"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Monday, March 24, 2014

Mental problems

Jejak bertapak Ezu warkah 3/24/2014 08:05:00 PM 0 kata azimat
Melayu..
Bukan perbicaraan politik disini..
Tapi sikap..

Sikap dan tindakan melayu..
Mungkin segelintir atau malah ramai..
Sifat busuk hati dan tidak senang dengan orang lain
Membuatkan melayu makin layu..

Aku semakin pelik dengan ragam2 ini..
Semakin tinggi tahap pelajaran
Semakin pandai tentang ilmu dunia
Semakin hilang rasa hormat pada orang lain..

Jelik dengan perangai yang tak seberapa bagus ni..
Atau akukah yang terlalu kurang segala segi 
sehingga orang membenci

Aku tidak sesempurna yang kau lihat..
Kurang yang semakin banyak
Tapi tidak nampak pada matamu..

Apa yang aku ada?
Harta? Hutang ku keliling pinggang
Rupa? Tuhan bagi aku raut yang sebegini
Keturunan? Sekadar melayu biasa
Agama? Tidak semolek perempuan lain..

Maka..
Kekurangan ini aku perlu litupi
Agar aku tidak bersedih dengan kelemahan aku..
Aku tak mahu orang sekeliling aku tak bahagia
Kalau aku tak bahagia..
Biarlah mereka mencipta kebahagiaan
Andai dari airmata ku sendiri...

Salahkah aku bekerja dengan orang lain..
Ya..
Aku tahu.. Bukan mereka bos hakiki aku..
Sementelah mereka bekerja dengan aku
Perlukah aku mengkhianati amanah yang diberi...

Tahukah kalian,
Walau erat sekalipun hubungan kerja yang tercipta
Aku masih punyai bos hakiki..
Pernah kalian tahu SKT aku???
Teruk tahu! Teruk!!!
Selama 5 tahun aku berkhidmat
Mana pernah sebarang anugerah aku terima!
Kau tahu tak!

Kau hanya fikir aku menggedik dengan bos kau!
Terpulang!
Aku hanya bekerja!
Tidak sedikit mahupun sekelumit pun aku burukkan kalian
Pada bos kalian
Tentang sifat jelek kalian
Yang sesuka hati mengata manusia semua salah!

Kalau aku mahu, senang2 saja aku fitnah kalian
Dan sudah tentunya bos kalian akan memandang serong pada kalian!
Tapi tidak pernah aku menyentuh peribadi kalian!
Mahukah aku memfitnah kalian???
Mahu??
Kalau mahu, aku dengan bersenang hati untuk memberi tahu..
Kerana, aku manusia kepercayaan mereka!
Hahaha!!!!

Tapi aku tidak sekejam itu!
Sebagai mana benci aku pada lala,
Aku tidak pernah menjatuhkan air muka dia depan bos aku sendiri!
Aku masih tahu letaknya maruah setiap manusia
Bukan macam kalian
Yang macam mulut ayam..
Cepat melatah dengan segala yang terjadi.

Tahukah kalian harga aku yang bayar oleh mereka??
Lelah, penat,
Kerja hakiki aku kadang terbengkalai
Ofis itu menjadi rumah kedua!
Kalian pernah tahu???
Tidak!

Kalian hanya tahu mengutuk aku!
Memfitnah aku!
Mencabar sabar aku!

Pernah kalian hitung
Deras air mata yang mengalir?
Laju degup jantung yang berlari?
Emosi yang semakin tidak stabil??

Apa kalian ingat
Aku mempunya tugas lebih masa yang dibayar?
Atau ada insan yang tolong bersama tika aku resah?

Aku hanya ada Allah..
Tempat aku bergantung
Walaukadangkala terlepas juga tali pengharapan pada Dia..
Hanya Dia yang tahu
Petapa jerihnya aku
Menghadapi kerenah bos yang pelbagai
Menjawab pertanyaan fitnah yang berleluasa..

Kau tahu?
Makam ikhlas itu paling sukar dicapai..
Andai kau sering mengungkit dan mengeluh
Walau dengan setiap tindakan berbayar yang kau lakukan..

Cubalah berbangga dengan kejayaan manusia lain..
Kite bukan hebat sangat...
Tiada apa yang kite ada..
Melainkan pertolongan Allah sahaja..




Wednesday, March 19, 2014

Berubah...

Jejak bertapak Ezu warkah 3/19/2014 09:48:00 PM 0 kata azimat
Aku berubah..
Seakan aku anti pada dunia sekeliling..
Persekitaran mengajar aku berubah..
Kepada perkara yang lain..

Siapa yang mengajar kalian memfitnah aku..
Siapa yang mengajar kalian bercerita tentang aku..

Apa yang aku ada sebenarnya??
Sehingga kalian tergamak menconteng arang pada muka aku??
Aku manusia biasa...
Kerani bawahan..
Rupa paras yang hodoh..
Harta yang tiada..
Malah keturunan yang biasa..

Apa yang hebatnya aku sehingga aku difitnah..
Bercinta dengan suami orang yang dahulunya bekas kekasih..
Terasa geli pula sebut bekas kekasih! Hahaha!

Belajar tinggi sampai ke langit
Tapi masih bersifat manusia jahiliah
Apa yang kau dengki pada aku??

Salah aku berkawan dengan dia?
Gelak ketawa seperti orang lain?
Sedangkan di khalayak ramai.. Bukan berkhalwat..

Kalian!
Sila jaga diri sendiri dan kehormatan diri sendiri..
Kalian dan aku berjantina sama..
Seronokkah difitnah tentang hal yang tak sekelumit pun kalian lakukan??

Jangan jadi ahli neraka sebelum waktunya..

Aku tak marah kalo hal itu dinyatakan pada aku..
Yang paling aku kesal,
Hal ini tersebar luas!
Entah dari mana berita pertunangan ku pula!
Sedangkan yang bertunang orang lain!

Kenapa pertunangan dia yang benar itu tidak kalian jajakan sekitar alam??
Kenapa pertunangan aku dan 
Perkasihan ku dengan suami orang 
Wujud dalam cerita pantry kalian!!

Kalian jangan semakin gila dan buat gila!
Kalian jangan mencabar tahap kehormatan aku!
Semoga kalian tidak terluka bila aku gila!

Sekadar berjawatan biasa2, apetah lagi sukarelawan
Buatlah cara orang biasa, bukan berlagak bangsawan!
Aku juga seperti kalian! 
Tiada lebih sedikit pun, malah lebih banyak kurang!

Apa yang ada dalam hati kalian?
Benci pada aku?
Sakit hati dengan aku? 

Dalam tempoh tahun pertama ini
Langsung tidak aku cuit peribadi kalian
Aku bersendiri..
Lantas apa yang kalian curigai??

Manusia gila
Membuatkan aku menjadi separa mereng!
Melayan karenah penyakit jiwa
Membuatkan aku hilang waras..

Maka, berdosakah aku berubah???
Maaf.. 
Hilang sudah senyuman di wajah..
Tiada lagi salam tertaut di setiap pagi..
Aku tidak sesempurna mawar berduri..

Kalau cara ini masih belum membuatkan kalian bahagia,
BANYAKKAN BERTAUBAT!


Alfu mabruk!

Jejak bertapak Ezu warkah 3/19/2014 08:50:00 PM 0 kata azimat
Selamat pengantin baru..
Semoga bahagia sampai syurga..

Selamat kami sampai di ijok sabtu lepas..
Bersama-sama kak marissa yang bertahun tak jumpa..

Katanya aku semakin matang..
Kurang gelak..

Mungkin jarak masa yang terlalu lama memisahkan
Membuatkan aku seakan pendiam.
Entah.. 

Sekali lagi, 
Alfu mabruk alaikum a.zul n masyitah.. :)


Semoga kau tenang..

Jejak bertapak Ezu warkah 3/19/2014 08:45:00 PM 0 kata azimat
Aku tak tahu apa yang membuat kamu semakin runsing
Aku jugak tidak tahu apa yang membuatkan kau gelisah..

Yang pastinya
Disaat kesukaran
Kau akan mencari aku

Lama ku perhatikan kau..
Saat sang angin menyebarkan pertunangan ku..

Tingkah mu longlai
Tutur mu sepi
Wajah mu suram

Hilang ceria
Seakan semua manusia menafikan kamu..

Laman sosial kamu juga semakin lain..
Semakin rindu pada arwah ibu mu..
Aku tahu kau dalam tekanan..
" biarlah jodoh itu datang sendiri.."
"Kalo lambat, maksudnya tak de jodoh.."

Setelah kau mula mencungkil sedikit peribadi ku..
Seakan bau cemburu itu ada
Walau tidak secara terang
Tapi itu maksudmu..

Usah kau cemburu pada yang tiada
Aku dengan seseorang itu masih beristikharah..
Takkala kau kata seseorang tu mungkin bermain
Aku seakan terkedu..

Entahlah..
Aku tiada jawapan..
Hati ku pada kamu..
Walaupun sebegitu, istikharah itu masih menjadi permintaan..

Usah kau bersedih..
Aku tidak meninggalkan kamu..
Selagi aku tiada sebarang ikatan
Hanya kau di hati..

Aku tahu kau tahu..
Cuma keegoaan kita
Memaksa untuk berdiam diri..


 

Saturday, March 08, 2014

Hidup bujang.

Jejak bertapak Ezu warkah 3/08/2014 11:31:00 AM 0 kata azimat

Pagi ni,
Tunggu B, dok service.
Dari 9.45 sampai kol 11.26.
B masih diluar.

Perut pun makin lapar..

Technician kete ada 5 je.
Sangat kasihan pada aku.
Melopong sesaja..

Ponek den..

Apo laie nk ckp..

Minggu lepas bru renew roadtax B..
Duit kutu stp tahun, khas untuk B je..

B, bilanya ezu nk kawen ni..
Bosan la B..
Dok sorang2, live mcm takde.
Balik keje kol 7.
Sampai umah kol 8.
Trus membuta.
Esok p keje blik, kol 8..
Sampai opis kol 8.30..

Bosannye hidup bujang..
Adehh

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review