"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.
Showing posts with label jiwang. Show all posts
Showing posts with label jiwang. Show all posts

Thursday, April 05, 2012

bukan niatku...

Jejak bertapak Ezu warkah 4/05/2012 10:21:00 PM 0 kata azimat
maafkan aku...

sungguh...

tanpa niat mempermainkan...

tanpa niat memberi harapan...

harus kita hentikan...

sebelum hati kita terikat

maaf...


moga ada insan lain yang lebih memahamimu

moga ada insan lain yang lebih menyayangi

moga ada insan lain yang mampu membahagiakanmu...

maaf...

Tuesday, January 31, 2012

jemu...

Jejak bertapak Ezu warkah 1/31/2012 10:03:00 PM 0 kata azimat
Jemu masa menyinta
Resah ku meronta
Aku telah sumpah setia
Namun sia

Jemu masa melangkah
Lepas dari dosa
Bangkit aku dari lamunan
Yang engkau kejutkan

Segala pintamu
Cuba ku turutkan
Segala janjiku
Peritku lunaskan
Mudah kau melepaskan

Kau yang menghancurkan
Lerai ikatan
Kau cipta seribu alasan

Yang kudendamkan
Menjadi kemarahan
Kau selindung kesalahanmu
Kau singkap kesalahanku

Friday, October 14, 2011

semalam

Jejak bertapak Ezu warkah 10/14/2011 03:05:00 PM 0 kata azimat
Sebelum engkau kemari
Tiada resah
Tiada khuatir
Menjelang kemesraan ku
Yang dirindu
Hanya syahdu

Mengapa itu
Mahu jadi teman
Mahu jadi kekasih
Selamanya.... Ohhh...

Aku bukan lagi mainan dulu
Telah ku campakkan kau kemana
Ke lautan hitam yang ku tahu
Pasti kita tak jumpa

Semalam
Itu semalam
Hari ini aku hidup
Dalam dunia yang aman
Kenangan
Kita lucutkan
Kita bakar sama-sama
Pengalaman hidup
Seksa..

Thursday, September 22, 2011

Rubbish!!!

Jejak bertapak Ezu warkah 9/22/2011 09:21:00 PM 0 kata azimat
malam ni rasa nak jiwang2..
jiwang2 rase nak nangis..lepas nangis ni, tido..
jom2...
hahaha
######################################################

Aku terluka
Ku sangka tak mungkin terjadi sekali lagi
Dulu kau kata
Tak mungkin aku kan kecewa
Hatiku akan kau jaga

Pernah ku sangka
Inilah cinta yang terindah dalam sejarah
Apakan daya aku yang menanti pelangi
Mengharap engkau yang pasti

Dan aku menangis lagi
Kecewa untuk kesekian kalinya
Dan kisah cinta yg luar biasa
Habis kau ragut semua
Kejam dirimu

Aku kecewa pedih
Tak mungkin dapat kau faham sakitnya
Kata-katamu lah punca segala
Cinta kita kau persenda
Pergi kau pergi
Tinggalkan aku menangis lagi

Apakan daya
Aku si bodoh yang percaya kata-katamu
Puas didepan mata
Terbukti engkau lah pendusta
Bagimu hatiku tiada makna

Dari sisa sisa kisah kita berdua
Tak pernah ada persefahaman
Walau dalam cinta
Tiada guna penyesalan
Jangan berdusta
Usah menafikannya
Ini kesudahannya

Tangisan air mata
Tak bererti lagi

Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya

Dari sisa sisa kisah kita berdua
Tiada pernah ku sangka
Akhirnya begini
Usah kau coba merayu berkata dusta
Jangan pura cinta padaku
Meminta ku kembali

Sunday, September 04, 2011

Apabila..

Jejak bertapak Ezu warkah 9/04/2011 09:20:00 PM 0 kata azimat

♥♥♥ Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR,

apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT,

apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA,

apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD dan

apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU ♥♥♥

Saturday, August 27, 2011

Jangan salahkan aku...

Jejak bertapak Ezu warkah 8/27/2011 12:49:00 PM 0 kata azimat

jangan salahkan aku
bila suatu hari ku membencimu..
itu semua
kerana sikapmu yang terlalu..

baiknya kau sedari
perbezaan ini sebelum terjadi
kehancuran hati yang maha hebat
sungguh ku tak sanggup
hidup begini

dulu pernah ku katakan
jangan lagi kau lakukan
namun engkau tak hiraukan
semuanya kau anggap
hanya gurauan!!


menyemai budi menuai janji yang kau ingkari
baiknya kini kita berpisah
bila diri mu tak mahu berubah
dan mencitai yang lain

silakan pergi
aku alu2kan kepergianmu..
selamat tinggal...
semoga selamat dan bahagia

Wednesday, August 10, 2011

orang Gila

Jejak bertapak Ezu warkah 8/10/2011 01:17:00 PM 0 kata azimat

entry ni yang dia katakan aku x leh lupe dia???
hahahha!!!

pe ke bengap sangat???

semata2 aku komen cam tu,
pastu ko bising dengan kak poja nape x leh bace ape yang aku komen,
bile ko bace dari FB kak poja
ko leh cakap
"zu x boleh lupekan saya lagi...saya pon pernah kena macam tu jugak!"

hahahaha..
aku nak gelak guling2 bile dengar cam tu!

hei...
aku x hadap ko lah...

errr...ko pon pernah kene macam tu jugak, so ko nak buat orang lain rase cam tu jugak???
hahahhaa..
kesian la ko ni...

moga ko kene lagi sekali lepas ni dengan seteruk2nya!
aminnn...

haiya...
ko yang xleh lupe aku, atau aku x leh lupe ko??
hahahah

standart la..
kitekan pernah kapel..
of coz aku ingat..
lagi la tengok muke ko hari2..
tapi, alhmdulillah..

80% aku dah lupekan ko senang2 je cam tu..
syukur sangat2..
hebat x aku??

dah la weh..
aku malas nak layan perangai kebudak-budakan ko yang x matang lagi berterabur tu!
semoga insaf dan mendapat pengajaran dari ilahi..
aminnn...

Tuesday, August 02, 2011

1 ogos, 1 ramadhan

Jejak bertapak Ezu warkah 8/02/2011 09:04:00 PM 0 kata azimat
Salam Ramadhan untuk semua..
moga ramadhan kali ini akan membawa sejuta erti buat kite
dan memberikan sejuta rahmat yang tak terhingga buat kite..

aku merasa sayu...
entah kenapa...
sejak awal ramadhan lagi...

x tau kenapa..
rasa ini bagaikan menusuk2 hati ku
apakah ini ramadanku yang terakhir..
serasa lain pada hati ni...

tuhan ku,
ampunkan dosaku...


Sunday, July 31, 2011

Kerana Terluka

Jejak bertapak Ezu warkah 7/31/2011 01:15:00 PM 1 kata azimat



Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Tuhan menetukan...

Tak perlui kau bertanya ke mana ku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali kumelangkah oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya Tuhan yang tahu dukalara hidupku ini
Tak terkata, aduhai sayang...

Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hinggamenikam kalbu
Bisanya...

Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini

Kiranya tempias membasahi jendelamu
Itulah airmata yang jatuh di pipiku
Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa

bersabarlah...

Jejak bertapak Ezu warkah 7/31/2011 11:51:00 AM 0 kata azimat
Allah
entah mengapa..
tiba2 ku rasa sepi..
apa yang tidak kena dan apa yang kurang sekarang ni ya Allah...

makin dekatnya ramadhan ini,
makin lain ku rasakan..
apakah tanda ini tuhan ku??

ya Allah...
ku akui, aku masih mengenang dia..
makin kuat aku menjauhkan diri ini,
makin datang rasa ini..

"meski sejuta cinta menyapa, masih cenderung ku padanya"

apakah yang ingin kau tunjukkan Ya Allah???
moga ini adalah bisikan syaitan semata-mata..

aku x mampu ya Allah..
menganyam cinta yang bukan milikku..
aku x mampu ya Allah..
mentafsir jalan cerita mu..

"astaghfirullah al-azim, al-lazi la ila ha illa hual hayyul qayyum wa atubu ilaik..."

moga ada yang terbaik untukku..

ya Allah,
kau jauhkanlah dia dari aku,
dari hatiku, dari pandangan mataku,
jauhkan dia dari ingatan ku,
jauhkan dia dari kenangan yang tercipta,

Ya Allah,
hapuskanlah dia sebersih2nya dari hidupku..
buang dia sejauh2nya dari lubuk hatiku,

benar, aku kecewa..
sehingga kekecewaan ini menghilangkan segala perasaan aku padanya..
sehingga tiada rasa ape2 lagi..
tiada lagi rindu
tiada lagi cinta
tiada lagi sayang
tiada lagi benci
tiada lagi dendam
tiada juga doa kebahagiaan untuknya
seumpama dia tidak pernah ku kenali
seumpama dia tidak penah hadir dalam hidupku..

aku menjalani hidup yang kosong...
hanya berteman air mata..
tapi aku x tahu untuk apa air mata ini??
apa perlunya air mata ini lagi?
apa sebenarnya air mata ini?

'zulaikha, kau sedang melawan rasa yang pernah hadir..kau menutup segala kenangan yang tercipta, dan kau menolak dia sekeras2 dari hidup kau...

zulaikha bersabarlah.. sesuatu yang allah jadikan itu, ada pengajaran disebaliknya..usah dikesalkan..ini adalah jalan yang pernah kau pilih..hadapi dengan tenang..Allah ada bersamamnu..kalau kau masih beriman, percayalah pd Qada' dan Qadar Ilahi...tidak dia menjadikan sesuatu itu dengan sia2..malah, mungkin menambahkan lagi rasa iman kau padanya yang telah hampir luntur ketika cinta kau berputik pada dia..

zulaikha, redha dan bersyukurlah dengan apa yang terjadi...allah masih sayangkan kau..bertaubatlah..waktu ini adalah milik kau yang allah anugerahkan pada kau agar engkau tidak tersesat lebih jauh lagi...

zulaikha, benar engkau telah melakukan istikharah itu..dan dengan istikharah itu engkau menerimanya tanpa banyak persoalan..tapi zulaikha, mungkin itu hanya perasaan ..atau mungkin Allah ingin menemukan kau dengan orang yang salah sebelum engkau memiliki insan yang lebih baik akhlaknya dan lebih bertanggungjawab..kerana istikharah itu, hanya engkau yang lakukan..allah lebih tahu...dan dia sebagai lelaki, dia yang harus membuat keputusan...maka, apabila bercelarunya dia, yakinlah, dia bukan yang tercipta untuk kau..

zulaikha, biarkan dia pergi bersama cintanya..dia bahagia..maka untuk apa kau bersedih lagi dan untuk apa rase kecewa itu??? istikharah la..usah berputus asa lagi...sebagai mana yang telah kau lakukan sebelum ini..sandarkanlah pada Allah sebagaimana kau sandarkan pada Dia sebelum ini.. yakinlah pada Allah sebagaimana engkau yakin sebelum ini..

zulaikha...sabar, redha dan syukur... biarkan dia...dia bukan milikmu! ingat! dia bukan milikmu sampai bila2!

zulaikha...carilah pengganti lain yang lebih mengharapkan kau zulaikha!
doa lah, ada yang sedang menanti mu!'

Rapuh...

Jejak bertapak Ezu warkah 7/31/2011 11:44:00 AM 0 kata azimat

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Friday, July 29, 2011

Biar terbuang, Tetap berjuang!

Jejak bertapak Ezu warkah 7/29/2011 11:07:00 AM 0 kata azimat


maafkan aku...
telah lalai aku dalam memuja Mu
sementelah cintaku terpaut padanya...

Ya Allah..
Andai takdir ini yang kau ciptakan
untuk memberi kekuatan dan ketahanan hatiserta meningkatnya iman yang telah jatuh merundum ini,
aku pasrah ya Allah!

terima kasih tuhanku...
masih lagi kau menyayangi diri ini...
sebelum aku terus lalai dan jatuh lebih terduduk...

Tuhanku..
moga kebaikan ini berkekalan selamanya..

benar...
aku ingin aku yang dahulu..yang tidak terpalit dengan cinta manusia..
yang suci dari segala dosa..aku bukan manusia yang sempurna..
hanya kau yang tahu
akan aku...
seorang yang telah kau jadikan
telah sempurna segalanya sejak dalam rahim bonda ku..

Tuhanku...ampun aku..
ampunkan segala dosa aku..
sekecil2 dosa sehingga sebesar2 dosa..
aku x mampu ya Allah..
x mampu mengenang neraka mu..
namum aku tau, aku x mampu ke syurga mu...
oleh itu ya allah..
peliharalah aku...
sepanjang hayat ku hingga negeri abadi di sana..

Tuhan ku,
hilangkanlah segala rasa cinta yang telah terbungkam dihatiku..
hilangkan dia yang pernah aku sayang
hilangkanlah dia yang pernah ku cinta
hilangkan segala rasa pilu dan keluh kesah di hati aku..
biarlah dia degan dunianya..walau aku tau aku teranaiya..
hanya padamu aku pinta..
moga ada yang terbaik
sepanjang perjalanan hidupku

jadikanlah perlakuanku sebelum ini
sebagai pengjaran yang paling bermakna dalam hidupkumoga aku tidak tumpas di tangan seorang lelaki
semoga aku tidak mudah mempercayai kata2 lelaki
dan semoga aku terpelihara dari laki2 yang jahat..

aku pohon padamu..
tenangkan aku
tabahkan aku
dan kuatkan semangat ku..
moga kebahagiaan itu sentiasa mengalir dalam hati dan hayat ku..
amin..

Tuesday, July 26, 2011

Perempuan yang baik untuk lelaki yang jahat?

Jejak bertapak Ezu warkah 7/26/2011 09:31:00 AM 0 kata azimat
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”(an-Nur’:26)

Jelas telah Allah janjikan dalam ketetapan jodoh.. bahawa Allah telah siapkan jodoh kita dari kalangan diri kita sendiri.. Walau telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz dan namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..
Aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan aku dari tulang rusukmu..

Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah wanita yang sehebat Khadijah,, bukan secantik Aisyah, bukan seteguh seperti cinta Zulaikha dan Yusuf... aku adalah seorang Zulaikha...



Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, ketua keluargaku serta abah kepada anak-anakku nanti..
Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..

Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup pintu aib dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ? Aku pasti, semestinya kau
mengharapkan seorang perempuan yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana lelaki, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana lelaki walaupun hujung jari..

Andainya aku dapat ulang semula waktu dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..

Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..

Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal suamiku..

Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.

Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus lelaki yang mengaburi mataku. Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ?

Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang demi seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal suamiku…

Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat Umar dan seteguh Yusuf. Aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu.
Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membantuku, anak-anakku menuju ke Jannah. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.

Indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalka
n semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..

Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, diberkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..

“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci”

Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha. Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ‘sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.

Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..
Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..

Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia seperti mana ayat diatas tadi. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?

**Dari hati yang tulus ikhlas.. hanya untukmu.. Bakal suami ku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya..

Saturday, July 02, 2011

salahkah istikharah ku dahulu..

Jejak bertapak Ezu warkah 7/02/2011 10:34:00 PM 0 kata azimat



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
diistikharah cinta..

*******************************************

tuhan,
salahkah istikharah
yang pernah ku lakukan dahulu
sebelum memilihnya...

tuhan,
andai dia bukan jodohku
redhakanlah aku
pada ujian mu..

tuhanku,
rawatlah hati ini
agar tidak selalu rawan

tuhan,
temukanlah aku dengan jodohku
aku tak mampu dengan cinta yg tiada kesudahan..
andai ada,
dekatkanlah dia padaku
andai tiada
aku mohon kebaikan darimu..

ya allah..
padamu ku harap..

Friday, June 24, 2011

A.L.O.N.E

Jejak bertapak Ezu warkah 6/24/2011 06:19:00 PM 0 kata azimat
watashi dan azri
berpisah
23/7/2011

alasan:
1. hatinya berubah
2. dia sangat2 mencintai perempuan itu
3. dia sayangkan watashi sebagai sahabat
4. hatinya telah tawar pada watashi.

so..
ape lagi yang ada?

biar watashi yang minta perpisahan tersebut
kerana dia x mampu nak buat keputusan yang wajar..

FULL STOP!

Tuesday, June 21, 2011

Stanza Cintaku..

Jejak bertapak Ezu warkah 6/21/2011 04:32:00 PM 0 kata azimat
Berderai mata hatiku
Mendera semua harapan
Selaksa cintaku padanya
ikatan suci romantika naungan-Mu

Meski sejuta cinta menyapa
Masih cenderung ku padanya
Tuhan, satukan hati kami
Di bawah cinta alirkan bahagia di Redho-Mu

Kutidurkan mimpi indah ini
Pada-Mu yang menggenggam takdir
Kusandarkan harapanku ini…
Padamu Ya Ilahi…

Kan kusimpan dalam rongga hati
Stanza Cinta

Friday, June 10, 2011

mana satu yang kau nak???

Jejak bertapak Ezu warkah 6/10/2011 12:54:00 PM 0 kata azimat
watashi terlalu sedih sekarang...
watashi x mampu nak tulis ape2 pon...

watashi sedih dengan janji azri..
hurmmm...

rupenye, selama ni yang dia marah watshi bising2 kat fb tu,
semata2 nak tutup salah dia yang da ade pengganti lain..
watashi da cakap da..
boleh berkawan..
kalo berkawan dengan pempuan berhati2...
akhirnye dia terjebak jugak dengan cinta lain..

lupe ke dia pada janji dia dengan watashi dlu?
ape impian dia dan harapan dia pada watashi dlu..

sekarang ni da x guna cakap ape lagi..
asyik cakap watashi dengan dia dalam tempoh bertenang...

TAPI SAMPAI BILA????

sampai dia datang pada aku???
dan dia cakap :
"zu, saya masih perlukan awak lagi...saya da tingglkan pempuan tu.." kire untung la..

kalo dia cakap:
"zu, saya terpaksa pilih dia sebagai teman hidup..pergilah cari pengganti saya" memang nak mampos jawabnye...

bertenang dan diam dengan watashi TAPI
masih lagi berhubung dengan pempuan gedik tu..
nak tau sape?? ni pempuan gedik tu.

nape aku kata dia pempuan gedik?
sume jantan dia nak test..
termasuk la azri yang dah tersuka dan sayang pada dia..

dalam masa dia meluahkan rasa cinta dan sayang dia pada betina tu
dia masih kepit aku..
da memang macam kain buruk dia buat aku..
nak time gersang, tinggalkan time happy..

betol, watashi x anggap watashi perfect..
dia pon x perfect jugak..
selalu cakap dengan watashi,
x de orang yang perfect dalam dunia ni...
rupenye dalam masa yang same dia x leh terima kelemahan watashi...

sekarang dia bagi kata dua pada watashi, kite dalam tempoh bertenang..kalo masih rasa dia mampu nak jadi ketua keluarga watashi, dia kan teruskan..
dia jugak cakap,
dia x leh tinggalkan watashi sebab watsahi salah seorang best fren dia..

OMG OMG bak kata nabi ML..

hurmm...nape dia sebagai leleki x mampu nak jadi contoh yang baik pada watashi???
x leh nak buat keputusan yang baik untuk semua??
yelah...
dia masih sayangkan betina tu..
watashi ni sekadar sandaran ketika dia kesepian...

dia perlukan seseorang yang boleh sayang dia..
tapi, dia x mampu mencintai dan menyayangi orang lain camne yang orang lain da buat dan bagi pada dia sepenuhnye..

dia hanya pikirkan diri dia je..
dia x pikir orang lain...

jangan tamak sangan dalam hidup...nanti yang dikejar x dapat, yang dikendong tercicir terus...


dan aku rasa, betina tu akan tanggung benda yang sama camne yang aku da lalui..

da macam keling..
kejap aku kejap watashi...
pening...
@_@

ape solution???
hurmmm...

Tuesday, June 07, 2011

salahkah aku???

Jejak bertapak Ezu warkah 6/07/2011 09:27:00 PM 0 kata azimat

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

akhirnya..
kau akui,
kau dalam dilema...
memilih
antara aku dan deeyah...

tuhan...
ape ini yang kau tunjukkan???
apakah salah istikharah ku dahulu???

Sunday, June 05, 2011

All this time you were pretending

Jejak bertapak Ezu warkah 6/05/2011 09:12:00 PM 0 kata azimat

So much for my happy ending

Let's talk this over
It's not like we're dead
Was it something I did?
Was it something You said?
Don't leave me hanging
In a city so dead
Held up so high
On such a breakable thread

You were all the things I thought I knew
And I thought we could be

You were everything, everything that I wanted
We were meant to be, supposed to be, but we lost it
And all of the memories, so close to me, just fade away
All this time you were pretending
So much for my happy ending
Oh oh, oh oh, oh oh...


You've got your dumb friends
I know what they say
They tell you I'm difficult
But so are they
But they don't know me
Do they even know you?
All the things you hide from me
All the shit that you do

You were all the things I thought I knew
And I thought we could be

It's nice to know you were there
Thanks for acting like you cared
And making me feel like I was the only one
It's nice to know we had it all
Thanks for watching as I fall
And letting me know we were done

Saturday, January 22, 2011

now

Jejak bertapak Ezu warkah 1/22/2011 11:47:00 PM 0 kata azimat
mode

v
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v

sedang merindui

v
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v
tido lagi baik......
 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review