"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.
Showing posts with label hayati bersama. Show all posts
Showing posts with label hayati bersama. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

Perempuan yang baik untuk lelaki yang jahat?

Jejak bertapak Ezu warkah 7/26/2011 09:31:00 AM 0 kata azimat
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”(an-Nur’:26)

Jelas telah Allah janjikan dalam ketetapan jodoh.. bahawa Allah telah siapkan jodoh kita dari kalangan diri kita sendiri.. Walau telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz dan namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..
Aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan aku dari tulang rusukmu..

Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah wanita yang sehebat Khadijah,, bukan secantik Aisyah, bukan seteguh seperti cinta Zulaikha dan Yusuf... aku adalah seorang Zulaikha...



Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, ketua keluargaku serta abah kepada anak-anakku nanti..
Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..

Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup pintu aib dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ? Aku pasti, semestinya kau
mengharapkan seorang perempuan yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana lelaki, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana lelaki walaupun hujung jari..

Andainya aku dapat ulang semula waktu dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..

Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..

Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal suamiku..

Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.

Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus lelaki yang mengaburi mataku. Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ?

Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang demi seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal suamiku…

Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat Umar dan seteguh Yusuf. Aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu.
Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membantuku, anak-anakku menuju ke Jannah. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.

Indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalka
n semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..

Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, diberkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..

“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci”

Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha. Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ‘sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.

Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..
Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..

Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia seperti mana ayat diatas tadi. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?

**Dari hati yang tulus ikhlas.. hanya untukmu.. Bakal suami ku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya..

Tuesday, March 15, 2011

Lelaki yang sukar memahami...

Jejak bertapak Ezu warkah 3/15/2011 09:53:00 PM 0 kata azimat
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah,
itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya, jangan terkejut
kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan
sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,
isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Wednesday, February 09, 2011

Diba marriage

Jejak bertapak Ezu warkah 2/09/2011 08:39:00 PM 0 kata azimat
adibah sofia & mohd zairy
4/2/2011 & 26/2/2011


kami teman seperjuangan... =)
ke sekolah same2...
naik basikal same2...
eh, kami tu means (watashi, dak pakai baju merah n pengapit = basikal merah 3 sekawan + same2 kene taik burung) wahahah

yang lain p dengan orang lain..
sampai sekolah wat group adik2 comel...heheh

pengantin ni memang sempoi je..time nikah pon dia leh wat lawak..
sakit perut watashi tengok dia punye gaya...

pasni, konfirm naik pelamin yang pakai baju merah menyala tu..hehehe..
pastu x tau...



selamat berkampung di umah diba sejak malam tu..
belum sempat habis majlis petang tu
kitorang berdedai2 ke pizza teluk intan.
perggghhhh... benda yang x dirancang..
dan resit kat atas tu sebagai bukti pemakanan...

x pe tinggal kan pengantin...
dia bukan layan kitorang sangat pon
cz da ade laki...hahah
kesian kat pengapit..

isnin watashi cuti...
selasa baru masuk keje...hehehhe

Saturday, January 29, 2011

Moga selamat!

Jejak bertapak Ezu warkah 1/29/2011 09:41:00 PM 2 kata azimat
sabtu minggu lepas, naim a.k.a adik watashi accident. takziah dan tahniah untuk beliau!

takziah kerana tahun ni dia nak spm.mau setengah bulan pending kat umah. menganga dan membuncitkan perut.

semoga kau lebih berhati2 lepas ni. jangan dok main taram je moto kakngah kau.

semoga kau lebih mendengar nasihat ibu abah kau.degil ni!

semoga kau juga amik pengajaran atas apa yang telah terjadi.

tahniah sebab dalam family, kau je yang ade besi kat tulang. kitorang ni tulang asli...x macam kau..kau da jadi ironman. tahniah2!

tahniah jugak sebab kengkawan kau ramai melawat kat sepital tu.

tahniah jugak sebab kau dapat duit sedekah dari kengkawan dan juga orang yang datang melawat kau. tapi ko kikis jugak duit aku untuk beli topap kan! hampeh!

tahniah jugak sebab kau dapat makan bersuap hasil kasih sayang dari aku.sememangnya kau kak yang baik lagi comel yang kau tahu hal itu..


dan kau, kalo dah sihat nanti belajar la elok2.

dengar lah cakap aku.

carik lah makwe yang baik sikit.sebab aku ni seorang awek dan bakal isteri yang baik lagi solehah. senang nak jaga mak sendiri n mak mertua nanti. jangan ko ikot je cakap bini ko nanti, aku lepuk kang!!!

hah! udah la...moga kau cepat keluar dari sepital tu.dah seminggu kau dok sepital tu. macam x de umah plak.sebab kau, ibu x balik umah. sian kakngah kau. xde sape nak tunggu dia balik malam2 tu.abah kau pon lagi lah kesian. dan umah tu , aku tengok macam kapal belayar yang karam je. konfom balik ni pon, ibu kau x kemaskan umah tu sebab penat yang terlampau.

memang lah kau anak bertuah. memang makan lepuk aku kalo kau buat onar!!!

eh, watashi marah ke, luah perasaan ke? ntah...



Wednesday, January 19, 2011

Mangkok dan periuk!!

Jejak bertapak Ezu warkah 1/19/2011 10:38:00 PM 0 kata azimat

Salam tuan...
Maaf mengganggu waktu kerja tuan. Saya ade sedikit persoalan dan nak mintak tuan bagi pendapat.
Berkaitan *** 2010. Kami baru dapat markah *** tadi, 19/01/2011.Tapi agak mengecewakanlah..
Kami dinilai secara purata sebanyak 70%-78%.
Secara ringkasnya:
NA : PPP 84%
NF : PPP 72% PPK 70%
Z : PPP 84% PPK 78%
R: PPP 84 PPK 77%
Sekarang ni, kami terkejut dengan markah NF. bila tengok markah ni, rasa macam tak pernah buat kerja dan asyik bercuti je.
Jadi, saya nak mintak pandangan tuan, macam mana kami nak bekerja bila hasil kerja kami tak dilihat.
Tapi, saya mohon pada tuan agar tidak memperbesarkan isu ni..kalau puan-puan kami tu tau saya minta pandangan tuan, lagi teruk plak *** kami tahun 2011 ni.
################################################################

patot atau x watashi buat pengaduan awam pada orang lain?
yup!
definitly agree wit me!

huh!
mangkok tahap tingkat yang bertingkat..walaupon mangkok tingkat tu sangat berguna dan semakin bertingkat semakin banyak manfaatnye, maka itu adalah mangkuk tingkat yang terbaik apabila telah diletakkan tahap QC yang ditetapkan.

ni namanya mangkok tingkat yang berguna...


tapi,
sekiranya manusia tu yang dah macam mangkok tingkat apa maknanya?
semakin berguna atau semakin menyusahkan?
sememangnya makin menyusahkan
dan
orang2 yang sebegini harus dan wajib dilupuskan segala rezeki dan kebajikan bagi pihaknya!
agre??
yup
watashi pon x setuju.sebab tu akan menyebabkan orang yang gemok menjado kurus, orang yang kaya menjadi fakir miskin. tapi yang baiknya mereka mungkin akan masuk syurga kalo mati lepas tu. cz spnjang hidupnya akan sentiasa bermuhasabah diri menginsafi keburukan dan bertaubat nasuha terhadap perkara yang telah dilakukan terhadap orang lain suatu ketika dlu...

yah! semakin panjang watashi membebel, semakin berserabut pula neoron2 kepala yang tidak stabil ni.jangan sampai tersimpul pula ezukama! kot gila kang, sah2 masuk syurga!
hahaha...

so, keje adalah kerja
emosi adalah emosi
kenapa kerja harus diletakkan dibelakang emosi?
sebab tu la ramai yang makan gaji haram.
menyekat razeki orang lain.
bile da makan gaji haram maka perangai pon macam haram!

dan bile yang menutup periuk nasi orang tu adalah golongan intelektual dari sebarang IPT
maka itu bermakna golongan siswazah dan graduan sekarang tidaklah intelek seperti zaman dahulu kala. semakin tidak amanah dan tidak bertanggungjawab!
bagi yang keje gomen,bekerja berdasarkan gaji yang masuk setiap bulan.
buat keje ke tak, gaji jalan. cuti lame2 pon apa ada kesah? gaji masuk!! yeay!!

yang pegawai pula, uwah2...makin syok bercuti.orang bawahan ada untuk melaksanakan kerja diorang. bile time nilai orang lain, maka tersebutlah kisah bahawa sesetengah staf dinilai serendah2nye...
atas alasan kerja yang tak sistematik, lambat dan yang utamanya kuat melawan!
maka, tidakkah diketahui oleh beliau bahawa sikap beliau menjadikan staf bawahan macam tu??
ko makan gaji buta setiap bulan. cuti dan MC sepanjang tahun, kerja ko tergendala. tapi ko nilai plak orang bawahan ko rendah!!!

HOI!!!! KO TAU TAK, KO DAH LA MAKAN GAJI BUTA!
PASTU NAK MENUTUP PERIUK NASI ORANG LAIN PLAK TU!
TAK TAU KE HALAL DAN HARAM DALAM BERMUAMALAH!
BELAJAR TINGGI2! JADI PEGAWAI TAPI BONGOK!!!!!

tengok diri sendiri tu dlu sebelum buat ape2 penilaian!!!
ko pon tak bagus kalo ko nilai orang lain macam tu!
ingat sikit, ALLAH tu maha adil.maha tahu!
dan jangan lupe ko ade anak yang ko nak bagi makan.
ko ada laki yang nak ko jaga!
kang, kot berbalik benda2 yang x sepatutnya kat ko, kot merana!!!

dan, untuk pengetahuan ko wahai orang2 yang bijak pandai ni,
AKU TAK HALALKAN PENILAIAN YANG KO BAGI KAT AKU KALO MEMANG NIAT KO TU TAK IKHLAS!!DAN, KO TUNGGU BALASANNYA...
dan ingat gaji tu x halal!!! fullSTOP!!
bagi la keluarga ko makan duit haram tu!
tahniah!

dan nasihat untuk watashi,
berbuat baik dengan orang lain!
kalo jadi pegawai tu, jangan jadi pegawai yang bodoh!

Tuesday, January 18, 2011

kerana ego..

Jejak bertapak Ezu warkah 1/18/2011 09:28:00 PM 0 kata azimat
Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen.
Dua hati di satukan dengan apa?

Jawabnya, dengan iman.

Dua hati yang beriman akan mudah disatukan.
Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu.
Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah.
Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH,
perdamaian akan mudah menjelma semula.
Yang bersalah mudah meminta maaf.
Yang benar mudah memberi maaf.
Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit.
Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w.
Ada ribut... tetapi sekadar di dalam cawan.
Ada gelombang... tetapi cepat-cepat menjadi tenang.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta,
siapakah yang lebih cinta pasangannya?
Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya.
Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.

Jangan Ada Takbur, Cinta Pasti Hancur

Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak,
maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada "virusnya".
Virus iman ialah ego(takbur).
Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta?
Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi 'tangan' yang ego, tidak mahu bersentuhan... Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!

Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar.
Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus.
Maka terkapai-kapailah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami 'disabotaj'nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar.
Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.

Ada pula isteri yang ego.
Heroin sudah mengaku hero.
Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!

Ego si suami selalunya terserlah.
Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik si isteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.

Ego si isteri terpendam.
Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, si isteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh... sehinggalah
memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.

House dan Home

Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi 'house' tidak jadi 'home' lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga(home)dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati.
Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?

Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi.
Retak akan menjadi belah.
Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini?
Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea.
Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.

Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi... kedua hati bercakar lagi.
Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati.
Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.

Dapatkan Cinta Dengan 'Membeli' Cinta

Ada juga pasangan yang hendak 'membeli' cinta.
Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami.
Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas si isteri.
Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.
Susurilah cinta yang hilang di jalan iman.
Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu 'menyamar' sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.

Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain.
Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:

"Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah."

Carilah Allah

Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu.
Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran?
Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga?
Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?

Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah.
Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.

Firman Allah: "Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin."

Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.

Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah.
Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi.
Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.

Namun,
lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah.
Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri.
Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.

Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah.
Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya.

Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama,tidur sebantal,berteduh di bawah bumbung yang sama.

Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego.

Bisikan selalu di hati,Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!

Friday, January 14, 2011

mari berpening2!

Jejak bertapak Ezu warkah 1/14/2011 08:46:00 PM 0 kata azimat

al kisah bermula di sebuah kampung,
seorang atok tua sedang asyik
membasuh pakaian luar dan dalam nya di tepi sunggai sambil
mendendangkan lagu renjis-renjis dipilis.

tiba-tiba, datang seekor
bangau yang tercedera kepaknye meminum air sungai terbabit.

kasihankan bangau punya pasal, orang tua tu mengambil keputusan untuk
merawat luka bangau tu sampai sembuh.....
di pendekkan citer, sembuh
la bangau tu dan dia berjanji akan membalas budi orang tua tu tadi
serta menjempot orang tua tu ke perumahan kos rendah yang didiami
beliau. (dasyat gak bangau ni...)

maker, orang tua tu pon pegi la ke rumah tempat penginapan si
bangau. lantas si bangau pon mengarah pembantu-pembantunya
mengeluarkan duer kotak hadiah. satu kotak kecik, satu lagi kotak
besor. si tua disuruh memilih kotak tersebut dan dia mencapai kotak
yang kecil. si banagu lalu berkata:

"sesungguhpunya ko memang baik hati orang tua. ko membantu aku dengan
ikhlas dan jujur. sebenorpunya, kotak besor tu dah aku isikan dengan
sos lader hitam jer.so, terime lar hadiah pemberian ku yang tak
seberaper ni"

kata si bangau merendah diri. si tua terus membuker kotak yang di
ambilpunya tadi dan terdapat 5 bijik kunci untuk 5 buah kereta mercedes
benz berlainan kelas.

alangkah terkejutpunya si bangau bile si tua menolak hadiah yang
sket punya bernilai tu. bile di soal oleh si bangau mengaper dia
menolak pemberian tu, si tua
menjawab:

"gila ko! aku dah la tak der lesen memandu, dah la aku ni miskin,
mana mampu nak bayor road tax tuk lima-lima buah kereta ni......"

terkesima si bangau......
begitu la ader punya........

the end........

Saturday, December 25, 2010

Mabruk Az-zikr & See Sharp Minor!!

Jejak bertapak Ezu warkah 12/25/2010 01:39:00 PM 0 kata azimat
Az-zikr

Mabruk alaikum Az-zikr!
moga dakwah yang disebarkan beroleh pahala yang tak pernah padam dan dirahmati Allah SWT sentiasa.

genre nasyid yang dibawa oleh Az-Zikr agak sempoi dan bersahaja.
tapi mempunyai makna tersirat dan perlu dihayati dengan peka.
bukan seperti gelanggang nasyid yang lain,
lenggok yang penuh mendayu dan agak lembek!
dan senikata yang agak simple.

pembaharuan melodi dan lenggok yang telah dibuat oleh azzikr, agak membuka mata.
bukan pada "soalan yang pasti sahaja", tapi pada lagu yang lain juga...

seperti ada melodi lagu kumpulan Ungu juga!
dan bukan kah kita juga ada meminati lagu2 kumpulan Ungu!
=)


Az-Zikr telah memenangi kategori nasyid tradisi yang berlangsung di Dewan Muktamar Pusat Islam Malaysia, 18/12/2010.

seharusnya mereka yang berdebar lebih..
tapi, watashi plak seperti yang copot jantung!
waduh2....

si dia berentap di pentas nasyid, watashi berentap di gelanggang badminton...
hanya doa pada mereka agar beroleh kejayaan dan kemenangan...


sedang menjamu selera di sekitar kuala terengganu,
panggilan masuk diterima
dan...
yes!!!!!
az-zikr menang!!!!
kecoh tempat makan tu dengan kemenangan Az-zikr atau lebih tepat lagi azri yang menang..

dan tepukan tahniah untuk az-zikr terus menggegarkan tempat makan tersebut dan juga di dalam bus!
tahniah sekali lagi kepada Az-Zikr!
especially to my dear, En.Azri Mohd Hamdan!

berita mengenainya boleh di baca di laman web JAKIM


Sunday, November 14, 2010

Kepada yang Obses!

Jejak bertapak Ezu warkah 11/14/2010 07:47:00 PM 0 kata azimat
copy dari Layar Minda



Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :


1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!


2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?


3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!


4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.


7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!


8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!


Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.


Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!


10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah



Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi

Disampaikan oleh seorang sahabat.....Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dia nak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa

cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci

toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,


layari juga artikle ini.

Monday, November 08, 2010

Tabiat rosakkan otak.

Jejak bertapak Ezu warkah 11/08/2010 08:56:00 PM 0 kata azimat

Tidak mengambil sarapan pagi

  • Paras gula dalam darah akan menjadi rendah.
  • Mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak.
  • Menjadikannya kurang aktif.
  • Sebenarnya, watashi akan lapar time pagi2 dan sangat2 memerlukan sarapan pagi.

Pencemaran udara

  • Menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
  • Kecantikan watashi pula akan hilang, kulit kering dan hitam macam kene panggang walaupon memang da sedia hitam!


Terlebih tidur

  • Masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
  • tidur adalah satu nikmat sebenarnye! syok tol kalo malam hujan bawak ke pagi.......



Perokok

  • Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar
  • Boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
  • Ermmm, kalo rase nak mati cepati, buat sensorang...jangan ajak watashi mati sekali..

Menutup muka ketika tidur

  • Otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen.
  • Kerosakan kepada otak.
  • Syok sebenarnye...lena sampai ke pagi...x dengar ape yang jadi...

Jarang berfikir

  • Otak kita ( bukan watashi yang pentingnye) kurang aktif. hahahha...Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
  • Takyah pikir sangat. elok2 sihat, terus dapat migrain.~~~


Terlebih makan

  • Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
  • lagi satu, pemalas wat keje! memang nak kene sekeh! membuta je taunye!



Penggunaan gula yang berlebihan

  • Mengganggu penyerapan protein dan nutrisi.
  • Mengganggu perkembangan otak yang sihat.
  • bukan berlebihan...harga gula mahal, gule plak da kurang manis...tu yang gule cepat habis...hahahah..alasan...


Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

  • Mengurangkan keberkesanan otak
  • Kerosakan kepada sel-sel otak.
  • Adalah lebih baik tidor....

Kurang berimiginasi

  • Tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
  • Errr....nak yang camne tu????

watashi ni...ade je yang nak diblamenye...
macam bagus sangat!
hahhaha
memang watashi bagus pon....keh3...
puji diri sendiri yang x betol....
x pe...
blog watashi...
hahhaaha...

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review