"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Wednesday, June 11, 2014

Kasih atau kasihan

Jejak bertapak Ezu warkah 6/11/2014 10:13:00 PM
Kali kedua dia mengemukakan usul pada aku..
Kali pertama melalui mesej
Kali kedua secara berdepan

Aku tak tahu apa yang ada dalam hati dia..
Ikhlaskah? Sunyikah? 
Akal waras aku tak mampu mengatakan dia cintakan aku..
Huwekkkk.. Geli geleman aku sebut pasal cinta ni..hahaha!

Aku tak pernah amik berat pernyataan dia..
Usul secara mesej daripada dia, agak berkias..
Aku buat2 tak faham..
Tapi aku jelas sangat maksud disebalik tu..

Secara berdepan agak tragis.
Manakan tidak, dihadapan seorang kawan lain
Sampai panas muka aku!
Kisahnya sewaktu aku bagitahu, azri dah jadi ayah!

Lupe nak wish, azri! Selamat menjadi ayah yang mithali!
Baby boy dengarnye... Semoga sihat selamat semuanya.. Aminn..
Aku tumpang happy..

Ok..cerita pasal dia yang dengar azri dapat baby
Dia sangat teruja sampai dia ajak aku kawen!
Dah la member sorang tu tak tau cite ape pun
Terkelu orang tu..

Macam2 alasan yang aku bagi..
Aku bukan pempuan baik
Aku muda lagi
Aku tak sedia lagi..

Jelas sedikit keluhan walaupun saat itu 
Dalam keadaan berseloroh..
Aku tak tahu kenapa jadi macam ni..
Sukar pula nak terima seseorang..
Mungkinkah sebab dia duda?

Aku tak meletakkan satu spesifikasi yang besar untuk suami aku..
Cukup lah sekadar benar imannya dan mampu membimbing aku..
Walau hakikatnya, aku mahukan yang sangat sempurna..
Tapi, aku masih sedar diri untuk memiliki semua kesempurnaan itu

Secara terangnya, aku dah tunjukkan gambar dia pada ibu..
Ibu tak pula mengiyakan atau tak pula menidakkan..
Tapi secara kiasnya, 
ibu mengatakan aku tak suka budak..nanti habis aku picit budak tu..
Walau hakikatnya, aku kenal benar dengan anak dia..

Entah..
Mungkin ada benar kata ibu, ada benar kata aku..
Aku risau, andai aku terima dia nanti
Bukan kerana perasaan kasih.. Pada dia dan anak dia..
Tapi perasaan kasihan.. Pada dia dan anak dia..

Yang aku rasa sekarang,
Aku memang kasihankan danish..
Takpe.. Dia masih ada ibu kandung..

Aku paling risau pada dia..
Renungan dia pada aku
Aku tahu harapan dia..

Takut seolah aku memberi harapan..
Sewaktu banyak urusan kerja, aku perlukan melibatkan bantuan dia...

Ahhh!! 
Aku keliru dengan perasaan aku sendiri!

Kau lelaki yang baik!

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review