"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Sunday, January 31, 2010

kerinduan...

Jejak bertapak Ezu warkah 1/31/2010 12:09:00 PM 0 kata azimat
kenangan semalam

Oh kenangan
Kenangan mengusik jiwa
Ku terhempas...

Jauh di sudut mata
Jiwa kian terpisah
Makin sengsara...

Oh sesalan
Sesalan datang meragut
Hati pedih...

Tak mungkin dapat dilupa
Segala yang kita bina
Hancur akhirnya...

Sampai masa ku teringat
Segala pahit menikam rasa
Hening semalaman
Ku di pusara
Cinta airmata

Oh semalam ku terbenam
Di lubuk asmaraku
Yang jauh ku kembara
Jauh perjalanan
Jauh destinasiku
Namun tidak kesampaian
Ke arah tujuanku...
**********************************************************
langkah yang ku selusuri..
untuk detik2 ni...
mengingatkan aku pada mu..
awak...
moga awak bahagia tika ini...
bersama dia...
aku tak pernah membenci mu...
andai menyayangi mu adalah satu dosa
maafkan aku...
entah kenapa...
hati ini teringat padamu kembali...
sungguh...
pemergianmu membuatkan aku merana...
ya Allah...
aku amat merindui dia tika ini...

Friday, January 29, 2010

.: Cinta :.

Jejak bertapak Ezu warkah 1/29/2010 09:53:00 PM 0 kata azimat
Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorang yang tak membalas cintamu,
janganlah merasa tersisih,
Tiada salahnya menyintai seseorang,
kerana cinta tak memilih untuk singgah di hati sesiapapun.

Sekiranya kamu di cintai oleh seseorang yg tak kamu cintai,
anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu tapi…
kembali kan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas & jujur.
Jangan ambil kesempatan & janganlah melukakan…

Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu mengurusi diri mu.
Setiap hati & perasaan mengalami kepedihan & kebahagiaan yang serupa,
sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya ! kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita
& tiba2 cinta memilih utk pergi,
tiada siapa yg harus di persalahkan. ..
relakanlah cinta itu pergi.
Kerana setiap yg berlaku ade maksud yang tersembunyi &
kita akan menyedari apabila masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta.
Kerana cinta sendiri akan memilih utk singgah di hati sesiapa.
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri di dalamnya
apabila ia datang mengetuk pintu hati mu.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup mu bahagia...

Cinta sentiasa & selamanya akan menjadi misteri.
Bersyukurlah kerana ianya ! pernah singgah di hati mu..

Thursday, January 28, 2010

Kau dan Aku

Jejak bertapak Ezu warkah 1/28/2010 08:36:00 PM 0 kata azimat
(ihsan Mr. President)-thanks my Pres..
setelah beberapa tahun terputus hubungan, akhirnya watashi di pertemukan semula dengan sahabat2 watashi...

kenangan lalu terimbas kembali.. :

2004 : awal kehidupan watashi di UTMKL. berprogram dengan pekerti. berada dalam kelompok usrah...di situ bermula erti persahabatan yang tidak ternilai harganya. kasih sayang yang melebihi segalanya:
mursyida, ramiza, emy, intan, kak izi, kak ika dan ramai lagi... nama yang disebut, adalah nama yang selalu ade bersama-sama ketika susah dan senang...

2005 : tahun kedua di UTMKL. memegang tampuk pemerintahan kolej 1. bersama-sama sahabat tadi...kami berjuang memastikan kolej dalam keadaan yang amat baik dan menyenangkan.. pelbagai program dirancang sehingga ke Tembok Besar China dan setinggi Gunung Kinabalu di jejaki...pengisian hati masih di perlukan. Laman Nurani Perdana dan laman nurani mingguan tetap terus diadakan...permintaan hiburan nasyid ditunaikan..tak dilupakan JKP sukan turut berganding bahu untuk mempelbagaikan aktiviti campus..kerjasama semua pihak amat memberangsangkan...tahniah sahabat! inilah kejayaan kita sehingga ke World Of Record Malaysia!

2006 : mula perpecahan, rusuhan, pemulauan, peperangan antara kita. entah mengapa, cah keting tiba2 masuk dalam perhubungan kita. bukan salah kita...kita mangsa kepada individu yang tamakkan pangkat dan ingin menjaga pentadbiran kolej melalui kita.. ajk pelapis kita di pelopori mereka.kita di pulau...dan JAP K1, terasa huru haranya.. bukan kite x nampak keadaan ni..tapi, kita x mampu untuk bersuara sedikit pon.akhirnya....kita terpisah... dek kerana itu, kita berpisah tanpa ucapan selamat tinggal dan doa restu antara kita..tidak seperti pertemuan diawalnya...

2010 : akhirnya..... kita dipertemukan semula di alam maya ini... sahabat...tahukah engkau semua, aku mula merindui kisah manis kita. tahukah engkau semua, hati ini semakin lama semakin terubat dengan kahadiranmu... semakin banyak mempelajari, ada yang memperjuangkan ukwah antara kita sedar dan tidak.. pertemuan semula dengan Mr. Pres, telah berjaya merungkaikan apa yang terjadi..telah menemukan kita semula...tidakkah engkau tahu! hahahahaha...sesungguhnya, aku amat bahagia waktu ini...

walau pada awalnya, aku sinis memandangnya kerana kembali lagi setelah memecahbelahkan hubungan kita...tidakkah dia tahu, kita terlalu menderita waktu itu...mencari sesuatu untuk bangkit meneruskan sisa2 persahabatan yang semakin menghilang...senangnya dia kembali tanpa maaf..

lantas, satu persatu lembaran terbuka dan dibuka.. sedikit demi sedikit luka lama kembali sembuh..Mr. Pres bukanlah yang seperti kita jangkakan..rupanya dia juga menderita seperti kita...dan dia juga bermati2an memperjuangkan ukhwah kita...
manakan ku tahu...teman mu dia. dia yang termasuk dalam kelompok tamak dan ingin kami semua mengikut katanya..dia lah yang memecahbelahkan hubungan ini..kata orang kalo kita nak tahu dia siapa, kita tengok siapa kawannya... sudah tentu Mr. Pres ni termasuk dalam J tersebut. kerana teman mu dia.. erghhhh...

maaf Mr. Pres...untuk kali yang keberapa tah...

rupanya, ukiran wajah bahagia ku dibaca oleh rakan-rakan sekerja...hahahaahah...
terlalu bahagiakah aku dengan kehadiran mu sahabat? sehingga ada yang mengatakan aku seperti insan dilambung percintaan..hahaaha...
semakin hari semakin banyak pertanyaan padaku...
"dengan sape?" "orang mana?" "kerja apa?" "bahagia ke?"
soalan tersebut ku hayun dengan senyuman yang paling bahagia dan sinar mata yang gembira...
" sah. zu tengah bercinta!"
" bercinta kerana penangan facebook" hahahaha...

ada juga ku jawab dengan penuh tipuan di hati..
sekadar menduga dia yang anti dengan beberapa kelompok.
"yup, dia kawan lama...berjumpa semula di facebook...orang kelantan.."
dan jawapanya... " zu, ko carik la orang lain..." "zu, carik la orang jawa ke.."
ade juga yang setuju " x pe zu...akak suke..."

hahahah...kadang2 penipuan ku ini, keterlaluan plak... x pe..
balas ku pula " masih dalam proses perkenalan kembali..."

dan ade yang cube slow talk dengan ku untuk bertanya keadaan yang sebenar...
t0 kak piah, azri, kak qma, kak salmy, en.din, kak aisyah, kak paie....

bahagiaku kerana sahabatku kembali ke sisi ku semula!
sekian lama aku kehilangan mereka
sekian lama aku menderita mencari jalan sebenar...
akhirnya ku temui mereka...di sini.. di alam maya ini...
masih dalam proses perkenalan kembali...

hanya seorang yang telah jelas posisi ku sekarang...nampaknye, dia semacam lega kerana tahu aku x bercinta...hahahaha... macam2 orang opis ni...perubahan ku yang sedikit ini rupanya menjadi perhatian.. sahabat di sini pon, membuatkan aku bahagia..... terima kasih sahabat JKSNS! aku juga bahagia bersama mu!

dan.....
apakah akhirnya pertemuan kita selepas ini????
adakah akan kembali berkubur???
masing2 dengan kehidupan berkeluarga nanti..
tak kan sama dengan masa ni...
single but not available (Mr. Pres amat x puas hati dengan kenyataan tu..)
tak mungkin akan ada conference dalam skype...kutuk2 dalam facebook...hhahah...
guyz.....really love n miss u....

Selaut sayang dari mama ezu...

Jejak bertapak Ezu warkah 1/28/2010 06:25:00 PM 1 kata azimat
hari ni, hari khamis..10/01/28...sedikit ketidakselesaan pada diri watashi... watashi demam... sejak tahun lepas, keadaan watashi agak tidak stabil.. boleh dikatakan setiap bulan watashi akan amik MC. bermula mei 2009.. watashi x tau kenape watashi boleh week sangat...

kalo diikutkan sejarah watashi ni, watashi susah nak demam.. kadang2 tu, setahun watashi x demam..kalo demam je, mesti demam pada tiap 5 ogos.. besday watashi tu..hhehehe...

tahun ni, hari ni start demam ni...

ya Allah, aku tahu.. apa yang engkau kurniakan padaku adalah yang terbaik untukku..moga, dengan adanya kesakitan seperti ini, kau akan memberikan aku keampunan dan rahmat dari mu...


dan sekarang, jam 6.45pm... watashi da semakin sembuh. alhamdulillah... terima kasih pada kawan2 sebab care dan sayang dengan watashi...berkat doa kengkawan, watashi sembuh...
lastly... terima kasih sahabat...kerana kesabaran mu melayan karenah ku, melayan ragamku...
moga allah memberikan kesudahan yang terbaik untukmu...

salam sayang untuk semua...

Sunday, January 24, 2010

Imaginasi tanpa Sempadan

Jejak bertapak Ezu warkah 1/24/2010 01:33:00 PM 0 kata azimat
22 January 2010
CUEPACS nafi COLA ditarik balik

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menafikan khabar angin kononnya elaun sara hidup kakitangan awam (COLA) dan elaun perumahan akan ditarik balik oleh kerajaan.

Presidennya, Omar Osman berkata, sekiranya ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta kakitangan awam.

''Perkara baru yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan perlu mempunyai surat dan tarikh kuat kuasa dan ia tidak akan sah tanpanya,'' ujar beliau ketika dihubungi malam ini.

Omar mengulas berita yang tersebar dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman-laman blog yang mendakwa elaun tersebut akan ditarik balik oleh kerajaan sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.

"Semalam saya ada bertemu dengan pegawai tertinggi Perbendaharaan dan Pegawai Akauntan Negara mengenai perkara itu dan mereka tidak tahu mengenai pemotongan tersebut," katanya.

Katanya, jika benar elaun itu ditarik balik, ia akan menjadi masalah besar kepada kakitangan awam kerana bonus tahun 2009 juga tidak diberi kepada mereka.

JPA NAFI COLA DAN ITP DITARIK BALIK
Bernama
23/1/2010

PUTRAJAYA, 22 Jan (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Jumaat menafikan laporan yang mendakwa pembayaran elaun sara hidup (COLA) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang dinikmati penjawat awam akan ditarik balik.Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam ketika dihubungi Bernama di sini berkata: "Itu semua khabar angin dan tidak benar".Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan laman blog dan penyebaran SMS yang mendakwa bahawa kerajaan akan menghapuskan pembayaran COLA dan ITP penjawat awam sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Omar Osman menafikan khabar angin itu dan berkata jika ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta penjawat awam.-- BERNAMA

**************************************************************************************

ok..habis isu ni yang telah diwar2kan oleh penjawat awam seluruh malaysia.

watashi x mo ulas hal ni panjang2. just, kalo la ini terjadi, kita kene banyakkan beristghfar dan berfikir panjang sebelum melakukan susatu tindakan..agaknye nak beli beras pon terpaksa berfikir beratus2 kali.. rasanye matawang dakka lebih bernilai dari matawang malaysia.(speechless...)

akhirnye..inilah program 1 malaysia!

makin banyak yang akan menjadi ahli kelab darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung..hidup dalam suasana stress yang berpanjangan.

akan terdapat la mayat2 yang bergelimpangan di sepanjang jalan..even di uptown pon. lelong2..boleh beli mayat..leh amit organ dalamna sekali..murah2...

so..nanti..akan ade juga jabatan ini...

semua Majlis agama seluruh malaysia akan mengambil peranan penting. jangan sorok2 lagi zakat yang dibayar..jangan bagi pada kroni saje...erm..da miskin, ade ke yang nak bayar zakat???


selain itu, gejala yang sihat seperti ni akan ada...

malaysia akan mempunyai populasi penduduk yang maha bodoh. semua universiti akan menjadi badan kebajikan untuk penduduk malaysia menetap disitu..dan meminjam semua buku2 yang ada di library untuk dijadikan bantal tidor..

aku dan keturunan ku akan jadi begini ke???

oh keturunanku....!!!..baru je sumpahan mahsuri berakhir setelah tujuh keturunan..kite ditimpa sumpahan apa??


moga pihak berwajib tidak bertindak kejam pada nasib kami..tak kira lah penjawat awam, atau orang lain..

wajib sedar dan faham, inilah serangan halus dari pihak kristian untuk menjatuhkan islam. kat mana lagi orang islam akan minta bantuan dalam keadaan ini.sebelum sempat orang islam minta bantuan, pihak mereka telah menghulurkan bantuan jutaan dollar untuk malaysia membangun semula.

sesungguhnye, apa yang kite akan buat untuk orang yang telah membantu kita? adakah kita akan berlalu tanpa ucapan terima kasih? tentunya budi baik dibalas baik.. kan? dan ketika itu, mereka akan mentadbir negara kita dengan alasan banyak peruntukan yang telah diberikan untuk menjana semula pembangunan malaysia .berjaga lah! akidah kita akan tewas. islam kita akan musnah.

artikle di atas adalah imaginasi dari watashi..yang berada dalam alam roh dan sedar...

Friday, January 22, 2010

Yang di Rindui

Jejak bertapak Ezu warkah 1/22/2010 10:13:00 PM 0 kata azimat
Jauh Di Rindu

Di mana...
katakan di mana salah silapnya
ku terasa-rasa hubungan kita
berubah mengikut masa

Ke mana...
mana hilang keajaiban itu
kelembutan serta kemanisanmu
yang pernah menghias hidupku

Mengapa kita kini
saling mengasingkan diri
kemesraan lalu
dingin dan membeku

Tetapi hati tidak dapat di bohongi
bila saja berjauhan
kita kerinduan
kau dan aku
diuji gelombang waktu

Sayangku
biar genting usah berputus terus
kenangan lalu tak mudah di hapus
segalanya tersimpan di hati
jika di takdirkan tak sehaluan lagi
kau tetap aku ingati
*********************************************

buat sahabat seperjuangan ku..
kalian...
aku terlalu merindui mu....
walau terpisah oleh masa dan
kerakusan manusia,
kau tetap dihati....

Saat indah awal perkahwinan

Jejak bertapak Ezu warkah 1/22/2010 09:10:00 PM 0 kata azimat
Cuma untuk bacaan ringan.....

Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama...
Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara : Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara : Mahukah kau menciumku?

Teruna : Ya !
Dara : Sayangku.... .!

Lepas 25 tahun perkahwinan

Sekarang Korang baca dari BAWAH KEATAS pulak.....

Tuesday, January 19, 2010

Kehilangan

Jejak bertapak Ezu warkah 1/19/2010 09:39:00 PM 0 kata azimat

Firmal Idol – Kehilangan


Ku coba ungkap tabir ini

Kisah antara kau dan aku

Terpisahkan oleh ruang dan waktu

Menyudutkanmu meninggalkanku


Ku merasa tlah kehilangan

Cintamu yang tlah lama hilang

Kau pergi jauh karena salahku

Yang tak pernah menganggap kamu ada


*

Asmara memisahkan kita

Mengingatkanku pada dirimu

Gelora mengingatkanku

Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku


Reff:

Sejujurnya ku tak bisa

Hidup tanpa ada kamu aku gila

Seandainya kamu bisa

Mengulang kembali lagi cinta kita


Takkan ku sia-siakan kamu lagi


Back to *, Reff:


Sejujurnya ku tak bisa

Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi.. (2x)

Saturday, January 16, 2010

16/01/10

Jejak bertapak Ezu warkah 1/16/2010 08:39:00 AM 0 kata azimat
hari ni 16/1/10..
meningkat umur watasahi setahun lagi...
awal2 lagi watashi da bangun hari ni...
tak boleh tidor sebenarnye...

adeh...
malam tadi la punye pasal ni..
korek rahsia orang...
akhirnye terbongkar juga..
haahah..
nasib la..

masalah watashi yang x leh nak hilang,
kalo watashi tahu sesuatu
confirm watashi x leh tido..
kalo bleh tido pon
mesti terbawak-bawak dalam mimpi..

waa...

(1/16/2010 12:48:15 AM): jika ___ baik untuk sy, maka satukanlah hati kami.. jika ___ tidak sesuai untuk sy maka kau damaikanlah kami....

dalam x mengaku tu, kuar jugak statment tu...hahahahah..

xpe, watashi tompang gembira dengan perkembangan mereka..
kalo niat mereka betol, moga allah akan satu kan hati mereka..

kita lahir ke dunia ini bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk mencintai… tetapi untuk belajar bagaimana mencintai seseorang dengan sempurna...

betol tu...

dalam x leh tido tu,
dapat mesej kawan watashi da selamat bersalin.. berat anak dia 3.24kg..secara casearan..jam 3.15 pagi..terlena jap. boleh lak mimpikan kawan watashi tu dalam wad...aduh...watashi x leh pikir lebih..sure teringat...hahahah..

kul 5.15 a.m..jam baru nak bunyi , watashi da matikan..

lastnye kul 6.15a.m. kawan watashi bagi mesej.. "subuh2..." bagi mesej kat dia malam tadi cakap x leh tido.harap watashi x terlepas subuh...kesian dia watashi kacau..erm...bagi mesej kat watashi soh bangun..bagus! hahahah
terus bangun sampai la sekarang..siap wat sarapan n kemas rumah..

pe lagi...blog ni jadi mangsa watashi...erm...nak cite kek mano laie..kek sini la tompek eh...

Friday, January 15, 2010

Telef0n

Jejak bertapak Ezu warkah 1/15/2010 09:53:00 PM 0 kata azimat
Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau....

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain.

Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."



Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka, silakan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"



atau mungkin juga Anda mendengar ini :

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok."

atau...

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."






Alhamdulillah. ..

Allah SWT mengasihi kita, Kita dapat menelefon-Nya setiap saat!!!

Kita hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar.
Kerana bila memanggil Allah, tidak akan pernah mendapat talian sibuk.
Allah menerima setiap panggilan dan
mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Kita memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul
"Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"
Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan
dibuka
24 jam sehari
7 hari seminggu
365 hari setahun!!!

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita.
Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya!!!

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut"

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.




Dari tafsir Hanafi :
mudah-mudahan ingat,
walau lambat-lambat...mudah- mudahan selalu,
walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa,
karena sudah biasa.

Thursday, January 14, 2010

Seandainya...~~~

Jejak bertapak Ezu warkah 1/14/2010 03:36:00 PM 0 kata azimat
Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.
Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.
Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.
Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya.
Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan.
Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb

Yang kau panggil Cinta

Jejak bertapak Ezu warkah 1/14/2010 03:00:00 PM 0 kata azimat


Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah seindah mimpi yang indah
Kerana ia cumalah bayangan ilusi
Cumalah mainan tidur yang berpanjangan

Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah satu kebahagiaan yang kau harapkan
Kerana ia cumalah patung permainan
Yang berselerakan di hati dia

Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah permata yang seutuh berlian
Ia cumalah kaca nan terang
Cuba menyilaukan pandangan mu di tengah sahara

Apa yang kau panggil cinta
Barangkali cuma bunga di mata
Dihati seperti duri yang bisa

Apa yang kau panggil cinta
Cuma logamaya di tengah gurun
Nampaknya indah umpama penyelamat
Sedang ia cuma di kejauhan pandangan

Apa yang kau panggil cinta
Adalah keindahan yang berseni
Namun lekok-lekok garisannya
Membuatkan ia menjadi jalan panjang yang menakutkan

Apa yang kau panggil cinta
Cuma indah apabila kau membawa Tuhanmu menyertainya!

Tuesday, January 12, 2010

Wedding Kak Nani

Jejak bertapak Ezu warkah 1/12/2010 08:38:00 PM 0 kata azimat
10/01/10

tarikh keramat buat kak nani..

jam 11.20 (lebih kurang), beliau telah selamat menjadi isteri Gasali Ramli..

tahniah pada beliau..





















Sarung Cincin Pernikahan..tanda dia milik orang...





















ciuman kasih seorang suami buat isterinya





















hantaran dari kedua-dua belah pihak purple + red

Thursday, January 07, 2010

BUAT PEDOMAN BERSAMA.

Jejak bertapak Ezu warkah 1/07/2010 08:47:00 PM 0 kata azimat
Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu .....


Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu
dan
mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup.


Begitulah juga...
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...


Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin dia TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya
selagi dia mengingatmu ......



Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan
janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu....


Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula
Akhirnya ia dibuang.....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
mungkin ia masih dapat digunakan lagi....


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...

Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya...

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS
hingga ke akhirnya...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi
yang kamu pasti baik untuk dirimu
Mengenyangkan, Berkhasiat,
Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain
Terlalu ingin mengejar kelazatan.

Kelak,
nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya
Kamu akan menyesal.

Begitu juga
jika kamu telah bertemu dengan seorang insan
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU...
MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain
Terlalu mengejar kesempurnaan.

Kelak,
kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...


Wednesday, January 06, 2010

6 hari selepas 1 januari

Jejak bertapak Ezu warkah 1/06/2010 08:51:00 PM 0 kata azimat
6 hari telah berlalu bagi tahun 2010. beberape hari ni, x sempat nak posting. bukan sebab sebok..tapi, malas sangat la jari2 ni nak mengarang.. FB je habis2.. pe nak jadi ni..




rupenye hampir separuh abad juga watahsi hidup di bumi ni..kejap lagi je nak mati..huhuhu..

untuk kali yang pertama, watashi rasa bebas!hahaha..
bebas dari segala kesedihan, dari sebarang kepeningan, dari sebarang perharapan.. yeah! watashi da bebas sekarang! watashi suke dengan keadaan sekarang..bahagia, seronok, happy!

betol kata orang, kepahitan yang dialami, akan mematangkan diri. semoga pengalaman ni, akan menjadikan watashi seorang yang lebih kuat, tabah dan matang dalam menempuh kehidupan. perjalanan watashi masih jauh...setinggi bintang dilangit biru, sedalam jurang mariana.





gambar atas ni, kawan watashi yang amik..time2 kritikal nak balik tadi..da boring da rasenye..sebenarnye, dia nak amik gambar bunga tu atau 'bunga' lagi satu tu?hahaha..suke hati lah..




sebenarnye, watashi da ngantok ni..adeh..x dapat nak tarik idea..
owh...sabtu ni nak ke rumah kakak angkat watashi kat kluang..ermm..bagus la..leh amik berkat..hahhaha...
 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review