CUEPACS nafi COLA ditarik balik
KUALA LUMPUR 21 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menafikan khabar angin kononnya elaun sara hidup kakitangan awam (COLA) dan elaun perumahan akan ditarik balik oleh kerajaan.
Presidennya, Omar Osman berkata, sekiranya ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta kakitangan awam.
''Perkara baru yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan perlu mempunyai surat dan tarikh kuat kuasa dan ia tidak akan sah tanpanya,'' ujar beliau ketika dihubungi malam ini.
Omar mengulas berita yang tersebar dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman-laman blog yang mendakwa elaun tersebut akan ditarik balik oleh kerajaan sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.
"Semalam saya ada bertemu dengan pegawai tertinggi Perbendaharaan dan Pegawai Akauntan Negara mengenai perkara itu dan mereka tidak tahu mengenai pemotongan tersebut," katanya.
Katanya, jika benar elaun itu ditarik balik, ia akan menjadi masalah besar kepada kakitangan awam kerana bonus tahun 2009 juga tidak diberi kepada mereka.
JPA NAFI COLA DAN ITP DITARIK BALIK
Bernama
23/1/2010
PUTRAJAYA, 22 Jan (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Jumaat menafikan laporan yang mendakwa pembayaran elaun sara hidup (COLA) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang dinikmati penjawat awam akan ditarik balik.Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam ketika dihubungi Bernama di sini berkata: "Itu semua khabar angin dan tidak benar".Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan laman blog dan penyebaran SMS yang mendakwa bahawa kerajaan akan menghapuskan pembayaran COLA dan ITP penjawat awam sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Omar Osman menafikan khabar angin itu dan berkata jika ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta penjawat awam.-- BERNAMA
**************************************************************************************
ok..habis isu ni yang telah diwar2kan oleh penjawat awam seluruh malaysia.
watashi x mo ulas hal ni panjang2. just, kalo la ini terjadi, kita kene banyakkan beristghfar dan berfikir panjang sebelum melakukan susatu tindakan..agaknye nak beli beras pon terpaksa berfikir beratus2 kali.. rasanye matawang dakka lebih bernilai dari matawang malaysia.(speechless...)
akhirnye..inilah program 1 malaysia!
makin banyak yang akan menjadi ahli kelab darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung..hidup dalam suasana stress yang berpanjangan.
akan terdapat la mayat2 yang bergelimpangan di sepanjang jalan..even di uptown pon. lelong2..boleh beli mayat..leh amit organ dalamna sekali..murah2...
so..nanti..akan ade juga jabatan ini...
semua Majlis agama seluruh malaysia akan mengambil peranan penting. jangan sorok2 lagi zakat yang dibayar..jangan bagi pada kroni saje...erm..da miskin, ade ke yang nak bayar zakat???
selain itu, gejala yang sihat seperti ni akan ada...
malaysia akan mempunyai populasi penduduk yang maha bodoh. semua universiti akan menjadi badan kebajikan untuk penduduk malaysia menetap disitu..dan meminjam semua buku2 yang ada di library untuk dijadikan bantal tidor..
aku dan keturunan ku akan jadi begini ke???
oh keturunanku....!!!..baru je sumpahan mahsuri berakhir setelah tujuh keturunan..kite ditimpa sumpahan apa??
moga pihak berwajib tidak bertindak kejam pada nasib kami..tak kira lah penjawat awam, atau orang lain..
wajib sedar dan faham, inilah serangan halus dari pihak kristian untuk menjatuhkan islam. kat mana lagi orang islam akan minta bantuan dalam keadaan ini.sebelum sempat orang islam minta bantuan, pihak mereka telah menghulurkan bantuan jutaan dollar untuk malaysia membangun semula.
sesungguhnye, apa yang kite akan buat untuk orang yang telah membantu kita? adakah kita akan berlalu tanpa ucapan terima kasih? tentunya budi baik dibalas baik.. kan? dan ketika itu, mereka akan mentadbir negara kita dengan alasan banyak peruntukan yang telah diberikan untuk menjana semula pembangunan malaysia .berjaga lah! akidah kita akan tewas. islam kita akan musnah.
artikle di atas adalah imaginasi dari watashi..yang berada dalam alam roh dan sedar...
0 kata azimat:
Post a Comment