"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Sunday, April 13, 2014

Berjimba di Taman Negara!

Jejak bertapak Ezu warkah 4/13/2014 01:39:00 PM 0 kata azimat
Pada 31/3 hingga 2/4 yang lalu
Saya dan beberapa kakitangan opis telah melakukan
Satu kursus di Taman Negara..
Sangat skema ayat tersebut..haha!

Pada 30/3 jam 11 malam
Kami mula bertolak dari opis baru yang cantek lagi gah itu
Dengan perasaan yang berbagai..
Dapat bus baru yang sangat selesa..
Masa menunggu atas bus dapat mesej shah, dia eksident petang tu..
Kemek keretanye bahagian depan..
Tangan dah bengkak..
Tapi nak jugak p program ni..
Aduhai..aku plak yang tak keruan..
Kereta beb..mau nangis tak tentu arah.. 


Sambung cerita asal..
Dalam jam 11.30 malam,
Nampaknya, bus sedang bergerak dalam keadaan merangkak2..
Sikit punya perlahan la..
Dek kerana bus yang amat selesa, mata pun hampir terpejam..
Tiba2...
Sampai di satu tempat yang agak gelap,
Bus berhenti!
Hah sudah... Di mana ni.. Kenapa? Hijack ke???
Semua anak kapal terpinga2..
Sekali CC cakap, ada benda meletup..
Yang lelaki turun bus, yang perempuan terkebil2..
Tali kipas tercabut!
Harharhar!!

Heh... Bus baru kot..patot la panas macam xde aircond..
Dan rupanya, kami baru saja dalam 500meter keluar dari terowong sendayan!
Harharharhar!

Nak cite satu2 ni, mau tak tido malam..

Ok2.. Maka, bus pun pergilah ke tempat yang terang..
Simpang 4 kiri dari tol seremban..
Tunggu la kami umpama gelandangan di tepi jalan..
Dekat dengan tempat lembu ditambat..
Hampir jam 12.. Baru dapat bus..
Walaupun tak sehebat bus tadi, tapi ok la..
Maka, perjalanan pun diteruskan..

Mungkin sampai di area raub..
Terjaga dari lena..
Bus tetiba mengundur time naik bukit!
Makin ke depan, makin mengundur ke belakang..
Hah sudah.. Hati semakin kecut..
Sekoyong2, sebuah lori kontena yang sarat memotong bus kami dengan selambernyerr...

Aku dah nak gelak tak kira dah..rasa nak p tolong tolak bus tu je!
Hahaha!
Dari awal perjalanan, ada je yang tak kena..
Macam2..

Dalam area kol 4am, bus berhenti di kedai mamak..
Ape ke namanye tah..
Turun nak p toilet..
Sejuk tak tahan..
Dok menunggu lama sangat, orang pun amik order..
Dengan selambernye order susu kambing..
Duit tak bawak sesen pun time turun..
Cakap dengan kak yuzi tolong bayarkan dulu..
Dia dah gelak2.. Dia pun tak bawak duit!
Hampeh lak ai.. Sebab dia order roti canai dengan air..
Mujur dok semeja dengan kakak tiri.. Dia la bayar... Bagus!

Sambung perjalanan.. Kol 6.30 sampai surau..
Temerloh kot..solat..
Dalam bus dah tak boleh lelap.. Mata dah segar..
Tiba satu simpang.. Antara taman negara dengan benta ke hape tah..
Bus masuk benta.. Pastu terpusing2..
Jalan sampai dah setengah jalan yang hutan je..
Aku dah konfius dengan driver bus ni..
Tau jalan ke tak..
Sekali, jumpa kedai makan..
Ingat nak sarapan pagi kat situ..sebab bus dah mengundur..
Org kedai tu dah menunggu depan kedai..
Sekali, bus terus jalan daaaa... Kempunan orang kedai tu..
Kitorang pun gelak2.. Bus salah jalan!

Mata pun dah hampir lelap.. Aku redha je bus ni nak p mana..
Asal selamat..
Akhirnya, dalam jam 11 kami sampai destinasi..
Alhamdulillah..
Sarapan dulu..
Nak masuk kedalam, kena berjalan sikit..
Semasing da penat..
Beg tergolek la.. Megi tergolek la..mujur la shah dengan tn.abu dok cover aku..haha!


Dapat bilik dengan kak yuzi, tak kira dah.. Terus baringgg...letih gile..
Tapi tak selesa mandi dulu..
Dah mandi, amik! Mengantok tahap x boleh bukak mata..partner dah lelap..
Pe lagi,membuta.. Kol 12 fauzi ketuk pintu suruh makan..
Ye la.. Orang lain dah makan, kami anak dara terbongkang tido lupe dunia..
Mestila jadi perhatian..aku ngan k.yuzi kan comel! Haha! Muntah!


Dalam jam 2.30pm.. Aktiviti bermula..
Berkumpul di kelong.. Pakai baju sut sukan lengkap..
Tourist guide en.amin, en.farid dan en.syukri.
Dapat arahan untuk simpan semua barang2 elektronik, kasut dan henpon..
Dalam hati, semasing blurrr.. Dah la penat tak hilang..
Dok dalam bot nak tangkap gambar..dia soh simpan plak..alasannya basah habis..
Aku pikir, kalo lalu jeram, takkan la basah habis..tapi ikot jela.. Lembap je nak ikot arahan time tu..


Ada dua bot..bahagi 2 group..13-13..
Aku group 1
Semasing amik tempat, dok berdua2.. 
Tn.kamal nampak aku terus dia dok sebelah aku..tempat 2nd last dr belakang.
Aku biarkan je la.. Maka bot pon jalan..
Kitorang pun, dok la menghayati keindahan alam..
Tibe2.. Bot kedua meluncur lagi dari belakang, dia simbah air kat kitorang!
Aku punya la terkejut, menjerit sebab habis basah!
Aku mujur tak terpeluk tuan kamal betol2!
Yang basah teruk memula2 orang sit belakang dengan aku la.. Belakang si baz ngan zai..
Semua orang dah menjerit2..
Siot betol! Padan la soh simpan sume barang!
Ni bukan basah sangat.. Mandi sungai dalam bot namanya!
Basah topi cantek aku....
Dah tau ape terjadi, kitorang balas la.. Tapi bot lagi satu ada dayung..
Bot kitorang x de ape.. Redha je la kena simbah dengan air dari dayung..
Boss besar, dok depan.. Dia gelak je..hahaha!

Sampai ke perkampungan orang asli.. Kaum batek..
Dari sungai tu, berjalan naik ke kampung dia, semua orang dah tak berkasut..
Aku naik segan nak turun bot sebab baju habis basah..
Farid kata, dia dah tak kenal mana satu orng asli, mana satu tourist! Haha

Ni la orang asli paling pemalu pernah aku jumpa..
Masa aku buat program time utm dulu, orang asli dah maju..siap ada astro lagi..
Yang ni, jangan kata astro, jumpa orang pemalu amat..
Masih menggunakan kemudahan alam semula jadi..
Tak de elektrik, tak sekolah, makan dari hasil buruan, dan tiada agama..
En. Farid bercerita tentang pertemuan jodoh orang tu.. Rupenye diorang ehem2 dulu..
Kalo ok, on.. Kalo tak ok, tak jadi.. Hahaha! Boleh plak rasa2..
Yang lelaki kalo nak kawen kene exam dr tok batin.. Dok hutan, dapatkan hasil buruan..
Yang pempuan kena pandai buat rumah.. Dah pass exam, Baru boleh kawen..
Kalo aku la.. Memang fail la...
Kitorang belajar menyumpit, hidup api.. 

Time dengar penerangan ni, aku macam leka sikit.. Sampai ternganga..
Farid tegur kenapa sampai nganga! Hahaha! Ngek! Sume orang dok gelakkan aku!
Ok..dah selesai semua tu, semasing nak naik bot..
Yang lelaki dok terjun sungai..dah macam orang asli aku tengok diorang ni..
Maklumla..x jumpa sungai..kesian..tourist guide layan je perangai kitorang..
Sambung balik main simbah air sampai ke kelong..
Dah sampai kelong dalam 6.30pm baru tau namanya rapid shooting! Padan la soh simpan semua barang..
Semasing yang simpan rokok dlm kocek, habis basah..padan!

Malam plak aktiviti berjalan di taman negara mengenal serangga..
Hafiz dah pakai ubatnyamok kat pinggang,
En.zali dah lengkap berkasut but..
Semasing takot dek nyamok ngan pacat..
Yang pempuan selamber je..
Aku, lagi la tak de prevention ape.. Sekali tourist guide pakai seluar pendek je!
Dorang ni dok cakap, pacat dah immune dengan darah tourist guide la..
Sebab akan berjalan dalam gelap..hanya guna lampu torchlight je..
Group terbahagi dua macam tadi juge..
Aku dah bace macam2 ni..risau je.. Makin jalan makin gelap..
Rupanya jalan atas trek yang cantek berkayu!
Tengah jalan, ust.khaidir nak ke toilet plak...haha! Dah la gelap gelita.
Mujur la en.din temankan..berpatah balik la diorang..kitorang teruskan jalan..
Dapat tengok scorpion guna infrared, ulat gonggok yang besar n panjang, trantula yang gedabak!
Euwww.. Aku menang la geli semua ni..tengok pelanduk..
Sekali tu, farid suruh padamkan lampu tetengah hutan tu..
Dia cerita kehilangan seorang pempuan afrika yang hilang dari tahun berapa tah,
Sampai sekarang tak jumpa2.. Kisah budak pempuan yang hilang 15hari la..
Dia kata,kalo malam2 mcm ni, apa nak buat..nak mintak tolong kat sapa pun tak tau..
Hutan belantara katanlan..kite tak nampak 'orang tu', tapi 'orang tu' nampak kite.
Aku dah kepit cik ila.. Mula la aku rasa ada benda je yang menjalar masuk dalam seluar..
Seram sejuk dah..aiyaaarrkkk.. Nampak je hati kering ni.. Penakut ya amat!
Dah selesai, kami balik ke homestay membuta!

Hari kedua..

Jelajah hutan sambil mengenal pokok
Yang paling aku ingat pokok jantan semput! Hahaha!
Pokok tu boleh jadikan ubat asma..yang lain, pokok meranti, tapak hantu,gaharu
Akar liana, rotan.. Akar liana ni, airnya boleh dijadikan air minum kalo sesat dalam hutan..
Sebab dia akar yang menjalar diatas..tapi kena tengok kecerahan air.. Kalo cerah ok..

Nak tau kenapa kera or monyet menjerit time bergayut di pokok??
Farid kata, time bergayut ke pokok yang lain di terpegang pokok rotan muda..
Aku ingat kot monyet tu memang suka menjerit2.. Rupenye sakit..kesian dia..
Farid sergah aku, hah, menganga je! Terus dia panggil aku Nga.. Cit!

Lepas tu, naik jambatan gantung.. Aku excited je.
Sampai satu tempat kena mendaki guna tangga, aku dah gayat..
Dah akhir titi n nak balik pun aku masih rasa trek tu bergoyang..
Gayat, geli, penakot tak kira ni.. Tapi dek kerana aku nak tau rasa ape, aku buat je..
Aku tak reti nak ekpresikan semua ni.. Aku redah je selagi boleh.. Ingat lasak sangat ke..
Ibu selalu cakap aku lembik.. Dia tak tau life aku camne.. Sebab aku tak cerita dengan dia..
Dia tengok aku ok je.. Makan dalam siapa tahu beb.. Sedih!

Petang tu, diorang sebok nak memancing..
Yang pempuan nak mandi sungai..
Gasak korang la..tourist guide pun layan je..

Aku tunggu juge kot depa dapat kelah ke,lampam ke..satu benda pun x dapat..
Mana nak dapat.. Kat belah atas area jeram, kitorang mandi.. Kat bawah, diorang mancing..

Tali kail tersangkut kat batu, menyelam dok putuskan.. Memang haru la!
Ikan dah terbau orang.. Yang dapatnya tourist guide dok menjala..
Ada la jugak leh merasa ikan air sungai.. Kalo tak, melopong..
Nak balik tu, hujan dah mula..yang mandi kat jeram, kelam kabut naik..
Sebab air pun dah besar..
Dok meniti batu jeram tu, aku terjatuh.. Farid nampak.
Dia laung dari jauh, "nga...tangkap belalang ke!!"  Ngek farid.. Diam2 sudah!
Cik ila jatuh, diorang diam je.. Aku je jadi bahan..
Syukri pun tanya, "dengarnya ada belalang.. Nak bekas ke.." Lagi parah aku.. Dah jadi belalang plak!

Malam tu sesi penutup..semasing bagi pendapat..
Termasukla tourist guide..
Syukri mintak maaf kepada orang yang dia panggil belalang..aku dah gelak2 je..sebab orang lain tak tau belalang tu sape..haha.. Macam syahdu syahdan je.. Dah la hujan lak tu..
Dah makan ape semua, kitorang cadang nak buat buat ubi rebus dengan megi goreng..
Zai dah dapat gelaran mami time tu..
Ajak la tourist guide tu..
Syukri siap berkenalan dengan aku plak..haha! 
Sedangkan, cik ila n yuzi, diorang dah bagitau anak dara lagi..
Farid pun bgitau la dia dah kawen.. Anak dua.. Tapi dia dok renung je aku..terkelu aku..
Dah kenapa ye..aku diam je la.. Lantak ko la dah kawen ke tak..hahaha!
Sesi2 bermaafan dah habis, kitorang yang pempuan ni cadang nak ke gerai tempat tourist guide ni dok lepak.. Sebab ada band sekali..

Aku, k.yuzi, zai,baz n k.kam.. Yela..pasni, tak dapat nak mengular memalam jam 11..
Rupenye, ade juge si wazir, shah,fauzi dengan sape tah kat situ.. Amin n farid pon ada..
Aku dok order mee goreng mamak.. Share je.. Sebab dah makan kot tadi..
Saje nak rasa..sebab diorang kata sedap.. Boleh tahan juga rasanya..
Dapat plak line tenet, syok tak ingat dunia la..haha.. Shah marah sebab aku excited sngat..
Erghhhh!! Aku rimas kalo jadi perhatian ni.. Ade je tak kena..macam lawa kan! Hahaha!
Dah nak balik tu, wish tq lagi kat farid ngn amin.. Cakap pun jerit2 je.. Sebab dah sebatu jauh.. Entah ape benda tah dia cakap dengan mami dia.. 
Last sekali farid jerit, "Nga!!!" Aku pandang, dia lambai.. Aku lambai la.. Dah nak dekat hilang dek pandangan diorang, dia panggil lagi, "nga!" Aku pandang.. Dia bagi pesanan terakhir rupenye..Tau tak ape benda??? "jangan nganga je!" Pasru di gelak! Hampeh!

Hari last..
Balik kol 10.. 
Aku heboh cari baju adik aku.. Cari sourvenir lagi..
Kelam kabut.. Cari sourvenir sebab nizam dah mintak.. Cari juga..
Beli juga untuk lagi dua orang tu.. Satunya tentulah utk buah hati aku..hahaha!

Balik tu, singgah kat temerloh.. Makan ikan patin tempoyak..
Sedap!! Tapi dah letih sangat.. Muka pun dah macam hape je..
Kaki pun dah sakit, jalan tertempang2..
Last tu, Tn. Mas belanja buah tembikai kat aku..hehehe.. 
Thats why aku kata aku jadi perhatian.. Entah ape la yang aku aku pun, aku tak tau..

Sampai sendayan jam 7.. Aku sampai umah kol 8..
X larat bawak kreta tu.. Jalam 50km/j je..
Mandi, baring tak boleh tido sebab letih sangat..
Terus p keje esok ya..

Nak bagitau, memang best dan sangat damai kat taman negara..
Dengar bungi riang2, bunyi percikan air, bunyi bot..
Memang xde la la asap, jerebu, n ntah ape2 lagi benda yang membingitkan..
Hati pun tenang.. Syukur alhamdulillah, rabb.. Terima kasih kerana memberi aku peluang untuk merasai nikmat hidup yang jauh dari masalah walau seketika..
 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review