"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Sunday, October 06, 2013

semoga pulih semangat mu!

Jejak bertapak Ezu warkah 10/06/2013 10:28:00 PM
Bersabarlah duhai hati...
seandainya ingin menangis
Menangislah...
Usah dipendam kerinduan dan kesedihan..
Biarlah ia mengalir sehingga kering...

Allah itu ada..
Seandainya hati berkocak
Istighfar sebanyak mungkin..
Kerana istighfar itu penyembuh derita seorang hamba..
Percayalah...

Mudah berkata tapi...
Bahu yang menanggung lebih berat menghadapi..
Usah berputus harap..
Ramai yang menyayangi dan mendoakan mu..

Rayulah pada Allah yang satu..
Serobek mana hati mu..
Sesakit mana jiwamu..
Dia maha penyembuh kekecewaan
Dia maha tahu kekuatan dan kudrat hambanya..

Leraikan tangisan rindu mu 
Pada tikar tahajjud..
Serahkan segala takdir mu pada Dia..

Carikan pahala untuk bonda di sana..
Sebanyak mungkin yang boleh
Dan berterusan lah istiqamah untuk membantu bonda..

Kasihi ayahanda sebaik mungkin
Selagi dia masih di sisi
Berikan yang terbaik untuknya..

Bukan mudah untuk menerima kondisi yang asing..
Cubalah yang terbaik..
Ambillah masa..
Cari semangat yang hilang..

Aku tahu,
Kau mampu hadapinya..
Cuma usaha dan waktu yang menentukan..

Tabahlah..
Allah mendengar rintihan mu..

"... Sesiapa bertawakkal kepada Allah,
Maka Allah cukup baginya."- surah al-thalaq 3

Semoga 
Aku kembali menemui kamu
Pada kadar yang semakin pulih semangatnya
Dan semakin kuat hatinya
Untuk menempuh dugaan hidup tanpa bonda di sisi..

Maaf
Sekiranya kasar bahasa ku..
Sebolehnya aku ingin melihat kau yang dulu..
Yang kuat semangatnya..
Yang penuh senda gurau..

Semoga 
Dipermudahkan segala2 urusan mu
Untuk bonda
Untuk ayahanda
Untuk keluarga
Untuk diri mu sendiri...
Ameenn ya rabb..
########################################################
Khas untuk S..
Saat coretan ini kuhadiahkan padanya..
Air mata ku kembali deras!

Rabb..
Kuatkan dia!!


I blog with BE Write

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review