Pesanan Asma' binti Kharijah Fazari kepada anak gadisnya pada hari perkahwinan anaknya itu.
"Hai anakku, kini engkau telah keluar dari sarang yang dahulu adalah tempat engkau dilahirkan sehingga menjadi besar.
Kini engkau akan beralih ke suatu hamparan dan kediaman yang belum engkau kenali. Dan engkau harus berkawan pula dengan seseorang yang belum engkau mesrai.
Itulah suamimu.
Jadilah engkau tanah untuknya dan dia akan menjadi langit untukmu.
Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan dia akan menjadikan engkau sebagai tiangnya.
Janganlah membebaninya dengan pelbagai kesukaran sebab itu akan menyebabkan dia meninggalkanmu.
Janganlah engkau terlalu jauh darinya agar dia tidak melupaimu.
Tetapi kalau dia mendekatimu dekatilah ia
dan sekiranya dia agak menjauhimu, jauhilah dia dengan baik.
0 kata azimat:
Post a Comment