"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Saturday, June 29, 2013

Aku tewas kali ni!

Jejak bertapak Ezu warkah 6/29/2013 12:52:00 PM
Tahap kesihatan masih lagi di paras lama..
Semakin tiada tanda untuk sembuh..
Hari ni menjadi teruk lagi..

Sementelah mendengar kabar bahawa dia akan bertunang esok..
Dia sendiri yang menjemput ke rumahnya..
Dia sendiri yang memberitahu kenduri itu dia bertunang..
Tidak menjemput rakan kerja yang lain kerana, 
Rumah kami yang paling hampir.. Aku dan fahmi..

Kalau sekadar kenduri arwah dibulan2 ni, 
Tak mungkin kami dijemput..
Ini kenduri dia.. Wajarlah kami dijemput..

Hati luar masih ego membiarkan apa yang terjadi..
Dengan ucapan semoga selamat semuanya dan selamat bertunang..

Dalam sepi,
Aku menangis...
Tapi aku redha..
Bukan jodoh ini yang tertulis dengan dia..
2 tahun aku menyembunyikan rasa..
Akhirnya dia milik yang lain...

Tewas juga dek pemikiran luar kawal..
Mengapa ini yang selalu terjadi?
Tidak layakkah aku berdampingan dengan mana2 lelaki..
Yang sesuai untuk menjadi suami..

Kenapa orang lain begitu senang memperoleh pasangan hidup,
Sedangkan aku sukar sekali..

Rabbb...
Tolonglah aku...
Aku hampir tewas...

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review