"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Friday, October 16, 2009

aku yang mencintai cinta

Jejak bertapak Ezu warkah 10/16/2009 12:43:00 PM 0 kata azimat


Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorang yang tak membalas cintamu,
janganlah merasa tersisih,
Tiada salahnya menyintai seseorang
kerana cinta tak memilih untuk singgah di hati sesiapapun.





Sekiranya kamu di cintai oleh seseorang yg tak kamu cintai,
anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu tapi…
kembali kan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas & jujur.
Jangan ambil kesempatan & janganlah melukakan…





Bagaimana kamu mengurus cinta,
begitulah jua kamu mengurusi diri mu.
Setiap hati & perasaan
mengalami kepedihan & kebahagiaan yang serupa,
sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.


Sekiranya kamu bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kamu
& tiba2 cinta memilih utk pergi,
tiada siapa yg harus di persalahkan. ..
relakanlah cinta itu pergi.

Kerana setiap yg berlaku ade maksud yang tersembunyi
& kamu akan menyedari apabila masa silih berganti.





Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta.
Kerana cinta sendiri akan memilih utk singgah di hati sesiapa.
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri di dalamnya
apabila ia datang mengetuk pintu hati mu.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup mu bahagia...

Cinta,
sentiasa & selamanya akan menjadi misteri.
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati mu..


***
buat aku yang pernah mencintai cinta.
akhirnya cinta itu pergi membawa bersama luka di hati.
masih terlihat dimata ku walau cinta diam menyepi.
cinta, semoga kau bahagia...
walau segunung sayang bertaut
cinta,
kau tetap pergi..





Monday, October 12, 2009

Rumah terbuka 1827 taman permata

Jejak bertapak Ezu warkah 10/12/2009 12:24:00 PM 0 kata azimat
hari sabtu lepas, my x housmate kat taman permata wat jamuan rumah terbuka. walaupun x semeriah tahun lepas, tapi semua yang ada dalam rumah tu dapat berkumpul semula. kak ezai, watashi, kak zira dan kak tie.


thanks t00 ajun cz sudi jemput ezu untuk memenuhkan majlis u all. kak djah juga.


erm, tahun depan mungkin kita da x dapat bersama macam ni lagi kan... semuanya bakal berkeluarga akhir bulan ni...


congratulation t00 kak ezai untuk wedding dia pada 22/11/2009 ni

kak djah pulak pada 10/12/2009.


semakin terasa saat2 kehilangan tu. walaupun watashi duduk sana setahun je, tapi kemesraan tu terasa sampai sekarang.


sebenarnya, masa open house tu, watashi da rasa sedih. kakak-kakak watashi sume nak kawin. watashi ni bile la lagi... rasa macam keseorangan ke. walau pun ajun ada, ezu tau. ajun mesti terasa kan. kak ezai n kak jah da nak tinggalkan kita.


ajun, mungkin sekarang ni bukan masa untuk kita dapat semua tu. mungkin kita belum perlu lagi berkeluarga.atau mungkin kita perlu membahagiakan lebih ramai lagi orang di sekeliling kita untuk kita mendapat kebahagiaan yang hakiki. tapi ajun, kita masih ada allah kan. mengadulah kita pada dia. mintalah kita pada dia...ezu tau ajun sedih.tapi, ajun jangan lupa. perjalannan kita masih jauh lagi. masih banyak yang perlu kita buat untuk memperoleh keredhaan allah.


ah.. ajun. kadangkala diri ini juga tak kuat untuk menghadapi semua ni. dalam keadaan2 sekarang ezu selalu je rasa keseorangan..ezu cemburukan mereka2 yang telah berpunya. tah, selaunya ezu akan biarkan perasaan ni berlalu. malas untuk ezu pikirkan apa yang akan terjadi..


sekadar luahan perasaan yang ezu pendam selama ni...


look to the picture below :
sedikit makanan ringan, kuih raya dan puding kastard.

hidangan pecal, popia goreng dan kek kurma


spegheti kari, mee kari dan buah-buahan

jam 2.00 am. keluar untuk membeli air milo ais dan jus apple.. hahah


bahan yang diperlukan


bahan2 pecal


jam 12.00am


jam 11.00 am


with kak ct, ina, ada, kak ezai


x-housmate 1827

Thursday, October 08, 2009

Jamuan Raya

Jejak bertapak Ezu warkah 10/08/2009 12:55:00 PM 0 kata azimat
Senyummmmmm 1,2,3..................


Yummy yummy......... Peacccceeeee.....

erkkkkk????????

Jom p masjid
kite p makan kat sana...
kenape makan kat masjid?
Jamuan raya kat masjid.
owhhhh...
kalo makan, memang cepat je...
hehehe..

watashi seronok tengok sahabat2 ni makan.
best2..

bulan syawal
bulan silatulrahim...
kan kan kan...

sama-samalah kite mengeratkan hubungan yang telah sedia ada.
ehehehe :-)



Tuesday, October 06, 2009

K0j0 Gil0

Jejak bertapak Ezu warkah 10/06/2009 02:52:00 PM 0 kata azimat
Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time...

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bahawa tak ada org kat kampung. Unpack segala barang anda & pergi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dalam 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah sekarang"

3. buat-buat terjaga pada tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalau dia tanya, pura2 tak tahu apa yang dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dengan pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dengan kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa-apa atau cakap apa-apa. Lepas tu bangun secara tiba-tiba sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dengan kuat "Horee...!". buka lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat-buat pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yang telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dalam risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yang menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat-buat muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dalam 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, seperti kucing, offer untuk beri makan kepada binatang tersebut. cepat-cepat keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kepada kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat lah...Macam teknik rebonding... ". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. masa roommate tidur, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), lepas itu panggil member dalam 10 baca yasin ramai-ramai. bila roomate jaga pakat2 buat tak nampak apa-apa.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) lepas itu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok-tengok ada mayat.

hahahahha...
 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review