"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Sunday, September 30, 2012

Aku makin sebati dengan sikap kau!

Jejak bertapak Ezu warkah 9/30/2012 09:29:00 PM
Setiap sorang dari insan, ada kecenderungan dan ada kelemahan tersendiri.. Benar kata orang, rambut sama hitam atau sama putih, hati mesti lain..

Isnin dapat bos baru.. Masih tak mampu nak menilai beliau.. Nampak
macam ok, tapi tak tau la dia tak ok ke... Ada manusia yang masih lagi menjalankan aktiviti gila..

Aku tak paham dan tak tau apa matlamat dia sebenarnya! Jumaat hari tu, dah kena sorang.. Pasal jadual pada pliding yang dikatakan salah.. Macam mana ye?? Benda yang dibuat bersama bos lama, dah dapat bos baru, tentu lain kaedahnya.. Mengapa pula perlu dipertikaikan.. Maka, bila ada hal berbangkit, selesaikan saje mengikut kapasiti bos itu sendiri.. Tak perlu memburuk2kan orang lain..

Dan, aku juga telah diintai.. Katanya aku banyak sangat buat kerja mahkamah sampai tak buat kerja hakiki. Hihi.. Sebab aku sedang bekerja dengan dia! Aku tak nak tolong orang hipokrit tu! Biar dia buat sendiri! Dia perfect bos! Sume kerja dia boleh buat sendiri.. Dia x de nak bagitau nak buat ape pon bos... Makanya, baik tolong mahkamah kan.. Atleast, time KpsL, boleh la jawab sikit.. Saya tak pandai macam dia bos.. Dia tau sume yang jadi, tapi, saya kene belajar... Kalo saya dok kat bsk je, otak saya tepu bos.. Saya bosan buat kerja yang sama bos..

Kalo macam nilah keadaannya yang akan mengulang sejarah lama, sila letakkan aku berhimpit dengan semua budak bsk dalam tu! Biar aku tak tolong atau jenguk2 muka kat kaunter.. Sampai hati ke membiarkan orang lain macam nak mati mengerjakan kaunter dan pendaftaran tu kalo kita duduk di kawasan yang sama waktu dengannya?? Kalo tak de perasaan mungkin boleh.. Aku masih ada rasa malu sebab menumpang di tempat orang.. Dan orang yang datang tu pon, bukan dia tau aku unit bsk.. Pada diorang sume sama je.. Asalkan diberi layanan.. Kalo kes diseremban tu 100 setahun, memang aku biar.. Tapi, kalo kes seremban dah cecah 17++ bersamaan kuderat yang sangat terbatas, biarkan saja kah mereka tu bekerja sampai tudung senget??? Bos oh bos.. Aku harap engkau akan jadi seorang bos lelaki yang adil dan mentap dalam penilaian.. Bukan jadi bos lelaki yang terikut2 dan terkesan dengan aduan pegawai pengadu domba!

Manusia kalo biasa makan kambing golek, dia akan sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan kambing golek juga walaupon hakikatnya amat payah.. Bila dapat, satu kepuasan yang maha hebat pada diri dia! I will kill u again killl!!!!!!!

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review