"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Sunday, October 30, 2011

senyum

Jejak bertapak Ezu warkah 10/30/2011 09:07:00 PM 0 kata azimat
senyum..
selagi hati masih merah, itu tandanya jiwa senang..
selagi hati masih tenang, itu tandanya jiwa tabah..
selagi hati masih berdebar, itu tandanya jiwa hidup..http://matcuoi.com


senyum..
biar isi dunia senang..
biar isi dunia tenang..
biar isi dunia hidup..

senyum..
itu penawar duka..
itu penyembuh sakit..
itu kecantikan dalaman..

senyum..
bahagiakan orang disekeliling..
biar hati bergelora hebat..
sentuhi dengan senyuman..
ada bahagia menyusul..

senyum..
biar alam tahu..
engkau tidak pernah bersedih apatah lagi terluka..


senyum..
biar alam tersenyum ikhlas padamu kembali!http://matcuoi.com

Friday, October 28, 2011

Jasad yang mati

Jejak bertapak Ezu warkah 10/28/2011 10:01:00 PM 0 kata azimat
kematian..
setiap saat membayangi..
usia yang bukan penghalang
apatah lagi pengalaman yang membina..

kematian..
takdir ditetapkan..
yang ditinggalkan meratap duka
yang pergi membawa segala yang ada..

kematian..
memilukan yang tertinggal..andai dia belahan sejati sang jiwa..
ranap jiwa merelakan kepergian selamanya..
doa sebagai talian rindu
tangis sebagai penyimpul duka..

kematian itu elok andai yang pergi itu bukan yang menyayangi..
kerana tidak merosakkan jiwa yang dihiris dusta..

tapi

kematian itu mengiris jiwa
andai yang pergi itu belahan jiwa cinta tulus simpulan Ilahi..

Thursday, October 27, 2011

Perempuan ini...

Jejak bertapak Ezu warkah 10/27/2011 09:58:00 PM 0 kata azimat
perempuan ini..
dahulunya hidup ceria, tanpa mengenal sesalan dihati..
sekelilingnya hingar menyambut hilai tawanya, umpama tiada kecewa didada..http://matcuoi.com


perempuan ini..
dahulunya teguh, menolak cinta yang bukan miliknya...
menafikan apa yang terbuku dihatinya, moga tidak rabak dihiris cinta sang adam lagi..http://matcuoi.com


takdir Ilahi menguji kata dan keyakinannya..


perempuan ini..
rebah dalam lautan cinta ciptaan sang adam..http://matcuoi.com
yakin kembali dari kekecawaan lalu, bahawa sang adam itu miliknya..


perempuan ini..
nekad memilih sang adam itu sebagai belahan jiwa..
setelah yakin dengan istikharah yang dilakukan selama berjauhan..
bonda dan ayahnda memberi restu..http://matcuoi.com
sedangkan..
sang adam itu, bukanlah seindah mata memandang, apatah lagi jutawan bergaya..


siapa menduga, cinta ini mainan lagi..http://matcuoi.com


perempuan ini..
mengorak langkah longlai pabila cintanya di roller costar kan
lemah jiwanya semput dadanya mendengar perakuan ikhlas sang adam itu..

cinta sang adam beralih arah!http://matcuoi.com


perempuan ini..
semakin hilang akalnya.. menjemput dendam bertamu dihati..
bukan sekadar membenci.. tapi biarlah sang adam itu luput dari mata hati..
hatinya terobek semahu2nya..

perempuan ini..
mengorak langkah saat dan waktu dengan jutaan rasa dijiwa..
terkadang nanar hati mengingati kecurangan yang terjadi..
sedang saat perempuan ini menangis, hanya dia dan Dia yang tahu perihnya..http://matcuoi.com


perempuan ini..
sakitnya mengizinkan hati disakiti..
mungkin kesalahan lalu, perempuan ini teruji sedemikian rupa..
yang mendengar hanya terus mendengar..
jasad perempuan ini yang menarah pilu agar kembali hidup..http://matcuoi.com


sedang sang adam itu bahagia dengan hawa pilihannya..


perempuan ini..
akhirnya dia sedar..manusia tidak semuanya sempurna..
mungkin keihlasan yang diberi tidak mampu menawarkan kebahagiaan hati sang adam..
dan sekarang..bukan masa untuk mencari cinta itu..http://matcuoi.com



rasa itu telah mati..
biarlah masa yang mengulirkan segalanya..
andai bukan cinta di dunia, pastinya diSana cinta menanti..
kerana...
cinta itu setia..http://matcuoi.com

Wednesday, October 26, 2011

dah balik

Jejak bertapak Ezu warkah 10/26/2011 10:26:00 AM 0 kata azimat
ibu ngan abah dah balik..

p usim..

x de la nak tinggalkan ape2 utk aku ke..

wahaha

pesanan last sekali:
bagi je la duit kat dia sementara ni
kang 2015 ibu bayar balik..

hahaha..

***berjuta rasa yang ada***


 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review