"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Saturday, December 26, 2009

Namun, ku relakan...

Jejak bertapak Ezu warkah 12/26/2009 11:30:00 PM 1 kata azimat
Masih tertinggal bayanganmu
Yang telah membekas di relung hatiku
Hujan tanpa henti seolah pertanda
Cinta tak di sini lagi
Kau tlah berpaling


Biarkan aku menjaga perasaan ini, ohh
Menjaga segenap cinta yang telah kau beri
Engkau pergi, aku takkan pergi
Kau menjauh, aku takkan jauh
Sebenarnya diriku masih mengharapkanmu

Masih adakah cahaya rindumu
Yang dulu selalu cerminkan hatimu
Aku takkan bisa menghapus dirimu
Meski ku lihat kini
Kau di seberang sana

Andai akhirnya
Kau tak juga kembali
Aku tetap sendiri
Menjaga hati

Sejujurnya diriku masih mengharapkanmu


saat terindah saat bersamamu
begitu lelapnya aku pun terbuai

sebenarnya aku t’lah berharap
ku kan memiliki dirimu selamanya

segenap hatiku luluh lantah
mengiringi dukaku dan kehilangan dirimu
sungguh ku tak mampu mereda kepedihan hatiku
untuk merelakan kepergianmu

ingin kuyakini cinta takkan berakhir
namun takdir menuliskan kita harus berakhir

segenap hatiku luluh lantak
mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu
sungguh ku tak mampu tuk mereda kepedihan hatiku
untuk merelakan kepergianmu

Khas untuk dia...

Jejak bertapak Ezu warkah 12/26/2009 11:23:00 PM 0 kata azimat

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..

Friday, December 25, 2009

Kerana Diriku

Jejak bertapak Ezu warkah 12/25/2009 11:58:00 PM 0 kata azimat

Ketika ku putus kasih
Kau berikan ku semangat
Kisah lama
Tak lagi teringat
Hampir-hampir kuterlupa

Di sini lebih bererti
Tak terbanding dengan di sana
Banyak benarnya tohmahan
Yang telah dilemparkan
Pada aku seorang seniman

Waktu aku teratas
Ramai benar yang memuji
Tak kusangka semua itu duri
Terkecuali kau seorang
Yang memberi harapan
Penuh kasih sayang
Sanggupnya kau hulurkan
Bertambah semangat
Untukku berdiri
Menempuh semua yang takku ingini

Lalu benar disana
Mintaku cuma hanya pada nama
Tak pernah ku merasa
Secebis semangat
Yang telah kau hulurkan

Mengertilah kini
Siapa lebih suci
Antara di sana
Dengan yang di sini

Sungguh ku terkilan
Di atas kecurangan
Padamu kasih
Yang tiada
Bandingan nilainya

Takkan aku menyayangi
Sesiapa pun yang bertandang
Bagi aku itu semua bayang
Memadai seorang teman
Yang terangi kegelapan
Kau bagiku

Wanita penyayang

Tuesday, December 22, 2009

2009 watashi 2010

Jejak bertapak Ezu warkah 12/22/2009 01:05:00 PM 0 kata azimat

22/12/2009 :
semakin dekat dengan waktu-waktu terakhir 2009.
sekarang watashi di n9. bekerja sebagai pegawai govermnt bermula 19/1/2009.
yeah!!!!
satu kejayaan buat diri watashi dalam umur ini.
sedangkan rakan-rakan watashi yang lain sedang bergelut dengan kuliah dan peperiksaan sambil menambah hutang belajar...hahaha.(statment yang agak mengguris hati)
xpe. rezeki watashi mungkin cepat.
allah tahu apa yang watashi perlukan.bukan apa yang watashi nak..
terima kasih Penciptaku..
sesungguhnya engkau amat memahami keadaa diri ku..

teringat di akhir 2008. sewaktu bekerja dengan MUSLEH. keadaan yang amat gawat. samada watashi harus melepaskan peluang sebagai pegawai kerajaan atau terus bekerja dengan MUSLEH.
terpaksa mempertimbangkan permintaan family atau kehendak MUSLEH.
akhirnya, selepas beberapa ketika merahsiakan kejayaan peluang bekerja dengan goverment, watashi mendapat kekuatan untuk memberi tahu perkara sebenar pada MUSLEH. Thanks to ustaz amin kerana memberi peluang pada watashi walaupun beberapa kali dia menghalang watashi untuk berhijrah.walaupun ada ketika dia berubah muka sejak 2 tiga menjak sebelum watashi berhenti, tapi watashi harap dia paham..
walau agak sukar dia mencari pekerja baru dalam masa x sampai 3 minggu. harap MUSLEH paham. dengan ekonomi negara yang semakin tak seimbang, kos sara hidup yang semakin meningkat, watashi x mampu berterusan kerja di situ dengan gaji yang terhad.mungki kalau MUSLEH pertimbangkan watashi dengan pemberian yang lebih, watashi akan berterusan disitu. harap warga MUSLEH menghormati pendirian watashi.
walau apapun, watashi tetap gembira dan seronok bekerja dengan kalian.. harap-harap semua kakitangan sekolah rangkaian MUSLEH terus memperbaiki mutu kerja dan juga cara kerja..amalkan sikap saling bekerjasama dengan pihak HQ.bekerja dengan islam kena ikhlas.kalau x mampu teruskan, cari lah kerja lain.x baik memperlekahkan usaha orang lain.
watashi masih mengikuti perkembangan MUSLEH.


sedar x sedar..rupanya telah setahun watashi meninggalkan MUSLEH dengan pelbagai kenangan.dan rupa-rupanya telah setahun juga watashi telah berkhidmat di mahkamah ni. alhamdulillah. banyak rezeki yang watashi dapat. pengalaman melihat ragam dan gaya manusia yang penuh beremosi, serta kawan-kawan yang memahami diri watashi..
tentunya family watashi happy dengan kehidupan watashi sekarang.
tapi, benarlah kata Allah, manusia itu tidak cukup dengan apa yang diperolehinya..watashi mengakui hal ini..
apa pun, watashi masih mengharapkan yang lebih baik dari ini..
keseronokan bekerja disini menjadikan diri watashi lupa dengan masalah yang melanda. masalah
orang lain yang melebihkan masalah watashi...xpe..sebagai menambah pengalaman supaya watashi lebih berhati-hati untuk menempuh gerbang pernikahan..

2 minggu lagi akan melangkau ke tahun 2010. bermakna umur watashi 24tahun! apa???? tidak!!! owh..sudah tua kah? calon pon x de lagi ni.. adoi.. erm, mungkin ajal yang menjemput watashi dlu.. sebab watashi x rasa watashi akan berumah tangga. mungkin la.. huhuh..
SKT. kene wat yang lebih baik. kene dapatkan pengesahan jawatan tahun ni jugak.takkan nak tunggu 3 tahun betol2...x pe. watashi da rasa ada yang terbaik untuk watashi dalam kerja ni..



so.. watashi kene buat yang terbaik. kan watashi seorang yang positif. lupakan yang lama. cipta sejarah baru! watashi, adam da berpunya..x kan watashi nak membujang je.. hahaha.. x pe..kalo dia kawen dlu pon x pe..da watashi x jumpe sesape. kan macam watashi kata tadi, mungkin watashi akan berjumpa 'dia' di 'sana'... =)






Tuesday, December 15, 2009

Kalo dapat Tembak orang

Jejak bertapak Ezu warkah 12/15/2009 09:20:00 PM 0 kata azimat
cantik kan machine gun ni?
pernah tak rase nak cube pegang ke, belek-belek ke, nak try picu dia ke?
best kalo dapat ni...

syok betol kucing ni menembak.
kalo dapat tembak kepala orang-orang yang berlagak pandai ni,
perrrghhhhh... mesti berkecai punye!!!



tau x aku tengah marah ni!
sambil posting, sambil tahan rase marah ni!


kalo x tau, jangan banyak cakap.


apesal x complain kat sana tadi.
kalo x tau prosedur
x yah la wat ape2 tuntutan.
banyak sangat halnye!!!!




meletop!
kebabommmmmmmmmmmmm!!!!!!!!!!!!


kalo boleh meletop sekarang mau berkecai 1 malaysia!


wargh!!!!!


aku bengang! aku bengang! aku bengang!

Monday, December 14, 2009

c0ngratulati0n!

Jejak bertapak Ezu warkah 12/14/2009 09:59:00 AM 0 kata azimat
Mr Amir Farid Shahabudin & Mrs Khadijah Azman
0n Saturday 12/12/09


tenang menuju rumah pengantin lelaki
0n sunday 13/12/09













wit kekanda khadijah..


******************************************
semalam,
wedding kak jah. congratulation!

minggu lepas,
wedding kak ezai. congratulation!

minggu depan,
wedding hafiz amedan

10/01/10,
wedding kak nani.

lepas tu,
sape lak yang kawin?

hahaha...
tahniah pade kengkawan sume..!

Thursday, December 10, 2009

miserable Journey

Jejak bertapak Ezu warkah 12/10/2009 02:42:00 PM 0 kata azimat











always thinking of u..

crack from office
not doing well

all doubting















bad and t00 worse

stop murmuring ezukama!













everything will be fine.

be patient.

allah always ni ur journey






Friday, December 04, 2009

Hanya segenggam cinta

Jejak bertapak Ezu warkah 12/04/2009 10:49:00 AM 0 kata azimat


Hanya segenggam cinta


Lupakan aku bila itu terbaik untuk mu
Jangan pernah kau tanyakan cinta yang tersisa
Yang kau pun tak punya



Biarlah

Aku akan pergi
Tinggalkan semua
Cinta ini selamanya





Wednesday, December 02, 2009

kemAAfAn DendaAm TerInDah..

Jejak bertapak Ezu warkah 12/02/2009 12:29:00 PM 0 kata azimat
Change mY bloggeR Name'S

sebenarnye, terpakse untuk menukar nama ni. terlalu banyak yang mengakses blog ni dari tempat dan searching yang sama. well, maaf la pada yang terlalu 'mengambil berat' pada diri watashi.

'enigma' = maksudnya? bersendiri dalam dunianye untuk memahami diri sendiri. kesepian, kecelaruan dan segala kefahaman yang tersendiri. bet0l ke? kah3... lebih kurang la..

sempena tahun baru yang akan menjelma tidak lama lagi, rasanye aku wajib untuk meninggalkan segala kenangan pahit yang sering bertandang dalam hati aku. wajar juga aku untuk membuang dia dalam dairi hati ni.

pergilah sepi, pergilah duka. aku x ingin kau kembali lagi. kedatangan mu hanya meluluhkan lagi perasaan ini. aku inginkan bahagia. aku inginkan ketenangan. aku inginkan kedamaian.

Ya Allah, bantulah aku bimbinglah aku ke jalan yang lurus. jalan orang-orang yang kau redhai. bukan jalan yang sesat dan jalan yang kau murkai.damaikan hati yang sering resah dan gelisah ini.aku terlalu penat mengira waktu dahulu.

Ya allah, berikan aku kekuatan, kesabaran dan ketabahan untuk bangkit semula dari kegelapan hati yang membuatkan aku merana sehingga terlupa bahawa, kau sentiasa ada disisi.

Ya Allah, semoga redhaMu dan keberkatanMu bersamaku selalu.. Ameeen.
bile la nak ubah...

Buang dia!

Jejak bertapak Ezu warkah 12/02/2009 10:58:00 AM 0 kata azimat

ingin ku sendiri meniti hari, kala sunyi yang menghias hati, bukan x sanggup ku menghadapi, pengorbanan x dihargai.. kini aku pasrah dengan dengan segalanya, kepedihan ini masih terasa, apakah salahku, apakah dosaku, tuhan berilah ku petunjukMu dan redha dengan kehendakMu... cukup kali kau menyakiti berulang kali, tak usahlah kembali dengan rela hati melepas kau pergi..

chet! ape sedih2 ni... rupenye watashi x mama ezu ni x lupe lagi cerita lama eh?...
ezu, cube istighfar banyak2..kenape nak ikut sangat emosi yang bercelaru tu.. lupekan dia. sampai bile mama ezu nak kenang dia.dia bahagia. mama ezu still lagi berduka.
lupekan ezu. lupekan. x de faedah ezu ingat dia...ramai lagi yang ade di sisi ezu. kenapa dia jugak yang ezu ingat, sayang???

sudahlah... buang lah semua tu. sedar diri tu sikit. kalo ezu still dengan dia, ezu tetap x bahagia. sebab dia bukan untuk ezu..dia pun x pernah menyayangi ezu sedalamnye. dlu, mungkin dia kesepian. lantas ezu dijadiakan bahan experiment untuk menguji sedalam mana sayang dia pada seseorang.

nah! sekarang dia dah bertemu dengan citarasa dia yang paling tepat. yang dapat memahami dia sedalamnye. bukan ezu! ezu! buang masa mengenang dia! dia bahagia, ezu berduka! adilkah pada diri ezu!

ezu, buang dia. buang dia buang dia! cintu ezu pada dia x kan sampai kemana..biar dia dengan kebahagiaan dia. ezu, setiap yang terjadi ade kebaikannye. ezu harus kuat.

Tuesday, December 01, 2009

Camer0n

Jejak bertapak Ezu warkah 12/01/2009 04:41:00 PM 0 kata azimat
23/11/2009 hingga 30/11/2009 watashi ada kat sabak.. lama watashi cuti.

alkisah kerana nak p walimah kak ezai..

tapi, sebelum p umah kak ezai, watashi, ajun n naqib round ke cameron dulu.. da 2 kali tahun ni watashi p sana..hahah
penatnye.. bertolak kul 11 malam. smpai cameron 5.30am.. erm, alhamdulillah. sampai jugak. walaupun sumenye mengantok, tapi perjalanan tu selamat. watashi beratus-ratus kali tersenguk dalam kereta tu...huuhu.. maklumlah..penumpang je.. keh2

perjalanan ke sana ditemani hujan renyai-renyai sehingga tengahari.. well, niatnye hanya untuk ke ladang teh palas.sempat la bergambar dan minum2 kat situ. lepaskan penat kt situ, watashi pun turun ke bawah. p ke ikea firm.. pe lagi seperti biase, jagung rebus kegemaran watashi. manisnye... nyum nyum nyum... dengan suasana yang sejuk bangat, sampai mengelupas bibir watashi... erghhh... tetap menikmati jagung rebus tu...

terus bertolak ke ipoh, jam 11 am.. masing-masing keletihan. drive dengan perlahan... singgah makan tengahari area ipoh.. cari rumah kak ezai. berpusing-pusing mencari. adeh, kepenatan kali ni benar-benar menguji pemanduan dan kesabaran... selamat sampai di umah kak ezai jam 3pm..

apa yang ada dalam kepala. mengantok! x sempat bermalam di ipoh, kami terus bergegas pulang ke KL 6.45pm... ya allah... betapa rasa mengantok ni menggandakan rasa nak tido!

balik2. ape2 pun kene samapi kL sebelum kul 12...erghhhh... sampai je umah, bum... watashi dan ajun, tido sampai pagi. mujur subuh x terlepas...

ajun, akhirnye, kak ezai selamat menjadi isteri a.k.. kite tumpang bahagia dengan kehidupan baru yang dia tempuhi.. kelakar kalo dengar cite kak ezai sebelum ni.. hahaha.

watashi dengan ajun bile lagi nak tamatkan zaman bujang ni?wakakaka.

ajun, watashi wajib melupakan dia ajun.dia memang kepunyaan orang lain.watashi tau, dia amat menyayangi teman baru dia. ajun, watashi tetap bersedih ajun. tapi x de sesiapa yang tahu hati watashi. ajun, ape kurangnye watashi pada pandangan dia? ajun, watashi sedih. watashi sedih ajun. ajun...................................................................................

kalau watashi x sakitkan hati dia, kalau watashi x mintak pisah dengan dia, benda ni takkan jadi kan ajun. ajun, waktu watashi mintak pisah dengan dia, watashi dah laburkan semua hati pada dia. tapi, kenapa dengan watashi ade je halangan dia. x bleh itu, x bleh ini.
dengan teman baru dia sekarang, tindakan tu same ke dengan watashi dlu.. ajun, dia mesej2 ke dengan pempuan tu. ajun kenape dengan watashi dia x bagi buat semua tu...
ajun... sampai hati dia..

ajun, dia memnag x pernah ade hati dengan watashi agaknye. sebab tu dia tinggalkan watashi masa rasa sayang ni tengah mekar berputik....

ajun...watashi benci dia!!!!!

Tuesday, November 17, 2009

I've cried enough

Jejak bertapak Ezu warkah 11/17/2009 09:02:00 AM 0 kata azimat
All of my tears have been frozen
After these years in this pain
My heart has finally chosen
To beat a bit faster again
Now I feel the awakening
I don't look back anymore
I am mysteriously standing on the good side of my soul

All I recall is the moment
Sadness is fading away
It is for passion I'm falling but now I'm back on my feet again
I wanna rewrite the story
Not even what seemed insane

How could I ever feel sorry for being stronger than I am?
I've cried enough
Over the priceless time I've lost
I've learned the going gets too tough
Now you regret love
I've cried enough
What you'll see on my face again
Is nothing but the rain
I've cried enough

Why would I try to deny it?
Most of my dreams are a mess
But what didn't kill me in fact has taught me
Life's a big game of test
Although in I believe in the future
I keep in mind all the pas
tNow that I live in the present
I don't care about the rest
I've cried enough
Over the priceless time I've lost
I've learn the going gets too tough
Now you regret love
I've cried enough
What you'll see on my face again
Is nothing but the rain
I've cried enough

I've cried enough
What you'll see on my face again
Is nothing but the rain
I've cried enough
I've cried enough
I've cried enough
I've cried enough
I've cried enough
I've cried enough
I've cried enough
I've cried enough
I've cried enough
I've cried enough
I've cried enough
I've cried enough

i guess i loved u

Jejak bertapak Ezu warkah 11/17/2009 08:50:00 AM 0 kata azimat
Now
Tomorrow is all there is
No need to look behind the door
You won't standing there no more
I had my chance
To dance another dance
I didn't even realise
That this was all love and no lies

Then I lost you
I guess I loved you
Less, less than I should
Now all there is
It's me and me
I turn around and all I see
The past where I have left our destiny

Now
Tomorrow is a mystery
I can not live without a dream
Vanishing from reality
I wanna know
Would you come back to me?

Now that I finally realised
You are my home
You are my life
I need you
I guess I loved you

Oh, less, less than I should
Now all there is
It's me and me
I turn around and all I see
The past where I have left our destiny
I guess I loved you
Ah, less, less, less, less than I could
Another time
Another run
To mend both of our broken hearts
To tell you how much I can love you now
I guess, I guess I loved you I guess I loved you
**************************
now, everything was over...
thanks cz make me hurt and hurt..
hope u'll happy with ur gurlz

Monday, November 09, 2009

Berikan aku Kekuatan

Jejak bertapak Ezu warkah 11/09/2009 03:27:00 PM 0 kata azimat
Ya Allah,
Aku memohon perlindungan dari Mu Ya Allah...
Sesungguhnya aku hamba Mu yang lemah....
aku harap dapat melalui hidup ini dengan seribu ketakwaan, kesabaran...

Ujian apakah ini Ya Allah....
Aku tidak harus mempersoalkannya..
Ampunkan aku Ya Allah...
Andai ini yang terbaik untuk ku Ya Allah...
Jika ini jalan untuk ku Ya Allah..
Aku Redha Ya Allah..

Cinta Mu cinta yang kekal Ya Allah..
Aku selalu dikhianati oleh cinta manusia
cinta ikhlas ku dibalas dusta oleh manusia..
Hanya cinta Mu Ya Allah..Yang kekal Selamanya.....
Moga aku bahagia dengan Cinta Mu Ya ALLAH

"jangan ditanya.. tunggu je"

Jejak bertapak Ezu warkah 11/09/2009 10:21:00 AM 0 kata azimat
hari ni. pagi ni.

ya allah....
kenapa dia buat macam ni...
aku x de perasaan ke? aku x de hati ke?
atau dia yang terlalu kejam. tergamak manghancurkan hati ni.
biar ku tanya agar tiada syak wasangka. namun, bila di tanya dia diam.
walau katanya, "jangan ditanya.. tunggu je".
aku tahu, kata tu ditujukan pada aku...

ya allah...
kekuatan luaran ku takkan sama dengan kata hati dalaman..
aku hilang dalam seribu pertanyaan...

siapa dia...
siapa dia...
siapa dia...

sampai hati kan...
buatlah..

setiap persoalan ade jawapan.
setiap yang benar, pasti akan terbukti..

Friday, November 06, 2009

If tomorrow

Jejak bertapak Ezu warkah 11/06/2009 02:29:00 PM 0 kata azimat
If I knew it would be the last time
that I'd see you fall asleep,
I would tuck you in more tightly
and pray the Lord, your soul to keep.

If I knew it would be the last time
that I see you walk out the door,
I would give you a hug and kiss
and call you back for one more.

If I knew it would be the last time
I'd hear your voice lifted up in praise,
I would video tape each action and word,
so I could play them back day after day.

If I knew it would be the last time,
I could spare an extra minute or two
to stop and say "I love you,"
instead of assuming, you would know I do.

If I knew it would be the last time
I would be there to share your day,
well I'm sure you'll have so many more,
so I can let just this one slip away.

For surely there's always tomorrow
to make up for an oversight,
and we always get a second chance
to make everything right.

There will always be another day
to say our "I love you's",
And certainly there's another chance
to say our "Anything I can do's?"

But just in case I might be wrong,
and today is all I get,
I'd like to say how much I love you
and I hope we never forget,

Tomorrow is not promised to anyone,
young or old alike,
And today may be the last chance you get
to hold your loved one tight.

So if you're waiting for tomorrow,
why not do it today?
For if tomorrow never comes,
you'll surely regret the day,

That you didn't take that extra time
for a smile, a hug, or a kiss
and you were too busy to grant someone,
what turned out to be their one last wish.

So hold your loved ones close today,
whisper in their ear,
Tell them how much you love them
and that you'll always hold them dear,

Take time to say "I'm sorry," "please forgive me,"
"thank you" or "it's okay".
And if tomorrow never comes,
you'll have no regrets about today.

Harapan dalam Cinta

Jejak bertapak Ezu warkah 11/06/2009 12:45:00 PM 0 kata azimat

Mahar Cinta

Jejak bertapak Ezu warkah 11/06/2009 12:10:00 PM 0 kata azimat

Thursday, November 05, 2009

Pening

Jejak bertapak Ezu warkah 11/05/2009 03:10:00 PM 0 kata azimat
ermmm..

lately ni.mungkin hormon da stabil. sensitif je. hahaha. patut la insan yang bernama manusia ni emosional. sikit-sikit terasa, sikit merajuk.

well, aku memang malas nak mengendahkan perasaan ni. penat main dengan hati. sedangkan orang yang sekeliling dan orang yang buat kite terasa x de ape-ape pun. keh3.. aku la tu. suke wat orang terasa. lepas tu aku wat x tau. kwang3... dia sakit hati lebih2, aku wat x tau je.

kite x dapat nak puaskan hati semua orang. aku rasa aku da buat yang terbaik dengan sume orang. tapi, x semua suka dengan kita. dan aku tahu aku jugak manusia biasa. x sesempurna mana..

kalo nak ikut hati normal aku sebagai perempuan, banyak je yang kau sakit hati kat opis ni. banyak je yang aku nak komplain. tapi aku malas. so, sebagai tindak balas, aku selalu tergelak, bising2, wat hal sendiri. hahah. aku bahagia dengan hidup ku.

tapi, tah la. erghhhhhhhhhh... aku rasa nak marah. x puas hati. geram. tapi, aku bukan jenis yang sesuka hati nak marah. aku tetap terasa. biar la. kalo aku bising2, leh bergaduh. baik diam je. kalo dia rasa dia nak tegur, tegur. aku kalo da tengok muka macam taik je nak tegur aku, aku biar kan je. x ikhlas nak tegur aku, x yah tegur. buat x tau je. aku pun x la sakit hati.

semata-mata hal kecik, tarik muka dengan aku. aku ingatkan dia wat keje la teruk2. rupenye, x de ape pun. lantak ko la... aku malas nak layan. well, aku tau condition dia sekarang. so, biarkan je... hahah. kalo aku jadi cam dia suatu hari nanti, lagi teruk agaknye. so, aku wat x tau... hahaha.

yang sorang tu plak x paham bahasa. aku kata jangan, jangan la. x paham jugak. jadi keling je la.. lame2 aku x makan nasik tu. sengal betol.mgkin dia lelaki, aku x kesah. lelaki memang ego. lagi la orang yang macam dia tu. aku lagi x heran. x nak tegur aku pun x pe.

ntah. biar la aku tulis pe yang aku nak. sape yang baca ni diam2 je la. semua orang ada kesalahan yang tersendiri.erghhhhhhhhhhhhhhhhh................................................... lege........................

Thursday, October 29, 2009

Dalam Hati

Jejak bertapak Ezu warkah 10/29/2009 01:29:00 PM 0 kata azimat



dedikasi khas untuk insan yang yang di rindui selalu..

Jika Aku Jatuh Hati

Jejak bertapak Ezu warkah 10/29/2009 12:39:00 PM 0 kata azimat

Friday, October 16, 2009

aku yang mencintai cinta

Jejak bertapak Ezu warkah 10/16/2009 12:43:00 PM 0 kata azimat


Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorang yang tak membalas cintamu,
janganlah merasa tersisih,
Tiada salahnya menyintai seseorang
kerana cinta tak memilih untuk singgah di hati sesiapapun.





Sekiranya kamu di cintai oleh seseorang yg tak kamu cintai,
anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu tapi…
kembali kan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas & jujur.
Jangan ambil kesempatan & janganlah melukakan…





Bagaimana kamu mengurus cinta,
begitulah jua kamu mengurusi diri mu.
Setiap hati & perasaan
mengalami kepedihan & kebahagiaan yang serupa,
sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.


Sekiranya kamu bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kamu
& tiba2 cinta memilih utk pergi,
tiada siapa yg harus di persalahkan. ..
relakanlah cinta itu pergi.

Kerana setiap yg berlaku ade maksud yang tersembunyi
& kamu akan menyedari apabila masa silih berganti.





Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta.
Kerana cinta sendiri akan memilih utk singgah di hati sesiapa.
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri di dalamnya
apabila ia datang mengetuk pintu hati mu.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup mu bahagia...

Cinta,
sentiasa & selamanya akan menjadi misteri.
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati mu..


***
buat aku yang pernah mencintai cinta.
akhirnya cinta itu pergi membawa bersama luka di hati.
masih terlihat dimata ku walau cinta diam menyepi.
cinta, semoga kau bahagia...
walau segunung sayang bertaut
cinta,
kau tetap pergi..





Monday, October 12, 2009

Rumah terbuka 1827 taman permata

Jejak bertapak Ezu warkah 10/12/2009 12:24:00 PM 0 kata azimat
hari sabtu lepas, my x housmate kat taman permata wat jamuan rumah terbuka. walaupun x semeriah tahun lepas, tapi semua yang ada dalam rumah tu dapat berkumpul semula. kak ezai, watashi, kak zira dan kak tie.


thanks t00 ajun cz sudi jemput ezu untuk memenuhkan majlis u all. kak djah juga.


erm, tahun depan mungkin kita da x dapat bersama macam ni lagi kan... semuanya bakal berkeluarga akhir bulan ni...


congratulation t00 kak ezai untuk wedding dia pada 22/11/2009 ni

kak djah pulak pada 10/12/2009.


semakin terasa saat2 kehilangan tu. walaupun watashi duduk sana setahun je, tapi kemesraan tu terasa sampai sekarang.


sebenarnya, masa open house tu, watashi da rasa sedih. kakak-kakak watashi sume nak kawin. watashi ni bile la lagi... rasa macam keseorangan ke. walau pun ajun ada, ezu tau. ajun mesti terasa kan. kak ezai n kak jah da nak tinggalkan kita.


ajun, mungkin sekarang ni bukan masa untuk kita dapat semua tu. mungkin kita belum perlu lagi berkeluarga.atau mungkin kita perlu membahagiakan lebih ramai lagi orang di sekeliling kita untuk kita mendapat kebahagiaan yang hakiki. tapi ajun, kita masih ada allah kan. mengadulah kita pada dia. mintalah kita pada dia...ezu tau ajun sedih.tapi, ajun jangan lupa. perjalannan kita masih jauh lagi. masih banyak yang perlu kita buat untuk memperoleh keredhaan allah.


ah.. ajun. kadangkala diri ini juga tak kuat untuk menghadapi semua ni. dalam keadaan2 sekarang ezu selalu je rasa keseorangan..ezu cemburukan mereka2 yang telah berpunya. tah, selaunya ezu akan biarkan perasaan ni berlalu. malas untuk ezu pikirkan apa yang akan terjadi..


sekadar luahan perasaan yang ezu pendam selama ni...


look to the picture below :
sedikit makanan ringan, kuih raya dan puding kastard.

hidangan pecal, popia goreng dan kek kurma


spegheti kari, mee kari dan buah-buahan

jam 2.00 am. keluar untuk membeli air milo ais dan jus apple.. hahah


bahan yang diperlukan


bahan2 pecal


jam 12.00am


jam 11.00 am


with kak ct, ina, ada, kak ezai


x-housmate 1827

Thursday, October 08, 2009

Jamuan Raya

Jejak bertapak Ezu warkah 10/08/2009 12:55:00 PM 0 kata azimat
Senyummmmmm 1,2,3..................


Yummy yummy......... Peacccceeeee.....

erkkkkk????????

Jom p masjid
kite p makan kat sana...
kenape makan kat masjid?
Jamuan raya kat masjid.
owhhhh...
kalo makan, memang cepat je...
hehehe..

watashi seronok tengok sahabat2 ni makan.
best2..

bulan syawal
bulan silatulrahim...
kan kan kan...

sama-samalah kite mengeratkan hubungan yang telah sedia ada.
ehehehe :-)



Tuesday, October 06, 2009

K0j0 Gil0

Jejak bertapak Ezu warkah 10/06/2009 02:52:00 PM 0 kata azimat
Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time...

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bahawa tak ada org kat kampung. Unpack segala barang anda & pergi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dalam 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah sekarang"

3. buat-buat terjaga pada tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalau dia tanya, pura2 tak tahu apa yang dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dengan pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dengan kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa-apa atau cakap apa-apa. Lepas tu bangun secara tiba-tiba sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dengan kuat "Horee...!". buka lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat-buat pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yang telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dalam risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yang menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat-buat muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dalam 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, seperti kucing, offer untuk beri makan kepada binatang tersebut. cepat-cepat keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kepada kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat lah...Macam teknik rebonding... ". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. masa roommate tidur, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), lepas itu panggil member dalam 10 baca yasin ramai-ramai. bila roomate jaga pakat2 buat tak nampak apa-apa.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) lepas itu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok-tengok ada mayat.

hahahahha...

renungan untuk bakal2 isteri

Jejak bertapak Ezu warkah 10/06/2009 01:34:00 PM 0 kata azimat
Pesanan Asma' binti Kharijah Fazari kepada anak gadisnya pada hari perkahwinan anaknya itu.


"Hai anakku, kini engkau telah keluar dari sarang yang dahulu adalah tempat engkau dilahirkan sehingga menjadi besar.


Kini engkau akan beralih ke suatu hamparan dan kediaman yang belum engkau kenali. Dan engkau harus berkawan pula dengan seseorang yang belum engkau mesrai.


Itulah suamimu.


Jadilah engkau tanah untuknya dan dia akan menjadi langit untukmu.


Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan dia akan menjadikan engkau sebagai tiangnya.


Janganlah membebaninya dengan pelbagai kesukaran sebab itu akan menyebabkan dia meninggalkanmu.


Janganlah engkau terlalu jauh darinya agar dia tidak melupaimu.


Tetapi kalau dia mendekatimu dekatilah ia


dan sekiranya dia agak menjauhimu, jauhilah dia dengan baik.


Kisah Sang mOnyet

Jejak bertapak Ezu warkah 10/06/2009 08:36:00 AM 0 kata azimat
Kisah Sang mOnyet
(cerita yang di copy n paste dari email yang watashi terima. pepagi buta ni hujan da turun dari mata watashi cz baca kisah ni.hahaha.)

Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis.Apa yangs aya ingin ceritakan pun hanyalah tentang monyet,haiwan yang sering jadi bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas, kekasih yang jelita mahupun banglo besar.

Saya tidak bijak bercerita tentang itu.Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara.Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di Kuala Pilah,nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir disisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.Saya terus memandu.
sewaktu kereta semakin hampir,saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta. Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinyaterketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging. Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?
Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya,nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.
Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet.Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi.Tapi tidak kepada saya.
Peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi.Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi,tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk , napuh, rusa,ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu,seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi . Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik,"Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan".

Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami.Saya mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yangsedang memakan buah-buah hutan.Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu.Dibibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benarmaksudnya. Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?"Ha'a. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela, " begitu jawapan pak cik.
Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supayamembatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendur kanniatnya.Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu,"daripada balik tangan kosong? " lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ? DAMMM!!!Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyi ranting patahs erta jerit pekik haiwan berkenaan.
BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah. Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat.Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan,tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah.Ia cuba bangun. Dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah.Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh,bangun mendapatkan ibunya.Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan.

Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali.Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya.Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit.Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya.
Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi.Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersamaanaknya.Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.Dosa apakah yang aku lakukan hingga aku ditembak? Salahkah aku bebas kesana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya.Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi. Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.
Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik,dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripadatumpah ke pipi.Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang- goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku.Susana sunyi kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang. Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunyayang telah mati.Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik.Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami keranamembunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh,tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak,rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia?? Mana hilangnya akal waras kami? Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya.Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam,keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Monday, October 05, 2009

Raya raya raya

Jejak bertapak Ezu warkah 10/05/2009 11:38:00 AM 0 kata azimat
first raya :
beraya dengan mata bengkak.
p umah sedara mara belah abah.
p shopping
hahaha.
2nd raya - 4rt raya:
dok senyap2 kat umah.
balik seremban

siang dan malam raya ke-9:
start keje
p umah terbuka opismate
p umah terbuka pak ben n makcik ana



malam raya ke-10:
opismate serbu umah watashi
p beraya umah opismate yang lain





malam raya ke-11 - raya ke-12:
dok diam2 kat umah
macam exhasused je rasenye
huhuh

malam raya ke-13:
kat KL
p hospital Pusrawi

raya ke-14:
beraya di KFC Central Market KL
jumpe nas, sue, faridil, hisham ngan sumarno





raya ke-15:
beraya di KFC Central Market KL lagi
hahaha

raya hari ni:
kat opis.

Friday, October 02, 2009

watashi rasa kan...

Jejak bertapak Ezu warkah 10/02/2009 10:21:00 AM 0 kata azimat
pernah x rasa macam yang watashi rasa?
ermm...
rasa macam mana?
hehe..
rasa camne ye...

ntah la..
nak cakap segan.
tapi nak cakap jugak.

mungkin sesiapa yang da umur2 macam watashi ni, da terpikir benda-benda macam ni. normal ke x ye perasaan ni? huhu. cam normal. cam gatal pun ade. hahaha..
mungkin ade yang da tahu ape jawapan dari soalan watashi kan. huhhu.. malunye..

em, mak watashi kawin umur 24 tahun. dia bertunangn sebelum kawin setahun. maksudnye, mak watshi bercinta dalam umur 23 tahun. hahaha. em, rasanya dia takkan marah watashi kalo watashi nak kawin dalam usia seusia dia waktu tu. hahahah.

camne ek nak kawin? best ke? sahabat watashi ada cakap, kawin tu macam orang korek telinga. sedap tak korek telinga tu? sedapkan. macam tu la kawin, tapi lebih sedap dari tu. hahahahah. cam sengal je watashi dengar. rasa nak gelak berguling-guling...tapi, betol jugakkan? hehehe. gatalnye watashi ni...

well.watashi pun x tau nape watashi tibe2 nak kawin.bukan gatal sangat nek berlaki.x kesah pun pasal laki ni.tapi, bile mengenangkan zuriat tu, macam nak je kawin.. ermmm
x leh ke kalo x kawin, tapi ade anak sendiri? ermm... watashi bukan seperti ibu nabi isa a.s.

semalam watashi bercerita dengan oficemate watashi. mungkin, apa yang dia rasa same dengan apa yang rasa. watashi bukanlah tidak percaya kepada lelaki2 di luar sana. tapi, sejak watashi kehilangan "dia" dalam hati watashi, watashi seakan serik untuk membuat sebarang skandal.ntah. watshi makin rasakan sume yang terjadi ni, sumenye tipu belaka. pembohongan yang x sudah2. tah, watashi da penat sangat rasanya.

oficemate watashi suruh terangkan kekasih gelap watashi.suruh watashi kawin cepat. suruh watashi pikir semula apa yang dia katakan. keralatan dia kerana tiada zuriat. dalam umur dia yang sekarang ni, dia da x pikir pasal kawin. semuanya da ada dalam hidup dia. kecuali yang satu tu je la. ermmm... betul jugak..

tapi, watshi bukan orang yang mudah untuk menerima sesorang dalam hidup watashi sebagai teman watashi.walaupun beria ia watashi suruh orang carikkan, tapi bila baru nak dikenenkan, watashi cepat2 menolak. hahah.. thank pada yang menolong watashi. biarlah orang marah kalo watashi kata, watashi ni memilih. yup, watashi memang memilih. penting untuk masa depan watashi dan zuriat watashi.biarlah dia seorang baik agamanya, lengkap solatnya. walaupun dia bukanlah seorang alim ulamak, hartawan apatah lagi dermawan, asalkan sejuk mata watashi memandangnya, diterima kehadiran dia dalam keluarga watashi dengan penuh kesyukuran.

ntah, dalam hati watashi, da x de cinta lagi rasanya dengan orang lain. watashi da buang segalanya. so, ape yang ada dalam diri watashi? ntah. cumenye, watashi akan terima kehadiran seseorang dengan keterbukaan andai seseorang itu datang pada watashi..watashi da penat mencari da tercari cari.

ermmm
watashi nak kawin.........
watashi nak seseorang yang boleh sayang watashi.
dan watashi pun boleh sayang dia..
huhuhu..

Wednesday, September 30, 2009

nak k****

Jejak bertapak Ezu warkah 9/30/2009 12:07:00 PM 0 kata azimat
kadang kala kesepian mengulit tangkai hati
kadang kala hati menepis keinginan diri
kadang kala emosi menguasai diri

entah apa yang aku perlukan
entah apa yang aku angankan
entah apa yang aku khayalkan

hati mengapa kau begini
hati mengapa kau bersedih
hati mengapa kau terluka

pedih benarkah luka yang tercipta
sarat benarkah masalah yang tertanggung
sukar benarkah laluan yang ada

apalah dayaku menentang suratan
apalah dayaku menolak takdir
apalah dayaku menyesali qada n qadar

jiwa ku kosong
hati ku parah
akal ku menewaskan segalanya

aku perlu kuat untuk mneruskan hari hari mendatang
tak perlu menoleh kebelakang lagi

aku terlalu terluka dengan apa yang terjadi
hingga ku padamkan segalanya

pergilah..
pergilah menurut hatimu
kebahagian terbentang dihadapan mu
**************************************************
watashi nak kawin.
watashi nak kawin.
watashi nak kawin.

Tuesday, September 29, 2009

pergilah

Jejak bertapak Ezu warkah 9/29/2009 11:45:00 AM 0 kata azimat
Sebenarnya, hati ini rindu kepadamu,
sebenarnya diri ini cinta kepadamu,
tapi aku,
tidak mengerti
mengapa kau semakin menjauh dan jauh serta jauh dari hatiku.

kau kejam.
hati ku berkata,
diam mu kerana menjaga hati
diam mu kerana memelihara agama
diam mu kerana memikirkan hari depan

arghhh......
sakit hati
sakit jiwa
sakit otak

sampai hati kan...
buatlah sesuka hati mu...
nekad.
aku takkan berpaling lagi pada mu.
maafkan aku.
 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review