"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Wednesday, July 17, 2013

Puasa 2013

Jejak bertapak Ezu warkah 7/17/2013 01:27:00 PM 0 kata azimat
Salam Ramadhan 1434H

Masih belom terlewat rasanya untuk mengucapkan selamat..

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan!
Semoga kehadiran mu kali ini menambahkan iman dan taqwa pada Ilahi..

Berpuasa di opis baru..
sangat janggal rasanya..
manakan tidak, jauh dan uas pemandangan mata sewaktu pergi dan balik kerja,,
34-45 minit jauhnya dari rumah..

kenapa tak pindah?
kiraaan kos tu sama je..
duit minyak je dah RM300 sebulan..
dok umah sewa RM150 + minyak RM150 = RM300.00..

mulanya ingat nak beli umah flat je..
dalam anggaran RM60k..
flat 4 pintu 5 tingkat, bawah sekali..
dah siap ada grill n bumbung tempat sidai baju..
sangat teruja nak beli..
tn. mizan yang rekomen kan rumah tu..

pastu mintak la pandangan kat someone ni..
dia kata, tak payah..
keselamatan kereta tak terjamin..
kalo ulang alik pon sama je nak kena bayar..

oleh kerana aku dah terpikir masalah yang bakal jadi
maka aku tak de la nak beli umah tu..
kebetulan penyewa pon ada lagi kat umah tu..
tak sedap plak nak suruh dia cari umah lain..
dah la nak puasa n raya.. kesian..

dan masalah yang sangat menyakitkan hati sekarang
sepanjang jalan seremban-sendayan ni
jalannye kemain macam haram!
kepak jugak la tyre kreta aku..
konon nak buat balancing je.. terus kena tukar skru ape benda tah..
masuk dalam komputer dia, merah je..
sebelum tu, tyre da masuk paku..
bertukar..
tetiap bulan dok kerjakan kreta tu je..
masak jugak rasanya..

tu pasal kereta..
yang diri sendiri pon masalah jugak...

asal dok opis je sakit kepala..
macam di sentak2 dekat sebelah kepala bahagian atas telinga..
lepas tu bawak ke belakang kepala..
dah habis belakang kepala, dia naik plak kat kepala sebelah lagi..
dah kenapa...

entahla.. perubahan yang mendadak ni membuatkan aku
ting tong!

fizikal dan mental tak sedia lagi nak terima perubahan..
haishhh..

btw, semoga aku sihat dan selamat..




Saturday, June 29, 2013

Aku tewas kali ni!

Jejak bertapak Ezu warkah 6/29/2013 12:52:00 PM 0 kata azimat
Tahap kesihatan masih lagi di paras lama..
Semakin tiada tanda untuk sembuh..
Hari ni menjadi teruk lagi..

Sementelah mendengar kabar bahawa dia akan bertunang esok..
Dia sendiri yang menjemput ke rumahnya..
Dia sendiri yang memberitahu kenduri itu dia bertunang..
Tidak menjemput rakan kerja yang lain kerana, 
Rumah kami yang paling hampir.. Aku dan fahmi..

Kalau sekadar kenduri arwah dibulan2 ni, 
Tak mungkin kami dijemput..
Ini kenduri dia.. Wajarlah kami dijemput..

Hati luar masih ego membiarkan apa yang terjadi..
Dengan ucapan semoga selamat semuanya dan selamat bertunang..

Dalam sepi,
Aku menangis...
Tapi aku redha..
Bukan jodoh ini yang tertulis dengan dia..
2 tahun aku menyembunyikan rasa..
Akhirnya dia milik yang lain...

Tewas juga dek pemikiran luar kawal..
Mengapa ini yang selalu terjadi?
Tidak layakkah aku berdampingan dengan mana2 lelaki..
Yang sesuai untuk menjadi suami..

Kenapa orang lain begitu senang memperoleh pasangan hidup,
Sedangkan aku sukar sekali..

Rabbb...
Tolonglah aku...
Aku hampir tewas...

Friday, June 28, 2013

Moga sihat

Jejak bertapak Ezu warkah 6/28/2013 11:07:00 AM 0 kata azimat
Dah penghujung bulan Jun..
tak banyak yang dapat aku update since ada problem connection between my Ipad n my phone number..

jerebu semakin hampir ke penghujung..
tapi aku plak yang sedang menaggung sakit tekak, batuk dan selesama yang sangat sikit..
elok juga la sikit..
kalo  banyak, penat plak nak melayan..
dah 2 hari demam yang macam tak demam..

badan panas, kepala sakit, badan sakit..
tapi masih ligat..
cuma tak boleh kena aircond..
akibatnya, badan akan jadi lesu..
serba tak kena..
bersabar atas dugaan..
moga ada yang terbaik untuk aku..



Monday, June 24, 2013

hujan tak turun lagi..

Jejak bertapak Ezu warkah 6/24/2013 11:12:00 AM 0 kata azimat
lama tak post kan...

bukan tak nak post cerita..
iPad nak link dengan blog ni ada problem la plak
dah tulis tak boleh nak publish plak,,

ni kat opis..
hahaha!
nasib la....

hari ni isnin..
jerebu..
teruk betol dah ni..

tapi pelik apesal kami tak dapat cuti lagi..
mood cuti sangat la bagos dalam keadaan ni...

bawak kereta asyik terbersin..
mata dah gatal2..
badan pon start tak sedap..
macam nak tido je..

semoga Allah menurunkan hujan di seluruh malaysia..

sangat bangang orang yang membuat pembakaran hutan ni..
berapa hektar hutan ko bakar oiiii..
pandaikan ko jangka angin bertiup ke arah utara dan timur, kan...
ko tak nak tempat ko kena, kan...
menyusahkan orang lain betol!

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review