Kadangkala
Istikharah yang tercipta
Membuatkan nyawa semakin tenang...
Dan adakalanya
Istikharah itu menjadikan aku
Semakin keliru..
Aku tak tahu
Mana arah hujung dan pangkal..
Entah yang bagaimana
Entah yang macam mana..
Salahkah tataterbit istikharah aku
Sehingga aku tak menemui sebarang jawapan
Apakah kerana
Aku telah meletakkan satu nama dalam hati
Lantas
Aku tiada jawapan pada yang lain
Atau menjadi penghijab aku
Untuk mencari kepastian lain..
Aku akui
Ada satu nama yang utuh dalam hati
Sukar untuk aku lepaskan insan itu...
Namun
Keutuhan itu seolah tergoyah
Dengan kehadiran insan lain..
Seakannya
Aku semakin menggilai
Kehadiran susuk itu..
Aku semakin angaukan
Suara dan perhatian itu..
Aku semakin asyik
Pada jelingan cemburu itu..
Pada masa yang sama
Ada insan lain mengejar kasih aku..
Sehingga berkali menyatakan hasratnya..
Aku masih membisu..
Sementelah ku khabarkan pada bonda,
Semacam benar jawapan bonda...
Aku tahu
Bonda ku inginkan insan itu..
Insan yang aku simpan lama dalam hati..
Sekali pandang pada dia
Bonda telah jatuh hati..
Cuma aku yang menidakkan perasaan itu..
Naluri bonda
Tentunya dia tahu keinginan anaknya..
Insan itu
Allah yang pegang hatinya
Begitu juga aku..
Adakah aku akan setia
menyimpan dia di hati
Atau aku akan berpaling
Mencari kebahagiaan lain
Rabb..
Bantulah aku mencari jawapan yang tepat
Berikan aku petunjuk yang jelas
Terangkan hati aku untuk melihat kebenaran..
Rabb..
Andai seseorang itu benar untuk ku
Redhakanlah hati aku
Untuk menerima segala kekurangan
Untuk menerima segala kelemahan
Dan berbangga dengan segala kelebihan
Yang telah Engkau anugerahkan padanya..