"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Tuesday, September 27, 2011

u r tOO Rude!!

Jejak bertapak Ezu warkah 9/27/2011 08:52:00 PM 0 kata azimat
27-28 Sept 2011..
watashi ada bengkel..Bengkel Pengurusan dan Pengawasan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Bersama Spa.. x de gambar..terlupa nak amik..dari jabatan watashi ada 4 wakil..best2..macam2 ragam ade...tapi, sekurang2nya, bertambah ilmu pengetahuan watashi kalo jaga periksa lepas ni..

cume hari ni, best sikit..wat trial camne nak jawab soalan dan jaga periksa..makan pon seperti biasela..makan kat hotel..ape la sedapnye..sedap lagi nenek watashi masak..hahhaha..

kononnya nak p jamuan raya pas habis bengkel kat jempol.. CC la..dari semalam, jadi la, x jadi la.. lastnye, tak jadi..watashi dah tepon dah orang sana nak datang.. memang sume nak pegi pagi tadi.. tapi, dah makan, sume x nak pegi.. watashi dah merajuk2 dah.. dah tarik2 muka dah.. sampai la balik opis..
http://matcuoi.com

sampai opis, muka watashi masam 10 depa..geram2!!! tapi orang jempol dah cakap nak tapaukan.. watashi p sana bukan nak makan sangat.. tapi dah lama x jumpa orang sana.. nak jengok2, sambil manja2.. watashi akui, watashi seorang yang manja.. hurmm... hhahah.. makcik ani kata nak bagi kat azri.. terus watashi cakap, bagi kat sapik.. huish! x hingin watashi terima dari dia!

tapi nak jadi cerita, (mari mengumpat dan mengata!!!)
tengah watashi dok kat pantry tu dengan muka bak mulut itik, dia entah camne tau watashi kat pantry tu, terus je cakap dengan watashi.. kebetulan watashi tengah menoleh ke pintu, terus watashi palingkan badan ke depan.. ingat cakap dengan siapa.. rupenye watashi???
"sapa kat atas naik zu" (sila baca tanpa ade nada bacaan)
"hah??naik zu??"
"ade bungus sekali untuk budak BSK"
"ape bendanya??"

terus akak tu sound aku..
"dia apehal?nak marah2?? dia gaduh dengan ko, dia nak babitkan aku nape?"
"sape marah?"
"dia la..aku tanya naik ape..naik zu..kalo nak cakap, cakap la betol2.."
"cam ne dia marah?"
"dia buat muka kurang ajar dengan aku apesal! (muka bosaan sangat2 dengan pertanyaan)
kalo nak cakap, cakap polite sikit, bukan kurang ajar macam tu!"
"dia tu, sejak kapel dengan budak2, perangai makin x matang.. dah tau dia xleh nak cakap dengan zu elok2,x yah cakap.. tapi nak gak cakap.."
"entah"
"macam bagus je. .berlagak sekarang ni..'
"hormat la sikit cakap dengan orang tua.."

hah.. lantak ko.. aku yang dah memang angin puting beliung dari tadi, memang bertambah angin la.. rasa nak penampar je muka kurang ajar dia tu!

beragak2 la nak cakap dengan orang tua! jangan la buat sume orang tu, sama baya dengan ko! dah kapel dengan budak2, makin elok la perangai tu.. ni tak, makin hampeh! makin berlagak! makin x sedar diri! makin lupa daratan!
ko gaduh dengan aku, dah tau, ko x leh cakap dengan aku, aku x leh cakap dengan ko, ko x payah buang air liur nak cakap dengan aku!!! dan x perlu ko nak buat muka dan berkurang ajar dengan orang lain!!!!!!

cube jadi jantan cerdik sikit! bukan jantan bangang nak mampos! sampai bila pon x kemana!!!!

beradap la cakap dengan orang tua.. ke nak kene masuk sekolah semula belajar pendidikan moral?? sebab, kalo belajar pend. agama islam, ko dah terlebih expert.. tu yang jadi tua x sedar diri!!! http://matcuoi.com

aku memang hangin je dengan ko ni! habis sume keje audit ko, x kan aku nak nak kene buat?? aku memang x nak tanya pasal audit tu walaupon tn.abu tanya aku! ko buat la.. kemain ramai juruaudit tu, buat la.. ko bukan ade keje pon, kan! asyik2 game, FB, MU, mesej.! apa, ingat aku x tau ape keje yang ko sibok sangat tu!!! buat je lah! tak yah nak bagi aku pasni..aku S/U je tau..bukan kuli audit ko! aku x de masa! belambak lagi keje aku yang x satel! boleh jalan la dengan audit ko tu!

hah! aku dah merepek2 ni! marah ni dah x gune watashi dah! aku ko je!http://matcuoi.com

Saturday, September 24, 2011

Hurt to Me!!

Jejak bertapak Ezu warkah 9/24/2011 09:19:00 PM 0 kata azimat

Seperti yang diketahui, seseorang yang agak rapat apabila bercinta dan putus hati, tak mampu untuk menjadi sahabat semula..kecuali hati benar2 seteguh besi.

mengutusi hari2 mendatang dengan rasa kesepian...sesepi alam di lembah Arizona..

terkadang berteman pilu dihati..sepilu koyakan kulit antara jasad dan roh..

menjentik kabus kesuraman jiwa dengan zikir dan doa

terdetik masa untuk mengakhiri segalanya..

tersenyum hambar melewati kenangan lalu..

bangkit dengan kepayahan..menterjah segala kepayahan mengubati cedera cinta..

andai dahulu masa yang panjang, kali ini 2 minggu kecederaan terubat..

tapi, kecederaan kali ini entah mengapa terlalu sulit untuk diubati..

melepaskan seseorang amat mudah daripada membuang segala memori yang pernah tercipta..dia telah pergi, tapi kenangan yang tertinggal..moga kebekuan ini memadamkan segalanya..

# nafas ditarik sepanjangnya#

merangkak untuk bangun, bertatih untuk terus berjalan..

berlari untuk menjauhi dari segalanya...

dan aku terus beku dari apa yang dikatakan..terus mempasifkan diri dengan keadaan yang akan berlaku..mengeraskan kepala dengan impian dan angan yang berkecai..

ahhh...terlalu lembutkah hati sehingga mengingati bayangan yang telah rapuh?

Terlalu istimewakah dia sehingga dunia ini umpama kiamat?

Dan terlalu apakah dia sehingga mata hati umpama tertutup untuk yang lain?

Dan aku tak mampu semua itu..walau terkadang hati ingin mengalah, walau terkadang hati ingin kembali seperti sediakala, tapi hati ini mengingkari..walau hati ini telah lelah!!!

Tapi, untuk apa aku masih mengungkit cinta lama..sampai bilakah harus aku ulang dan ulang lagi kekecewaan dihati..sedang buktinya, memang dia tidak penah menganggap aku sebahagian daripadanya..malah kehadiran aku menyusahkan!!!

Berbahagialah dengan kehancuran ini wahai diri..terkadang, dia perlu membuatkan kita kecewa kerana dia memberi peluang kepada kita untuk mendapat yang lebih baik lagi..

Ya, cinta itu tak boleh dipaksa hadirnya dan tak boleh dihalang pemergiannya.. kalau itu bahagia padanya, aku juga layak untuk bahagia..dan, seandainya cinta itu terjadi padaku, moga aku terus menghormatinya dan tidak mempermainkan perasaannya umpama cinta aku dipermainkan..

Ingin aku ulang dan ulang sehingga berjuta kali walau kemaafan ini masih diawangan..benar dia bukan jodoh aku..tapi jalan dia untuk mendapatkan cinta itu terlalu kejam!!! Sekejam pemilik hati yang dia ingin miliki!!! Melatakah makhluk seperti itu??? Macam sangat sial!!

Ezukama...pasrah, redha, sabar!!! Untuk apa lagi..seandainya termeterai ikatan pernikahan antara mereka, engkau tiada hak untuk mengungkit..malah, engkau tidak ada hak untuk mempersoalkan kejadian yang berlaku...saat itu, dia miliknya! Maka, redhalah dari sekarang!

Sudah2lah mengingati dia..tiada kebahagian dengannya..carilah kembali hatimu yang hilang..cantumkan kembali luka yang tersiat..ada bahagia yang sedang menunggu..

“Cinta itu milik Allah, andai dianugerahkan pada kita, semua jalan akan jadi mudah dan teratur..maka, biarkan dia yang bukan anugerah kita, untuk mendapatkan cinta itu..”

Friday, September 23, 2011

Celebrated my Besday!

Jejak bertapak Ezu warkah 9/23/2011 07:57:00 PM 0 kata azimat
tadikan ade orang belanje watashi mcD..gcb lagi u...hehehee..
best2!!!

katanye untuk celebrate besday watashi time bulan pose hari tu..hahaha..
mekasih2...

sambil2 makan, bukak gosip..
biase la..
gosip2 opis ni, kene bukak jauh2 dari makhluk2 putar belit atau makhluk2 pereport! hahahah

patut la hari rabu hari tu sebok tanye nk p mana jumaat ni...
watashi cakap, membuta je la..nak wat pe lagi..hahhaa..
dioarang nak ajak makan..tanye nak makan kat mana..ke nak p karok..hahaha..
jawapan watashi, makan KFC kat bilik karok..bengkak je depa..hahah

semalam watashi cuti, dah sibok tepon tanye hari ni cuti ke x..tu je..
tanye watashi kat mana la..dan paling penting, gosip x lupe walaupon sikit..
hahaha.. watashi memang x bagitau diorang watashi p mana..malas.. tpi diorang tau jugak..
simpan dalam mana pon, kalo nama sahabat tu, x leh tipu..hehehe..

so.. hari ni, sebenarnye dalam dilema..ada yang ajak p jamuan raya kat pilah..
dah janji dah nak p..cz dengan depa ni, x janji ape pon..cz macam x konfom..
tapi watashi pikir balik, baiklah watashi p bergonjeng dengan depa, dari p pilah..atas sebab yang memang ramai tau..hahah

hahah..apepon tQ pada kak shida n kak faizah kerana telah menghabiskan duit diorng belanja watashi pada hari ini...
mekasih banyak2..
moga allah memurahkan rezeki sahabat2 dan mempercepatkan jodoh kite..amin.. =)


Thursday, September 22, 2011

Rubbish!!!

Jejak bertapak Ezu warkah 9/22/2011 09:21:00 PM 0 kata azimat
malam ni rasa nak jiwang2..
jiwang2 rase nak nangis..lepas nangis ni, tido..
jom2...
hahaha
######################################################

Aku terluka
Ku sangka tak mungkin terjadi sekali lagi
Dulu kau kata
Tak mungkin aku kan kecewa
Hatiku akan kau jaga

Pernah ku sangka
Inilah cinta yang terindah dalam sejarah
Apakan daya aku yang menanti pelangi
Mengharap engkau yang pasti

Dan aku menangis lagi
Kecewa untuk kesekian kalinya
Dan kisah cinta yg luar biasa
Habis kau ragut semua
Kejam dirimu

Aku kecewa pedih
Tak mungkin dapat kau faham sakitnya
Kata-katamu lah punca segala
Cinta kita kau persenda
Pergi kau pergi
Tinggalkan aku menangis lagi

Apakan daya
Aku si bodoh yang percaya kata-katamu
Puas didepan mata
Terbukti engkau lah pendusta
Bagimu hatiku tiada makna

Dari sisa sisa kisah kita berdua
Tak pernah ada persefahaman
Walau dalam cinta
Tiada guna penyesalan
Jangan berdusta
Usah menafikannya
Ini kesudahannya

Tangisan air mata
Tak bererti lagi

Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya

Dari sisa sisa kisah kita berdua
Tiada pernah ku sangka
Akhirnya begini
Usah kau coba merayu berkata dusta
Jangan pura cinta padaku
Meminta ku kembali

Belajarlah...

Jejak bertapak Ezu warkah 9/22/2011 05:22:00 PM 0 kata azimat

=)
mulakan posting ini dengan senyuman...
hahaha..

hari ni cuti...
kerana menghantar seseorang ke usim..
seseorang???
hahaha..
adik watashi...

seseorang ni la yang watasi pernah posting, bahawa dia menggembirakan hari watashi..
hehehe

alhamdulillah..
dapat gak dia future study..
x de la dia kawen awal dari watashi..
hahaha..
ye la, dia da ade pakwe..
da berangan nak kawen sebab dia malas nak keje..
watashi pon asyik pikir je pasal dia..
stam dah ok..x kan la nak bergantung hidup dengan stam je..
huhuhu..

ye la..event watashi ada diploma pon, hidup watashi bergantung dengan sijil spm je..
dah la belajar lain, keje pon lain..
pening kepalo..

kalo dia ni, kire ok la..
pakcik2 watashi dah gelakkan watashi,
pasni, kalo keje, dia mesti kat serembn jugak, kak ika kerani, dia pegawai..
ayoyo..
menyirap je watashi dengar..
keje tempat lain la..

ok la..
ape2 pon rezeki masing2..
hari tu, beli barang2 dia terbang la RM150
tadi terbang RM300
pastu bagi ibu plak RM200
kayanye watashi kan!!!
hahaha...berkat saving kawen x jadi...hahahahha..
bagus2...ade hikmah yang paling baik sebenarnya..

so,
esok keje..
keje la macam biasa..
pengsan!

Tuesday, September 20, 2011

Terima Aje

Jejak bertapak Ezu warkah 9/20/2011 08:51:00 PM 0 kata azimat
watashi jatuh untuk kali ke dua..
bile???
ahad malam selasa..

luka lama berdarah kembali..
akhirnya..
dua2 lutut luka..
yang dah sedia tersiat tambah tersiat..
hadoiii...

kali ni jatuh terdiam..
cz kene yang sakit tu..
tambah lagi sebelah..
lasnte cakap dengan makngah...
sakit..."
"kenape kak?? .................. la... luka! bile jatuh?? amik minyak gamat"
nak nangis dah time tu..
hahahaa..
nenek yang tengah tido pon, bangun..
terus tanya..
"hahaha..berangan ke apo??"
"mana de berangan..nak basuh kuali..."
"hahaha..biase lah tu kak..."

nenek watashi puas menggelakkan watashi malam tu..
dari malam tu, sampai la watashi nak p keje dia gelakkan watashi jalan terjengkot2..

huhuhu..nak solat sampai berlunjur..jalan pon dah macam orang pregnent..
nak duduk pon macam orang pas operate lutut..hahahha...
Allah...baru tau nazaknye jadi orang sakit ni..
jatuh sendiri je pon...tapi, macam jatuh moto...
hurmmm..

pe kene ye...
tetibe jadi sedih kene camni...
hurmmm...
i need someone, whos caring me..
make my day so happy..
but...
hurmmm...

apalah dayaku...aku hanya insan biasa...
hanya menjadi persinggahan nafsu seorang manusia...

tuhan ku..
tibe2 aku sedih!
BODOH nya rasa ni!!!!!!

Sunday, September 18, 2011

Back to Being Me

Jejak bertapak Ezu warkah 9/18/2011 11:28:00 AM 2 kata azimat
my heart i filled u..
u got me..
oh...

hahaha...
well...
kembali kepada diri watashi yang normal..
im back!!!!

sejak seminggu ni, selera makan watashi semakin menjadi2..
kenape ye??
aduh2..
mau besar lagi kah???

3 bulan yang dlu, makan x bleh, nak muntah..
bau makanan pon x bleh, nak muntah...
pregnent ke???
hahahahahahahah!!!

tido pon x boleh...
dah macam kene skizofrenia time tu!
seksa segala2nya!

Allah je yang tau mcam mana hati ni meratap..
walhal putus cinta je pon..
bukan ape pon..
hahhaha..

yela..orang kata, sayang kan...cinta..
berangan nak kawen dah..
dah mengintai2 cara2 nak buat hantaran dan calculate sume belanja dan saving..
lastnye hampeh..
watashi la lebih2..
dia rilex je..
rupenye ade gajah sebalik hutan!
hahaha

sudah2..
x mo lagi dah maki2 dia..
lantak dia...dah x de ape pon..
bebas!!! yahoooo!!!!!!!!!!!
watashi bahagia dengan hidup watashi sekarang!!!!

sebab tu asyik nak makan je kot!
hahhahaha...

cume
4 hari lepas, mood agak spoil..

dialog sewaktu nak balik.
"ko sayang dia lagi ke???"hah! sudah, pesal soalan tu yang keluar..
"tak."
"yeke?"
"apa yang zu cakap, itu lah dalam hati zu..zu x pernah tipu dengan apa yang zu cakap"

dialog sewaktu lunch dengan dato', kak pie,kak aisyah, n kak leha.
"ape2 nanti ajak atok"
"x kot"
"eh. bukan hari tu macam tu ke?"
"dia da ade pempuan lain" pastu aku gelak berdekah2..hahhahaha
"ooohhh"
"budak mana?"
"perak"
"camne kenal?"
"lepas dia memang nasyid hari tu..1group nasyid dari UM tu mintak diorang jadi traineer..jatuh cinta pandang pertama katanya..hahahah.."
"ko x de orang lain??"
"x de..saya x reti la"
"atok nasihatkan, kalo benci orang, jangan benci habis2..kang berbalik balik"
"mintak maf tok..saya dah x boleh dah..sakit sangat.."
"x pe la..."

ayoyo...watashi tetibe hilang mood time tu..
benci teringat dia..
benar..benci x leh nak kata..
entah..
meluat, menyampah...sume ade..
kalo nampak muka dia kat opis tu, rase nak bagi makan tumit kasut je!
hahaha
nway, watashi dah maafakn..
tapi, kemaafan bukan bererti melupakan.
hahaha..

tapi, sekarang watashi dah ok...
asalkan dia jauh dari mata hati watashi,
syukur sangat2!!!
bahagia tau!!
memang itu yang watashi rasa..

ingat watashi p opis tu, nampak dia, watashi suke ke??
maaf ye...saya terpaksa..
kerana kerja
dan ade tugas yang terpaksa kite bersama dalam satu team!
ingat watashi hadap sangat ke tengok muka dia!!!
dan watashi pon x heran, kalo dia nak tanam watashi hidup2!
hhahahah..
tu ayat dia kalo watashi ade kat opis tu..

kalo dengan perempuan watashi boleh banned kan, apetah lagi dia..
selamat jalan!

ko ingat ko banyak bagus?!!!!!
hahaha..

eh, kata dah normal ezukama??
ni apesal marah2 orang lagi??

hahhaa..
memang nak memaki orang je sekarang!
huahuahua..

ok. chow!

Saturday, September 17, 2011

Congratulation!

Jejak bertapak Ezu warkah 9/17/2011 01:46:00 PM 0 kata azimat

setelah sehari suntuk mengerjakan blog ni
untuk membaik pulih dan menukar apa yang patut
akhirnya siap jugak!

tahniah untuk saya!
huahuahua!!

well, jap lagi nak bershopping..
membeli barang sendiri dan barang someone!

TQ cz make me happy last day!
hehheee..

someone??
cite tu nanti..
hari khamis kuar cite pasal someone tu!

Thursday, September 15, 2011

jatuh!

Jejak bertapak Ezu warkah 9/15/2011 10:14:00 PM 0 kata azimat
jatuh...
sakit!!!

:,(


kali pertama jatuh,
kat parking KHS..
tersimpuh ayu di bawah bumbung tu..
sakit2!!!!


lutut berdarah...
still gelak..
mengkaver lutut yang pedih dan orang yang melihat..
malu dah jadi nombor 2

dah macam kene seret kat lori kontena plak sampai berdarah2..
walhal jatuh sendiri..
diorang kata aku gune high heel...
mungkin ye, mungkin x..
dah nak jatuh..

sampai umah, terlanggar bucu katil n jatuh lagi!

Allah...
nape ni..
akhirnya, seperti biasa..
aku nangis..

hahahahahaha..
ezukama, nape menangis???
sakit sangat ke?? ke memang nak nagis??? ahahaha
nak mandi pon nangis...
pedih sangat kot sampai nangis tersedu2???
hahahah...

sabar ye ezukama..
dah2...x mo sedih2...
x mo nangis2...

nangis lain ni..
bukan sebab sakit..
kan ezukama??

just say yes!

Monday, September 12, 2011

Raya dan Kawan

Jejak bertapak Ezu warkah 9/12/2011 09:21:00 PM 0 kata azimat
boleh tak letak gambar je tanpe cerita??
paham kan??
bagus..
sile tengok gambar je...

hahaha..
well2...rase macama malas nak update..

tapi disebabkan kenangan ni mahal, maka aku tulis la jugak sebagai ingatan sepanjang zaman..

ok..
jumaat..
aku samapai AU2 dalam kol 8.30malam..
jams teruk gile..
macam aku lak bawak kete..
walhal naik komuter je..
dalam komuter pon jams..
sampai ade budak UM kene sepit dengan pintu komuter tu!
nagis dah..
padan muka!!!
dah tau memang x leh masuk, nak gak menyempit..
blaja tinggi2 tapi otak sempit..
hahaha..habis sume budak UM aku hamun sebab aku teringat seorang makhluk tu.
nasiblah...hihihihi..

nway,
my ajun amik kat setiawangsa sebelom kol 8mlm..
punyelah jams kat jalan tu..hadoi..
rumah sekangkang beruk pon, punye lah lambat sampai sana..
sampai ade orang kene wat qada' maghrib. bukan jamak ke qasar ke ape..

fine lah..
sampai jusco p solat dlu..
satel solat qada' maghrib n isyak,
beli la sikit roti untuk kudap2..
walaupon x nak makan, tapi paksa gak perut ni makan sikit..
parut dah x mampu makan banyak2 lagi sejak 3 bulan lalu..
x pe2...memang elok la..aku leh kurus! hahaha..

sebenarnye nak p wat clorok mulut..
jam 9.30 meluru cari tempat..
setelah sejam, tambah lagi sejam..
lastnye, nak balik pintu gate kuar dah kunci!!!
alamak...camne ni ajun!!!
hahaha.. pusing la cari pintu...
dapat2...
tinggal aku ngan ajun je pelanggan kat situ..
yang lain sume pekerja dia..tu pon dah nak balik..
karoke punye pasal!hilang dunia!
allah bagi cash! amik kau berdua!
hhahha..
aku akui..
aku sedang gile karok!!!

hari sabtu:
rumah 1.
berjalan ke rumah makcik sue.. gambar x de...lupa nak amik sebab tengok makanan tu sedap sangat! hahah...makanannye seperti :
nasi impit..kak zira kata lemang..aku ni pon yekanlah lemang...cz dia bulat2 n warna hijau..
sekali tengok, nasik impit...hahha..terburai gelak kat situ..
lauk rendang ayam, kuang lodeh n kuah kacang..
sedap2...

rasa cam nak tambah lagi..tapi perut kata stop! maka, stop la aku makan..
tengok kak zira dah lama berhenti..ajun still lagi tambah n tambah..
makan2.. aku punye nikmat makan dah ditarik..
sembang2..dalam sejam, maka berangkatlah kitorang ke rumah kedua..

2. rumah no.2
rumah sapa erk???
owh, rumah angah...
dari koperasi polis gombak ke rawang..
jams!!! sejam setengah..driver nak ikot jalan dalam..

adoiyai..sabar zulaikha..
dah macam2 gaya duduk kat kete tu..
mujur ada ekon..kalo x dah p jalan kaki ke rumah angah! hahaha
sampai umah angah, perghhhhh...bukak je pintu umah dia
semerbak bau laksa!!!memang best!!

walopon ni kawan ajun, aku peduli hapa..ajun pon dah bukak penutup laksa, aku pon dah menyenduk la laksa tu dalam manggkok..haha
mujur la si angah ni rilek je..ermm...sebenarnya, watashi memang mudah mesra n peramah dengan orang...hahahah!!
memang sedap..x sia2 berjams tadi...yang ni, gambar kat ajun..
ajun x nak bagi lagi..upadate je la apa yang ada..

umah ketiga
balik dari umah angah ikot Duke. nak amik kak siti..dalam kol 5 petang kot sampai umah kak siti..jalan memang jams wa;opon ikot duke..orang p beraya la katakan..

kat tol plak, ade lah kete yang habis topup TnG dia..hah! memang sengal kete tu...dia leh berhenti lama2 kat lorong tu, pastu p topup kat tempat tunai tu..hangin la orang lain..nasib la amik lorong sebelah kete tu,,kalo x, masak jadi ayam goreng kenyalang la kitorang..memang sedap la kene sumpah orang tu dengan orang lain..bongok! menyusahkan! kalo x jams waku tu ok lagi...geram je dengan muka x bersalah dia tu!

sampai umah kak siti, terus pecut ke kota damansara..umah kak ezai..
sampai sana dalam kol 5.30 kot..kak ezai terkejut tengok kak siti n anak2 sampai..
hahah...dia teruja sebenarnya..pandai dah kakak aku yang sorang ni masak..sejak dah ade dhaniatu mya ni, makin matang dia..dia wat mee goreng, keropok mooni..ada suke sangat makan keropok tu, koktail, sarsi n teh.. saya berbangga dia dah matang sangat2..

dia nak ikot p taman permata..a.k x bagi..kelat je muka dia..hahah...nasib la ko kak..da kawen..kene la ikot cakap laki...maka, aku bersyukur, aku belom bersuami! hahahah

umah ke4
kak siti dah buat nasi lemak sejak tengahari tadi..janji dengan dia nak sampai dalam 2 petang..ada pon dah cancle kan pgram dia kat umah orang..sampai je sana, kak citi panaskan balik lauk2 tu n nasik tu..

kak..kami mitak maaf ye..bukan x nak makan..tapi, dah terlalu kenyang..sangat kenyang..
masing2 makan mcam orang kene parkinson je!hahhahaha..
x larat..penat satu lagi..

keluar pertanyaan dari mulut ina
ina = kak zu tido sini dlu ye..kol 1 kang balik
aku = tanya kak jun..
ina = ala...takot..
lama2 ada yang tolong cakap dengan ajun..
ina beria2 mintak tido situ..ada yang x penah2 mintak pon cakap cam tu..
aduhai si kecik..maafkan kak zu ye..

beria2 si ina ni memujuk..time nak balik pon dipeluknye aku..orang lain dah kuar, aku dikepitnye kuat2..suruh tengok bilik untuk kitorang tido..pandai dia bagi kata dua..kalo kak zue x nak tido sini, kite tengok bilik dlu..ok..aku follow dia untuk menyenangkan hati dia...
sebelum balik tu pon ada cakap, sebelom balik, "kak zu datang la sini dlu"..hahhaa..
rasuah duit raya, senyap! hahaha
x la.. aku tau kerinduan hati2 si kecil tu..hurmmm..



ahad
aku sampai umah dalam kol 12..lepas beraya dengan makcik n kat umah kak misah makan nasi lemak kukus RM 1.30..hahhaa..

nak dengar orang gile karok nyanyi??
kalo sedap x pe gak walopun pintu dah terkunci sumenye..
cerdik sangat kan...hhahaha

terimalah..kau tetap dalam anganku!


video

Thursday, September 08, 2011

bertabahlah.. Allah itu sentiasa di sisimu

Jejak bertapak Ezu warkah 9/08/2011 09:57:00 PM 0 kata azimat

nak post entry jiwang...
nape erk...
seminggu ni rase macam2..
macam best
macam kurang best
macam terlebih best

hati manusia ni berbolak balik
hahahahah

masalah2..

Allah,
terkadang ujian yang kau tabur padaku
membuatkan aku tertunduk
meratap dan meraung mengharap petunjukmu
terkadang aku merangkak dan bertatih mencari keampunan MU..

dan selalu jua kecundang dalam cahaya MU
selalu jua aku terkesima dengan amarah yang Kau lontarkan padaku..
namun,
aku tahu,
itu adalah tanda kasihnya Engkau padaku

terima kasih RABB...
atas kasih dan dayang Mu
atas cinta dan rahmat Mu
=)

tapi aku tempuhi dengan
senyuman di wajah
gelak dimulut
bicara dibibir..

aku tahu
kau melindungi aku
RABB...

Tuesday, September 06, 2011

makcik!!!

Jejak bertapak Ezu warkah 9/06/2011 09:20:00 PM 0 kata azimat

Semalam aku merinduimu..

Hari ini aku masih merinduimu..

Esok,

Apakah aku akan merinduimu lagi...


Benar,

Gentar hati yang menjelma

Seakan memadamkan sengketa yang pernah menjelma

Antara aku dan dia..


Tapi, antara kita

Seakan ada kasih yang tersimpul

Apakah mungkin hanya aku bermain dengan hati

Atau mungkin rasa ini sudah tersemai sejak dulu


Mengenalimu satu keindahan

Menyayangimu satu rahmat

Merinduimu satu kesukaran!!!


Makcik, saya rindukan makcik!!!!!


Maafkan saya makcik!

Terkadang x mampu menolak rasa yang hadir..

Maaf andai rasa yang ada ini mengganggu hatimu..

Maaf andai ada hati yang terasa.


Bukan niat dihati ingin merampasmu dari dia..

Tak..

Cuma hati seorang anak atau bakal menantu tak jadi ni

Merindui kasih yang pernah kau curahkan!

Hahaha...


Benar, merindui mu satu kesyahduan makcik!

Umpama rindu saya pada ibu saya..

Sama!!


Dia x pernah saya rindukan lagi makcik..

Telah jauh dia dari hati ini makcik..

Tiada apa lagi yang ada untuk dia makcik..

Hanya kita..


Makcik,

Terima kasih kerana pernah berkongsi cerita

Terima kasih kerana pernah menyayangi

Terima kasih kerana pernah menerima diri ini..


Makcik..

Doakan kebahagiaan saya..

Doakan saya akan mendapat seorang mak lagi, seperti makcik..


Saya sayang makcik...

Jaga diri sebaiknya..

Jodoh kita disini sahaja makcik..

Tapi ikatan yang pernah terpatri,

Akan diingatan selamanya..


Sayang makcik Aisah Thani!

Sunday, September 04, 2011

Izinkan aku mencintainya...

Jejak bertapak Ezu warkah 9/04/2011 09:35:00 PM 0 kata azimat
Ada pinta dalam bait kata..
Ada senandung jiwa dalam syair hati..
Ada kerelaan dalam melangitnya cita..
Kala cahaya cinta berpendam di taman hati..

Rabb..
Ku ingin dia, sang belahan jiwa
Tuk menyempurna sebahagian agama
Kala alam Lauhul Mahfuz telah mematri kami..

Rabb…
Izinkan aku membisikkan kata
Aku sangat cinta padanya
Kala senyum bahagia kami merekah..

Rabb…
Kuharap pintaTumpahkan barakah-Mu atas kami
Kala ku cium sepasang tangannya dengan penuh kasih



Rabb…
Semoga menjadi taburan pahala
Kala bahtera kehidupan terlayari

Rabb….
Ku tadah tangan agar
Jadikan kami sepasang kekasih yang penuh cinta
didunia dan akhirat kami
Kala bunga cinta kami mekar bersemi..

Rabb…
Semoga zuriat kami kan jadi pelita
Semoga mereka kan jadi lentera
Semoga mereka kan jadi senyuman kebanggaan
Abi dan ummi-nya di Yaumil hisab kelak..


Rabb…
Izinkan daku jatuh cinta
Kepada yang layak aku cintai..

Rabb…

Izinkan daku jatuh cinta
Hanya tuk seseorangyang telah diredhai dan diizinkan oleh Mu..
Aminnn.. =)

Apabila..

Jejak bertapak Ezu warkah 9/04/2011 09:20:00 PM 0 kata azimat

♥♥♥ Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR,

apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT,

apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA,

apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD dan

apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU ♥♥♥

Raya di Kampung!

Jejak bertapak Ezu warkah 9/04/2011 05:16:00 PM 0 kata azimat
jannah, naim..

love u...

28/8 :
aku berangkat ke kampung halaman
melalui lebuhraya plus n guthrie
menuju ke teluk intan (bukan untuk bertemu makwe azri) hahahah
bus transit kat situ then baru ke sabak.

sampai sabak jam 2.30 pagi..
ngantok..

29/9:
kemas rumah sahaja..
yang lain, my beloved ibu dah siapkan segalanya..


raya ke 1:
bersama keluarga ke
parit baru dan sungai panjang

raya ke 2 :
di rumah
menunggu jiran dan kawan2 adik datang

raya ke 3 :
sekitar sabak
10 buah rumah.

TQ t00
yatimah n husband, shuhaidi, raja maznah, suhailah, nazirah, shakirah n husband, sakinah n husband, aziyyati, fakhrurrazi, aku sendiri, n ayuni.

dah x mampu lagi..penat...puhhhhh...
konon nak ke kuala selangor, tapi memandangkan kepenatan melampau yang melanda
balik je la...
sabak je tu pon..
tahun lepas sampai ke kampung sebelah..
nape tah tahun ni exhausted sangat..
dah tua kot..

korum pon makin lama, makin sikit..
tahun ni 6 orang je yang bujang dalam korum ni..
tahun depan???
aikkk??
takkan aku sensorang???
wargghhhhhhhhh!!!

sape nak kawen dengan aku ni???
hahahha!!!

meh2...
kotim dengan family aku..
heheheh..

ramai sangat tanyang anak tahun ni..
naik jeles plak aku..
nak jugak!!!!
hahahah..
duit x de nak kawen ye ezu kama???
hahhha..

ape2 pon,
masalah tak selalu bertaufan
bahagia tak selalu tersengih..
apa yang terjadi
itulah kekuatan diri..

hadapi dengan jiwa merdeka
kerana
disitulah redha allah menaungi..

raya ke 4:
aku kembali ke seremban!
adehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
nak cuti sampai kiamat boleh???
hahaha

raya ke 5 :
beraya di umah sedara..

raya ke 6 :
aku berpuasa...

chaw chin cowwwwwwwwwwww!!!

Salam sayang seluas laut china selatan..

Salam rindu sedalam jurang mariana..

Salam kasih setinggi gunung everest..

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review