"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Sunday, April 26, 2015

Nanar jiwa ku

Jejak bertapak Ezu warkah 4/26/2015 11:18:00 PM 0 kata azimat

Sepanjang 3 hari berkursus
Hati berbunga mekar
Umpama cinta berlagu rindu

Bagai sang kekasih
Berpisah hanya malam mjelma
Sedang siang
Memadu asmara tanpa penghalang.

Ya..
Aku terbuai tenang disisinya..
Jujur aku katakan hanya bahagia menguasai diri..

Walau tiada apa yg berlaku
Hanya duduk menemaninya berfikir
Memberi pandangan sekilas pandang
Aku tenang

Dia juga tenang seperti yg ku jangka..
Hilang bayangku darinya
Menjejaki umpama tidak mahu lepas
Pantang saja hilang aku pd pandangannya
Laju sahaja mulutnya mencari

Seawal pagi,
Pasti ada sahaja yg ingin ditanyakan.
Pastilah aku tidak betah berada ditempat lain.
Disisinya jua tempat ku..

Rabb,
Kenangan ini
Menjadikan aku nanar..
Sementelah dia umpama acuh dan tidak sahaja slpas bpisah..

Aku terlalu rindukan dia
Aku rindu pd ketenangan itu

Benar
Perempuan sering tsalah tafsir
Kebaikan dan keramahan lelaki
Dan
Aku benci rasa ini!
Aku benci!

Aku benci kasih yg bersemi!
Sedang dia?
Hilang dalam mimpi!

Monday, April 20, 2015

Rejab

Jejak bertapak Ezu warkah 4/20/2015 09:09:00 PM 0 kata azimat
Salam 2 rejab..
Alhamdulillah,
Td puasa 1 rejab..
Pose ganti.. Erghh..

Best puasa hr ni
Xtau nape..
Mgkin dia pun puase kot..
Hehe

1st puasa sjak ramadhan lalu..
Teruk kan!

Kemain mengantok..
Rasa nk tido je, xnk buka dah..
Tp buka jugak

Alhamdulillah..
Tengah telan nasi kerabu..
Jemput makan..


Sunday, April 19, 2015

Rindu

Jejak bertapak Ezu warkah 4/19/2015 08:57:00 PM 0 kata azimat
Rabb
Aku terlalu merindui dia..
Sangat rindu..
......

Thursday, April 02, 2015

pD

Jejak bertapak Ezu warkah 4/02/2015 09:21:00 AM 0 kata azimat
Menjalani hari yang mendatang..
Bukan semudah yang dijangka..
Bukan juga setenang yang dilihat..

Bukan mengeluh
Sengaja merenung kekurangan diri..

Rabb
Kuatkan semangat
Teguhkan iman..

Semoga aku tabah
Dalam menjalani segala ujian dan cabaran hidup




 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review