"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Friday, January 29, 2010

.: Cinta :.

Jejak bertapak Ezu warkah 1/29/2010 09:53:00 PM
Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorang yang tak membalas cintamu,
janganlah merasa tersisih,
Tiada salahnya menyintai seseorang,
kerana cinta tak memilih untuk singgah di hati sesiapapun.

Sekiranya kamu di cintai oleh seseorang yg tak kamu cintai,
anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu tapi…
kembali kan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas & jujur.
Jangan ambil kesempatan & janganlah melukakan…

Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu mengurusi diri mu.
Setiap hati & perasaan mengalami kepedihan & kebahagiaan yang serupa,
sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya ! kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita
& tiba2 cinta memilih utk pergi,
tiada siapa yg harus di persalahkan. ..
relakanlah cinta itu pergi.
Kerana setiap yg berlaku ade maksud yang tersembunyi &
kita akan menyedari apabila masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta.
Kerana cinta sendiri akan memilih utk singgah di hati sesiapa.
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri di dalamnya
apabila ia datang mengetuk pintu hati mu.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup mu bahagia...

Cinta sentiasa & selamanya akan menjadi misteri.
Bersyukurlah kerana ianya ! pernah singgah di hati mu..

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review