"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Tuesday, September 06, 2011

makcik!!!

Jejak bertapak Ezu warkah 9/06/2011 09:20:00 PM 0 kata azimat

Semalam aku merinduimu..

Hari ini aku masih merinduimu..

Esok,

Apakah aku akan merinduimu lagi...


Benar,

Gentar hati yang menjelma

Seakan memadamkan sengketa yang pernah menjelma

Antara aku dan dia..


Tapi, antara kita

Seakan ada kasih yang tersimpul

Apakah mungkin hanya aku bermain dengan hati

Atau mungkin rasa ini sudah tersemai sejak dulu


Mengenalimu satu keindahan

Menyayangimu satu rahmat

Merinduimu satu kesukaran!!!


Makcik, saya rindukan makcik!!!!!


Maafkan saya makcik!

Terkadang x mampu menolak rasa yang hadir..

Maaf andai rasa yang ada ini mengganggu hatimu..

Maaf andai ada hati yang terasa.


Bukan niat dihati ingin merampasmu dari dia..

Tak..

Cuma hati seorang anak atau bakal menantu tak jadi ni

Merindui kasih yang pernah kau curahkan!

Hahaha...


Benar, merindui mu satu kesyahduan makcik!

Umpama rindu saya pada ibu saya..

Sama!!


Dia x pernah saya rindukan lagi makcik..

Telah jauh dia dari hati ini makcik..

Tiada apa lagi yang ada untuk dia makcik..

Hanya kita..


Makcik,

Terima kasih kerana pernah berkongsi cerita

Terima kasih kerana pernah menyayangi

Terima kasih kerana pernah menerima diri ini..


Makcik..

Doakan kebahagiaan saya..

Doakan saya akan mendapat seorang mak lagi, seperti makcik..


Saya sayang makcik...

Jaga diri sebaiknya..

Jodoh kita disini sahaja makcik..

Tapi ikatan yang pernah terpatri,

Akan diingatan selamanya..


Sayang makcik Aisah Thani!

Sunday, September 04, 2011

Izinkan aku mencintainya...

Jejak bertapak Ezu warkah 9/04/2011 09:35:00 PM 0 kata azimat
Ada pinta dalam bait kata..
Ada senandung jiwa dalam syair hati..
Ada kerelaan dalam melangitnya cita..
Kala cahaya cinta berpendam di taman hati..

Rabb..
Ku ingin dia, sang belahan jiwa
Tuk menyempurna sebahagian agama
Kala alam Lauhul Mahfuz telah mematri kami..

Rabb…
Izinkan aku membisikkan kata
Aku sangat cinta padanya
Kala senyum bahagia kami merekah..

Rabb…
Kuharap pintaTumpahkan barakah-Mu atas kami
Kala ku cium sepasang tangannya dengan penuh kasih



Rabb…
Semoga menjadi taburan pahala
Kala bahtera kehidupan terlayari

Rabb….
Ku tadah tangan agar
Jadikan kami sepasang kekasih yang penuh cinta
didunia dan akhirat kami
Kala bunga cinta kami mekar bersemi..

Rabb…
Semoga zuriat kami kan jadi pelita
Semoga mereka kan jadi lentera
Semoga mereka kan jadi senyuman kebanggaan
Abi dan ummi-nya di Yaumil hisab kelak..


Rabb…
Izinkan daku jatuh cinta
Kepada yang layak aku cintai..

Rabb…

Izinkan daku jatuh cinta
Hanya tuk seseorangyang telah diredhai dan diizinkan oleh Mu..
Aminnn.. =)

Apabila..

Jejak bertapak Ezu warkah 9/04/2011 09:20:00 PM 0 kata azimat

♥♥♥ Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR,

apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT,

apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA,

apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD dan

apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU ♥♥♥

Raya di Kampung!

Jejak bertapak Ezu warkah 9/04/2011 05:16:00 PM 0 kata azimat
jannah, naim..

love u...

28/8 :
aku berangkat ke kampung halaman
melalui lebuhraya plus n guthrie
menuju ke teluk intan (bukan untuk bertemu makwe azri) hahahah
bus transit kat situ then baru ke sabak.

sampai sabak jam 2.30 pagi..
ngantok..

29/9:
kemas rumah sahaja..
yang lain, my beloved ibu dah siapkan segalanya..


raya ke 1:
bersama keluarga ke
parit baru dan sungai panjang

raya ke 2 :
di rumah
menunggu jiran dan kawan2 adik datang

raya ke 3 :
sekitar sabak
10 buah rumah.

TQ t00
yatimah n husband, shuhaidi, raja maznah, suhailah, nazirah, shakirah n husband, sakinah n husband, aziyyati, fakhrurrazi, aku sendiri, n ayuni.

dah x mampu lagi..penat...puhhhhh...
konon nak ke kuala selangor, tapi memandangkan kepenatan melampau yang melanda
balik je la...
sabak je tu pon..
tahun lepas sampai ke kampung sebelah..
nape tah tahun ni exhausted sangat..
dah tua kot..

korum pon makin lama, makin sikit..
tahun ni 6 orang je yang bujang dalam korum ni..
tahun depan???
aikkk??
takkan aku sensorang???
wargghhhhhhhhh!!!

sape nak kawen dengan aku ni???
hahahha!!!

meh2...
kotim dengan family aku..
heheheh..

ramai sangat tanyang anak tahun ni..
naik jeles plak aku..
nak jugak!!!!
hahahah..
duit x de nak kawen ye ezu kama???
hahhha..

ape2 pon,
masalah tak selalu bertaufan
bahagia tak selalu tersengih..
apa yang terjadi
itulah kekuatan diri..

hadapi dengan jiwa merdeka
kerana
disitulah redha allah menaungi..

raya ke 4:
aku kembali ke seremban!
adehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
nak cuti sampai kiamat boleh???
hahaha

raya ke 5 :
beraya di umah sedara..

raya ke 6 :
aku berpuasa...

chaw chin cowwwwwwwwwwww!!!

Salam sayang seluas laut china selatan..

Salam rindu sedalam jurang mariana..

Salam kasih setinggi gunung everest..

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review