"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Sunday, April 26, 2015

Nanar jiwa ku

Jejak bertapak Ezu warkah 4/26/2015 11:18:00 PM

Sepanjang 3 hari berkursus
Hati berbunga mekar
Umpama cinta berlagu rindu

Bagai sang kekasih
Berpisah hanya malam mjelma
Sedang siang
Memadu asmara tanpa penghalang.

Ya..
Aku terbuai tenang disisinya..
Jujur aku katakan hanya bahagia menguasai diri..

Walau tiada apa yg berlaku
Hanya duduk menemaninya berfikir
Memberi pandangan sekilas pandang
Aku tenang

Dia juga tenang seperti yg ku jangka..
Hilang bayangku darinya
Menjejaki umpama tidak mahu lepas
Pantang saja hilang aku pd pandangannya
Laju sahaja mulutnya mencari

Seawal pagi,
Pasti ada sahaja yg ingin ditanyakan.
Pastilah aku tidak betah berada ditempat lain.
Disisinya jua tempat ku..

Rabb,
Kenangan ini
Menjadikan aku nanar..
Sementelah dia umpama acuh dan tidak sahaja slpas bpisah..

Aku terlalu rindukan dia
Aku rindu pd ketenangan itu

Benar
Perempuan sering tsalah tafsir
Kebaikan dan keramahan lelaki
Dan
Aku benci rasa ini!
Aku benci!

Aku benci kasih yg bersemi!
Sedang dia?
Hilang dalam mimpi!

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review