"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Saturday, October 23, 2010

Lima S

Jejak bertapak Ezu warkah 10/23/2010 11:37:00 AM 0 kata azimat
23/10/2010

yezza! ntah nape ye. happy je sejak akhir2 ni...
moga allah berikan ketenangan yang berpanjangan pada diri ni...
ameennn..

sekarang ni ramai kawan2 watashi kawen...
berderet2 sejak pas raya hari tu...
boleh dikatakan setiap minggu...

maaf la u all...
watashi x dapat la nak balik...
ermm..
x dapat nak balik ke, memang x nak balik ke,
watashi x tau la...

x pe... walaupon watashi dipanggil tanggang oleh kengkawan watashi,
watashi x penah nak amik hati...
cume agak terkilan la bile x balik...
jauh tu...
watashi x nak tampung kos yang mahal setiap kali balik..
kalo balik saje x pe..
ni tak...
sume bergantung pada watashi...

bukan la watashi nak lari dari tanggungjawab sbg seorang anak...
tapi, ssungguh watashi berkecil hati..
x tau la...
biarlah watashi disini sambil mentransfer duit tu..
sedikit sebanyak x la memhabiskan duit watashi...
kalo x, x kawen la watashi macam tu...

kepada someone yang mula watashi sayangi,
watashi berterima kasih kerana memahami keadaan yang memeningkan ni.
terima kasih kerana banyak bagi support kat watashi.
moga allah mempermudahkan urusan kita.. =)

kepada someone tu,
hope boleh terima family watashi seadanya.
terima watashi seadanya juga...

kepada someone tu...
terima kasih banyak2....
hehehe...
hidup watashi akan lebih sempurna selepas ni...
ameennn...

nape tajuk 5S?
sebab hari ni watashi kat opis!
bukan wat 5S.
tapi, internetS...
hahahha...

pada someone tu yang tengah seb0k ber5S,
selamat berkemas...
watashi ada ni...
=P

Friday, October 08, 2010

tolong sampaikan padanya....

Jejak bertapak Ezu warkah 10/08/2010 09:18:00 PM 0 kata azimat
Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. .
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. .

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. .
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya. .
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Ya Allah... aku telah jatuh cinta!!!

Thursday, October 07, 2010

saya...

Jejak bertapak Ezu warkah 10/07/2010 11:25:00 AM 0 kata azimat
selepas balik dari kem ni... banyak benda yang dah berubah dalam kehidupan watashi..

alhamdulillah...
ada yang baik dan ada yang kurang baik...

yang kurang baiknya, watashi semakin hitam plus sunburn...erghhh...watashi da x lawa...
yang baiknye, berat badan watashi da kurang...yes2!!! hahaha...

well...hati watashi semakin tenang dan semakin tabah dalam menempuh kehidupan sehari-harian..moga dipermudahkan semuanya untuk perjalanan hidup watashi..
ameennn...
watashi rindukan seseorang... =)

Saturday, September 25, 2010

im back!

Jejak bertapak Ezu warkah 9/25/2010 12:37:00 AM 0 kata azimat
salam...

lama rasanya x posting kat sini...
sebebnarnya banyak nak tulis..
tapi waktu senggang tidak banyak diperolehi..
tak pe la...
lepas kursus ni
baru tulis balik...
merapu pon x pe..
hahah
 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review