"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Thursday, July 12, 2012

Kadang-kadang aku tak tahu siapa yang salah!

Jejak bertapak Ezu warkah 7/12/2012 10:13:00 PM 0 kata azimat
Aku rasa marah, benci, menyampah, hipokrit, sakit hati, macam-macam!!!

Macam-macam cerita tak masuk dek akal hari ni!! Opis ni dah nak kene bala ke!!! Ya allah ya allah!!! Buanglah perempuan tu jauh dari hidup kami! Hilangkan dia dari pandangan mata dan hati kami! Tenangkan hati kami takkala melihat wajah manisnya tapi berduri didalam!!!

Now, ko tahu siapa dia kan dalam famili ko? Aku dah cakap sejak awal perkenalan aku dengan ko dulu.. Aku tak percaya dia. Tapi, since ko berkawan dengan dia, berhati-hati sahaja.. Tapi, ko pulau aku.. Ko biarkan kata-kata aku.. Ko rapat, rapat dan semakin rapat dengan dia yang agak meragukan hati aku! Sekarang??? Kebenaran terbukti, kan? Tergamak dia berbaik dengan ko sedangkan dia tahu siapa ko! Hipokrit tak dia!!!! Allah!!! Kau telah bagi jawapan pada dia. Terima kasih.. Hari ni, memang aku buat muka dengan ko. Aku tak layan ko. Tapi aku nampak pandangan mata sayu ko. Aku tak tahu sehingga tengahari tadi.. Tapi maaf, aku pernah doa pada allah, moga kau tahu kebenaran tu.. Tak sangka, ko tahu juga. Syukur!! Semoga ko tak dipermainkan lagi oleh pempuan seperti itu!

Dan aku plak! Tahniah ezukama! Ceritera antara kau dan dia hampir sampai ke pelusuk bumi negeri sembilan! Wah, rasa keaiban sebentar.. Speechless! Aku rasa malu dan nak nangis!!!! Semoga kau tak tahu cerita ini! Nak pecah jantung ni bile perkara ni tersebut dihadapan orang yang tak sepatutnye!!!

Allah, sukarnya aku untuk mendapatkan dia.. Kenapa mesti ada keaiban disitu??

Wednesday, July 11, 2012

Aku sangat terkilan dengan kamu!!

Jejak bertapak Ezu warkah 7/11/2012 04:29:00 PM 0 kata azimat
Tahu tak apa yang sedang melanda diri ni sekarang???

Hujan mana tak membasahi bumi.. Bumi mana yang tidak pernah panas.. Langit mana yang tidak pernah mendung.. Ayat macam sadis kan... Hahaha..

Aku dipulau!
Kalau pulau langkawi ok jugak.. Pulau perhentian ke, pulau pinang ke.. Ada gak faedah dan ada gak hasilnye..ni memang x de hasil.. Apetah lagi kebaikan.. Siapa yang pulau?? Orang opis la sayang.. Hahaha.. Kenape?? Panjang nak cerita.. Tapi nak bagitau jugak!

Ada sorang pempuan ni, aku ajak dia joint business.. Dia pernah cakap dia nak pikir dulu.. Ok fine nak pikir.. Bagi dia masa 3 hari kot baru followup.. Last sekali aku mintak la dokumen yang perlu.. Aku jumpe dia, petang sebelum balik opis nak mintak sume dokumen tu.. Dia kata "ok, esok sebelum saya p muzakarah, saya bagi sume tu kat zu selepas saya sattle sume dengan kak zu.." maka, sampai je aku kat opis pagi tu, aku terus call dia.. Tak angkat. Call lagi x angkat sampai la berkali-kali. Mesej tak balas.. Aku cakap, pempuan ni da main kasar ni.. Senyap plak tu.. Dan yang paling mengejutkan aku, barang yang aku bagi kat dia, ada BAWAH MEJA aku! Aku tanye dekat budak opis, sume cakap tak tau!! Wah , takkan benda tu jalan sendiri.. Maka akau tau la yang pempuan tu dah menyuruh seorang dari orang opis ni letak kat tempat aku.. Masing-masing dah diam.. Taknak cakap dengan aku.. Wah korang!!!! Aku tak sangka ni jadi masalah besar kat korang kan!!!

Sebab, ni antara aku dengan dia je! Dia yang janji dengan aku! Aku tak paksa! Dan kalo dia taknak joint jus say taknak! jangan wat cerita yang lain belakang aku! Dah dekat sebulan benda ni jadi. Tapi aku diam je! Sampai la sekarang, sume ni dah tak mesra macam dulu!

Yang apa yang paling kelakar team bsk aku pon leh buat tak tau dengan aku!! Memang SANGAT TERKILAN ok!! Aku yang rapat dengan diaorang, yang curahkan segala masalah dengan diorang, leh pulaukan aku!!! Ok, tak pe.. Aku redha je.. Korang nampaknye tak kenal aku lagi kan..kalo macam tu lah erti persahabatan pada korang, aku boleh pergi jauh! Aku tak perlukan hubungan persahabatan ni kalo mudah2 ko percaya cakap orang tanpa dengar cerita aku kan. Ko lupa aku pernah backup ko, ko lupa aku pernah bersihkan nama ko.. BIASA!! Manusia mudah lupa! Kalo mempersoalkan kenapa aku menjauhkan diri, sebenarnye jawapan tu pada korang! Bukan pada aku! Sapa yang buat muka dengan aku? Sape yang diam tak berkata dengan aku? Aku tak perlu orang yang hipokrit dalam hidup ni! Maaf aku sangat terkilan dengan kamu semua!!

Sedangkan kamu tahu siapa perempuan itu! Sedangkan kamu tahu perangainya.. Mungkin sebab gred dia lagi tinggi dari aku, dia lawa sikit dari aku, maka dengan mudah kamu menilai aku!! Tahniah sahabat! Aku tak terkilan dia memburukkan aku, sebab dia boleh rampas suami orang tanpa rasa bersalah! Tapi aku terkilan dengan kamu yang tak tahu menilai apa yang terjadi.. Motif aku untuk ajak dia, hanya untuk menjauhkan dia dari suami orang itu, dan dia akan mendapat suami yang terbaik! Tapi, niat aku jauh tersasar dari lantainya.. Dan lebih malang lagi,orang yang aku percayai, orang yang aku sayang, menikam aku tanpa pengadilan ! Terima kasih!

Allah akan menguji iman seseorang itu, apabila dia berkata dia beriman dengan Allah! Dan aku sedang menghadapinya!

Monday, July 09, 2012

Terima kasih :))

Jejak bertapak Ezu warkah 7/09/2012 12:44:00 AM 0 kata azimat
Alhamdulillah... Baru selamat tiba di seremban.. Tadi atas highway pada jam 8 malam dari MS Garden Hotel Kuantan.. Wah... Ayat skema kau!!! Haha

Atas urusan ilmu dan semangat, maka bermusafirlah aku bersama sahabat seperjuangan yang lain ke sana.. Penat usah dikira, andai pulangan bayarannya berganda- ganda!!! :)))

Nowdays , wah speaking paris you!! Hehe.. Aura tadi lah punya cerita!! Ramai yang perasan kebahagiaan aku! Katanya dari sinar wajah, kata yang lain pula, dari bentuk badan, kata yang lain lagi, dari segi material, dari lain- lain hal, usah di kira sementelah LV dan iPad di genggaman!

Rezeki Allah untuk aku dan keluarga! :)) maka dikongsikan kegembiraan itu dengan raut wajah yang ceria.. Satu sahaja rahsianya, ada pendorong pembangkit semangat disekeliling aku!!

Aku sendiri terasa perubahan dalam diri.. Yang dahulunya kurang semangat, kembali bersemangat.. Yang dulu pendiam, sekarang bising, yang hampir hilang semangat, kembali menjana keyakinan diri, yang sangat penakutt kini menjadi insan yang sangat berani berbanding dulu! Tahniah pada diri aku!

Tapi yang paling penting, zahara!!! Terima kasih yunk!!! Jasa mu tak terbalas!! Semoga Allah memberikan rezeki yang lebih baik dari sekarang dan hidup dalam keredhaan Allah!!

Wednesday, July 04, 2012

Langkawi

Jejak bertapak Ezu warkah 7/04/2012 05:44:00 PM 0 kata azimat
Minggu lepas, selepas solat isyak, dengan rasa yang biase2 aje, aku menjalani trip lawatan kerja ke langkawi.. Orang lain x tau la berperasaan seperti apa.. Hahaha


Dalam bus tu, aku tido baring! Hahaha.. Bus itu bus aku yang punya.. Harap maklum..

Sampai perlis singgah ke padang besar.. Kat situ dah habis kurang dari 100.. Fuhhh..

Lepas tu, ke jeti untuk naik feri ke langkawi.. Kurang lebih 45 minit perjalanan air.. Kalo udara tak tau.. Sebab tak pernah sampai melalui jalan udara.. Ni pon 1 st time. Just laught, but not funny.. Ha ha.

Sampai sana, check in kat eagle bay..sebelah je dengan mahkamah syariah langkawi.. Petang tu terus p kat rams home deko punye shop.. Kat sini pon habis rm100++.. Malam tu dah exhausted sangat.. So, membuta dengan penuh khusyuk dan tomakninah..

Esoknye ke kilim geoforest part.. Amik gambar kat situ,p tengok pulau yang macam2 bentuk.. Paling kelakar leh plak satu tongkang dengan my ex.. Hahaha..

Pastunp mahkamah syariah langkawi plak.. Perghh dah lanpakai baju opis tu.. Dari kilim terus ke sana.. Bau, tak yah cakap la tengitnye.. Pengsan.. Dapat makan tengahari free.. Seda!

Petangnye p shopping kat idaman suri, lepas tu ke haji ismail, lepas tu habis sekitar rm200++.. Masak2..

Malam tu main bowling.. Aku la manusia uang dapat markah paling las! Sile gelak!

Isninnye plak, lepas check it out, terus ke mahkamah syariah kedah.. Jumpe sorang pegawai kat situ, wah, ada yang kenal kenal nama aku. Agak dah.. Ni kerja orang opis aku la ni.. Tapi aku buat derk je.. Lantak la..

Lepas tu terus balik.. Tapi singgah pekan rabu dlu. Habis dalam sekitar tak sampai rm50 je..

Ok terus balik..

Eh, cerita macam tak de perasaan kan.. Haha.. Hahaha..


 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review