"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Friday, October 16, 2009

aku yang mencintai cinta

Jejak bertapak Ezu warkah 10/16/2009 12:43:00 PM


Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorang yang tak membalas cintamu,
janganlah merasa tersisih,
Tiada salahnya menyintai seseorang
kerana cinta tak memilih untuk singgah di hati sesiapapun.





Sekiranya kamu di cintai oleh seseorang yg tak kamu cintai,
anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu tapi…
kembali kan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas & jujur.
Jangan ambil kesempatan & janganlah melukakan…





Bagaimana kamu mengurus cinta,
begitulah jua kamu mengurusi diri mu.
Setiap hati & perasaan
mengalami kepedihan & kebahagiaan yang serupa,
sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.


Sekiranya kamu bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kamu
& tiba2 cinta memilih utk pergi,
tiada siapa yg harus di persalahkan. ..
relakanlah cinta itu pergi.

Kerana setiap yg berlaku ade maksud yang tersembunyi
& kamu akan menyedari apabila masa silih berganti.





Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta.
Kerana cinta sendiri akan memilih utk singgah di hati sesiapa.
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri di dalamnya
apabila ia datang mengetuk pintu hati mu.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup mu bahagia...

Cinta,
sentiasa & selamanya akan menjadi misteri.
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati mu..


***
buat aku yang pernah mencintai cinta.
akhirnya cinta itu pergi membawa bersama luka di hati.
masih terlihat dimata ku walau cinta diam menyepi.
cinta, semoga kau bahagia...
walau segunung sayang bertaut
cinta,
kau tetap pergi..





0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review