"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Tuesday, May 06, 2014

Dia tetap ibu

Jejak bertapak Ezu warkah 5/06/2014 05:06:00 PM
Meninggalkan dia sejauh jarak 3 marhalah
Menjadikan aku benar2 tawakkal..

Menjaga mata setelah dibedah untuk memasukkan kanta
Rumit juga..

Ahh..
Aku yang terbiasa dibekalkan jemput2 sekiranya ingin pulang
Terasa kosong..

Dia masih ada, sihat tapi tidak sepenuhnya..
Manakan dengan darah tinggi, kencing manis, mata..
Belum pernah ku dengar keluh mu..

Hanya keluhan tentang abah
Yang kami semua nyata menolak dia..

Benar, hubungan ku dengan ibu
Hanya biasa.. Bukan anak kesayangan..
Tapi, mungkin aku terdidik untuk mengasihi sesiapa sahaja
Walau kadang kala menyakitkan..

Ibu..
Semoga sihat2 saja kau di sana..
Moga allah sentiasa melindungi mu..
Aminnn...

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review