"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Thursday, January 23, 2014

Apa-apa pun

Jejak bertapak Ezu warkah 1/23/2014 05:10:00 PM 0 kata azimat
Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.

Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.

Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.

Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana.


### copy paste dari FB orang..

Monday, January 06, 2014

Hari pertama

Jejak bertapak Ezu warkah 1/06/2014 11:02:00 PM 0 kata azimat
Tajuk macam bagus..

Mari aku ceritakan tentang itu..
Hari pertama bekerja..

Yeah,setelah setahun aku bercuti dari 28/12/13 sehingga 6/1/14,
Bahagia rasanye hati ni..

Manakan tidak, seminggu itu menatap wajah bonda tersayang 24jam.. Lebih2 lagi di rumah sendiri.. Bebas!
Aku akui,aku bukan jenis yg rajin masak.. Pemalas ya ampun.. Kalo time jannah cuti, hanya dia dgn ibu je yg masak.. Aku? Sekadar mengemas rumah.. Tapi tak berape nak kemas.. Dalam hati,rasa nak amik bibik je.. Muahaha..

Bukan tak tahu masak.. Aku dah pernah try talent masak time dok umah bujang dulu.. Masak kuah kacang.. Menjadi kau! Haha..
Lagi pun, aku kalo masak, mesti kurang garam.. Better ibu je la masak.. Perangai malas masak makin menjadi2 pulak sekarang..

Btw, tadi bawak kek minyak yg aku buat.. Ye.. Dibantu ibu utk panaskan oven. Bab oven,memang fail dalam hidup. Tapi, kukus, rebus handal.. Dah siap kek tu, bwak la p opis.. Depa kata sedap.. Aku gelak je.. Sebab kek minyak tu,try error je.. Selalu buat kek pelangi n kek coklat je.. Ok la tu kan.. Btambah lg 1 kek yg tau buat..

Bawak pulak mangga.. Dah tinggal hujung2 je mangga tu.. Tu pon habis.. Biase la tu..
Dan bestnye, orang cakap aku berseri-seri! Huahahaha!
Mesti la! Lawakan..

Ni la kek minyak..kebetulan my sweetie Intan tengah dok posing, trus je snap gambar ni.. Rindu dia!
Seminggu tido dengan dia,tetiap malam.. Da balik n9, kesepian. No mother, no cat, dont cry! kehidupan ini, harus ditempuhi. aku redha dengan takdirmu Ilahi.

Friday, January 03, 2014

Tahun menaik-naik

Jejak bertapak Ezu warkah 1/03/2014 12:07:00 AM 0 kata azimat
Tahun 2014..
Selamat datang tahun baru
Selamat meningkat umur ke 28
Selamat naik semua harga barang
Selamat naik pelamin..
Semoga naik juga gaji dan bertambah rezeki... Amin..

No,no..
Tak de ape pun yg pelik..
Semua masih sama dan biasa2 aje..
Aku di kampung
Hampir seminggu sudah..
Nikmat bercuti dirumah berkumpul dgn keluarga..
Tiada sebarang aktiviti pun..
Hanya dirumah, bersama kucing2, layan cerita2 kt tv..

Dah cukup tenang..
Menjauhkan diri dari suasana pejabat..
Yang semakin lama semakin membosankan..
Mungkin terlalu penat? Berjauh hati? Takde motivasi? Macam2 ada..

Rupanya, kepulangan aku yg selama 2 bulan tak balik, mengejutkan semua..
Terkejut sebab tengok badan aku susut mendadak..haha!
Walhal,bulan sebelumnya, parents ku ada di n9..
Cumanya waktu tu,aku demam..
Melepek saja di bilik. Walau gagah lg p kenduri kawen di senaling..

Ibu kata,muka aku pucat sekarang..
Badan pun, susut..
Dia suruh berubat.
Adik kata,aku mungkin kene ganggu d ofis..
Maklumlah,ofis baru tu jauh dari manusia..
Sampai ke sudah, memang aku tak p kemana..
Sebab,aku rasa semua ok..
Mungkin aku penat atau letih..tu je..

Walauapepun, aku harap, semua terkawal dan ok.. Insyaallah, aku selamat..
Doakan kesihatan dan keselamatan aku..

P/s : kalau kawen dengan duda cerai hidup, anak satu?

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review