"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Thursday, January 29, 2009

Baru..

Jejak bertapak Ezu warkah 1/29/2009 09:52:00 AM 0 kata azimat
wah... wah... wah... lamenye x berlegar2 di blog sendiri ni... dah tahun baru. tahun 2009m/1430h.

tahun baru yang di sambut dengan peperangan di gaza. penuntutan hak pendudukan israel laknat di tanah suci islam.kemelesetan ekonomi yang semakin mengganggu pertumbuhan taraf kehidupan di samping jurang miskin dan kaya yang semakin berleluasa.

hari ini, adalah hari2 terakhir ku di kuala lumpur. selepas ini aku akan terbang ke negeri 9 untuk berbakti pada masyarakat. seawalnya, aku telah memohon cuti untuk menyelesaikan tugas yang tergendala di sini. nampaknya, pengganti ku pula deman hari ini. jadi, aku tak dapat berbuat apa2 kerana kehediran ku disini adalah untuk mengajarnya sedikit sebanyak tentang tugas yang akan aku serahkan pada dia.. apa nak buat... jadi hari ini, aku berlegar2 di alam maya ini mencari sedikit info sebagai tazkirah untuk hati ini..

sedang elok aku melayari alam maya ini, aku bertembung dengan 1 blog yang aku rasakan agak meruntun jiwaku. bukan kerana apa. sedikit gangguan emosi telah mencalarkan hati ku.. bergelodak sayu hati ini mengenangkan dia seorang mujahidah yang agung. sedikit terkesan di hati ku. orang tuanya mampu menjadikan anak2 mereka orang yang berjaya dan orang2 yang soleh dan solehah. tahniah kepada mereka.. alhamdulillah ya allah, kau mampu jadikan mereka keluarga yang terbaik.. berkat kasih sayang dan didikan agama yang tidak terperi untuk anak2nya..

aku mula beremosi sendiri. lantaran aku bukan yang terbaik seperti mereka. jauh panggang dari api. tapi, aku tahu, setiap yang allah berikan, adalah yang terbaik untukku. maka, selayakkanya aku menjaga setiap perilaku ku agar lebih terjaga dan lebih terdidik.

Wednesday, December 17, 2008

Ujian utk ku

Jejak bertapak Ezu warkah 12/17/2008 03:18:00 PM 0 kata azimat




agak lama awatashi x menulis di blog ni. kadang2 sebok x menang tangan, kadang2 x de ape2 pun... tapi semenjak akhir2 ni, watashi rasa sepi, sedih, pilu... watashi teringat adam. watashi terkenang dia...

ya allah... kuatnya dugaan mu padaku. aku nanar dalam mencari kepastian ini. ya allah, telah aku lepaskan adam dari hati ku. telah ku buang semua harapan darinya... ya allah... tapi aku x mampu... aku x mampu menidakkan rasa hati ini. aku tersiksa ya allah.. aku terlanjur menyintainya sepenuh hati... ya allah... bagai mana harus aku campakkan semua kenangan ini... agar aku tenang tanpa mengingatinya...

telah ku cuba ya allah. telah ku buang semua harapan ini. tapi, kenapa dia masih lagi bertamu di hatiku... apakah aku ni insan yang lemah ya allah... kenapa aku x mampu melupakan dia ya allah...

aku tahu, salah ku kerana aku menghubungi latifah secara dekat. salah ku kerana cuba mendekati keluarganya.. tapi ya allah... aku x tahu... aku x tahu kenapa aku jadi begitu... aku tewas ya allah...

kenapa aku masih mengingatinya ya allah... dia bukan suami ku. apatah lagi bakal suami ku.. aku x layak untuknya ya allah.. aku tahu, kau telah tetapkan yang terbaik untuknya.. siapalah aku ya allah... aku bukan yang terbaik. aku x mampu bersamanya... dia lebih layak untuk insan lain... walaupun aku mengharap dia, walaupun aku tahu dia yang terbaik, apakan daya... aku x mampu memilikinya walau sedikit...

ya allah.. kenapa kau pertemukan kami dengan rasa cinta, dengan rasa sayang... tapi akhirnya aku terluka.. kerana dia bukan milikku... nyata ya allah... dia semakin menjauh dari ku... dia semakin berlari dari hidupku... apakah kau telah campakkan api kebencian padanya terhadapku... malangnya aku ya allah... insan yang aku kasihi telah benci padaku.. telah tehakis sayangnya pada ku...

ya allah... aku kecewa... terlalu kecewa..

Wednesday, November 12, 2008

Dalam Dilema

Jejak bertapak Ezu warkah 11/12/2008 06:07:00 PM 0 kata azimat
agak lama aku x berkarya dalam blog ni... maklumla aku ni banyak blog... xsempat aku nak ngobrol2 kat sini... aku dalam dilema. aku kene wat istikharah. aku kene pilih atr spa @ opis aku. kalau aku dapat la interview tu... huhu

mak aih, punye la ramai yang nak p interview pembantu syariah tu. aku naik cuak plak. memang la hati aku berharap sangat nak dapat keje tu. bukan setakat aku yang berharap. parent aku pun.... aduh, abah siap nak balik n9 plak tu.... aku rase cam tensyen je kalo aku x dapat keje tu. cam sengal je sekarang. nak p 17hb ni. aku cam biase je. x mau buat ape2 rujukan, hheheh. nak, tapi wat x tau je...

erm da la... aku btol2 tengah pening. x de mood nak tulis panjang2..

Monday, October 13, 2008

Cinta Terakhir

Jejak bertapak Ezu warkah 10/13/2008 02:56:00 PM 0 kata azimat



Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai di tanpa haluan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya di tentukan tuhan



 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review