setelah sekian lama aku mendiamkan diri dari menterjemah koreksi diri,
aku kembali lagi..
kembali yang entah lama
atau sekali sekala sahaja.
sengaja melewati kisah diri
aku selamat bertunang dengan jejaka pilihan aku..
entah aku pilih dia atau dia pilih aku..
hahaha!
senang kata,
kami sedang memerlukan antara satu sama lain,
untuk melengkapkan kehidupan harian
dan meneruskan niat berkahwin kerana Allah swt.
perkenalan aku dan dia tidak lama..
19 september 2017 melalui laman sosial terkemuka. saat aku menghantar untuk ditemuduga, di situ saat pertama perkenalan mesra.
berlanjutan sehingga bersetuju untuk mebuat keputusan mengikat tali pertunangan dan berkahwin.
april 2018 akan menjadi sejarah terbesar hidup aku..
yahhh...
perasaan aku?
macam2..
kejap ok, kejap mcm org gila, kejap biol..
banyaknye yang negetif aje..
aku rasa,
orang yg nak kawen ni happy je..
senang je urusannye..
aku ni terbalik pulak..
hahahah!
tapi aku lalui je sekarang ni..
entah..
aku hanya mengikut jalan yang allah bagi walaupun aku rasa pening kepala nk uruskan urusan kawen ni..
kejap kang nak cuti
nak balik sabak
eh nak cuti lagi
nak buat mcm2 hal lagi..
kecoh betol hidup aku sekarang..
hahaha!
pinjaman kawen?
pastinye lah aku kena buat..
menanggung lah dari 2018 sampai 2028.
10tahun dengan harga rm841 tunai.
kenapa banyak sangat?
ovelap dengan hutang dulu kala..
bengong kan..
belom kawen dah buat mcm2 hutang.
pastu menyesal x sudah.
so, sebab dah mengantan nak kawen kan,
hadap je lah.. herherher..
ikotkan aku nk buat kecik je..
taknak buat jemputan sampai 350 kad ni..
tp tu lah..
kalo masih ada org tua, kenalah ikot cakap dia.
dia nk buat besar2, aku x bduit.. dia nk tunggu duit pencen. dlm masa sama dia nk beli rumah.
dek kerana byk sgt hal entah ape2, aku bg 5k seperti yg diminta..
entahlah kenape aku kena bagi 5k..
eh.. entahlah..
aku tak tau la nape aku kejap rasa nk kawen, kejap rasa x nk kawen..
aku agak stress..
hari tu berat turun mendadak dari 63 ke 59 hari tu.. sebab x lalu makan.. tapi x kurus jugak.. hahaha..
si dia?
aku terima dia seadanya..
entah..
aku x tau camne keadaan aku lepas kawen..
aku hanya berserah pada allah semoga aku dan dia boleh keluar daripada hidup susah dan akan lebih sihat, berjaya, kaya serta hidup mewah lepas ni..
apa yg bakal terjadi aku akan hadap..
dan aku yakin rezeki berkahwin itu ada..
Sunday, January 21, 2018
coming back
Saturday, October 17, 2015
#keperhentiankekite.. Perhentian!!!
Tempat penginapan..
Ni dekat wind mill perhentian kecil
Friday, September 18, 2015
Sarang bersawang
Sunday, July 05, 2015
entahlah!
byk benda berlaku
since akhir Mei,
aku yg mulanya fly ke kelantan
sekadar suka2 bercuti selama 4 hari
menemani k.aishah yg mpunyai kerja di sana.
dia bekerja,
aku keluar bjalan dgn sahabat yg memang menetap di sana.
hotel penginapan betul2 depan wakaf che ye
apa nama pun aku lupa
ke sana memang ingin berehat je sbenarnye. selebihnya jumpa k.izi,sahabat waktu utm dulu. then shopping..
well well well
aman bahagia brada jauh dr opis
tanpa fail dan tanpa org2 yg merunsingkan jiwa
ke pasar munduk,thai d seberang rantau panjang. eh, entah.. ye kot rantau panjang.. murah, memang murah. satu je yg aku nk cari. seluar jeans. kiriman seseorg yg mcm amar baharin kalo dia kurus. hahaha. tp, dasar perempuan kan. takkan nk cari jeans je.. amik la 5 helai selendang, 2 jubah. cukup lah.. aku bukan kaki gila shopping. bukan lah utk aku pun benda2 tu. utk org pseorangan. sedikit tabiat aku kalo pergi tempat org, aku beli kasut atau selipar. hari tu, beli kasut. merah hitam kau, mcm best je pakai kasut baru. dapat kasut masa hari ptama lg sampai.
k.izi yg duduk kelantan ni, dia ada kdai cool station dan gerai hot burger. laki bini ni student degree n master. yg pempuan master HR. yg la laki degree sivil engenieer. apa ada hal kan. rezeki berniaga lg banyak. kedai pun org jaga. diorg memang layan aku baik punye lah.. laki bini ok.. mak k.izi pun ok..mengalu2kan tetamu.. sebab tu, aku suka dtg kelantan. tenang sangat. semoga aku dapat suami yang ok dan tak menyusahkan hati.
second last day, aku dapat wasap dr kampun,
ibu jatoh. tak boleh bgerak. cakap dah merapu.
allah! tuhan je tahu masa tu.
tgk plak gambar ibu yang tenat sangat. libang libu rasa hati. nak nanges, tak keluar air mata. flight esok harinye plak. aku diam. dgn member yg p kelantan same2 pun aku tak bgtau.
sempat plak aku masak gulai ikan sembilang cili api kt umah diorg. teringin katanya. aduh.. layan je..
esoknye, aku blik. dlm kereta lepas fligh touch down, bru aku bgtau k.aishah ibu aku sakit. dia punye bising, buat aku gelak. aku ckp, aku tak ganggu kerja dia. aku taknak dia risau pasal aku. biarlah dia bkerja sampai habis. sambil bgtau tu, meleleh jgk la air mata.
then, pg jumaat aku ke opis. kreta aku pun kbtln letak kt opis. shah penyelamat aku. aku dah tak nampak org lain boleh bantu aku saat2 kritikal mcm tu. aku ajak shah p rumah wazir untuk amik air penawar. hati aku risau sgt pasal keadaan ibu.
aku drive balik. nenek,makngah,paksu n flmy dia rupanye najt follow aku. aku ckp kat makngah dgn nenek keadaan ibu. entah mana kekuatan yg ada, aku tak menagis pun. aku telan. sbb, aku seorang penangis tegar. lepas hantar shah balik opis, aku terus pecut ke RnR dengkil. setengah jam dari sendayan! memang 150-160 aku tekan. patot aku pelik kenape kreta bergegar2. highway pun besar kt plus tu. mane nak perasan.. sampai je rnr dengkil, trus ktorang gerak ke sabak..
sampai rumah, dlm kol 3. jgn cakap la keadaan rumah. mcm kapal pecah! hati aku sedih sgt dah.. org takde mak, mcm ni agaknye.. aku kemas sikit2 sambil tunggu waktu wad buka. jarak hospital dgn rumah, 5 minit je.. kucing2 aku pun kebulur semacam. bg makan dulu. kesian.
aku keluar rumah kol 4.25. sampai hospital, da boleh masuk. tercangak2 aku cari wad ibu. last2 jannah panggil aku. tgk je ibu, luluh sgt rasa hati. maintain je lg. kalo xkuat mau meleleh2 air mata.. nenek pun da lain sgt muka dia. ha, tu lah. hari tu, hamun sangat mak aku tu. la ni sedih plak. eh, emo aku dbuatnye. lastnye, aku adik bradik dok luar wad. bsambang. jannah dgn dmamnye tu dok jg ibu. ksian betol adik2 aku ni.. rasa da nk berhenti kerja je. nk jaga diorg.. haila..
mlm tu, nenek, makngah dgn paksu balik n9. jannah jg ibu kt hospital. aku kt umah, mengemas. masak. mujur ibu boleh keluar esoknye. letih jgk nk berulang ke hospital. lelaki dok umah bukan tau nk kemas rumah. dia tau baran dia je.. menyampah plak aku.
malam ibu kt rumah tu, aku bgaduh dgn abah. aku ckp ape benda tah. dia punya mengamuk sampai nk lempang aku. aku tak heran dah. kalo lempang aku,aku buat report je. cakap sikit pun tak boleh sampai naik2 suara kaki tangan. perangai tak ubah! jelek aku! aku tak heran. brg rumah pun aku yg beli, ada hati nk lempang aku! seharian aku diam tak cakap dgn dia. aku lg suka. menyusahkan aku ada. bukan menyenangkan aku. last2 dia bcakap jgk dgn aku. nak mintak tlg punye pasal kan.
since dari hari tu, aku berulang dr n9. penat, emosi, jgn ckp la. mgu ptama brulang, kreta aku kena sondol. bodoh sgt! sape pny keje tah! sampai2 je, aku terus p pasar. beli barang dapur. aku tak perasan lg time balik. patotlah stereng lock ketat sgt. rupanya kreta kedepan sgt! sampai rumah, abah ajak p bwak ibu brubat. naim bwk kreta aku. sampai je tempat tu, naim bwk brg keluar dr bonet. aku tutup bonet rasa kasar semacam. skali tengok, meraung kau! dah la kena time2 mcm ni. nk pakai duit, penat. memang down giler lah. memang aku sumpah2 org tu. geram aku. sampai blobang. buta ke tak nampak kreta aku.
sakit betol hati ni. kreta aku tu lah segalanya pd aku. mujur boleh jalan, bonet pun boleh bukak.
minggu kedua, aku amik ibu dgn jannah bwak n9. boleh jgk berurut. 2x jgk dia berurut. atlest, adik bradik ibu pun ramai kt sini. sdara mara ada. dok sabak tu, sape nk bwak dia berurut. abah keje kt jeram. seminggu skali balik. nk harap ihsan sape. naim keje. jannah ada moto je. balik n9, bukan abah bg belanja ke, duit ke nak ubat ibu. pepandai aku lah nk korek duit. cukup seminggu, abah dtg amik ibu. aku angin je. entah knapa nk bwak balik sgt. dia bukan ada pun kt umah. melopong la ibu kt umah tu dgn jannah. sampai ke sudah, tak berurut langsung. aku pun malas da nk berulang ke sana. pepandai lah abah urus sendiri. bini dia. dia la tanggung. aku ckp byk kang, dikatanya aku bengkeng dia je. ha, biorlah. jd ape2 nanti dia tanggung. tanggungjawab dia sepatotnye uruskan ibu tu. tp, entah apelah dlm pikiran dia. adik2 pun bengang. gasak la hai. raya nanti baru aku balik.
Thursday, June 18, 2015
aku jemu
kau tiada
saat aku berduka
kau tiada
saat aku memerlukan
kau tiada
saat aku goyah
kau tiada
saat aku derita
atas alasan apa lg
untuk aku terus
mengharap kau
bertakhta lg
pergilah
aku jemu
aku akan berjalan
tanpa sebarang harapan
Monday, May 25, 2015
Terima kasih sayang...
Alhamdulillah..
I got this from him..
![]() |
| Thanks a lots! |
walaupun sekadar ferrero rocher..
hilang sebentar segala masalah
hilang juga segala kesedihan
hilang segala kesepian..
melampau!
Aku tak tahu,
ape erti pemberian ini..
takkan sekadar tolong bagikan duit kutu
ganjarannya sebegitu rupa..
sangat bertuah namanya..
haha..
semoga aku tidak hanyut dibuai perasaan..
kerana dia adalah insan dalam doaku
dia adalah insan dalam angan ku..
dia adalah insan yang aku tunggu..
Monday, May 11, 2015
Lirik
Sunday, April 26, 2015
Nanar jiwa ku
Sepanjang 3 hari berkursus
Hati berbunga mekar
Umpama cinta berlagu rindu
Bagai sang kekasih
Berpisah hanya malam mjelma
Sedang siang
Memadu asmara tanpa penghalang.
Ya..
Aku terbuai tenang disisinya..
Jujur aku katakan hanya bahagia menguasai diri..
Walau tiada apa yg berlaku
Hanya duduk menemaninya berfikir
Memberi pandangan sekilas pandang
Aku tenang
Dia juga tenang seperti yg ku jangka..
Hilang bayangku darinya
Menjejaki umpama tidak mahu lepas
Pantang saja hilang aku pd pandangannya
Laju sahaja mulutnya mencari
Seawal pagi,
Pasti ada sahaja yg ingin ditanyakan.
Pastilah aku tidak betah berada ditempat lain.
Disisinya jua tempat ku..
Rabb,
Kenangan ini
Menjadikan aku nanar..
Sementelah dia umpama acuh dan tidak sahaja slpas bpisah..
Aku terlalu rindukan dia
Aku rindu pd ketenangan itu
Benar
Perempuan sering tsalah tafsir
Kebaikan dan keramahan lelaki
Dan
Aku benci rasa ini!
Aku benci!
Aku benci kasih yg bersemi!
Sedang dia?
Hilang dalam mimpi!
Monday, April 20, 2015
Rejab
Alhamdulillah,
Td puasa 1 rejab..
Pose ganti.. Erghh..
Best puasa hr ni
Xtau nape..
Mgkin dia pun puase kot..
Hehe
1st puasa sjak ramadhan lalu..
Teruk kan!
Kemain mengantok..
Rasa nk tido je, xnk buka dah..
Tp buka jugak
Alhamdulillah..
Tengah telan nasi kerabu..
Jemput makan..
Sunday, April 19, 2015
Thursday, April 02, 2015
pD
Sunday, March 29, 2015
Engkau
Lagu Potret
Terangi malam ku dengan syair indahmu
Menenun kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi lemas ku bila tiadamu
Jauh terbawa lukisan hati mu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi
Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit walaupun pedih tak berdaya
Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang tidak rasaku kepada mu
Jauh terbawa lukisan hati mu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi
Jauh terbawa lukisan hati mu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi
Menuju aku kepada mu jadi satu
Meraih kasih kita
Wednesday, March 18, 2015
Target!
Lama2 keje ni,
Rasa penat betol..
Walaupun belum cecah 3series
Tapi, kemain letih..
Ni belum bkeluarga lg..
Belum ada anak2 lg..
Dgn seorang suami yg tak diketahui lg..
Penat keje ni..
Sign pencen umor 60!
Aku nak pencen umor 40 oii!
Aku tak nak pejabat dah..
Aduhai..
Target aku 10 tahun lg
1. Pencen umor 40tahun
2. Ada pendapatan sendiri
3. Surirumah sepenuh masa
Ok,
Doakan matlamat dan impian aku tcapai..aminn..
Btw,
Cite2 aku dulu nak jd penjahit. Dok umah je..sambil terima tempahan..duit pun tentu bkepuk2.. Tak payah nk punch card bgai..
Malangnye,
Sekarang ni menjahit pun x tau..
Emmm..
Sunday, March 15, 2015
I love u more
Kamu,
I just need u,
To be with u,
For the rest of my life..
In every breath,
Only ur name,
In every heart beat,
Just u in my dream.
Please sayang..
Please keeping me on ur life,
To making ur happinest
To caring ur love
To loving u more and more..
Its true..
Making solat taubat,
Then istikharah..
The answer,
Ist just not about dream,
Maybe,
About my heart feels..
Friday, February 27, 2015
lagu
Tuesday, February 10, 2015
Tahniah ezukama!
Nak share 1 cerita..
Mungkin best
Mungkin ok
Mungkin ape2 je la..
Jumaat lepas
Ada program opis..
Tempat luar opis
Semestinya..
Rupanya...
Dapat APC bulanan!
Sangatlah tak sangka..
Kite bukan layak mana pun..
Tapi memang ada yang tak layak yang dapat..
| awat la huduh benor aku time ni.. |
Sunday, February 01, 2015
Lirik juga
Kursus awal tahun
Selamat aku dah kursus 4 hari..
Dapat plak group dengan pempuan tu..
Ye, aku dah nampak bos aku dalam kursus..
Btw, ok ler jugak kursus tu..
Bantuan banjir
Seawal jam 7.30 pagi
Air naik separas bumbung..
Lepas tu,
Barang banyak dibakar..
Wednesday, January 14, 2015
Bosan
Takde benda nak cerita dah..
Walaupun ada banyak benda nak cerita..
Takde idea nak memanipulasikan cerita..
Hidup seperti biasa
Kerja
Tido
Kerja
Tido
Entah..
Aku dah bosan rutin macam ni..
Sangat!


























