"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Tuesday, April 29, 2008

tong sampah

Jejak bertapak Ezu warkah 4/29/2008 04:56:00 PM 0 kata azimat
ni cerita semalam punye kes. pasal tong sampah @ plastik sampah @ ape2 je yang berkaitan dengan sampah. huhu. memang bengang btol n bende nih bleh jadi klakar yang amat sangat.

aduh, tong sampah ni memang special.terlalu di jaga rapi oleh tuannye. jiran teruna sebelah umah ni memang nak kene. ade ke patut depa wat sepanduk ala2 sepanduk umah sukan bebudak sekolah rendah tu kat pokok betik sebelah tu. ayat sungguh sadis dan bleh membangkitkan keaiban orang.

aku terlupe plak ayat nye. yang teringat "bli tong sampah sendiri". huhu. aku tau la kitorang selalu menumpang sampah kat tong sampah kesayangan diorang. tapi, x leh ke depa directly terus cakap kat kitorang... ni dah jadi kes pergaduhan..

dengan perasaan yang entah ape2 kitorang boleh meluahkan perasaan masing2 kat dapur beramai2...huhu. rupenye, depa dengar sebijik-sebijik pe yang kuar dari mulut kitorang hahaha.
baru tau terase hati bile orang mengate dia blakang2. same je sume.

masalahnye, bukan jiran anak dara dia ni je yang buang sampah kat umah anak teruna tu, rupenye jiran sebelah umah kitorang pun tolong memenuhkan tong sampah diorang.hahaha.
tapi kitorang tetap sakit hati. aku nak suruh kak zai tangkap gambar sepanduk tu n letak kat blog aku nih..

ingat2 semula, hidup berjiran kat bandar kL ni memang x reti nak berbudi berbahasa. tong sampah pun jadi isu sensetiviti. tapi memang btol kot, umah depa kotor.. alah, aku tengok bukan diorang yang dok sapu depan rumah depa tu, orang lori sampah gak yang terbongkok2 kutip. tong sampah dia tergolek2 kat tengah jalan, kitorang tolong kutip. kalo aku tau perangainye macam tu , aku buat bola sepak je. habis crite.

so. kesimpulannye, kite x payah la tumpang senang orang lain. orang x suke. susah sendiri diam je...

Monday, April 28, 2008

yang dlu

Jejak bertapak Ezu warkah 4/28/2008 11:41:00 AM 0 kata azimat


ni adik angkat aku yang tengah mencari pasaran baru dalam market motivasion dia

sekarang ni, time budak2 utm final exam. x lame lagi adik angkat aku,faridil, kakak angkat aku nak grad. kat skudai.bile teringat balik time grad dlu, rase sedih sangat. dengan pelbagai rase yang berkecamuk aku pergi juga ke skudai untuk meraikan hari konvo aku tanpa orang yang aku sayang. ingat lagi, hari tu hari isnin. aku bertolak dalam kul 2 dengan nas. nas rumate aku selama 2 tahun kat utmkl. dia pun datang tanpa orang yang dia sayang.atleast aku de kawan n dia ade abg angkat aku as her bf. xpe la.
rase yang berkecamuk tu datang dari hati aku sebab utmjb tu tempat adam sambung blajar. aku mungkin akan bertembung dengan dia. sampai sane malam.sempat lagi aku melepas rindu dengan kawan2 aku yang da 3
bulan x jumpa. de yang da keje. aku ngan nas da keje. malam tu round2 kat pesta konvo.terjumpe syuk.sembang sikit je ngan dia.just wish tahniah kot. last2 aku yang lari.x tau nape. dengan budak2 yang jadi AJK dulu pun aku lari.wat macam x kenal. bukan aku sombong. tapi hati aku tengah melawan kesedihan. da la aku tak sambung blaja, fmili x datang.. sape yang sambung blaja tu, if mak ayah diorang x datang, kire ok la. mase tu aku rase aku ni anak yang x guna, x bileh diharap langsung n tak boleh jadi ape2 langsung.


tibe konvo esoknye, sume muke berseri2. aku rase aku da ceria mase tu. rupenye bile tengok balik gambar konvo, muke aku monyok. buruk btol. dan gambar tu la aku paling benci sekali! tapi aku gantung gak kat bilik aku kat kampung. sampai sekarang aku x sudi tengok gambar tu. tapi gambar ngan kawan2 lain aku suke. sebab diorang terlalu ceria. aku tompang happy. jeles sangat diorang dapat bunga besar. aku pun dapat bunga jugak dari kakak angkat aku. thanks k.ika. aku hanye de k.ika time tu.tapi dia pun hilang. dapat jumpe kejap je.


dengan duit aku keje aku tampung diri aku sendiri ke skudai. sikit pun aku x mintak mak ayah aku.sememang nye aku terlalu berkecil hati dengan mereka. aku nak sapport diorang datang skudai bagi meraikan konvo aku. ibu nak g, abah x nak. alasan nye aku bukan ijazah dia nak g, sedih sangat time tu, aku terus diam. sikit pun aku x ungkit pasal g skudai walaupun tiap bulan aku balik umah. shah alam ngan sabak bernam bukan jauh sangat..lapas dari konvo tu. aku terus balik ofis esoknye. rupenye sorang makhluk pun x de kat BALKIS! aku bertambah geram. last2 aku balik gak sabak pagi2 esoknye. aku da x larat sangat mase tu. kalo aku tau, aku balik terus ke sabak dari skudai.


aku balik gak sabak dengan hati yang tah ape2. aku bagi abah n ibu tengok sijil ku yang x seberape tu. macam nak campak kat longkang je mase tu.


lepas aku balik konvo, aku terus x keje kat balkis.MADANI kene halau. padan muke. aku pun dok kat umah stat bulan 9-2. lime bulan aku idle kat umah. aku wat keje aku sendiri.feeling x habis2...hehe. last aku dapat kej kat MUSLEH ni. mugkin famili aku tahu aku susah nak balik umah lepas aku dapat keje. dan sekarang aku da buktikan, bulan 5 ni aku x balik kampung.just kirim duit.


bile d fikirka semula, aku ni berdendam ke? atau aku nak lari dari sebarang perasangka buruk untuk famili aku. dengan paksu kat umah! aku tension. aku ni. pe la banyak masalahnye...


sebab tu aku suke wat hal aku sendiri. aku payah nak bercampur ngan orang. sebolehnye aku x nak bercerita tentang diri aku kat orang. sebab aku tau, aku akan menampakkan kelemahan aku sebenarnye. aku kan ego!


any comment? try la. aku nak tau sangat sape da tembus blog aku ni.

Wednesday, April 23, 2008

kiambang usah kau berlalu

Jejak bertapak Ezu warkah 4/23/2008 08:14:00 AM 0 kata azimat

Dalam mengutus puisi demi puisi
Kehidupan hariku kian tandus
Menakung hasrat mencari erti
Mendamba kuntuman mekar kudus
Menyingkir kosongan esok lusaku

Maksud bukan mahuku segalanya
Hanya kepastian bukan jangkaan semata

Mula langkahku ke pesisir pantai
Ditemani gemawan dan pepasir dipijak
Membelek kerikil disapu ombak
Kepupusan siang aku berarah lain
Dihasut rasa di dalam hati

Langkahku laju seakan pasti
“Kiambang itu dipinggir kali!”

Penciptaku ..
Yang hina ini sepadu doa
Agar ia tiada terus berenggang

Izinkanlah aku mengikis jarak
Walaupun tangan terikat mati
Dekati kiambang yang kian layu
Menghembus nyawa mengusir sayu

Bayu singgah tika ku usaha
Jana bantu menepis lelah
Putus Asa bertempiaran digertak Ikhlas

Tetapi,
Sekira takdir tidak menghulur restu
Andai kiambang bukan untukku
Ku redha bertaut pasrah
Cukup sekadar telah ku jumpa
Kiambang anggun yang dicita.

Friday, April 18, 2008

kerana dia

Jejak bertapak Ezu warkah 4/18/2008 02:12:00 PM 0 kata azimat

semakin hari, aku pohon pada ilahi.moga Dia tutup pintu hatiku serapat2nye dari dia.dan aku mohon jg, pintu hati dia tertutup rapat utk aku. memang kecewa dengan ape yg jadi. ape yang dah aku lakukan. kadang2 aku mengeluh. kenapa mudah aku mengait dan menganyam janji2 yang x pasti dengan dia. begitu mudah aku mengumpul janji2 bersame dia. akhirnye, semua x menjadi. semua hancur musnah. betapa aku berjanji dengan diri aku selama dengan dia, x ingin aku membesar2 kan kelemahan dia. x ingin aku mengenang keburukan dia.kerana aku akan terima dia dengan redha, dengan doa dan syukur kerana dia adalah yang terbaik bagi ku waktu itu. dan memang, dia adalah yang terbaik dan aku amat berbangga mempunyai teman seperti dia...

akhirnya, tanpa aku sedari, rupanya dia semakin menjauh. semakin berlari jauh dari ruang hati ku. dan skarang dia memang jauh.terlalu jauh dari mataku dan juga roh ku.
harapan yg pernah dianyam bersama rupanya terlerai satu persatu dari jelujurnya. aku sendiri redha. dan aku telah redha. tapi jiwa ini selalu mengenang kembali2 janji2 dia suatu ketika dlu yang pernah membuatkan aku hanyut bersama angan yang x pasti. doaku sering kali untuk nya.
kecewakah aku???? yup. aku benar2 kecewa. terlalu mudah dia membuang aku. memang lah manusia begitu. mudah lupa segalanya...
sape teman barunya? arkitek? engineer? peguam? pensyarah? kenapa aku harus tahu semuanya.??? aku tak setanding dia rupanya... tak mungkin gagak berganding dengan merak kayangan. dan aku terima segalanya...terima kasih kekasih ku kerana pernah mendidik ku menjadi seorang wanita solehah.dan didikan itu akan ku teruskan untuk mencapai keredhaan itu bersama suamiku.moga pahala didikan itu akan terus menjadi milikmu.

sekarang aku masih sendiri menganyam impian untuk menjadi suri dalam hidup lelaki yang sudi menerima aku sebagai surinya suatu hari nati. dan doa untuk lelaki itu, aku sematkan selalu.moga lelaki itu adalah yang terbaik untuk ku, agamaku,duniaku, akhiratku dan masa depanku. suatu hari nanti, dia akn muncul bersama harapan.
wahai suamiku, akan ku tunggu mu dengan penuh sabar dan penuh redha dengan segala yang ada padamu.. (entah kenapa, dia juga dalam doaku)

Wednesday, April 09, 2008

doaku untukmu

Jejak bertapak Ezu warkah 4/09/2008 06:04:00 PM 0 kata azimat




Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku
Kurniakanlah kesihatan yang baikpadanya
,terangi hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya,
perluaskanlah rezekinya,
dekatknlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya
baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat
Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.
jika dia rindu,
rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid dijalanMu
Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan
sepanjang menyeru manusia ke jalanMu.
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu
Ya Allah
kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,kecemerlangan
hidup di dunia akhirat kelak..
AMIN

doa pengasih

Jejak bertapak Ezu warkah 4/09/2008 05:40:00 PM 0 kata azimat
اَللَّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ ________ قَلْبَهُ/هَا كَماَ لَيَّنْتَ لِدَاوُدَ الحَدِيْدِ

ALLAHUMMA LAYYIN LI_____________QALBAHU/HA KAMA LAYYANTALI DAUDA ALHADID.

ERTINYA : YA ALLAH, KAU LEMBUTKANLAH BAGIKU _________________ HATINYA SEPERTI MANA KAU LEMBUTKAN BESI BAGI NABI DAUD.

* TEMPAT BERGARIS _____________ NAMA LELAKI/ PEREMPUAN

UNTUK NAMA LELAKI BACAAN HU بَهُ
UNTUK NAMA PEREMPUAN BACAAN HA بَهَا

Tuesday, April 08, 2008

Jejak bertapak Ezu warkah 4/08/2008 01:19:00 PM 0 kata azimat

hemmmmmm
Jejak bertapak Ezu warkah 4/08/2008 01:15:00 PM 0 kata azimat
huhu ni first time.memang laggar je..
tadi da post. x de ape2 pun.... huhu
 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review