"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Thursday, January 29, 2009

Baru..

Jejak bertapak Ezu warkah 1/29/2009 09:52:00 AM
wah... wah... wah... lamenye x berlegar2 di blog sendiri ni... dah tahun baru. tahun 2009m/1430h.

tahun baru yang di sambut dengan peperangan di gaza. penuntutan hak pendudukan israel laknat di tanah suci islam.kemelesetan ekonomi yang semakin mengganggu pertumbuhan taraf kehidupan di samping jurang miskin dan kaya yang semakin berleluasa.

hari ini, adalah hari2 terakhir ku di kuala lumpur. selepas ini aku akan terbang ke negeri 9 untuk berbakti pada masyarakat. seawalnya, aku telah memohon cuti untuk menyelesaikan tugas yang tergendala di sini. nampaknya, pengganti ku pula deman hari ini. jadi, aku tak dapat berbuat apa2 kerana kehediran ku disini adalah untuk mengajarnya sedikit sebanyak tentang tugas yang akan aku serahkan pada dia.. apa nak buat... jadi hari ini, aku berlegar2 di alam maya ini mencari sedikit info sebagai tazkirah untuk hati ini..

sedang elok aku melayari alam maya ini, aku bertembung dengan 1 blog yang aku rasakan agak meruntun jiwaku. bukan kerana apa. sedikit gangguan emosi telah mencalarkan hati ku.. bergelodak sayu hati ini mengenangkan dia seorang mujahidah yang agung. sedikit terkesan di hati ku. orang tuanya mampu menjadikan anak2 mereka orang yang berjaya dan orang2 yang soleh dan solehah. tahniah kepada mereka.. alhamdulillah ya allah, kau mampu jadikan mereka keluarga yang terbaik.. berkat kasih sayang dan didikan agama yang tidak terperi untuk anak2nya..

aku mula beremosi sendiri. lantaran aku bukan yang terbaik seperti mereka. jauh panggang dari api. tapi, aku tahu, setiap yang allah berikan, adalah yang terbaik untukku. maka, selayakkanya aku menjaga setiap perilaku ku agar lebih terjaga dan lebih terdidik.

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review