"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Friday, March 25, 2011

BONGOK!

Jejak bertapak Ezu warkah 3/25/2011 10:34:00 PM 0 kata azimat




aku jugak yang salah!


AKU BOSAN~!

Jejak bertapak Ezu warkah 3/25/2011 06:45:00 PM 0 kata azimat
mungkin rasa kepunyaan 2 mlebihi rasa yg lain.. Tiada apa dlm dunia kte punya,ezu.. Mgkin sbelum ini, keadaan bley dikawal.. Tp fasa hdup sudah brubah, tugas kita adalah untk mnyesuaikan diri ngn perubahan tsebut.. Tidak minta benda ini berlaku dlm hdup tp ujian yg Allah beri ini,pasti ada hikmahnya.. Kita sama2 fikir.. Moga ada sinar dihujung jalan.. Klu tiada, patah blik.. Mulakn jalan yg baru..

ahh...kecundang dengan cinta...
apakah ini yang aku rasakan...
Ya Allah, berikan aku kekuatan..berikan aku ketabahan...berikan aku kebahagiaan...

selayaknya aku mencemburui apa yang telah berlaku...
aku juga pernah punyai masa silam yang menyakitkan...
dan...aku memang salahkan dia!
MENGAPA???

mengapa perlu dia menghubungi yang lama?
mengapa perlu melebihkan orang lain dari aku?
aku lihat tindak tanduknya di FB..
Baby dan deeyah!

apa yang harus aku buat lagi?
kebebasan?
sokongan?
kebebasan apa yang dia perlukan?
kebebasan berkawan dengan mana2 perempuan dan melayani kemanjaan mereka dengan kesenangan di hati?
sokongan?
sokongan apa yang dia perlukan?
sokongan dia berkawan dengan perempuan2 tersebut?

aku x pernah menghalang dia berkawan.
aku x pernah halang dia bergaul dengan sesiapa sahaja..
buat. dan buatlah...
tapi kenapa kau berlebih2 dalam pergaulan?
walaupoun kau katakan kau x pernah menghubungi mereka? apakah itu satu tiket untuk aku mempercayainya???

aku juga x pernah menghalang kau dari dunia yang kau inginkan.
dan aku sagat memberi sokongan apa yang kau lakukan..
tapi malangnya, aku x pernah kau perkenalkan dengan duniamu..
apa yang kau sedang lakukan? apa yang akan kau lakukan?
jadi, bagaimana harus aku masuk kedalam duniamu???

salahkah aku memprotes segala yang terjadi???

aku ape sebenarnya????
sekadar pelepas kebosanan???
sekadar pelepas rindu???
sekadar mainan tika kau keseorangan????

aku puas bertahan!!!!!!!!

mana yangkau kata sayang itu??
aku x merasainya..
sekadar kata2 yang kau ukir...

aku lelah mempertahankan diriku..
kau tak pernah memahami...
hanya aku lelah menahan perasaan untuk memahami kau!

tapi...
ape yang aku dapat????????????????????????
x de!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

AKU BOSAN!
DAN AKU CEPAT BERPUTUS ASA DENGAN KEADAAN INI!!!

ANDAI KAU X PERLUKAN AKU LAGI,
KATAKAN!
JANGAN KAU TERUS MENYALAHKAN AKU KERANA MENGHALANG KAU BERKAWAN DENGAN MEREKA...

TIADA GUNE ERTI SAYANG
ANDAI KAU MASIH MENYAYANGI BABY!
DAN TIADA GUNE KEPERCAYAAN,
ANDAI KAU MENGHARAPKAN DEEYAH!

Thursday, March 24, 2011

Tenang2 aja

Jejak bertapak Ezu warkah 3/24/2011 09:13:00 PM 0 kata azimat
Runsing?

Bertenang..


Kerana ketenangan itu akan membuatkan aqalmu beroperasi dengan sebaik mungkin.


Abaikan..

Bisikan-bisikan syaitan yang sedang membisik dihati nuranimu itu.



Apa yang perlu dilakukan?

1. Fokus kepada penyelesaian dengan mencari punca dan alternatif penyelesaian.

2. Tukar gaya berfikir dan ubah perasaan ke arah positif untuk mendapatkan hasil yang luar biasa hebat.


Jika tidak..

Masalah itu akan menjadi keluhan atau rintihan yang sering berulang-ulang tanpa kesudahan atau tanpa menemui jalan penyelesaiannya.


Bear in mind,

Fokus jalan penyelesaian bukan permasalahan.

Wallahu'alam.


copy paste from mama ajun...

Tuesday, March 15, 2011

Lelaki yang sukar memahami...

Jejak bertapak Ezu warkah 3/15/2011 09:53:00 PM 0 kata azimat
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah,
itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya, jangan terkejut
kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan
sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,
isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Saturday, March 12, 2011

Benci dan meluat sangat2!!!

Jejak bertapak Ezu warkah 3/12/2011 10:33:00 PM 0 kata azimat

Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista

Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna
Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti
Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagiTerlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...
**********************************************************************
sebenarnye, dalam minggu ni, ada banyal benda yang x best berlaku dalam hidup watashi...

bermula dari hari isnin:
ke jempol jam 9.00 pagi..mintak dreba bawak kol 10.00.tapi dia nak p kol 9.00...ok fine..leh terima lagi...
sekali dia bawak exora tu cam haram..
watashi dengan bos 3th watashi da mula x senang duduk..nak muntah pon ade..
sabar lagi...
balik pon, dia bawak cam haram jugak!
kitorang leh gelak2 lagi...
da sampai opis dalam kol 1.00, bercerite la dengan kawan se'geng' ni...
x sangka plak dia leh cakap kat dreba tu..

hari selasa:
dreba berlegar2 di depan bilik 2nd bos..
bos 3th ni yang nampak..rupenye dreba nak menghadap 2nd bos..
cz dreba bertembung dengan watashi masa nk kluar dari bilik 2nd bos..
muke terkejut..
x lame tu, 1st bos panggil kitorang bertiga dalam bilik dia..
dalam tu ade 2nd bos..
muke 2nd bos ni da macam orang sembelit..
alkisah, rupenye dreba mngadu dengan 2nd bos...
geng kitorang ni dituduh mensound n marah2 dekat dreba!!!
terkejut!
kitorang pertahankan geng watashi ni..
dan lastnye geng watashi diminta untuk mintak maah...
ok, fine...walopn bkn salah dia...errggghhhhhh!!!
kalo ikot logik, kitorang memang x pernah nak marah2 orang lagi tua dari kitorang..
so, ape masalah dreba tu!
ape yang dia nak sebenarnye???
menggunakan 2nd bos kitorang nak mengumpan simpati???
ntah ape yang dreba tu dah burukkan kitorang!
memang hampeh!

hari rabu:
penghantar notis plak memekak. dengan 2nd bos jugak..
alasanye, sebab kitorang soh hantar kerja tu kat daerah! n salinan x lengkap!
tapi, ko cerite lain plak kat 2nd bos kitorang ye...
"dah berkali2 saya bagitau nak buat camne...tapi buat kerja macam melepaskan batuk ditangga!"
hello pakcik..kalo kitorang x de keje, kitorang leh pegi! dan salinan tu dah cukup lengkap! cume kesalahan teknikal. kitorang tersalah letak je! dan, sejak bile plak berkali2 ko cakap dengan kitorang??? selama 2 tahun kitorang dok situ, baru 2 kali je kitorang mintak tolong! akhirnye, ko x hantar jugak! alasannye, sejak dlu orag yang dicarik, x de! hampeh! ape yang kitorang bagi x tengok dlu! terus memekak!
hari khamis:
2nd bos ni kelam kabut. cz hq telepon mintak statistik! sejak aku kerja dengan dia ni, memang keje dia x de lain, statistik x habis2! keje lain berlambak, statistik x habis! da la ko x de keje, statistik pon mintak orang bawah buat! ko buat la! da la staf x ramai...ko asyik nak hempuk je kat orang bawah! kalo da x de keje sangat, tolong la kitorang...ni x...leh lak dok bersembang dengan 1st bos n 4th bos berjam2 dalam bilik tu! da la masuk opis, pastu kuar minum berjam2...kalo mood baik, masuk la balik kat opis...kalo x, kuar pagi, masuk balik opis kol 4.30 petang! same je 1st bos ni!

hari jumaat:
ade meeting...orang meeting tanye kitorang x de hantar wakil ke?? terpinga watashi nak jawab...meeting ape? cz, meeting sekarang ni da pakai email je... dan alangkah mangkoknye bos2 watashi ni. x reti nak bukak email! so, dia x tau la.. dan benda tu memang x di CC kan pd yang x terlibat! aduhai!! 2nd bos ni, ntah p mana...1st bos da MC dari hari rabu...lasy 4th bos tepon, dia balik, muka masam, hempas fail atas meje, watashi dengar n terus p meeting! kitoarang x salah! ko yang mangkok dan x alert benda tu yang sememangnya da dibagitau awal2 mase meeting bos2!

dan, geng kitorang ni nak berangkat p umrah esok...
dia da try nak mintak maaf dari dreba!
tapi dreba wat x tau..konon merajuk habis la tu!
pooooooodaaaaaaaaahhhhhhhhhhhh!!! hari tu ko herdik dia time dia nak mintak maaf! dia da mintak maaf pon, ko wat x tau kan! dasar lelaki ego!!! aku tau la ko tu gengster! kalo ko x leh nak hormat orang, camne kitorang nak hormat ko sebagai orang tua!

dan, 4th bos ni lagi sorang, dah la orang tu nak p umrah, dia mintak maafm ko leh senyum n blah camtu aje!!! hello puan talam 2 muka! ko ingat, ko tu baik sangat!!! pesal ko x mampos je hari tu! isshhhhhh!!!!!!!!! kitorang memang geram sangat dengan ko dari dlu! pasal ko, aku kene sembur, pasal ko 3th bos aku kene sembur, pasal ko gak geng aku kene sembur!!! ko ingat, ko nak amik master tu, dah hebat sangat??? jangan nak carik salah kitorang la wehhhh...ko punye kerja pon x perfect,,,ko nak burukkan kitorang... orang lain sibok wat kerja, ko on9 fb memanjang...x de plak kitorang busuk hati nak mengadu feel ko tu!da la keje ko, ko x bgitau...tau2 kitorang kene sound!keje kitorang plak ko x penah nak amikm tau...yang aku selalu nampak, 1st bos x sempat panas bontot lagi kat bilik dia, ko dah menatap wajah dia... pastu, kang ade je la salah sorang dari kitorang kene panggil! aduhai...kalo da dasar kaki ampu tu, memang la...salah orang je nampak...salah ko, x sedar! aku ni dari dlu memang hangin je dengan ko!

tapi, aku sedar, aku pempuan...aku x tau kot2 aku jadi cam ko ke kan??? tapi aku sangat bermohon dari allah, semoga aku dijauhkan sifat iri hati dan busuk hati serta bersifat bermuka-muka ni...nauzubillah.... senoga allah memberikan petunjuk yang terbaik buat ko dan mereka yang telah termakan hasutan ko! ingat, ko da ade anak...rezeki gaji yang ko dapat dari membuat cerite ni, ko bagi makan kat anak ko, mak ko, husband ko...so, kalo terjadi ape2, moga ko sedar...da dapat tibi tu pon x sedar2 lagi!

dan, aku kalo x terlalu geram, aku xkan memburukkan dan mengutuk orang tu bersungguh2! semua bos aku bermasalah! dan aku pon terbabit sama! aku penat la dengan perempuan2 ni! nama je bos! tapi x profesional langsung! dan sanggup hancurkan periuk nasi orang! ko tunggu je balasan terbaik!

ya allah...sungguh berat dugaan mu...kau beri aku manusia yang suka mengadu domba dan memfitnah...sungguh, jiwa aku dan perasaan aku hampir musnah kerana dia! benarlah...mefitnah itu, ibarat memakan daging saudaranya sendiri...

Tuesday, March 08, 2011

kau yang bernama CintaKu...

Jejak bertapak Ezu warkah 3/08/2011 09:02:00 PM 0 kata azimat
"memang betol la ape yang orang kata sebelum ni...doktor kata kene gout..jangan bagitau orang lain tau..."

watashi da agak da...memang dia kene gout ni...cz kene kat sendi..
bulan satu hari tu, da kene..sebelah kiri..
semalam kene plak sebelah kanan...

check kat darusshifa, pengesahan telah dilakukan..

takziah buat beliau...

benda ni sakit...semalam nangis gak la beliau sebab tahan sakit tu...
bukan sakit buat2..
watashi plak yang sedih dia macam tu...

da la dia sensorang kat umah tu...
nak makan pon kene p cari kat luar..
dengan kaki yang x brape nak betol tu..
sekarang ni da la hujan...
camne dia nak carik makanan tu..

kengkadang, watashi menyesal gak sebab x amik lesen kete lagi..
bile orang2 yang watashi sayang dalam keadaan yang agak tenat,
watashi sukar untuk penuhi keperluan mereka..
sukar sangat watashi nak berada di samping mereka ketika mereka benar2 memerlukan...


ya Allah..
sesungguhnya, engkau yang memberi penyakit, dan engkau juga penyembuh penyakit..
kau ampunkan dosanya, dosa yang pernah membelenggu dirinya, dosa yang tidak keterlihatan olehnya..

ya Allah...

kau sembuhkanlah penyakit yang dialami azri mohd hamdan...berilah kepada kekuatan padanya untuk menghadapi penyakit itu, sekiranya sakit itu datang lagi...

namun, apa yang aku harapkan, moga dia dijauhi oleh penyakit yang boleh menjejaskan kehidupannya sebagai manusia yang normal...kembalikan nikmat yang telah kau tarik daripadanya...


ya Allah...
kau peliharalah dia dari sebarang kesusahan dan kesakitan yang menderitakan...
kerana aku, bakal mengasihinya dan menyayanginya seumur hidup ini...ameennn...

Sunday, March 06, 2011

semalam

Jejak bertapak Ezu warkah 3/06/2011 11:31:00 AM 0 kata azimat

5 Mac 2011...akhirnya dia berjaya melepasi ujian pertama!

alhamdulillah...
ujian pertama telah lulus...
kerana,
pemeriksa tidak bertanyakan banyak soalan yang agak mengelirukan...
mungkin pemeriksa berada di dalam keadaan yang kurang sihat
atau
mungkin pemeriksa dalam keadaan terkedu dan x tau nak soal ape...

terima kasih kepada pemeriksa
dan pembantu pemeriksa yang sudi menyediakan makanan tengahari..
terima kasih kepada anak2 pemeriksa yang lainnya
kerana mengalu2kan kedatangan dia..

apapon...
hope semuanya akan menjadi lancar,,,

tapi,
harus diingat tidak dilupa,
jodoh petemuan, ajal dan rezeki milik Allah...
selagi mampu berusaha, kita harus berusaha untuk mendapatkan yang terbaik...

moga dipermudahkan perjalanan hidup watashi bersama2 dia... ameennn...
 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review