Saturday, January 29, 2011
New Born!
Moga selamat!
Saturday, January 22, 2011
syurga idaman
Janganlah kekanda membisu
Katakan kau cinta atau pun tiada
Pada hamba dagang melara
Pimpinilah daku ke jalan bahagia
Agar cinta kita berjaya
Lupakanlah kanda sengketa kita
Bagaikan impian saja
Ku berdoa pada Tuhan
Agar hajat ku dimakbulkan
Padamilah kanda hasrat yang menyala
Bersamalah kita gembira
Menikmati keindahan ciptaan Tuhan
Bagaikan syurga idaman
Wednesday, January 19, 2011
Mangkok dan periuk!!
Salam tuan...
Maaf mengganggu waktu kerja tuan. Saya ade sedikit persoalan dan nak mintak tuan bagi pendapat.
Berkaitan *** 2010. Kami baru dapat markah *** tadi, 19/01/2011.Tapi agak mengecewakanlah..
Kami dinilai secara purata sebanyak 70%-78%.
Secara ringkasnya:
NA : PPP 84%
NF : PPP 72% PPK 70%
Z : PPP 84% PPK 78%
R: PPP 84 PPK 77%
Sekarang ni, kami terkejut dengan markah NF. bila tengok markah ni, rasa macam tak pernah buat kerja dan asyik bercuti je.
Jadi, saya nak mintak pandangan tuan, macam mana kami nak bekerja bila hasil kerja kami tak dilihat.
Tapi, saya mohon pada tuan agar tidak memperbesarkan isu ni..kalau puan-puan kami tu tau saya minta pandangan tuan, lagi teruk plak *** kami tahun 2011 ni.
################################################################
patot atau x watashi buat pengaduan awam pada orang lain?
yup!
definitly agree wit me!
huh!
sekiranya manusia tu yang dah macam mangkok tingkat apa maknanya?
semakin berguna atau semakin menyusahkan?
sememangnya makin menyusahkan
dan
orang2 yang sebegini harus dan wajib dilupuskan segala rezeki dan kebajikan bagi pihaknya!
agre??
yup
watashi pon x setuju.sebab tu akan menyebabkan orang yang gemok menjado kurus, orang yang kaya menjadi fakir miskin. tapi yang baiknya mereka mungkin akan masuk syurga kalo mati lepas tu. cz spnjang hidupnya akan sentiasa bermuhasabah diri menginsafi keburukan dan bertaubat nasuha terhadap perkara yang telah dilakukan terhadap orang lain suatu ketika dlu...
yah! semakin panjang watashi membebel, semakin berserabut pula neoron2 kepala yang tidak stabil ni.jangan sampai tersimpul pula ezukama! kot gila kang, sah2 masuk syurga!
hahaha...
so, keje adalah kerja
emosi adalah emosi
kenapa kerja harus diletakkan dibelakang emosi?
sebab tu la ramai yang makan gaji haram.
menyekat razeki orang lain.
bile da makan gaji haram maka perangai pon macam haram!
dan bile yang menutup periuk nasi orang tu adalah golongan intelektual dari sebarang IPT
maka itu bermakna golongan siswazah dan graduan sekarang tidaklah intelek seperti zaman dahulu kala. semakin tidak amanah dan tidak bertanggungjawab!
bagi yang keje gomen,bekerja berdasarkan gaji yang masuk setiap bulan.
buat keje ke tak, gaji jalan. cuti lame2 pon apa ada kesah? gaji masuk!! yeay!!
yang pegawai pula, uwah2...makin syok bercuti.orang bawahan ada untuk melaksanakan kerja diorang. bile time nilai orang lain, maka tersebutlah kisah bahawa sesetengah staf dinilai serendah2nye...
atas alasan kerja yang tak sistematik, lambat dan yang utamanya kuat melawan!
maka, tidakkah diketahui oleh beliau bahawa sikap beliau menjadikan staf bawahan macam tu??
ko makan gaji buta setiap bulan. cuti dan MC sepanjang tahun, kerja ko tergendala. tapi ko nilai plak orang bawahan ko rendah!!!
HOI!!!! KO TAU TAK, KO DAH LA MAKAN GAJI BUTA!
PASTU NAK MENUTUP PERIUK NASI ORANG LAIN PLAK TU!
TAK TAU KE HALAL DAN HARAM DALAM BERMUAMALAH!
BELAJAR TINGGI2! JADI PEGAWAI TAPI BONGOK!!!!!
tengok diri sendiri tu dlu sebelum buat ape2 penilaian!!!
ko pon tak bagus kalo ko nilai orang lain macam tu!
ingat sikit, ALLAH tu maha adil.maha tahu!
dan jangan lupe ko ade anak yang ko nak bagi makan.
ko ada laki yang nak ko jaga!
kang, kot berbalik benda2 yang x sepatutnya kat ko, kot merana!!!
dan, untuk pengetahuan ko wahai orang2 yang bijak pandai ni,
AKU TAK HALALKAN PENILAIAN YANG KO BAGI KAT AKU KALO MEMANG NIAT KO TU TAK IKHLAS!!DAN, KO TUNGGU BALASANNYA...
dan ingat gaji tu x halal!!! fullSTOP!!
bagi la keluarga ko makan duit haram tu!
tahniah!
dan nasihat untuk watashi,
berbuat baik dengan orang lain!
kalo jadi pegawai tu, jangan jadi pegawai yang bodoh!
Tuesday, January 18, 2011
kerana ego..
Dua hati di satukan dengan apa?
Jawabnya, dengan iman.
Dua hati yang beriman akan mudah disatukan.
Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu.
Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.
Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah.
Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH,
perdamaian akan mudah menjelma semula.
Yang bersalah mudah meminta maaf.
Yang benar mudah memberi maaf.
Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit.
Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w.
Ada ribut... tetapi sekadar di dalam cawan.
Ada gelombang... tetapi cepat-cepat menjadi tenang.
Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta,
siapakah yang lebih cinta pasangannya?
Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya.
Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.
Jangan Ada Takbur, Cinta Pasti Hancur
Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak,
maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada "virusnya".
Virus iman ialah ego(takbur).
Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta?
Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi 'tangan' yang ego, tidak mahu bersentuhan... Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!
Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar.
Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus.
Maka terkapai-kapailah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami 'disabotaj'nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar.
Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.
Ada pula isteri yang ego.
Heroin sudah mengaku hero.
Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!
Ego si suami selalunya terserlah.
Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik si isteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.
Ego si isteri terpendam.
Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, si isteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh... sehinggalah
memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.
House dan Home
Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi 'house' tidak jadi 'home' lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga(home)dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati.
Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?
Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi.
Retak akan menjadi belah.
Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini?
Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea.
Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.
Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi... kedua hati bercakar lagi.
Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati.
Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.
Dapatkan Cinta Dengan 'Membeli' Cinta
Ada juga pasangan yang hendak 'membeli' cinta.
Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami.
Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas si isteri.
Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.
Susurilah cinta yang hilang di jalan iman.
Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu 'menyamar' sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.
Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain.
Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:
"Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah."
Carilah Allah
Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu.
Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran?
Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga?
Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?
Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah.
Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.
Firman Allah: "Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin."
Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.
Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah.
Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi.
Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.
Namun,
lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah.
Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri.
Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.
Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah.
Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya.
Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama,tidur sebantal,berteduh di bawah bumbung yang sama.
Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego.
Bisikan selalu di hati,Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!
Friday, January 14, 2011
Tahniah untuk Diba =)
alhamdulillah,,,
akan selamatlah lagi seorang sahabat watashi..
adibah sofia..secantik dan selembut namanya... =)
15/2/2011..
kronologi cerita:
berkenalan sewaktu darjah 1 Sek. Rendah Agama Muhammadiah Batu 40
berkawan sewaktu tingkatan 4 Sek. Agama Men. Muhammadiah Batu 40
rapat sewaktu tingkatan 6 rendah STAM Sek. Agama Men. Tinggi Batu 38.
berpisah sewaktu tingkatan 6 rendah STAM cz masing2 x amik STAM pon..
dia fly ke UITM..
watashi fly ke Uzbekistan...hehehe
dan...
sekarang,dia akan menamatkan zaman bujangnya meninggalkan kami2..
kami2?
sue,yuni,raja,kiyo,kina,kemat,nazirah..
elah...
tinggal2 pon, masing2 tengah menghitung hari menjadi milik orang..
watashi?
hehehe...
entah...
tunggu dan lihat..
mari berpening2!
al kisah bermula di sebuah kampung,
seorang atok tua sedang asyik membasuh pakaian luar dan dalam nya di tepi sunggai sambil
mendendangkan lagu renjis-renjis dipilis.
tiba-tiba, datang seekor
bangau yang tercedera kepaknye meminum air sungai terbabit.
kasihankan bangau punya pasal, orang tua tu mengambil keputusan untuk
merawat luka bangau tu sampai sembuh.....
di pendekkan citer, sembuh
la bangau tu dan dia berjanji akan membalas budi orang tua tu tadi
serta menjempot orang tua tu ke perumahan kos rendah yang didiami
beliau. (dasyat gak bangau ni...)
maker, orang tua tu pon pegi la ke rumah tempat penginapan si
bangau. lantas si bangau pon mengarah pembantu-pembantunya
mengeluarkan duer kotak hadiah. satu kotak kecik, satu lagi kotak
besor. si tua disuruh memilih kotak tersebut dan dia mencapai kotak
yang kecil. si banagu lalu berkata:
"sesungguhpunya ko memang baik hati orang tua. ko membantu aku dengan
ikhlas dan jujur. sebenorpunya, kotak besor tu dah aku isikan dengan
sos lader hitam jer.so, terime lar hadiah pemberian ku yang tak
seberaper ni"
kata si bangau merendah diri. si tua terus membuker kotak yang di
ambilpunya tadi dan terdapat 5 bijik kunci untuk 5 buah kereta mercedes
benz berlainan kelas.
alangkah terkejutpunya si bangau bile si tua menolak hadiah yang
sket punya bernilai tu. bile di soal oleh si bangau mengaper dia
menolak pemberian tu, si tua
menjawab:
"gila ko! aku dah la tak der lesen memandu, dah la aku ni miskin,
mana mampu nak bayor road tax tuk lima-lima buah kereta ni......"
terkesima si bangau......
begitu la ader punya........
the end........
Tuesday, January 11, 2011
Dedication
Sebelas Januari bertemu,
menjalani kisah, cinta ini
Naluri berkata,
engkaulah,
milikku
Bahagia selalu dimiliki,
bertahun menjalani bersama mu
Ku nyatakan bahwa,
engkaulah,jiwaku
Akulah penjaga mu
Akulah pelindung mu
Akulah pendamping mu
Di setiap langkah-langkah mu
Pernah ku menyakiti hati mu,
pernah kau melupakan janji ini
Semua karena, kita ini, manusia
Kau bawa, diri ku, ke dalam hidup mu
Kau basuh, diri ku, dengan rasa sayang
Senyum mu juga sedih mu, adalah hidup ku
Kau sentuh, cinta ku,
dengan lembut…
dengan sejuta warna
* thanks 4 d dedication... =)
Monday, January 10, 2011
sakit-sakit
RAWAT SENDIRI - Sakit Lutut dan Bengkak Sendi
Bahan-bahan yang diperlukan:
1- Satu sudu kapor sirih
2- Satu biji limau nipis (perah ambil airnya)
3- Satu sudu madu lebah
4- Air
Gaul semua bahan-bahan tadi dan sapu di tempat yang sakit kemdian dibalut sebelum tidur
Doa yang perlu dibaca:
1- Al Fatihah
2- Selawat Syifa’
3- Surah al Hasyr ayat 21-23
Sunday, January 09, 2011
risau tentang...
(huh? pe pasal plak ni...)
"malam tadi terasa...tapi x teruk...x leh nak berpijak.."
(ah...sudah!...)
"x elok gak kaki ni..tabib pon x tau sebabnye..da pergi 2 tempat..sorang kata salah urat...sorang kata garis dalam tulang dalam buku lali tu dah habis.."
(garis dalam tulang kat buku lali??? benda plak tu...)
"sakitnye nak berpijak ni...."
(=,( kesiannye.....)
moga cepat sembuh....kenapa ye??? watashi risaukan dia... =(
kenapa ni...
sorang2 kene benda pelik2...
abah,
ibu,
nape ni..
kalo dia la kene gout...
ya allah...selamatkanlah dia...
Elakkan makan | Kurangkan makan |
• Organ dalaman seperti hati, paruparu, ginjal dan otak • Ikan bilis, kembung, sardin • Daging cincang • Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusandaging • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
| • Asparagus, bunga kobis,cendawan dan bayam • Peanuts, lentil, beans andpeas • Poultry • Roti jagung dan bijirin
|
tanda2 gout tu, watashi cube amik kat google pdf..sekadar untuk pengatahuan dan penambah ilmu....
Tuesday, January 04, 2011
Semakin Gila!
yeah!
setelah sekian lama meninggalkan dunia maya..
kerana balik kampung
kerana PC yang tersayang ada kat orang lain...
aduhai...
letihnya menghadapi dugaan yang tak sepatutnye...
lelahnya aku dalam diam,
abah...
tolonglah....
tolonglah kembali seperti biasa...
apalah dayaku menghadap mu dalam keadaan begini...
kasihanilah kami...
aku kelelahan mentafsir benarmu...
bertitik tolak daripada apakah harus aku kuatkan semangat ibu?
tolonglah abah!!!!!
tolonglah! bagaimana harus dia menemui mu juga jika keadaanmu sugul dan hemmmm...
stop it!
kerja pula..
hahaha...
leh gile pikir hal kerja walaupon x de keje!
perangai sensorang wat watashi jadi sasau dan sewel!
moga kite semua dalam keberkatannya lah ye..
dan
watashi nak .....
nak ape???
nak
KAWEN!!!!
hahahah!!!!