"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Monday, April 30, 2012

Ikhlas itu sukar!

Jejak bertapak Ezu warkah 4/30/2012 10:36:00 PM 0 kata azimat
Hari ni,hari terakhir di bulan 4. Target pendaftaran bulan ni nk cukupkan 800..tp tak cukup 2 pendaftaran..syukur! Diorg da insaf kot.haha.

Tadi kemain la ramai umat dtg opis tu. Agaknye diorg ni  amik cuti tersepit ni nk dtg mahkamah kot. Dah kene vakum pon,stil ramai lagi. Da macam ada jumbo sale plak kat kaunter mahkamah tu. Erghh!

Dengan keadaan opis yang penuh sampah, fail bterabur, aircond yang panas, sume tu wat watashi serabut! Rimas! Opis ke reban ayam tu!

Penat la keje dalam situasi berselerak macam tu! Memang mood swing betol hari ni! Sakit perut yang memulas dari pagi sampai la malam ni..sume tu jadi kemarahan yang membuak2!

Si halimaton plak bleh datang  kol 5.45! Aku tak paham la. Ko kalo tak de life,jangan kacau life orang lain. Da la kitorang ni keje macam nak tercabut tangan kaki 8 jam berturut2, ko plak bleh dtg lepas time opis hour! Hormat la orang.. Pening aku!

Ezukama! Boleh tak bersabar walau sedetik! Sabar lah.. Memang ramai spesis tu.

Hurm...esok nak p ganti tayar kereta. Siap sedia untuk terbang sebanyak rm250!

Nota : kesakitan dan kepenatan adalah anugera ilahi yang paling manis andai kite ikhlas.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 29, 2012

bujang atau berjuang

Jejak bertapak Ezu warkah 4/29/2012 01:00:00 PM 0 kata azimat

Terkadang hdup bujang ni tak berape nak sihat berbanding hidup berdua.


Tengahari ni,sepatutnye time masak. Tapi watashi berbloger dengan senang hati..


Eh,kadang-kadang kan,sunyi tau hidup solo ni.. Perjuangan hidup solo ni lebih hebat dari hidup berdua..


Watashi akui,dalam umur yg semakin meningkat tua,watashi perlukan seorang teman.


Teman yang lebih kepada pasangan hidup dunia akhirat. Teman untuk berkongsi suka dan duka. Teman untuk meluahkan rasa cinta,kasih dan sayang. Teman untuk menjadi imam. Teman untuk bertahajud. Dan juga teman segala2nya.. Indahnya hidup bersama..


Tapi tapi tapi...

Semua tu hanya angan dan impian dari hati seorang perempuan yang bernama aku! Haha..


Seperti biasa,analogi yang selalu watashi katakan,adalah tidak bersedia. Atau lebih tepat lagi fobia!


Terlalu sukar untuk menerima kata2 seorang lelaki..apatah lagi untuk menerima sebagai teman hidup..hati watashi tak sanggup untuk menanggung kesedihan lagi. Takut untuk menghadapi realiti.


Bukan senang utk membuang rasa fobia ni..walau hampir setahun berlalu,tapi kelukaan ini bukan mudah untuk dilupakan..


Nota : memaafkan sesorang itu adalah mudah. Tapi sangat sukar untuk melupakan kehancuran hati yang dia telah lakukan. Kerana, itu adalah realiti yang paling tragis untuk dihapadi!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 28, 2012

tazkirah utk diri dan mereka

Jejak bertapak Ezu warkah 4/28/2012 11:44:00 PM 0 kata azimat
sungguh!!! panas..
tapi, macam mana azab allah nanti kan...
nauzubillah...

hati sebenarnya..
hati keinginannya...
haishhh!!! entahlah...
2 3 menjak ni, rasa serabut!
kenapa ye??

ok, tinggalkan keserabutan ni...
mari bercerita pasal pagi jumaat lepas (20/4/2012)..

sebelum tu, nak ucap tahniah kat diri sendiri!
hahaha...macam riak..tapi, tu lah nak dikatakan...

jumaat tu, giliran watashi memberi tazkirah..
tazkirah yang kiranya disampaikan untuk peringatan diri sendiri..
maka dipersembahkan untuk orang lain...
tazkirah yang bertajuk "wasiat sebelum bergelar isteri"

bila biasa duduk belakang tabir sejak zaman utm dlu,
sampai sekarang pon, masih selesa untuk berada dibelakang tabir..

rupenya, seminggu ni, ramai yang x habis2 bercakap tentang takirah hari tu..
tQ Yang Arif MRSS..seminggu ni, dia menyebut je..
sampai suruh bagi tazkirah lagi..
n suruh asah bakat...

yang lain pon mengucapkan tahniah..
katanya, gaya watashi sangat bersahaja..
dah macam ustazah bahyah..cume x de ling je.. hahaha

tazkirah tu, untuk peringatan diri sendiri..
tapi, watashi galak menyakat seorang rakan seperjuangan..
sehingga disalahertikan yang dia bakal bernikah..
kalo betol...syukur..

dan istikharah watashi untuk 2 orang lagi, masih dalam proses..
lelah sebenarnya melawan kehendak hati...

Nota : Hati-hati dengan hati, Jangan sampai salah menaruh hati. Pandai-pandailah menjaga hati, Agar boleh terpaut pada hati yang suci ♥

Monday, April 16, 2012

ku rindu dia

Jejak bertapak Ezu warkah 4/16/2012 10:04:00 PM 0 kata azimat

watashi...

watashi...

watashi...



watashi rindukan seseorang!!!

sangat sangat!

sesaknya rasa ni..

jantung nak tercabut
dada rasa nak pecah!!

weeeehooooooo

apakah???

rilek2!!
tarik nafas, lepas..

semoga dia tenang2 aja..
walau watashi yang sesak nafas dibuatnye!

sayang dia selalu!

Nota : kerinduan pada seseorang lahir dari keihlasan hati untuk menyayangi dia.

Sunday, April 15, 2012

mocca ais blended

Jejak bertapak Ezu warkah 4/15/2012 09:42:00 PM 0 kata azimat

malam ni...
terasa nak minum mocca ice blended!

apakah kesengalan telah melanda??
mana nak dapat??

takkan nak kene pegi secret recepies plak..
ke pizza?? ke nak p kenny roges??

merepek!
p tido la..

konfom malam ni tido kuar air liur basi..
sebab x dapat mocca ais blended!

sebenarnye, watashi adalah penggemar kafein..
coffee, nescafe, mocca dan lain2 lagi..
tapi tidak setegar penagih dadah kepada dadah!

Nota : terkadang keinginan yang hadir sukar untuk dipuaskan. syukurlah dengan apa yang ada..


Wednesday, April 11, 2012

istikharah...

Jejak bertapak Ezu warkah 4/11/2012 10:41:00 PM 0 kata azimat
istikharah itu perlu untuk kelangsungan hidup dunia dan akhirat..

link terbaik sebagai kesimpulan istikharah : Fitnah Petunjuk Istikharah 

watashi akui, sukar untuk watasi lakukan istikharah itu..
entah kenapa, lain benar malasnya kali ini untuk istikharah itu..

apakah kerana watashi telah mewartakan diri watashi ini belom bersedia??

seperti ada suatu yang menggeletek ketiak watashi untuk terbahak2..
mana kan tidak..
seperti yang sedia maklom, watashi terinagin dan tak sabar nak kawen...
asal ada artikel sahaja, pasti akhirnya ayat nak kawen terkeluar..
hahaha

dan sekarang..
watashi tak bersedia untuk semua tu..
sangat2 tidak bersedia dan tidak mahu memikirkannya lagi..
tolonglah!!!

sedang usia semakin bertambah, diri ini seakan menolah sunnah yang satu itu..
bukan kerana B, bukan kerana minyak petrol semakin naik..
bukan juga kerana gaji naik dan harga barang naik..
walau pun semua tu naik,
tapi untuk berkahwin ini, semuanya merundum!

benarlah..
semakin kite mula menolak sesuatu itu, semakin ia datang menghampiri..
dan semakin sukar untuk watashi melakukan istikharah..

tuhan..
apalah sukarnya aku untuk melakukan sesuatu yang aku suka lakukan suatu ketika dulu..

Nota : bukan berniat menidakkan kehadirian seorang, dua dan tiga! tapi berikan waktu untuk melakukan istikharah dahulu!

Terjadi

Jejak bertapak Ezu warkah 4/11/2012 12:46:00 AM 0 kata azimat
macam...
macam-macam yang dirasakan saat ni..

ok..esok cuti..hari pertabalan agong..
watashi di umah ni dengan adik..ahad ni nak hantar dia p nilai..

btw, alhamdulillah..watashi dah selamat sampai ke sabak bernam dengan my B jumaat lepas..
balik dengan adik..
sesat barat sampai masuk USJ..walhal hingway tu leh tembus ke kuala selangor..
dah tau sesat, x de la tanye sesiape..main bawak je..
masuk higway klang, mujur jumpe tol sungai rasau..
kalo tak, memang risau..

hari isnin balik sini ibu menumpang berjalan-jalan katanya..
bawak aje la..
yela..nak kemana pon kalo bukan ke rumah emak ibu juga..haha

nak balik sini, tayar B wat hal..
bocor sebocor2nye..
abah dah sampai kuala selangor..
nak nangis rasenye..
mujur masa tu kat umah lagi..hero kat umah tu yang tolong ganti tyre spare..
risau gak takot x sampai seremban..
lagi la dok bawak puteri2 kesayangan abah..
kalo watashi sorang, redah je..

singgah tempat abah, abah kata ok, jalan...
tawakal je..
siap soh ibu ngan adik mengucap..mana tau kot2 jadi ape2..

dahnye, sampai hari ni dok gune tyre tu..
dah suruh pakcik tengokkan.. rupenye bocor..
tapi bocor sebelah tepi..ape la..dua mata plak tu..
patut la kempes!

hari sabtu..
kebiasaaan, kalo balik sana, memang melepak..
janji dengan diorang nak balik..
tempat biasa BNO ler..tu je yang boleh kalo nak dating..kfc privacy sangat kot..

saat yang terindah bersama sahabat..

dan, sebenarnya..
kali ni watashi paksa sesape yang free balik..
dan, dalam ramai2 tu, 3 orang je yang boleh balik..

xpe..syukur..
topik utama time tu adalah watashi!

dan..

okbai!

Nota : sesekali kita perlu melihat alam sekeliling dan pandangan orang lain untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar takkala usia semakin bertambah..

Thursday, April 05, 2012

bukan niatku...

Jejak bertapak Ezu warkah 4/05/2012 10:21:00 PM 0 kata azimat
maafkan aku...

sungguh...

tanpa niat mempermainkan...

tanpa niat memberi harapan...

harus kita hentikan...

sebelum hati kita terikat

maaf...


moga ada insan lain yang lebih memahamimu

moga ada insan lain yang lebih menyayangi

moga ada insan lain yang mampu membahagiakanmu...

maaf...

Monday, April 02, 2012

Gila itu hadir

Jejak bertapak Ezu warkah 4/02/2012 09:47:00 PM 1 kata azimat
http://matcuoi.com
Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
http://matcuoi.com


kalau la umah nenek aku ni ada bilik bawah tanah untuk karoke...
memang hari2 aku karok..
wahhhhhhhh!!!!!
cari nada yang high2 je..

hati ni nak menjerit!!!!!!!!!!
ada benda dalam otak ni sampai nak karok tak tentu hala ni...

tuhan...
tabahkan aku...
mudahkan segala urusan aku..
berikan aku petunjuk..
moga pilihan ini tepat..

http://matcuoi.com

aku mohon ya allah...
berilah jawapan yang terbaik..
sesak dada ni memikirkan..
moga itu adalah yang terbaik untuk perjalanan dunia akhirat ku kelak..

sungguh...
aku buntu..aku keliru..aku sewel..

http://matcuoi.com
Bukan ku takut bercinta lagi
Tapi ku takut menangis lagi
Bukan ku takut bermain kasih
Tapi ku takut jiwa 'kan merintih
http://matcuoi.com

Nota : beristikharahlah kamu..nescaya kamu tidak akan menyesal..walau pilihan itu hanya satu, mohon la pertolongan dari Dia..apatah lagi andai pilihan itu lebih dari satu..

Sunday, April 01, 2012

April tiba...

Jejak bertapak Ezu warkah 4/01/2012 05:44:00 PM 0 kata azimat
Bila April tiba
Hati mula berkata
Setahun lamanya
Perkenalan kita
Ku tanya padamu
Kapankah hatimu
Akan ku miliki
Selama abadi
###########################################################

owh..sangat tidak berkaitan dengan lirik di atas..
dah tak tau nak tulis ape untuk permulaan... http://matcuoi.com


semalam raja datang umah aku..eh, maaf-maaf..bukan umah aku..umah nenek aku..heheh
dia datang sini sebab nak p kenduri kat paroi jaya..
member aku dorang ni, memang la kaki ronda-ronda malaysia..
tu pon sesat2 dia nak sampai..
kesian..

alkisah..aku offer dia naik B..wah!!! dia sangat terkinja2 untuk menaiki B..
habis sume dia belek B.. aku gelak je perangai dia.. http://matcuoi.com
sebab, masa dia dapat myvi dlu, aku pon macam tu jugak..
jakun...hehehe...

lepas p kenduri, aku ajak p Port Dickson..
berjalan-jalan..meluah perasaan..kutuk mengutuk diri masing-masing..
macam lama gila tak jumpa..


memang lama..
bulan lepas x jumpa..hahaha.. http://matcuoi.com
walhal minggu depan masing-masing nak balik sabak ni..
kalau dah balik sabak ni, kuar pagi balik maghrib..
malam2 tak keluar..
malam adalah masa untuk keluarga...
boleh gitu???
boleh...
sebab tu ada orang nak masuk minang aku.. http://matcuoi.com
hahhaaha...


balik sabak pon redah je la..
half day..
amik jannah dlu..baru terus ke sabak..
entah cabang mana nak ikot nanti, tawakkal je la..
GPS ada kan..hahah
silap-silap.. bukan GPS..tapi GPOS..
apa itu GPOS?? benda tu adalah Guna Pakai Otak Sendiri.. OMK-OMK...http://matcuoi.com
hahaha..

okbai

Nota : hargailah Insan yang datang dan ada di sekeliling kita.. http://matcuoi.com
 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review