"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Wednesday, March 21, 2012

maka jagalah ikatan pernikahan itu...

Jejak bertapak Ezu warkah 3/21/2012 10:40:00 PM
Dalam pelayaran ini, adakala mungkin kalian akan tersesat. Tika itu, dongaklah ke langit, sinar bintang akan sentiasa menunjukkan arah kebenaran. Solusinya hanya satu, berhenti; dan kembalilah pada Ilahi. Moga Dia memberikan petunjuk utk kebaikan dunia dan akhirat.


saat hati meronta-ronta untuk mengakhirkan zaman bujang, pelbagai impian yang manis terlakar...

lupa akan dugaan yang bakal dihadapi sepanjang tempoh pelayaran itu..
lupa akan musibah yang bakal menimpa..
tapi, itulah hakikat awal perkahwinan..

nampak mudah dan bahagia..
umpama kuntuman ros yang baru di petik dari tangkainya..
wangi dan segar..
namun, apabila layu, masihkah akan diingati wangi harumnya?

mungkin ada yang msih waras akalnya mengingati..
tapi, untuk yang meroyan tak sedar diri??

manusia mudah lupa..
tapi dalam konteks pernikahan, istilah manusia mudah lupa bukan medium yang tepat untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

ironinya..chewahhh...pesal plak la aku ni....
ok...setakat 21/3/2012 ni..
pendaftaran untuk kes perceraian di seremban sahaja sebanyak 400++..
purata yang bercerai paling banyak tahun ni, lahir dari tahun 80-92..

dimana erti cinta dan sayang yang pernah diluahkan..
dimana kesetiaan dan kesabaran semasa menunggu..
dimana kegilaan dan perasaan terlalu ingin memiliki itu??

apakah ia hilang mengikut usia yang semakin bertambah??
apakah ia hilang bersama bebanan hidup yang semakin meninggi??
apakah ia telah hilang kerana sudah bosan??

sangat menggerunkan apabila mendaftarkan perceraian..

kawin itu menanggung kos yang mahal..
maka, apakah ia telah menjadi murah usai sahaja akad dilafazkan??
kalau begitu, tidak sia-sia pepatah menanam tebu di tepi bibir..
sekadar akad tanpa keikhlasan kedua2 pihak
maka, ungkapa cerai itu semudah membeli kerepek ubi dikedai..

owh...
benda yang berat ini di ambil mudah..
sangat senteng pemikiran muda mudi sekarang..

dan ketahuilah kos perceraian itu lebih mahal dari kos pernikahan..
sekali menjejakkan kaki mendaftar di mahkamah,
seumur hidup akan menjadi ahli dewan bicara mahkamah..
segala tuntutan akan dikemukakan.. nafkah anak, nafkah iddah, nafkah mutaah, gantirugi perkahwinan dan segala macam tuntutan akan dibuat..

cuba fikirkan :
seandainya mahkamah syariah ini adalah kategori swasta,
gaji aku akan mencapai 3000.00 sebulan. bersih..
dan, orang ramai ni akan diberi member kad..
hahaha..

maka..
apabila kamu ingin bernikah maka nikahilah ia kerana rupanya, hartanya, keturunannya, agamanya..maka, pilihlah kerana agamanya..nescaya kamu akan memperoleh semua kebaikan dilangit dan bumi..

Nota : sangat teruja berbicara soal perkahwinan.. ia bukan semudah yang disangka..tetapi tidak serumit yang diduga..insyaallah..pernikahan itu adalah yang paling baik apabila disertai keikhlasan diri dan keredhaan ilahi..

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review