"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Friday, August 03, 2012

Dah kawin bercerai!

Jejak bertapak Ezu warkah 8/03/2012 06:27:00 AM
Salam 12 ramadhan..

Pepagi lagi dah start berblogging.. Bukan berjogging ye.. Dah subuh ni.. Tapi heboh na jari ni nak menaip.. Layan dulu.. Nanti hati tak tenteram.. Haha.. Boleh gitu? Boleh je..

Semalam, gempar!!! Ada ambulan datang opis.. Opis sebelah menyebelah terkejut.. Sampai ada sorang tu, call opis, suami dia ke yang pengsan.. Tau la kami, awak sayang laki awak.. Haha sape tak sayang laki oiii.. Kerana dia lah segalanya! Wahh!!!! Statment x leh blah! Hehe

Ermm.. Semalam jadi nurse tak bertauliah sebentar untuk klient yang tibe2 pengsan. Ada sorang laki tetibe datang kaunter yang kebetulan aku tengah merenyam tayang muka kat situ. Dia kata ada orang jatuh pengsan kat luar. Dia kata dia laki, dia x leh nak angkat. Aku macam terkejut dan blurr!! Ajak kak zue.. Aku bleh plak pikir, orang ni betol ke tak.. Ke nak rompak aku.. Sebab dia bawak aku n kak zu p luar pagar!

Then aku nampak la sorang pempuan duduk, gosok kali dia.. Ehh, ok n sihat je.. Siap dok cakap " x pe, saya kenal dia" pe bendanya plak pempuan ni merepek! Weh!!!!!!!! Sekali aku terperasan, dia bukan gosok kaki dia! Dia gosok badan pempuan yang jatoh terjelepuk pengsan tu! Dah kalo ko kenal dia, takkan nak biarkan dia baring kat atas jalan tar tu dengan hujan renyai2!! Memang sadis la keadaan tu! Aku soh jugak angkat pempuan tu, bawak bawah bumbung. Mak oii, kuderat aku ni x sekuat lelaki.. Berat.. Sedangkan member aku yang kurus pon aku x mampu nak angkat, ni lagi la yang agak berisi..

Tapi memang kesian jugak la klient tu.. Panggil2 tak bangun.. Kipas dia, gosok minyak panas, sume tak jalan.. Mujur cik zue tolong tekan dada dia.. Bangun jugak akhirnye.. Ada orang bagi tau soh buat camtu.. Sebelom tu dia x cakap ape2 pon.. Terus la aku sound dia kenapa tak bagitau dari tadi..Hahaha.. Selamba badak je aku sound.. Dah dok menebeng dari tadi, baru nak bagitau.. Rupanye dia nurse! Hampeh tol!

Bila pempuan tu sedar, terus angkat kepala dia, duduk kan dia.. Aku betol2 kat hujung kaki dia.. Di buat dia mengamok, memang nahas aku.. Haha dia pandang aku dalam sedar tak sedar.. Mengalir air mata dia.. Kesian budak ni.. Keluar perkataan pening dari mulut dia.. Aku urut kepala dia.. Soh istighfar banyak2.. Aikkk!!! Pengsan balik!!! Sah dia stresss! Aku plak, sah x leh jadi nurse. Orang tu bleh pengsan balik! Hahah!

Call ambulan banyak na tanya kali pertama. Tapi x muncul2 jugak. Kali kedua, baru datang. Ape la lembap punye pengurusan sampai banyak kali plak nak kene call! Lempang kang! Diorang chek tekanan darah pempuan tu, panggil tak juga sedar, terus bawak p hospital.. Masa tu, kemain ramai yang nengok, termasuk opis sebelah.

Wahhh korang, time orang tu terjelepuk, dok terbaring kat atas tu, sume doak tengok cam tu je kan. Dah ambulan nenoneno datang pasang sirin, mengerumum yang tengok. Aku tak tau la diorang tengok budak tu ke tengok ambulan or doktor tu... Ape2 je la...

Just nak cerita, pempuan ni stress gile. Sehari sebelum semalam, suami dia datang mahkamah wat pengesahan lafaz cerai. Aku nampak laki tu dengan sorang pempuan semalam. Memang heboh la pempuan sorang tu memekak2. Nak bicara esoknye jugak. Saman nak hantar sendiri kat tangan bini dia. Memang kepoh la! Dahnye, time habis bicara, jadi cam tu plak..

Bini dia tak leh terima hakikat yangvt talak dah jatoh atas dia. Dia pon ada naik suara dengan hakim. Tapi nak wat camne kan, talak atas tangan suami..

Dan since talak tu jatoh dah jadi bekas suami la kan! Bekas suami dia bleh balik macam tu je dengan pempuan lain tinggalkan bini dia tergolek macam tu je! Sah la! Orang kalo dah tak suke, memang wat kita cam sampah!!! Bukan pempuan tu yang curang! Laki tu yang dah ada betina lain sebenarnye! Dengan tak bekerja, anak kecik2. Sape nak tanggung semuanya??? Allahhu akbar!!! Kesian kau dik!

Yup, kita bukanlah insan yang sangat sempurna untuk pasangan kita atau manusia lain.. Tapi sudah hilangkah perasaan kenanusiaan dalam diri kita! Manusia memang zalim! Pada diri sendiri dan orang lain!

Special dedication to kak zuraini, cik zuraidah dan orang lain yang membantu.. Nak highlight kat sini, yang membantu adik tu semalam, orang2 yang bernama zu! Tahniah! Termasuk aku! Hahaha. Jangan riak!

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review