"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Monday, January 02, 2012

Andai sakit ini menghapuskan dosaku, aku redha ya Allah..

Jejak bertapak Ezu warkah 1/02/2012 02:44:00 PM
Sakit Gigi Bernanah, Gusi Bengkak & Barah Gigi

amalkan wahai ezukama..

1. surah Al-Fatihah


2. surah Al-hasyar ayat 21-24

3. ayat2 Al-Muawwizat
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Nas


4. Selawat Syifa


aku pon x tau aku ni sakit apa..
1. sakit gigi ke
2. sakit gigi sebab wisdom tooth ke
3. sakit gusi ke
4. barah otak ke..

btw..
sakit ni da start dari hari isnin seperti yang di ketahui..
hari ni hari isnin minggu kedua..still x baik lagi..
muka da bengkak sebelah..

sakit masa hari ketiga hari tu, da beli ubat sakit gigi..
makan, tapi x de effect..
maka, stop untuk pengambilan ubat tu.
nak kata berdenyut, tak jugak..
sakit yang sepanjangnye sakit..

kadang2 sakit ni bawak sampai ke telinga..
macam ade ulat nak keluar plak dari telinga ni..
setiap malam pupuk dengan daun sakit gigi tu..
masih lagi x surut bengkaknye..

masih lagi x mampu makan..
masih lagi x mampu bercakap..
masih lagi rasa sakit kepala yang dasyat..

tapi aku masih kuat menyembunyikan sakit ini..
masih tidak demam..
masih mampu tersenyum macam senyum kambing..

kemuncaknya adalah malam tadi..
bila mana aku x mampu tido..
aku terasa ingin menjerit..
aku rasa seram sejut..
aku rasa ingin pengsan..
aku rasa ingin demam..
rasa sakit yang berdenyut2..memaksa aku bangun jam 1.25 pagi untuk menelan 2 biji panadol.
maka, aku tidur sampai ke pagi tanpa sedar..
sah, pil killer!

seperti yang orang tak ketahui,
aku adalah manusia yang tidak suka dengan ubat.
selagi mana aku mampu bertahan dengan sakit ni,
aku tegar untuk terus bertahan dengan hanya menggunakan ubat2 sapu dan tradisonal sahaja..
dan itulah sebabnya ku masih belum berjumpa dentist or ape2 sahaja doktor untuk sakit ni..

percaya atau tidak, sewaktu kecil dahulu,
ada ubat yang aku buang bila ibu atau abah suruh aku makan ubat..
dengan taktik heroin, bawak ubat p dapur, dua biji ubat aku buang dalam tong sampah...
lega!!!~~~
sekali toleh belakang "pe ko buat tu???"
owh..abahku telah melihat perbuatan haram ku!!!
terkulat2 aku menjawab.. "mari sini..makan depan abah ni.."
itu pon sebiji je.. menangis2 aku makan ubat tu..panadol je pon!!!!

yup, aku manusia yang tak suka dengan ubat..
paling x suka dan benci!!
ubat itu hanya aku makan apabila keadaan sudah menjadi teruk dan terlalu teruk.

benarlah kata orang,
bila jarang makan ubat tu, aku rasa macam makan dadah!
memang aku akan tidur dengan nyenyak dan selesa sekali..
dan,
apabila aku bangun,
sakitnya kembali lagi!!!!!

Nota : Ya Allah...aku redha dengan sakit yang kau anugerahkan ini..seandainya ini akan mendekatkan lagi hubungan aku dengan Mu, aku bahagia..ya Allah.. terkadang, aku rasa sakit yang amat sangat..maka pada aku berserah..tiada tempat mengadu dan menangis selain daripada mu.. aku mohon, Ya Allah...kurangkan rasa sakit yang mendera ini....

kesian pada alya, irfan dan insyirah..tidak ku layan karenah mereka..
apetah lagi pada Itam dan syepet..
aku x dapat menumpukan perhatian dengan apa yang aku buat..
maaf~~~

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review