Sepanjang aku kat sana, aku jalan dengan si fadhil je..
Budak yang uruskan travel kitorang.
Jadi aku amik keputusan berjalan dengan dia.
..
Diorang, pantang nampak yang pelik ke, tak pelik ke, bergambar..
Aku layan je karenah diorang.
Rupanye, ada yang dok menjeling2 bila aku jalan dengan fadhil.
Engko pon sebok bergambar, lambat, baik aku yang jaga ko..
Untuk mengelakkan fitnah, dia masukkan adiknya yang baju biru sekali...
Dapat naik skyride n beli gambar..
Rupenye aku salah beli gambar!
Memang hangin satu badan!
Lastnye, aku bagi gambar tu pada zila!
Ko suke kan! Amik!
Skyride with k.sheda..
Last kat sentosa island kitorang tengok song of the sea!
Kol 8.45pm
Sangat best! Tapi aku dah makin lembek!
Habis je dalam 15 minit, terus balik..
Tangan Song Of The Sea
Sampai je imigresen, ada plak yang sesat!
P singapore tak sesat, sampai johor sesat!
Dah la penat2 ni, bau dah bau kambing, diorang sesat barat plak..
Memang tahap maksima angin aku..
Mujur la ketua rombongan sabar je..
Muka aku memang dah ketat gile dah
Jumpa je diorang, aku terus cakap jom.
X de la ku tanya camne bleh sesat ke, barang ada ke tak..
Yang aku tau nak balik hotel!
3 orang budak sesat..
Nak balik hotel jams plak!
Dari kol 11 sampai kol 2 dalam bus!
Start la perangai budak2 aku..
Lapar la, nak nagis la, macam2..
Terus aku batalkan pgram ke JPO esoknya..
Sampai je hotel, aku terus mandi n tido..
Dapat call dari en.mohsin ajak makan.
Aku pe lagi, ajak zila..
Ajak jugak buadak agensi tu makan..
Dia pon bising lapar dalam bus tadi..
Kemain la zila terkejut aku bawak budak tu.
Rupanya, ramai yang keluar makan..
Lapar beb!
Balik je, terus tido..
Bangun kol 7. Aku tak p breakfast..
Kalo penat sangat, aku memang dah tak lalu nak makan.
Aku guling2 kat hotel yang macam nak runtuh tu..
Kol 11 bertolak balik terus ke air hitam.
Kat air hitam aku beli kerepek untuk aku..
Dan semestinya aku lupa untuk orang opis..
Ketua rombongan jugak yang ingatkan..
Ok fine.. Aku memang pelupa untuk orang lain..
Baju merah ni ketua rombongan aku
Aku Siap beli bantal peluk n bantal besar kau!
Peduli apa aku..
Bia la kat sabak berlambak,
Tapi aku memang dah niat nak beli kat situ..
Sampai opis kol 5 ptg..
Selamat..
Walauapapon yang terjadi,
Trip ni memang mengujakan aku!
Aku handle trip ni dengan tn.mizan.
Dan aku tak pernah ingin pon untuk lead pgram ni..
Yang pada mulanya, aku sangat teruja untuk ke singapore dengan bersungguh-sungguh!
Sedangkan waktu tu, ramai yang bersungguh untuk pergi.
Zila, rashidah, bazilah..
Dan atas kejayaan trip ni, aku telah diberi kepercayaan yang besar
Untuk menghandle program lain bersama tn.mizan.
Dan kerana tuan mizan juga, aku menjadi timbalan setiausaha kejasa!
Aku sangat stress bila setiausaha kejasa adalah bos aku sendiri!
Maka dengan rasminya, segala kerja adalah dibahu aku!
Zailifah! Kalo SKT aku teruk juga kali ni,
Ko memang bos tak berhati perut!
3 tahun puan.. Ko sekat SKT aku!
Sebab tu aku tak suka bekerja dengan ko!
Kerana stress, dari semalam aku demam!
Dan aku gigih lagi nak mengata orang! Astaghfirullah!