"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Monday, June 17, 2013

nikah sudah kamu, nasruha!

Jejak bertapak Ezu warkah 6/17/2013 09:59:00 PM

Tanggal 3 jun 2013..
Bermulalah episod baharu kehidupan sahabat baik ku dan abang angkat aku
Nasruha Che Man dan Ahmad Hafidz menjadi suami isteri..

Kedua- duanya ku kenali ketika di UTMKL..
Sewaktu bersama- sama menjadi AJK Kolej Pertama..

Indah kenangan di waktu dahulu..
Masih terbayang saat manis, suka dan duka bersama..

Nasruha, dia adalah sahabat yang paling baik, paling memahami 
Dan paling bertolak ansur dengan aku..
Keperibadiannya yang sangat mengujakan aku..
Sebab itu, aku mampu bertahan dengannya  sehingga sekarang..

Dia bukan lagi sahabat, tapi dia adalah saudara paling rapat bagi aku..
Begitu juga suaminya.. Sama seperti dia...
Aku dimanja, dijaga dan dikasihi seperti saudara kandung sendiri!
Tuhan, aku bersyukur dikurniakan insan seperti mereka!

Barakallahu lakuma wa baroka alaikuma wajamaa baina kuma fil khair..!
Uhibbukum fillah!

Semoga mahligai yang kalian bina, kekal utuh dan abadi sehingga syurga!
Moga dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah
Dan diberkati kehidupan kamu dunia akhirat wahai mempelai..



Keberangkatanku pada hari khamis malam jumaat..
Aku sungguh teruja dengan pernikahan itu..

Sementelah aku dipaksa menjadi pengapit,
Maka, wajib juga lah aku bertolak awal..

Aku hadiri malam akad nikah tersebut bersama seorang lagi teman
Erat genggaman tangannya pada ku, saat lafaz sakinah itu termetrai..
Mungkin sedikit sebak padanya..
Aku apatah lagi...


Sedikit rasa kelakar sebelum waktu persandingan..
Sesi makeup berjalan..
Ramai yang ingin melihat pengantin..
Itu perkara biasa..
Bila bilik itu sudah padat, aku keluar untuk mengambil angin luar..

Tiba2 ada yang menegur dan ingin bersalam..
"Inikah pengantinnya?
Aku terkedu dan terus ketawa sambil menafikan!
Mana mungkin aku yang biasa2 ini dianggap pengantin!
Make up pon tidak..walau telah dipaksa untuk di make up...
Tak hingin aku... Nanti aku tak berseri masa persandingan aku pula! Hhahaha!

Pengantin ini, tinggi orangnya..
Pakai pula high heel... 
Maka, aku yang sememangnya sudah pakai heel tetap nampak kemetot..
X pe la..
Yang penting, dia bahagia..

Selepas dia disandingkan, aku kerumah sahabat lain pula..
Nuriziani.. Ya...Aku pernah kesana sewaktu persandingannya..
Jauh dibawa aku berjalan..
Pantai seri tujuh, kawasan bebas cukai.. Aku lupa di mana... 
Berjalan sahaja aku...

Jujur aku katakan, ramai dikalangan sahabatku adalah orang kelantan..
Kalau ke sana, aku mungkin mudah utuk bergerak..
Orang kata, mereka berpuak.. Entah, pada aku itu biasa..
Sesiapa pon kalau jumpa member negeri sendiri akan melekap terus dengan kenegeriannya..

Walau apapon, terima kasih kerana sudi menerima aku sebagai sahabat"
Aku akui, aku bukanlah orang yang bagus dalam hidup kalian..
Tapi kalian telah menyempurnakan aku sewaktu kita bersama!

Selamat berbahagia wahai sahabat2 ku!
Semoga allah melimpahkan rezeki dan keberkatan dalam hidup kalian!



  


I blog with BE Write

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review