"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Sunday, September 21, 2008

PeRjAlaNAn di TanAh GeRsaNg

Jejak bertapak Ezu warkah 9/21/2008 11:13:00 PM 0 kata azimat
20/9/2008. aku bersama housmate aku, joint program berbuka puasa dengan saudara baru. tempatnya dekat putrajaya. well, so far so good program tersebut. umpama dinner biasa, tapi aku dapat bersolat jemaah maghrib dan isyak bersama2 saudara seislam yang lain walaupun solat maghrib tu aku hanya jadi makmum masbuk. x pe, yang penting ku dapat berjamaah. ahh, lame sungguh x solat berjamaah. aku merindui saat seperti itu. dan aku hampir menagis mendengar imam membaca ayat2 al-quran. lama juga aku x mendengar ceramah agama. alhamdulillah, terubat juga sdikit rindu aku.

berkaitan solat jamaah, aku merindui untuk melakukan semua itu. kerana kerinduan itu juga, anganku untuk mendapat suami yang bakal menjadi imam untuk aku dan anak2 kelak. yang bakal membimbing dan bakal membawa kau dalam kasih sayang dan redha ilahi.. ya allah, aku mengharapkan semua itu.... makbulkan doaku ya allah, kerana aku akan bertemu dengan mu suatu masa nati. harapan ku, biarlah aku bertemu mu dengan seribu kebaikan dan rasa penuh ketaatan sebagai hamba mu yang hina..

malam ramadhan yang kesepuluh terakhir ini, aku sering meminta padamu, agar segala kesalahan ku diampunkan.walau aku tahu,terlalu hina aku unuk meminta segalanya, sedangkan aku sering kali melanggar perintahmu dan selalu lalai dalam beribadah. dengan maghfirahmu, aku pohon, ampun kan aku.semoga lailatul qadar itu milikku.... moga keampunanmu buat ku, semoga kebaikan dan rahmatmu untuk diriku. jadikan aku hambamu yang kau pelihara selalu dan sentiasa dalam ampun mu.

ya allah, aku dalam dilema. antara harapan ibu n abah dan kehendak ku sendiri. kadangkala aku rasa bersalah dengan harapan mereka. ahhh, derhaka kah aku????

perlukah aku terangkan semuanya apa yang aku lalui sekarang? sedangkan aku x mahu mereka tahu keperitan hidupku. bukan aku x ingat mereka, tapi aku sendiri dalam kelelahan.
yang ku harap darimu, kau peliharalah aku ya allah... jadikan aku anak yang solehah dan setiasa dalam redha mereka. sesungguhnya, redha mereka redhamu jua. tapi andai mereka tidak redha? hanya engkau yang tahu ya allah...
 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review