel kulit yang menyebabkan penuaan.

@@Memelihara kulit dengan bahan-bahan herba dan mineral untuk kulit lebih halus, halus dan berseri.

@@Kelembapan untuk mengurangkan garis-garis halus dan kerutan akibat kulit kering.

@@Molekul halus menembusi jauh ke dalam kulit untuk membolehkan penyerapan cepat.

Apakah Adenosin trifosfat (ATP)?
ATP menyediakan sumber tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan mikro sirkulasi berkesan untuk memperbaharui dan memperbaiki sel-sel kulit. Molekul halus cepat menembusi ke dalam sel-sel kulit untuk
mencegah garis-garis halus dan kerutan, memperbaiki tekstur kulit, merawat kulit kering dan kusam.



Mengapakah artikel kecantikan ini disebut2 watashi kali ini?
obses dengan cantik n kulit lebih halus dan mulus ke watashi sekarang?
wahahahah...
jawapannya, 75% adalah ya!
kerana.......
kerana hasil PLKN,
kulit muka watashi jadi kusam dan lebih bagus lagi adalah SUNBURN!
diulangi,
SUNBURN!
SUNBURN!
SUNBURN!

warggggggghhhhhhhhh.............
baru 2 minggu dok sana, watashi da macam orang laut kene panggang dengan matahari!

lihat! lihat lah dunia! watashi yang baru 2 minggu di sana!!!!

berbekalkan duit gaji yang masih lagi banyak masa tu, dan kebetulan baru dikeluarkan,dan dengan semangat nak memperbaiki muka ni,
maka dengan itu, dengan rasminya m terbang melayanglah RM59.99 watashi sekelip mata!


inilah hasilnya sebelom pakai produk tu! hhahahaha...

gambar yang akan ditunjukkan someone pada mak ayahnye n adik nye...
post ala2 gedik je tu... nak tunjuk muka lepas pakai produk tu, nanti lah...tapi sangat berkesan...
sangat bangus!..x sia-sia RM59.99 tu melayang...

err....sebenarnye nak beli bio oil, tapi tibe2 bio oil tu jadi macam power ranges plak..bertukar! jadi benda yang yang paling kuat (mahal, tapi berbaloi2) hahahah...

dan pada someone tu, RM59.99 tu lebih murah dari RM300.00 =P

Friday, November 05, 2010

Engkau takkan penah tahu... (><)

Jejak bertapak Ezu warkah 11/05/2010 04:33:00 PM 0 kata azimat
pada someone,
watashi yakin,
engkau x pernah tau...

engkau x pernah tau apa yang ada di hati ni,
sejak dulu...

salam sayang yang terindah
untuk dirimu,
kasihku...

Lembutkan hatiku...

Jejak bertapak Ezu warkah 11/05/2010 04:24:00 PM 0 kata azimat


Ya Allah..
Lapangkanlah dadaku,
Selapang langit biru itu..
Lembutkanlah hatiku,
Selembut bayu yang berlalu..
Tenangkanlah hatiku,
Setenang dan sehijau rumput itu..
Teguhkan imanku,
Seteguh gunung yang Engkau ciptakan..


”Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung”

At Taubah:129
 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review