"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Thursday, October 29, 2009

Dalam Hati

Jejak bertapak Ezu warkah 10/29/2009 01:29:00 PM 0 kata azimat



dedikasi khas untuk insan yang yang di rindui selalu..

Jika Aku Jatuh Hati

Jejak bertapak Ezu warkah 10/29/2009 12:39:00 PM 0 kata azimat

Friday, October 16, 2009

aku yang mencintai cinta

Jejak bertapak Ezu warkah 10/16/2009 12:43:00 PM 0 kata azimat


Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorang yang tak membalas cintamu,
janganlah merasa tersisih,
Tiada salahnya menyintai seseorang
kerana cinta tak memilih untuk singgah di hati sesiapapun.





Sekiranya kamu di cintai oleh seseorang yg tak kamu cintai,
anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu tapi…
kembali kan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas & jujur.
Jangan ambil kesempatan & janganlah melukakan…





Bagaimana kamu mengurus cinta,
begitulah jua kamu mengurusi diri mu.
Setiap hati & perasaan
mengalami kepedihan & kebahagiaan yang serupa,
sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.


Sekiranya kamu bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kamu
& tiba2 cinta memilih utk pergi,
tiada siapa yg harus di persalahkan. ..
relakanlah cinta itu pergi.

Kerana setiap yg berlaku ade maksud yang tersembunyi
& kamu akan menyedari apabila masa silih berganti.





Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta.
Kerana cinta sendiri akan memilih utk singgah di hati sesiapa.
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri di dalamnya
apabila ia datang mengetuk pintu hati mu.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup mu bahagia...

Cinta,
sentiasa & selamanya akan menjadi misteri.
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati mu..


***
buat aku yang pernah mencintai cinta.
akhirnya cinta itu pergi membawa bersama luka di hati.
masih terlihat dimata ku walau cinta diam menyepi.
cinta, semoga kau bahagia...
walau segunung sayang bertaut
cinta,
kau tetap pergi..





Monday, October 12, 2009

Rumah terbuka 1827 taman permata

Jejak bertapak Ezu warkah 10/12/2009 12:24:00 PM 0 kata azimat
hari sabtu lepas, my x housmate kat taman permata wat jamuan rumah terbuka. walaupun x semeriah tahun lepas, tapi semua yang ada dalam rumah tu dapat berkumpul semula. kak ezai, watashi, kak zira dan kak tie.


thanks t00 ajun cz sudi jemput ezu untuk memenuhkan majlis u all. kak djah juga.


erm, tahun depan mungkin kita da x dapat bersama macam ni lagi kan... semuanya bakal berkeluarga akhir bulan ni...


congratulation t00 kak ezai untuk wedding dia pada 22/11/2009 ni

kak djah pulak pada 10/12/2009.


semakin terasa saat2 kehilangan tu. walaupun watashi duduk sana setahun je, tapi kemesraan tu terasa sampai sekarang.


sebenarnya, masa open house tu, watashi da rasa sedih. kakak-kakak watashi sume nak kawin. watashi ni bile la lagi... rasa macam keseorangan ke. walau pun ajun ada, ezu tau. ajun mesti terasa kan. kak ezai n kak jah da nak tinggalkan kita.


ajun, mungkin sekarang ni bukan masa untuk kita dapat semua tu. mungkin kita belum perlu lagi berkeluarga.atau mungkin kita perlu membahagiakan lebih ramai lagi orang di sekeliling kita untuk kita mendapat kebahagiaan yang hakiki. tapi ajun, kita masih ada allah kan. mengadulah kita pada dia. mintalah kita pada dia...ezu tau ajun sedih.tapi, ajun jangan lupa. perjalannan kita masih jauh lagi. masih banyak yang perlu kita buat untuk memperoleh keredhaan allah.


ah.. ajun. kadangkala diri ini juga tak kuat untuk menghadapi semua ni. dalam keadaan2 sekarang ezu selalu je rasa keseorangan..ezu cemburukan mereka2 yang telah berpunya. tah, selaunya ezu akan biarkan perasaan ni berlalu. malas untuk ezu pikirkan apa yang akan terjadi..


sekadar luahan perasaan yang ezu pendam selama ni...


look to the picture below :
sedikit makanan ringan, kuih raya dan puding kastard.

hidangan pecal, popia goreng dan kek kurma


spegheti kari, mee kari dan buah-buahan

jam 2.00 am. keluar untuk membeli air milo ais dan jus apple.. hahah


bahan yang diperlukan


bahan2 pecal


jam 12.00am


jam 11.00 am


with kak ct, ina, ada, kak ezai


x-housmate 1827

Thursday, October 08, 2009

Jamuan Raya

Jejak bertapak Ezu warkah 10/08/2009 12:55:00 PM 0 kata azimat
Senyummmmmm 1,2,3..................


Yummy yummy......... Peacccceeeee.....

erkkkkk????????

Jom p masjid
kite p makan kat sana...
kenape makan kat masjid?
Jamuan raya kat masjid.
owhhhh...
kalo makan, memang cepat je...
hehehe..

watashi seronok tengok sahabat2 ni makan.
best2..

bulan syawal
bulan silatulrahim...
kan kan kan...

sama-samalah kite mengeratkan hubungan yang telah sedia ada.
ehehehe :-)



Tuesday, October 06, 2009

K0j0 Gil0

Jejak bertapak Ezu warkah 10/06/2009 02:52:00 PM 0 kata azimat
Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time...

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bahawa tak ada org kat kampung. Unpack segala barang anda & pergi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dalam 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah sekarang"

3. buat-buat terjaga pada tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalau dia tanya, pura2 tak tahu apa yang dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dengan pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dengan kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa-apa atau cakap apa-apa. Lepas tu bangun secara tiba-tiba sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dengan kuat "Horee...!". buka lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat-buat pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yang telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dalam risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yang menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat-buat muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dalam 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, seperti kucing, offer untuk beri makan kepada binatang tersebut. cepat-cepat keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kepada kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat lah...Macam teknik rebonding... ". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. masa roommate tidur, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), lepas itu panggil member dalam 10 baca yasin ramai-ramai. bila roomate jaga pakat2 buat tak nampak apa-apa.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) lepas itu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok-tengok ada mayat.

hahahahha...

renungan untuk bakal2 isteri

Jejak bertapak Ezu warkah 10/06/2009 01:34:00 PM 0 kata azimat
Pesanan Asma' binti Kharijah Fazari kepada anak gadisnya pada hari perkahwinan anaknya itu.


"Hai anakku, kini engkau telah keluar dari sarang yang dahulu adalah tempat engkau dilahirkan sehingga menjadi besar.


Kini engkau akan beralih ke suatu hamparan dan kediaman yang belum engkau kenali. Dan engkau harus berkawan pula dengan seseorang yang belum engkau mesrai.


Itulah suamimu.


Jadilah engkau tanah untuknya dan dia akan menjadi langit untukmu.


Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan dia akan menjadikan engkau sebagai tiangnya.


Janganlah membebaninya dengan pelbagai kesukaran sebab itu akan menyebabkan dia meninggalkanmu.


Janganlah engkau terlalu jauh darinya agar dia tidak melupaimu.


Tetapi kalau dia mendekatimu dekatilah ia


dan sekiranya dia agak menjauhimu, jauhilah dia dengan baik.


Kisah Sang mOnyet

Jejak bertapak Ezu warkah 10/06/2009 08:36:00 AM 0 kata azimat
Kisah Sang mOnyet
(cerita yang di copy n paste dari email yang watashi terima. pepagi buta ni hujan da turun dari mata watashi cz baca kisah ni.hahaha.)

Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis.Apa yangs aya ingin ceritakan pun hanyalah tentang monyet,haiwan yang sering jadi bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas, kekasih yang jelita mahupun banglo besar.

Saya tidak bijak bercerita tentang itu.Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara.Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di Kuala Pilah,nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir disisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.Saya terus memandu.
sewaktu kereta semakin hampir,saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta. Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinyaterketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging. Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?
Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya,nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.
Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet.Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi.Tapi tidak kepada saya.
Peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi.Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi,tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk , napuh, rusa,ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu,seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi . Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik,"Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan".

Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami.Saya mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yangsedang memakan buah-buah hutan.Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu.Dibibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benarmaksudnya. Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?"Ha'a. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela, " begitu jawapan pak cik.
Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supayamembatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendur kanniatnya.Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu,"daripada balik tangan kosong? " lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ? DAMMM!!!Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyi ranting patahs erta jerit pekik haiwan berkenaan.
BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah. Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat.Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan,tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah.Ia cuba bangun. Dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah.Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh,bangun mendapatkan ibunya.Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan.

Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali.Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya.Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit.Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya.
Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi.Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersamaanaknya.Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.Dosa apakah yang aku lakukan hingga aku ditembak? Salahkah aku bebas kesana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya.Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi. Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.
Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik,dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripadatumpah ke pipi.Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang- goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku.Susana sunyi kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang. Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunyayang telah mati.Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik.Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami keranamembunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh,tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak,rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia?? Mana hilangnya akal waras kami? Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya.Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam,keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Monday, October 05, 2009

Raya raya raya

Jejak bertapak Ezu warkah 10/05/2009 11:38:00 AM 0 kata azimat
first raya :
beraya dengan mata bengkak.
p umah sedara mara belah abah.
p shopping
hahaha.
2nd raya - 4rt raya:
dok senyap2 kat umah.
balik seremban

siang dan malam raya ke-9:
start keje
p umah terbuka opismate
p umah terbuka pak ben n makcik ana



malam raya ke-10:
opismate serbu umah watashi
p beraya umah opismate yang lain





malam raya ke-11 - raya ke-12:
dok diam2 kat umah
macam exhasused je rasenye
huhuh

malam raya ke-13:
kat KL
p hospital Pusrawi

raya ke-14:
beraya di KFC Central Market KL
jumpe nas, sue, faridil, hisham ngan sumarno





raya ke-15:
beraya di KFC Central Market KL lagi
hahaha

raya hari ni:
kat opis.

Friday, October 02, 2009

watashi rasa kan...

Jejak bertapak Ezu warkah 10/02/2009 10:21:00 AM 0 kata azimat
pernah x rasa macam yang watashi rasa?
ermm...
rasa macam mana?
hehe..
rasa camne ye...

ntah la..
nak cakap segan.
tapi nak cakap jugak.

mungkin sesiapa yang da umur2 macam watashi ni, da terpikir benda-benda macam ni. normal ke x ye perasaan ni? huhu. cam normal. cam gatal pun ade. hahaha..
mungkin ade yang da tahu ape jawapan dari soalan watashi kan. huhhu.. malunye..

em, mak watashi kawin umur 24 tahun. dia bertunangn sebelum kawin setahun. maksudnye, mak watshi bercinta dalam umur 23 tahun. hahaha. em, rasanya dia takkan marah watashi kalo watashi nak kawin dalam usia seusia dia waktu tu. hahahah.

camne ek nak kawin? best ke? sahabat watashi ada cakap, kawin tu macam orang korek telinga. sedap tak korek telinga tu? sedapkan. macam tu la kawin, tapi lebih sedap dari tu. hahahahah. cam sengal je watashi dengar. rasa nak gelak berguling-guling...tapi, betol jugakkan? hehehe. gatalnye watashi ni...

well.watashi pun x tau nape watashi tibe2 nak kawin.bukan gatal sangat nek berlaki.x kesah pun pasal laki ni.tapi, bile mengenangkan zuriat tu, macam nak je kawin.. ermmm
x leh ke kalo x kawin, tapi ade anak sendiri? ermm... watashi bukan seperti ibu nabi isa a.s.

semalam watashi bercerita dengan oficemate watashi. mungkin, apa yang dia rasa same dengan apa yang rasa. watashi bukanlah tidak percaya kepada lelaki2 di luar sana. tapi, sejak watashi kehilangan "dia" dalam hati watashi, watashi seakan serik untuk membuat sebarang skandal.ntah. watshi makin rasakan sume yang terjadi ni, sumenye tipu belaka. pembohongan yang x sudah2. tah, watashi da penat sangat rasanya.

oficemate watashi suruh terangkan kekasih gelap watashi.suruh watashi kawin cepat. suruh watashi pikir semula apa yang dia katakan. keralatan dia kerana tiada zuriat. dalam umur dia yang sekarang ni, dia da x pikir pasal kawin. semuanya da ada dalam hidup dia. kecuali yang satu tu je la. ermmm... betul jugak..

tapi, watshi bukan orang yang mudah untuk menerima sesorang dalam hidup watashi sebagai teman watashi.walaupun beria ia watashi suruh orang carikkan, tapi bila baru nak dikenenkan, watashi cepat2 menolak. hahah.. thank pada yang menolong watashi. biarlah orang marah kalo watashi kata, watashi ni memilih. yup, watashi memang memilih. penting untuk masa depan watashi dan zuriat watashi.biarlah dia seorang baik agamanya, lengkap solatnya. walaupun dia bukanlah seorang alim ulamak, hartawan apatah lagi dermawan, asalkan sejuk mata watashi memandangnya, diterima kehadiran dia dalam keluarga watashi dengan penuh kesyukuran.

ntah, dalam hati watashi, da x de cinta lagi rasanya dengan orang lain. watashi da buang segalanya. so, ape yang ada dalam diri watashi? ntah. cumenye, watashi akan terima kehadiran seseorang dengan keterbukaan andai seseorang itu datang pada watashi..watashi da penat mencari da tercari cari.

ermmm
watashi nak kawin.........
watashi nak seseorang yang boleh sayang watashi.
dan watashi pun boleh sayang dia..
huhuhu..
 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review