"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Sunday, July 05, 2015

entahlah!

Jejak bertapak Ezu warkah 7/05/2015 10:42:00 AM 0 kata azimat

byk benda berlaku
since akhir Mei,

aku yg mulanya fly ke kelantan
sekadar suka2 bercuti selama 4 hari
menemani k.aishah yg mpunyai kerja di sana.
dia bekerja,
aku keluar bjalan dgn sahabat yg memang menetap di sana.

hotel penginapan betul2 depan wakaf che ye
apa nama pun aku lupa
ke sana memang ingin berehat je sbenarnye. selebihnya jumpa k.izi,sahabat waktu utm dulu. then shopping..

well well well
aman bahagia brada jauh dr opis
tanpa fail dan tanpa org2 yg merunsingkan jiwa

ke pasar munduk,thai d seberang rantau panjang. eh, entah.. ye kot rantau panjang.. murah, memang murah. satu je yg aku nk cari. seluar jeans. kiriman seseorg yg mcm amar baharin kalo dia kurus. hahaha. tp, dasar perempuan kan. takkan nk cari jeans je.. amik la 5 helai selendang, 2 jubah. cukup lah.. aku bukan kaki gila shopping. bukan lah utk aku pun benda2 tu. utk org pseorangan. sedikit tabiat aku kalo pergi tempat org, aku beli kasut atau selipar. hari tu, beli kasut. merah hitam kau, mcm best je pakai kasut baru. dapat kasut masa hari ptama lg sampai.

k.izi yg duduk kelantan ni, dia ada kdai cool station dan gerai hot burger. laki bini ni student degree n master. yg pempuan master HR. yg la laki degree sivil engenieer. apa ada hal kan. rezeki berniaga lg banyak. kedai pun org jaga. diorg memang layan aku baik punye lah.. laki bini ok.. mak k.izi pun ok..mengalu2kan tetamu.. sebab tu, aku suka dtg kelantan. tenang sangat. semoga aku dapat suami yang ok dan tak menyusahkan hati.

second last day, aku dapat wasap dr kampun,
ibu jatoh. tak boleh bgerak. cakap dah merapu.
allah! tuhan je tahu masa tu.
tgk plak gambar ibu yang tenat sangat. libang libu rasa hati. nak nanges, tak keluar air mata. flight esok harinye plak. aku diam. dgn member yg p kelantan same2 pun aku tak bgtau.

sempat plak aku masak gulai ikan sembilang cili api kt umah diorg. teringin katanya. aduh.. layan je..

esoknye, aku blik. dlm kereta lepas fligh touch down, bru aku bgtau k.aishah ibu aku sakit. dia punye bising, buat aku gelak. aku ckp, aku tak ganggu kerja dia. aku taknak dia risau pasal aku. biarlah dia bkerja sampai habis. sambil bgtau tu, meleleh jgk la air mata.

then, pg jumaat aku ke opis. kreta aku pun kbtln letak kt opis. shah penyelamat aku. aku dah tak nampak org lain boleh bantu aku saat2 kritikal mcm tu. aku ajak shah p rumah wazir untuk amik air penawar. hati aku risau sgt pasal keadaan ibu.

aku drive balik. nenek,makngah,paksu n flmy dia rupanye najt follow aku. aku ckp kat makngah dgn nenek keadaan ibu. entah mana kekuatan yg ada, aku tak menagis pun. aku telan. sbb, aku seorang penangis tegar. lepas hantar shah balik opis, aku terus pecut ke RnR dengkil. setengah jam dari sendayan! memang 150-160 aku tekan. patot aku pelik kenape kreta bergegar2. highway pun besar kt plus tu. mane nak perasan.. sampai je rnr dengkil, trus ktorang gerak ke sabak..

sampai rumah, dlm kol 3. jgn cakap la keadaan rumah. mcm kapal pecah! hati aku sedih sgt dah.. org takde mak, mcm ni agaknye.. aku kemas sikit2 sambil tunggu waktu wad buka. jarak hospital dgn rumah, 5 minit je.. kucing2 aku pun kebulur semacam. bg makan dulu. kesian.

aku keluar rumah kol 4.25. sampai hospital, da boleh masuk. tercangak2 aku cari wad ibu. last2 jannah panggil aku. tgk je ibu, luluh sgt rasa hati. maintain je lg. kalo xkuat mau meleleh2 air mata.. nenek pun da lain sgt muka dia. ha, tu lah. hari tu, hamun sangat mak aku tu. la ni sedih plak. eh, emo aku dbuatnye. lastnye, aku adik bradik dok luar wad. bsambang. jannah dgn dmamnye tu dok jg ibu. ksian betol adik2 aku ni.. rasa da nk berhenti kerja je. nk jaga diorg.. haila..

mlm tu, nenek, makngah dgn paksu balik n9. jannah jg ibu kt hospital. aku kt umah, mengemas. masak. mujur ibu boleh keluar esoknye. letih jgk nk berulang ke hospital. lelaki dok umah bukan tau nk kemas rumah. dia tau baran dia je.. menyampah plak aku.

malam ibu kt rumah tu, aku bgaduh dgn abah. aku ckp ape benda tah. dia  punya mengamuk sampai nk lempang aku. aku tak heran dah. kalo lempang aku,aku buat report je. cakap sikit pun tak boleh sampai naik2 suara kaki tangan. perangai tak ubah! jelek aku! aku tak heran. brg rumah pun aku yg beli, ada hati nk lempang aku! seharian aku diam tak cakap dgn dia. aku lg suka. menyusahkan aku ada. bukan menyenangkan aku. last2 dia bcakap jgk dgn aku. nak mintak tlg punye pasal kan.

since dari hari tu, aku berulang dr n9. penat, emosi, jgn ckp la. mgu ptama brulang, kreta aku kena sondol. bodoh sgt! sape pny keje tah! sampai2 je, aku terus p pasar. beli barang dapur.  aku tak perasan lg time balik. patotlah stereng lock ketat sgt. rupanya kreta kedepan sgt! sampai rumah, abah ajak p bwak ibu brubat.  naim bwk kreta aku.  sampai je tempat tu, naim bwk brg keluar dr bonet. aku tutup bonet rasa kasar semacam. skali tengok, meraung kau! dah la kena time2 mcm ni. nk pakai duit, penat. memang down giler lah. memang aku sumpah2 org tu. geram aku. sampai blobang. buta ke tak nampak kreta aku.
sakit betol hati ni. kreta aku tu lah segalanya pd aku. mujur boleh jalan, bonet pun boleh bukak.

minggu kedua, aku amik ibu dgn jannah bwak n9. boleh jgk berurut. 2x jgk dia berurut. atlest, adik bradik ibu pun ramai kt sini. sdara mara ada. dok sabak tu, sape nk bwak dia berurut. abah keje kt jeram. seminggu skali balik. nk harap ihsan sape. naim keje. jannah ada moto je. balik n9, bukan abah bg belanja ke, duit ke nak ubat ibu. pepandai aku lah nk korek duit. cukup seminggu, abah dtg amik ibu. aku angin je. entah knapa nk bwak balik sgt. dia bukan ada pun kt umah. melopong la ibu kt umah tu dgn jannah. sampai ke sudah, tak berurut langsung. aku pun malas da nk berulang ke sana. pepandai lah abah urus sendiri. bini dia. dia la tanggung. aku ckp byk kang, dikatanya aku bengkeng dia je. ha, biorlah. jd ape2 nanti dia tanggung. tanggungjawab dia sepatotnye uruskan ibu tu. tp, entah apelah dlm pikiran dia. adik2 pun bengang. gasak  la hai. raya nanti baru aku balik.

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review