Bukan perbicaraan politik disini..
Tapi sikap..
Sikap dan tindakan melayu..
Mungkin segelintir atau malah ramai..
Sifat busuk hati dan tidak senang dengan orang lain
Membuatkan melayu makin layu..
Aku semakin pelik dengan ragam2 ini..
Semakin tinggi tahap pelajaran
Semakin pandai tentang ilmu dunia
Semakin hilang rasa hormat pada orang lain..
Jelik dengan perangai yang tak seberapa bagus ni..
Atau akukah yang terlalu kurang segala segi
sehingga orang membenci
Aku tidak sesempurna yang kau lihat..
Kurang yang semakin banyak
Tapi tidak nampak pada matamu..
Apa yang aku ada?
Harta? Hutang ku keliling pinggang
Rupa? Tuhan bagi aku raut yang sebegini
Keturunan? Sekadar melayu biasa
Agama? Tidak semolek perempuan lain..
Maka..
Kekurangan ini aku perlu litupi
Agar aku tidak bersedih dengan kelemahan aku..
Aku tak mahu orang sekeliling aku tak bahagia
Kalau aku tak bahagia..
Biarlah mereka mencipta kebahagiaan
Andai dari airmata ku sendiri...
Salahkah aku bekerja dengan orang lain..
Ya..
Aku tahu.. Bukan mereka bos hakiki aku..
Sementelah mereka bekerja dengan aku
Perlukah aku mengkhianati amanah yang diberi...
Tahukah kalian,
Walau erat sekalipun hubungan kerja yang tercipta
Aku masih punyai bos hakiki..
Pernah kalian tahu SKT aku???
Teruk tahu! Teruk!!!
Selama 5 tahun aku berkhidmat
Mana pernah sebarang anugerah aku terima!
Kau tahu tak!
Kau hanya fikir aku menggedik dengan bos kau!
Terpulang!
Aku hanya bekerja!
Tidak sedikit mahupun sekelumit pun aku burukkan kalian
Pada bos kalian
Tentang sifat jelek kalian
Yang sesuka hati mengata manusia semua salah!
Kalau aku mahu, senang2 saja aku fitnah kalian
Dan sudah tentunya bos kalian akan memandang serong pada kalian!
Tapi tidak pernah aku menyentuh peribadi kalian!
Mahukah aku memfitnah kalian???
Mahu??
Kalau mahu, aku dengan bersenang hati untuk memberi tahu..
Kerana, aku manusia kepercayaan mereka!
Hahaha!!!!
Tapi aku tidak sekejam itu!
Sebagai mana benci aku pada lala,
Aku tidak pernah menjatuhkan air muka dia depan bos aku sendiri!
Aku masih tahu letaknya maruah setiap manusia
Bukan macam kalian
Yang macam mulut ayam..
Cepat melatah dengan segala yang terjadi.
Tahukah kalian harga aku yang bayar oleh mereka??
Lelah, penat,
Kerja hakiki aku kadang terbengkalai
Ofis itu menjadi rumah kedua!
Kalian pernah tahu???
Tidak!
Kalian hanya tahu mengutuk aku!
Memfitnah aku!
Mencabar sabar aku!
Pernah kalian hitung
Deras air mata yang mengalir?
Laju degup jantung yang berlari?
Emosi yang semakin tidak stabil??
Apa kalian ingat
Aku mempunya tugas lebih masa yang dibayar?
Atau ada insan yang tolong bersama tika aku resah?
Aku hanya ada Allah..
Tempat aku bergantung
Walaukadangkala terlepas juga tali pengharapan pada Dia..
Hanya Dia yang tahu
Petapa jerihnya aku
Menghadapi kerenah bos yang pelbagai
Menjawab pertanyaan fitnah yang berleluasa..
Kau tahu?
Makam ikhlas itu paling sukar dicapai..
Andai kau sering mengungkit dan mengeluh
Walau dengan setiap tindakan berbayar yang kau lakukan..
Cubalah berbangga dengan kejayaan manusia lain..
Kite bukan hebat sangat...
Tiada apa yang kite ada..
Melainkan pertolongan Allah sahaja..
0 kata azimat:
Post a Comment