"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Sunday, July 31, 2011

Kerana Terluka

Jejak bertapak Ezu warkah 7/31/2011 01:15:00 PM 1 kata azimat



Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Tuhan menetukan...

Tak perlui kau bertanya ke mana ku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali kumelangkah oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya Tuhan yang tahu dukalara hidupku ini
Tak terkata, aduhai sayang...

Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hinggamenikam kalbu
Bisanya...

Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini

Kiranya tempias membasahi jendelamu
Itulah airmata yang jatuh di pipiku
Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa

bersabarlah...

Jejak bertapak Ezu warkah 7/31/2011 11:51:00 AM 0 kata azimat
Allah
entah mengapa..
tiba2 ku rasa sepi..
apa yang tidak kena dan apa yang kurang sekarang ni ya Allah...

makin dekatnya ramadhan ini,
makin lain ku rasakan..
apakah tanda ini tuhan ku??

ya Allah...
ku akui, aku masih mengenang dia..
makin kuat aku menjauhkan diri ini,
makin datang rasa ini..

"meski sejuta cinta menyapa, masih cenderung ku padanya"

apakah yang ingin kau tunjukkan Ya Allah???
moga ini adalah bisikan syaitan semata-mata..

aku x mampu ya Allah..
menganyam cinta yang bukan milikku..
aku x mampu ya Allah..
mentafsir jalan cerita mu..

"astaghfirullah al-azim, al-lazi la ila ha illa hual hayyul qayyum wa atubu ilaik..."

moga ada yang terbaik untukku..

ya Allah,
kau jauhkanlah dia dari aku,
dari hatiku, dari pandangan mataku,
jauhkan dia dari ingatan ku,
jauhkan dia dari kenangan yang tercipta,

Ya Allah,
hapuskanlah dia sebersih2nya dari hidupku..
buang dia sejauh2nya dari lubuk hatiku,

benar, aku kecewa..
sehingga kekecewaan ini menghilangkan segala perasaan aku padanya..
sehingga tiada rasa ape2 lagi..
tiada lagi rindu
tiada lagi cinta
tiada lagi sayang
tiada lagi benci
tiada lagi dendam
tiada juga doa kebahagiaan untuknya
seumpama dia tidak pernah ku kenali
seumpama dia tidak penah hadir dalam hidupku..

aku menjalani hidup yang kosong...
hanya berteman air mata..
tapi aku x tahu untuk apa air mata ini??
apa perlunya air mata ini lagi?
apa sebenarnya air mata ini?

'zulaikha, kau sedang melawan rasa yang pernah hadir..kau menutup segala kenangan yang tercipta, dan kau menolak dia sekeras2 dari hidup kau...

zulaikha bersabarlah.. sesuatu yang allah jadikan itu, ada pengajaran disebaliknya..usah dikesalkan..ini adalah jalan yang pernah kau pilih..hadapi dengan tenang..Allah ada bersamamnu..kalau kau masih beriman, percayalah pd Qada' dan Qadar Ilahi...tidak dia menjadikan sesuatu itu dengan sia2..malah, mungkin menambahkan lagi rasa iman kau padanya yang telah hampir luntur ketika cinta kau berputik pada dia..

zulaikha, redha dan bersyukurlah dengan apa yang terjadi...allah masih sayangkan kau..bertaubatlah..waktu ini adalah milik kau yang allah anugerahkan pada kau agar engkau tidak tersesat lebih jauh lagi...

zulaikha, benar engkau telah melakukan istikharah itu..dan dengan istikharah itu engkau menerimanya tanpa banyak persoalan..tapi zulaikha, mungkin itu hanya perasaan ..atau mungkin Allah ingin menemukan kau dengan orang yang salah sebelum engkau memiliki insan yang lebih baik akhlaknya dan lebih bertanggungjawab..kerana istikharah itu, hanya engkau yang lakukan..allah lebih tahu...dan dia sebagai lelaki, dia yang harus membuat keputusan...maka, apabila bercelarunya dia, yakinlah, dia bukan yang tercipta untuk kau..

zulaikha, biarkan dia pergi bersama cintanya..dia bahagia..maka untuk apa kau bersedih lagi dan untuk apa rase kecewa itu??? istikharah la..usah berputus asa lagi...sebagai mana yang telah kau lakukan sebelum ini..sandarkanlah pada Allah sebagaimana kau sandarkan pada Dia sebelum ini.. yakinlah pada Allah sebagaimana engkau yakin sebelum ini..

zulaikha...sabar, redha dan syukur... biarkan dia...dia bukan milikmu! ingat! dia bukan milikmu sampai bila2!

zulaikha...carilah pengganti lain yang lebih mengharapkan kau zulaikha!
doa lah, ada yang sedang menanti mu!'

Rapuh...

Jejak bertapak Ezu warkah 7/31/2011 11:44:00 AM 0 kata azimat

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Friday, July 29, 2011

Biar terbuang, Tetap berjuang!

Jejak bertapak Ezu warkah 7/29/2011 11:07:00 AM 0 kata azimat


maafkan aku...
telah lalai aku dalam memuja Mu
sementelah cintaku terpaut padanya...

Ya Allah..
Andai takdir ini yang kau ciptakan
untuk memberi kekuatan dan ketahanan hatiserta meningkatnya iman yang telah jatuh merundum ini,
aku pasrah ya Allah!

terima kasih tuhanku...
masih lagi kau menyayangi diri ini...
sebelum aku terus lalai dan jatuh lebih terduduk...

Tuhanku..
moga kebaikan ini berkekalan selamanya..

benar...
aku ingin aku yang dahulu..yang tidak terpalit dengan cinta manusia..
yang suci dari segala dosa..aku bukan manusia yang sempurna..
hanya kau yang tahu
akan aku...
seorang yang telah kau jadikan
telah sempurna segalanya sejak dalam rahim bonda ku..

Tuhanku...ampun aku..
ampunkan segala dosa aku..
sekecil2 dosa sehingga sebesar2 dosa..
aku x mampu ya Allah..
x mampu mengenang neraka mu..
namum aku tau, aku x mampu ke syurga mu...
oleh itu ya allah..
peliharalah aku...
sepanjang hayat ku hingga negeri abadi di sana..

Tuhan ku,
hilangkanlah segala rasa cinta yang telah terbungkam dihatiku..
hilangkan dia yang pernah aku sayang
hilangkanlah dia yang pernah ku cinta
hilangkan segala rasa pilu dan keluh kesah di hati aku..
biarlah dia degan dunianya..walau aku tau aku teranaiya..
hanya padamu aku pinta..
moga ada yang terbaik
sepanjang perjalanan hidupku

jadikanlah perlakuanku sebelum ini
sebagai pengjaran yang paling bermakna dalam hidupkumoga aku tidak tumpas di tangan seorang lelaki
semoga aku tidak mudah mempercayai kata2 lelaki
dan semoga aku terpelihara dari laki2 yang jahat..

aku pohon padamu..
tenangkan aku
tabahkan aku
dan kuatkan semangat ku..
moga kebahagiaan itu sentiasa mengalir dalam hati dan hayat ku..
amin..
 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review