"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Monday, February 21, 2011

world view

Jejak bertapak Ezu warkah 2/21/2011 06:16:00 PM
pandangan setiap manusia berbeza.
biasanya akan mengikut geografi kawasan kediaman.
dan tak lupa juga mengikut mulut manusia..

watashi sebagai seorang makhluk yang bernyawa
telah menerima anugerah world view tersebut.



sebagai seorang perempuan,
watashi akui, watashi kebur dalam membuat
sebarang pandangan dan pertukaran pendapat.

melihat mata masyarakat
melihat mata keluarga
melihat mata en.lopa
dan mata watashi sendiri.

ironinya, apabila terlalu memikirkan kehendak orang lain,
maka seseorang itu akan berserabut.
kerana kehendak sendiri sukar difahami orang lain.

bagaimanakah jalan kesudahan?
bagi watashi yang sememangnya degil dan keras kepala otak ni
ia perlulah dibiarkan sahaja. dan sebagai belasan kepada orang2 tersebut,
watashi akan berdiam diri semahu2nya.

mengape demikian?
watashi adalah seorang manusia yang cembeng dan ciwek.
watashi juga sukar untuk meluahkan apa yang terbuku dihati
watashi juga sukar menerima pandangan orang lain apabila kehendak hati tidak sama dengan apa yang diperkatakan.

bukankah tiada penyelesaian?
biarkan sama-sama sukar mencari titik pernyelesaian.
sama-sama menanggung kepeningan yang watashi alami
dan sama-sama sakit hati!


hahaha! mengapa watashi sebegini?
da memang macam ni...
nak wat camne...
mengapa mempersoalkan diri watashi?
mengapa tidak persoalkan semuanya sewaktu watashi lahir kedunia??

berkeras dengan watashi bermaksud watashi akan berkeras
menyakitkan hati watashi bermaksud watashi akan menyakitkan hati
berlembut dengan watashi bermaksud watashi akan berlembut
memahami watashi bermaksud watashi juga akan memahami .

sila tidak memusnahkan hati watashi
sila tidak berkeras dengan watashi..
sila jangan memaksa watashi membuat perkara yang watashi tak suka!
that all

1 kata azimat:

mama ajun said...

jom. jom. bersila sesama. =p

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review