"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Friday, August 28, 2009

Bila kau ku cintai...

Jejak bertapak Ezu warkah 8/28/2009 01:20:00 PM 1 kata azimat

Myspace Message Generators

Untukmu..

Jejak bertapak Ezu warkah 8/28/2009 10:05:00 AM 0 kata azimat

Cool Flash Comments

Wednesday, August 26, 2009

Aku lemah tanpa MU..

Jejak bertapak Ezu warkah 8/26/2009 11:38:00 AM 0 kata azimat
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!....
"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?.....
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?.....
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?....
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."-Surah Al-Imran ayat 200...."Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

RASA FRUST?.....
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." Surah Al-Imran ayat 139

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?.....
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?.....
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA AKU DIUJI?......
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Monday, August 24, 2009

Ramadhan ku

Jejak bertapak Ezu warkah 8/24/2009 09:30:00 AM 0 kata azimat
salam ramadhan kepada semua muslimin muslimat. ahlan wa sahlan ya ramadhan. ku tunggu kehadiran tetamu ini.moga ramadhan yang datang pada kali ini, memberikan seribu kebaikan dan keampunan pada kita.hari ni, da masuk hari ketiga kita berpuasa dan bertarawikh dengan penuh sabar dan penuh keikhlasan.dengan adanya ramadhan ini, diharapkan kita semua merebut semua peluang dan semua kebaikan yang Allah telah janjikan untuk diberikan pada kita..

tahun ni, tahun ke enam aku berpuasa di perantauan. 3 tahun di utmkl, 2 tahun di taman permata, dan sekarang di negeri sembilan. banyak perbezaan yang telah aku lalui sepanjang mengenali puasa di tempat orang.dan setiap tempat yanga ku lalui itu, ada seribu satu cerita yang tersendiri. andai dikenang kembali,tentunya aku x mampu mengungkapkan satu persatu perjalanan hidupku.

Perjalanan kehidupan dengan sahabat2, terus bersemadi di lubuk hati. APL UTMKL, APD24UTMKL,Permata1827. Dedikasi untuk:nas,k.marissa,husna,wawa,miza,jihan,ella,k.sya,ida,intan,ana,k.izi,zamin,adam,syuk, farid,fariduddin,mahfodz,ise,buhairi,bahiri,syam,ajun,k.zira.k.ezai.k.djah,ust.amin dan rami lagilah. Banyak pengajaran dan pembelajaran yang watashi peroleh dari antum semua. Syukran wa jazakallahu khairan kathira.

Tahun ni, berpuasa dengan nenek. Berbeza sangat rasanya. Mungkin telah terbiasa berbuka dengan rakan-rakan, dua hari dengan nenek.mula dengan bacaan doa. Makan seperti biasa. Tanpa cerita ceriti dan gelak ketawa. Wahahah. Watashi jadi seorang yang terlalu baik sekarang dekat umah. Tapi, kalau kat opis, suara watashi macam halilintar membelah bumi..

Erm, nak cerita ape lagi??? Tadi kak ita datang. Terubat sikit rindu kat dia. Boleh la melepas segala keluh kesah sebentar dengan dia. Dia kata watashi da kurus. Betol ke? Hahahah. Orang memang selalu cakap macam tu. Tapi watashi rasa, tak.. hehe..

Watashi da tau ape itu mantai dan puasa tua. Hahaha
Salam ramadhan buat semua.

Thursday, August 20, 2009

Harga sebuah persahabatan

Jejak bertapak Ezu warkah 8/20/2009 09:48:00 AM 0 kata azimat


Ku biar kalam berbicara Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan Tunjukkan ku jalan Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali Mungkin ada rahmat yang tersembunyi
******************************************************************************
Ketika diri mencari sinar Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis airmataku keharuan Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Wednesday, August 19, 2009

hahahaha

Jejak bertapak Ezu warkah 8/19/2009 11:03:00 AM 0 kata azimat

Ku serah

Jejak bertapak Ezu warkah 8/19/2009 10:11:00 AM 0 kata azimat
Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini Hanya padaMu oh Tuhan
Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini
by:in-team

Semalam

Jejak bertapak Ezu warkah 8/19/2009 09:34:00 AM 3 kata azimat
kek ni, hadiah untuk kengkawan yang lahir bulan ogos.. termasuklah watasi.. see my name?hehehe



kek cappucino..



1/8/1984 = k.syikin

2/8/1988 = safwan

4/8/1985 = romi

5/8/1986 = watashi

7/8/1983 = azri

10/8/1982 = tn.ijad


hehehe.berturut-turut yang sambut ulangtahun ketuaan masing-masing.

celebrate la semalam.best2. tn.ijad bace doa selamat. dato' pun ade time tu. ezu ngn k.syikin tolong sediakan pe yang patut.azri tukang beli aiskrim n roti, romi tolong potong kek.safwan tolong duduk nak makan kek.huhu..


x lupe jasa kak asmah tolong watkan air oren n zairi tolong bawak p beli kek.


watashi da semakin membesar duduk kat sini. makan je keje. x de wat keje, makan. sambil wat keje pun makan. susah hati, makan. pendek kata, semua nak makan.kalau client kat depan tu wat hal pun, rase nak makan je diorang tu. hahaha.


kalau watashi makan orang, mesti gempar satu mahkamah. keh3.


well, pe yang berlaku pada diri watashi, watashi perlu muhasabah diri semula. dan watashi tau, semua orang sayangkan watashi. betul atau tidak, watashi tetap tau mereka2 yang berkawan dengan watashi, semuanya sayangkan watashi...thanks ya..rase macam di manje sangat.hehehe.

Tuesday, August 18, 2009

Rasanye

Jejak bertapak Ezu warkah 8/18/2009 08:35:00 AM 0 kata azimat
sebenarnye, hari ni rasa weak sangat.macam-macam yang terpikir.tapi x sorang pun yang paham.

erm, orang memang x penah paham watashi.watashi je dapat paham orang.hahha. cam berlagak je statment tu.keh3..

ada sesuatu dalm pikiran watashi.watashi rasa, watashi perlukan seseorang yang boleh jaga watashi sampai akhir hayat watashi.eeerghhhh.. kenape rasa ni hadir... muda lagi.banyak lagi hal x sattle..

bantulah aku ya allah..lemah sangat rasanye..

Monday, August 17, 2009

Cinta Ini

Jejak bertapak Ezu warkah 8/17/2009 04:45:00 PM 0 kata azimat

Friday, August 14, 2009

andai kau tahu

Jejak bertapak Ezu warkah 8/14/2009 12:33:00 PM 0 kata azimat

Wednesday, August 12, 2009

Aku, Dia dan Penciptaku

Jejak bertapak Ezu warkah 8/12/2009 04:52:00 PM 0 kata azimat
terkadang rasa hati ingin mencurahkan segala.
terkadang rasa hati ingin memendamkan segala.
antara hati dan akal
antara nafsu dan emosi
perlu diolah dengan munasabah.

aku hanya insan yang kerdil
tersilap langkah itu menjadi permainan
jatuh bangun itu
membuat akan aku perit
menjadikan aku takut
menzahirkan kelemahan
dan melenyapkan kepercayaan.

lumrah hidup
ranjau yang berliku perlu aku redahi
andai yang terjadi itu
satu kesukaran di pengakhiran sebuah rasa
aku perlu tabah dan redha dalam perjuangan
bukan menyerah dalam pasrah

tiada pengharapan ku pada manusia lagi
tiada permintaanku pada manusia lagi

ya allah, ya allah, ya allah
andai engaku memberikan aku hati yang lain
nescaya aku takkan mensia-sia kannya
tapi apalah dayaku untuk meminta hati yang baru dari mu
hati yang ada ini
kau peganglah, simpulkanlah
agar aku lebih akrab dan dekat padamu

hanya engkau yang tahu hati ini
hanya engkau yang tahu resahnya hati ini
hanya engkau yang tahu betapa luluhnya hati ini
hanya engkau yang tahu betapa sukarnya aku menghadapi saat begini.
dan hanya engkau yang mampu mendengar keluh kesah ini
hanya engkau yang mampu memahami rahsia hati ini
hanya engkau yang dapat mengubat hati ini.

moga aku sentiasa dalam jagaanmu selalu..

Tuesday, August 11, 2009

satu per satu

Jejak bertapak Ezu warkah 8/11/2009 05:09:00 PM 0 kata azimat

nama dia ni toyen.. toyen ni senyum plak kak ika tangkap gambar dia. hehe

boleh la gambar ni kan..


bila satu persatu itu, menjadi milik ku...

Monday, August 10, 2009

H one N one

Jejak bertapak Ezu warkah 8/10/2009 04:02:00 PM 0 kata azimat

Sehingga ke hari ini seramai 27 orang yang telah maut disebabkan oleh jangkitan selsema babi.agak membimbangkan juga.terlalu cepat penyakit ni berjangkit.
ada fakta yang mengatakan ini adalah selsema anjing.sekejap sahaja nyawa akan melayang.lazimnya kita takkan tahu kejadian sebenar yang melanda negara kita.banyak fakta yang dirahsiakan.setelah banyak nyawa yang hampir melayang, baru kita akan didedahkan dengan perkara sebenar.

bukan nak salahkan tampuk pemerintahan. tapi semakin lama, semakin kejadian yang tidak di ingini berlaku. lebih2 lagi hal2 yang melibatkan nyawa. mana suara-suara besar yang diharapkan dapat membantu? semakin hari semakin parah.setakat suara-suara ikan bilis macam kami ni bersuara, nanti dikatakan sebagai penghianat negara.pandai2 je nak mengubah pentadbiran.kalau buat demonstrasi, kene ISA plak. macam2 la negara yang mana makmur ni punya protokol.

watashi x berani nak ulas banyak2 pasal benda2 ni.nanti x pasal2 SB intip watashi.hahaha.alamatnye watashi masuk lokap tanpa bicara...xmau, x mau...

atleast, aplikasikan undang2 islam semula. bila semua dah berpaksi pada yang satu ni, x mungkin gejala-gejala yang tidak diingini berlaku. kite tahu ramai yang bukan islam ni menentang negara islam.dengan alasan takut pelbagai benda.walhal,kalau diamati betol2, mereka ni nak kuasa je.dengan kuasa mereka boleh buat apa sahaja. satu je pointnya, penghapusan agama islam. tapi orang islam tak pernah sedar,bukan x tau. sebok bergocoh nak pangkat sampai bergaduh sesama islam sendiri. orang kafir tepuk tangan meraikan pergaduhan kita dan dalam masa yang sama mereka mencucuk kedua-dua belah pihak sebagai penasihat kononnya.pada kita, cina ni bagus dalam kewangan, india bagus dalam perbicaraan, melayu hebat dan mantap dalam pergaduhan.tahniah buat bangsaku. opppsss...rasanya da terlebih2 ni..

tak terhitung dengan jemari, hatta helaian rambut sekali pun kes-kes jenayah yang sedang melanda.hasil jenayah yang melanda ini, menyebabkan banyak penyakit yang menular.ye ke???
renungkan kembali...
contoh:
1.dadah = hiv
2.arak = gila

makan hasil2 haram pun, boleh dapat penyakit. penyakit hati. lambat sangat hatitu nak terima benda-benda yang baik.hati dah hitam la katakan.
even, pada watashi yang bekerja ni pun.selalu sangat berjaga-jaga.jangan sampai terbawa balik umah.kertas ke pen ke.. erm, masa kerja ni mengular posting blog ni macam mana???

************************
Apakah pembalasan mu ya allah pada kami sehingga kami diuji sebegini.terlalu besar bala yang kau berikan.

benar, rahmatmu tak mengira manusia apatah lagi bala darimu.

aku tahu,terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan di buka bumi ini. malah lebih teruk dari umat2 mu yang terdahulu. selagi denyut nadi ini belum terhenti,selamanya lah aku akan tersesat. terlalu kuat pengaruh nafsu dan ajakan syaitan itu berlingkat dalam segumpal darah ini. lindungilah aku dari malapetaka yang maha hebat ini.jauhkan lah ia dari kedua ibubapaku, adik2ku, saudara2 ku, sahabat2 ku serta kaum2 muslimin dan muslimat yang lain..

Thursday, August 06, 2009

Puding caramel

Jejak bertapak Ezu warkah 8/06/2009 04:46:00 PM 0 kata azimat
Bahan-Bahan:


Bahan A:

10 biji telur
1 tin susu ideal
1 tin air
8 sudu besar gula
sedikit esen vanila



Bahan B:

10 sudu gula untuk dibuat caramel



Cara:

Campurkan semua bahan A dan pukul. bahan B digoreng dalam kuali dan masukan sedikit air. masukan bahan B kedalam acuan dan diikuti bahan A. kukus sehingga 30 min.



Cadangan Hidangan:

Sedap dimakan bila sejuk.
boleh juga dimakan dengan buah-buahan dalam tin

Wednesday, August 05, 2009

dua puluh tiga

Jejak bertapak Ezu warkah 8/05/2009 10:11:00 AM 0 kata azimat

alhamdullillah.. hari ni, genap 23 tahun umur watashi..

watashi rasa da tua sangat rasanya. kalo mati dalam umur-umur macam ni, da dapat balasan yang setimpal dengan apa yang selalu dikerjakan dalam hidup ni.. huhuhu.. sedih plak.. dalam umur2 yang hampir senja ni, rasa sikit sangat amalan yang watashi buat.

semalam dan hari ni, parents watashi ada di sisi. rasa bahagia sangat. malam tadi pun tido dengan ibu. rase rindu sangat dengan ibu. petang tu da berborak dengan abah, da la.. huhuhu. kalo kecik2 dlu bleh la tido dengan abah...hehehe.

semenjak dua menjak ni ade je benda yang x best terjadi kat diri watashi.. salah watashi jugak.. tapi x pe. watashi da mintak maaf dekat orang2 yang marah kat watashi dan orang2 yang watashi da serabutkan kepala dia..terpulang la diorang nak maafkan watashi ke x.kalo watashi mati, watashi da x de hutang dengan diorang..

terima kasih watashi ucapkan pada sahabat2 watashi yang masih sudi mengingati watashi dalam ingatan mereka.. rasa terharu plak..lepas berborak dengan ibu, watashi dapat banyak mesej dari sahabat yang ucapakan selamat hari lahir pada watashi.. terima kasih ye..

watashi x tau nak tulis ape lagi sebenarnye.. dalam bahagia, rupanya watashi rasa kosong sangat. rasa diri ni macam da x de ape2.watashi rasa sedih.x tau kenapa.. kekurangan diri watashi menyebabkan watashi malu nak mintak ape2 dari allah. tapi selagi watashi mahukan yang terbaik, watashi akan buat yang terbaik dan berbuat baik dengan diriNya.. moga allah merahmati hidup watashi sehingga akhir hayat watashi..

Tuesday, August 04, 2009

Anak-anak Ku

Jejak bertapak Ezu warkah 8/04/2009 11:58:00 AM 0 kata azimat
January 1st, 2009 by ezuezu

firstly, as mama to all my daughters, i wish all happy new year wit blessing of allah… may this year will make you happy n make ur dreams come true..

to:farah nurfilza,fatihatul, tahun ni tahun untuk PMR. selama 2 tahun berjuang dengan pelbagai dugaan, moga tahun ini kamu dapat melakarkan segalanya yang terindah, demi masa depanmu dan juga merealisasikan harapam keluarga kandungmu..

noor azimah, nor afidah, efizatul faiera tahniah atas kejayaan yang cemerlang untuk PMR tahun lepas! walau ape pun halangan lepas ni, usahakan lagi untuk mencapai yang terbaik. SPM tahun hadapan, diharapkan agar kecemerlangan yang sama dikekalkan. tahun ini bukan tahun honeymoon ye..usah terlalu asyik dengan kejayaan yang sedikit ini…moga usahamu menjadi kebanggaan semua.

nur dina iffah dan siti hajar. SPM dah lepas, just tunggu keputusan kan.. semoga kecemerlanagn itu milik antum. semoga usahamu, berjaya ke menara gading. lanjutkan dengan kerjaya yang terbaik..

anak2 ku. kisah yang berlalu, biarkan berlalu… perjalananmu masih jauh dan panjang lagi. erti kehidupan bukan semudah yang disangka. pengorbanan, ketabahan dan usaha perlu ada dalam diri kita untuk melangkah lebih jauh lagi. bukan terdampar di medan ini tanpa perjuangan yang berpanjangan. lakukan semuanya atas keikhlasan diri.

sebagai remaja yang sedang mekar di taman, ku harapkan dikau berjaya menjadi insan solehah yang bisa menggegarkan dunia dengan kehebatamnu di medan jihad allah. moga kesabaranmu mendidik hati ini bisa menjadikan mu wanita agung. dan moga sifat malu itu akan menjadi benteng pertahanan dirimu walau di mana engkau berada.

sebagai insan yang sedang mencari identiti diri, aku tahu, jiwa mu seringkali memberontak. menolak semua suruhan yang baik. mencari kebebasan yang hakiki, mencari perhatian yang suci kononnya…

anakku, bukan aku mahu meluahkan segala keburukan mu. ketahuilah anak ku, hati ini seringkali menagis andai ada salah seorang antara mu yang merajuk. membawa diri. bila ketegasan ku pamerkan, kau berkata ‘relex la bu.. orang lain pun macam tu jugak’… aduhai anakku…itu orang lain.. kenapa ingin disamakan dengan diri sendiri…

kadangkala kedegilanmu membuatkan aku digeletek perasaan ingin memarahi. tapi, suara hati aku berkata, kau belum matang dalam menzahirkan nasihatku. bila kepedihan ku mengocak hati, aku cuba untuk mengingatkan kembali keceriaan kita. makan bersama.tidur bersama,belajar bersama, ke sekolah bersama. aku rindukan detik itu!

aku tahu, aku tak pandai menunjukkan sayangku. tapi hati ni dan bibir ini sering merinduimu dan menyayangi mu…

peritnya menjadi ibu ini, akan kau ketahui bila kau telah menjadi ibu kelak.walaupun kau adalah anak2 angkat ku, tapi kau adalah yang terbaik untukku.

aku merindui dina yang pada mulanya sukar menerima aku. entah apa yang ada dalam pikirannya ketika itu.. bila ku peluk anak itu, dirinya diam terkaku. tanda menolaknya dia dari ku. ku biarkan dia dan ku jaga dengan mata ku. seringkali aku tersenyum bersendirian, dia akan tersipu bila aku tersedar dia memandangku. akhirnya, sebelum pemergianku, dia menerima aku setulusnya. walaupun masa itu terlalu singkat aku bersyukur aku mampu mengecap kasih sayangnya. ‘ibu, kak dina menagis.dia kata dia banyak dosa kat ibu’. seawal pagi kau ke sekolah dan terus memencilkan diri di dalam perut bas itu. maaf dina. kita tak sempat berjumpa disaat akhir.

hajar, yang kurang karenah dan sentiasa disisi aku. telah aku cuba yang terbaik untuk memperbaikai dirinya. sedikit2 usahaku berjaya walau tidak sepenuhnya.. terima kasih atas kasih sayangmu..

efi yang agak lincah. selalu bersama kembarnya kemana2.. masih dalam perhatianku kerana dia umpama sang merpati. mendekati aku bila perlukan sesuatu, menjauhi aku seketika bila perhatiannya beralih arah..

azimah yang pendiam. tekun bila melakukan sesuatu. semuanya bersistematik. pembersih, pengemas dan suka membebel. ayatnya ‘ish.. kak uda ni…’ belajarnya di sisiku, tidurnya di ketiakku. memiliki daya pemahaman yang panjang dan sering menegurku ketika aku bersedih.
afidah. sama seperti azimah. lebihnya dia pada rajuknya.. tiba2 sahaja berada di sebelahku. dengan senyuman dan lirikan matanya. seringkali termenung mengenangkan kesusahan hidup keluarganya. jarang berkongsi. tapi aku tahu, tindakannya tidak pernah menghancurkan hati sesiapa.

farah yang kecik molek. mengadu dengan muncung yang paling panjang diantara yang lain. kecik tapi petah berkata2. bising serata alam bila kau tidak dijumpai. ada saja yang ingin dibincangkan. pemikirannya yang matang membuatkan aku kagum dengan dirinya.
atul,kerana kemanjaannya, dia tak mampu ku tegur berulangkali. sekali ku tegur, selamanya dia kan merajuk. aku tahu dia memarahi aku. kerana aku pernah membela rakannya. bukan dia.. menyalami aku dengan seribu ketidakikhlasan..tapi aku tahu, lirikan matanya seringkali pada ku..

belum cukup kuat rasanya aku ingin menjadi seorang ibu. betapa yang 7 orang ini pelbagai ragam. baru ku tahu, pedihnya hati seorang ibu, bila aku melakukan banyak perkara yang sering menyakiti hatinya…

maafkan kak ika ibu. maafkan kak ika abah.. bukan ku tak tahu derita nya hatimu bila aku membantah kata2mu. tapi kekuatan ku x secekal yang kau fikirkan.. pintaku seringkali berdasarkan kemahuanku tanpa ku memikirkan masa hadapan. janjiku, akan ku turuti kemahuannmu.akan juga dirimu bila engkau tua kelak.

terima kasih ibu abah. kerana membahagiakan ku sepajang perjalanan hidup aku. sayang………… sangat2… mmmmuuuuaaaahhhhh..

Kesempatan atau Pilihan

Jejak bertapak Ezu warkah 8/04/2009 11:50:00 AM 0 kata azimat
saat kita bertemu dengan seseorang yang sempurna yang kita cintai di saat yang tepat, di tempat yang tepatdan di waktu yang tepat, itu adalah kesempatan.

saat kita bertemu seseorang yang membuatkan kitatertarik, itu bukan pilihan itu adalah kesempatan.

selalu bersama/bertemu dalam suatu waktu (dan banyak hubungan yang terjalin kerana ini) bukanlah suatu pilihan, itu juga suatu kesempatan.

perbezaannya adalah setelah semuanya itu terjadi. bila kita akan membawa rasa cinta, suka, ketertarikan tersebut naik ke aras selanjutnya? pada saat akal tenang kembali, duduk dan neracai apakah kita inginmelanjutkan hubungan tersebut atau melepaskannya.

jika kita memilih untuk mencintai seseorang, meskipun dengan segala kekurangannya, itu bukanlah kesempatan itu adalah pilihan.

di saat kita memilih untuk bersama dengan seseorang,tidak peduli dengan hal lainnya, itu adalah pilihan.

meskipun kita tahu banyak orang di luar sana yang lebih menarik, pintar, dan lebih kaya daripada pasangan kita, dan tetap kita memutuskan untuk terus mencintai pasangan kita dengan apa adanya, itu adalah pilihan.

cinta, suka, ketertarikan datang kepada kita dari KESEMPATAN.
tetapi cinta sejati itu adalah sungguh-sungguh suatu PILIHAN.

“kita lahir ke dunia ini bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk mencintai… tetapi untuk belajar bagaimana mencintai seseorang dengan sempurna…”
by ezu's friendster

Sejuta Harapan : Dai nada

Jejak bertapak Ezu warkah 8/04/2009 11:40:00 AM 0 kata azimat
Sejuta Harapan : Dai nada
Sejuta harapan yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu untuk terangi jalanku
Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku
Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu

Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Sucikanlah hati ikhlas untukMu
Terangilah gelap hitam jalanku
Sucikanlah hati ikhlas untukMu
by ezu's friendster

ikhlas

Jejak bertapak Ezu warkah 8/04/2009 11:38:00 AM 0 kata azimat
“zu, kalo nak buat ape2, kene ikhlas, terbitkan sifat ikhlas dalam diri. insyaallah, semua kerja akan menjadi mudah. walupun kadang2 xterasa tapi ia akan hadir tanpa di sedari”
kata2 yang satu ini muncul daripada insan yang aku sayang.

betul katanya. da betul juga kalam allah. ikhlas, walau ia sukar.
impak daripada sifat ini, aku rasai. walau pun kadang kala keluh kesah melanda, capat2 aku beristighfar, memberi laluan hadir nya rasa ikhlas. hasilnya, aku menerima sesuatu dengan tenang tabah dan redha.

apliksi dalam kehidupan seharian. terutamanya dalam bidang pekerjaan. hahaha. walupun kadang2 rasa menyampah dan x puas hati dengan sesuatu kerja itu, walaupun teringin brsungut berlebih2an,walaun rasa benci menular dalam hati, aku cuba untuk redha dan ikhlas.

menerima sifat dan sikap seseorang, menerima tanggungjawab yang berpanjangan, menerima segalanya dengan rasa yang terbuka. mungkin itu sifatnya dan sikapnya, terimalah kita dengan hadiah yang telah allah bagi pada dia untuk kita. mungkin tanggungjawab yang kita pikul ini, adalah untuk lebih mendisiplinkan dan mendekatkan diri kita pada allah.

ape yang allah bagi dan hadirkan untuk kita,adalah pengajaran untuk kita. sama ada kita sedar ataupun tidak.kalo kite selalu berfikir dengan apa yang dah jadi, kita akan tau apa yang allah nak bagi. allah x akan uji kite dengan benda yang kita x mampu lakukan. dia akan uji kite mengikut kemampuan kita.

walaupun aku sendiri selalu keluh kesah dengan segala kekurangn manusia, aku x harus lupa, wajib mengingati, bahawa aku juga manusia yang tidak sempurna.
jadi, aku memesan kepada diriku sendiri, terimalah segala yang terjadi dengan penuh rasa redha dan ikhlas. insyaallah,kita akan menerima kekurangan manusia dan manusia akan menerima kekurangan kita.
By ezu's Friendster

Apa Tindakan Mu

Jejak bertapak Ezu warkah 8/04/2009 11:35:00 AM 0 kata azimat
“mcm mn kalau ko dpt laki yg tk solat tp die baik. ko dah jatuh cinta sgt dgn die. dn dh jdk suami pon. andaikan ajela. skrg ko dah kawen dah. dr yg lain2 mmg die baik. time ko sakit die jga ko. mkn die masak. yg lain smue perfect tp bab solat tu. die diam je. ko dah suruh tp die tak jwb pape dan die diam je. ape ko buat”

tersentap aku dengan persoalan seorang teman. terdiam aku untuk memberikan jawapan terbaik. monolong ku tibe-tibe bersuara, “apa yang aku harus lakukan”
yup,kemungkinan2 seperti ini, aku harus akui, mungkin aku akan teruji.

andai kerana cinta, mungkin aku tetap menerima dia sebagai suami ku. sememangnya kerana sayang, dia tidak aku ku lepaskan. keyakinan hati ku, aku boleh mengubahnya. dan tidak boleh tidak, aku wajib meluruskan hatinya, kembali taat kepada penciptanya. harus aku akui walau sekeras manapun usahaku untuk mengubah dirinya, allah akan ada bersama-sama aku, lebih2 lagi apabila aku berlaku taat pada perintah suamiku, dia kan berubah juga. walau masa itu terlalu lama.

andai kerana iman, mungkin aku akan tinggalkan dia, mencari yang lebih baik. keyakinan hatiku, sebagai pemimpin keluarga dia perlu lurus terlebih dahulu. pencongnya perjalanan hidupnya, pencong juga perjalanan hidupku. manakan mampu dia meluruskan aku sebagai seorang wanita. dan aku juga tidak mampu untuk merubah dirinya. keegoan seorang lelaki, x mampu dilenturkan walau sekuat mana iman wanita itu. sehingga tahap kesabaran yang mana aku harus memujuk suami ku untuk tidak angkuh pada allah. tuhan yang telah memberikannya nafas untuk berjalan di bumi allah ini. wanita ini, perasaannya 9, akalnya 1.

sekadar monolog yang tidak aku lepaskan padanya..

perkahwinan adalah percaturan hidup. seawal permulaan telah tersilap, sukar untuk langkah2 yang seterusnya. benar atau tidak, kita ada kuasa memilih. lakukan istikharah untuk memilih yang tepat dan terbaik. janji allah, pasangan kita itu, sama dengan kita. buruk baik dia yang ada, itulah cermin diri kita yang sebenarnya.

terkadang ujian allah itu, sengaja diturunkan untuk kita semata-mata untuk melihat sejauh mana penerimaan kita terhadap ujian itu. dan sejauh mana perasangka baik kita kepada allah terhadap ujian ini.

jangan dilupakan, selalu diingati, kita bukan terlalu sempurna untuk merendahkan orang lain. hidayah yang allah bagi kepada kita, bila2 masa saja dia akan tarik balik. hati manusia sering berbolak balik. orang yang baik belum tentu akan baik selamanya, dan orang yang jahat belum tentu akan jahat selamanya.

dan, andai kata aku dapat yang begitu, aku perlu bermuhasabah diri semula. mungkin ada kesalahan ku yang lampau, menyebabkan aku diuji sebegitu. apakah rasional disebalik yang terjadi, tepuk dada, tanyalah iman. dan apakah ikhlas perlu juga diselitkan dalam konteks ini.

apakah kita akan bahagia? apa makna bahagia? bahagia itu ketenangan. apa itu ketenangan?ketenangan itu menerima dengan keterbukaan. apa iu keterbukaan? keterbukaan itu keredhaan. andai rasa bahagia, dia ada disepanjang perjalanan kehidupan. bukan diawal, ditengah atau diakhir.

apa kesimpulan dari persoalan ini? leraikan lah sendiri. antara baik dan buruk, antara iman dan amal, antara dosa dan pahala, antara bahagia atau tidak antara pengorbanan dan terkorban.
 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review