"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Thursday, May 17, 2012

Makan orang!

Jejak bertapak Ezu warkah 5/17/2012 09:39:00 PM 0 kata azimat

Makan makanan yg menyerakan,adalah nikmat tak terkata..tapi kalo  makan orang adalah musibah tak boleh nak kata.


Kamu semua,boleh tak cube bersabar? Bertenang menghadapi dugaan hidup berumah tangga.. Redha menghadapi kekurangan diri masing2.. Syukur dapat bernikah dgn orang yang kita cintai...


Lihatlah pada mereka yang masih mencari pasangan tulang rusuk..kasihan..penantian yang entah bila akan berakhir..bersendiri meniti kehidupan..mengeringkan hati takkala melihat sorang demi sorang teman bersanding..bergetar hati melihat sorang demi sorang teman  mengendong anak kedua stelah 2  tahun disandingkan..


Tapi kamu! Knapa mudah dengan talak itu! Mengapa sebegitu murah harga cinta yang diperoleh? Mengapa??


Berkahwin itu,bercouple kah? Berkahwin itu,game kah?

Berkahwin itu,suka2 kah mcm main teng teng?


Waktu bercinta,lautan api sanggup diharungi, gunung everast sanggup didaki,tanah gersang sanggup diduduki,ribut taufan sanggup diredahi..perrghh! Hati layu dgar mcm tu sebelum kawen..


Tapi,bila 3 bulan bernikah,ayat lain keluar..


Lautan api adalah ngeri, gunung everast tlalu tinggi, tanah gersang boleh kebulur, ribut taufan cabut lari...


Entah mana berterabur janji dulu..

Kutu, cagu, kurap, jerawat, jeragat, pemalas, kaki tido, tak reti masak, berdengkur, ngompol, kentut bersepah, gigi rongak, kuku sumbing yang ada pada pasangan dah mula tak dapat nak terima.. Semua belang pecah, semua panau kelihatan, semua daki menggelikan..wah,macam diri tu sempurna kejadian..


Entah mana silapnya diri kita.. Hilang nilai toleransi, redha dan semuanya! Apakah hati terlalu ego menerima kekurangan manusia lain lantas ikatan suci itu berantakan?

Tiada guna bercinta smpai lebam selepas berkahwin pon lebam juga!


Kehidupan selepas bercerai,adalah sesuatu yang terlalu sukar! Lagi sukar daripada menerima diri manusia lain! Bukan semudah yg di jangka! Prosedur undang2 syariah dunia sangat lain..bukan mudah memutuskan ikatan suci..


Mari kita rungkai secara rawak proses perceraian..

Setelah menghantar borang bercerai dan turun naik mahkamah 2,3 kali,maka bercerailah pasangan tersebut...yeay! Syaitan berdisko  dangdut meraikan kejayaan memutuskan hubungn sesama manusia..


Selepas bercerai, ada pulak  tuntutan nafkah iddah,mutaah, ganti rugi perkahwinan, nafkah anak, hak jagaan anak, harta sepencarian.. Banyak tak kamu2 semua?? Berapa kali nak dtg mahkamah?  Selagi kedua-dua pihak masih tak berpuas hati, maka pihak2 akan buat dan isi mcm2 borang di mahkamah..naik turun mahkamah tak sudah2..bagaikan rumah kedua pula...


Kalau diwujudkan membership,

Rasanya mereka  ni boleh dpt rebat utk pendaftaran..


Eh,aku penat la!! Aku penat daftar kes2 mcm ni..huaaaa! Kes dah nak masuk 940..habis bulan ni mesti 1000 kes pendaftaran...belum setengah tahun lagi...


Setiap hari, seluruh badan aku akan menggeletar dek kerana penatnya mendaftar kes yang semakin menggunung tinggi..


Nota : manusia semakin ego dan tamak dalam menjadi khalifah di bumi ni!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 07, 2012

kemampuan adalah kekuatan

Jejak bertapak Ezu warkah 5/07/2012 09:58:00 PM 0 kata azimat

Kemampuan adalah mampu milik. Saat menjadi milik yang mampu,bersyukurlah. Kerana kemampuan yang ada,adalah kekuatan yang tersembunyi dibelakang tabir diri.


Mudah untuk menjadi mampu kalo ada kekuatan dalaman yang membantu. Mudah juga ia menjadi kekuatan,saat kemampuan itu ada.


Kemampuan dan kekuatan..

Gabungan yang mantap. Hilang dan lemah salah satunya,maka musnah lah impian dan harapan..


Saat B berjauhan,saat tu terasa kelemahan.saat tu rasa resah menerpa..


B, semoga baik2 sahaja..

Esok kita akan bersama semula syg.. Moga esok dan hari2 sterusnya engkau akan terus dlm keadaan baik2 sahaja..


Terima kasih B.. Sepanjang bersamamu,engkau adalah yang tbaik! Sungguh B!


Malam ini,kali kedua aku tanpamu...meninggalkan engkau dlm jangka waktu yg panjang, membuatkan hatiku gundah!


Saat pertama aku tinggalkan,rupenya engkau menjadi kebencian mereka! Aku meraung disana memikirkan keselamatanmu.. B,kejam mereka..apa salah kite B! Kita tak usik langsung diorang! Mengapa perlu membesarkan hal yang kecik. Sedang yang ku tahu,parkingnya di depan tandas tu. Tu tempat org lain. Dan ramai yg menumpang disitu saat sdg berkursus..dan lebih malang lagi, ada makhluk menjadi batu api.. Kesian mereka.. Tapi,syukur.. B tetap dlm keadaan ok..


Dan ini,kali kedua..penambahbaikan yg akan dilakukan moga terserlah kebaikannya.manusia pon d servis, B..


B,aku sayang kamoo!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 02, 2012

Seorang itu Sepi!

Jejak bertapak Ezu warkah 5/02/2012 09:07:00 PM 0 kata azimat
Sekejap je da bulan mei kan..makin lame,makin tak terasa masa yang berlalu.. Celik pejam tido mengumpat,tau2 je nati da hbis tahun..tau2 je nanti, kubur pon dah merayu2 panggil watashi..

Hurmm..sekali lagi terdengar leteran yg suruh watashi kawen.. Terima kasih sebab risaukan watashi..sape kata tak nak kawen..nak kawen,tapi xde orang nak! Haha.

Sape nak kawen dgn watashi ni! Haha. Sudi tak berkongsi kelemahan dan keburukan watashi?

Penat la hidup sensorang ni.. Sume nak kene buat sendiri.. Sunyi je kan..

Bukan mudah hidup berdua..sume kena dgn izin.. Maka,bersyukurlah dengan kehidupan sekarang..

Nota : kehidupan masa lalu perlu dijadikan pengalaman dan pengajaran utk masa hadapan yang paling bahagia.

Published with Blogger-droid v2.0.4
 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review