"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Friday, February 27, 2015

lagu

Jejak bertapak Ezu warkah 2/27/2015 02:48:00 PM 0 kata azimat
Bila resah semuanya keranamu
Kadang gundah juga kerana kamu
Tapi mungkin kerinduan ini
Turut jua engkau rasai

Lafazkanlah kasih
Kalimah cinta
Lafazkanlah saja
Rindu itu milik kita

Kerana hati ini
Hanyalah buatmu
Setulus hatiku
Ku serah padamu

Oh kekasih
Kekasih janganlah kau pergi
Karana ku menyayangimu
Kerinduan ini hanyalah untuk mu

Percayakah kucinta padamu
Moga realiti
Bukannya mimpi


Tuesday, February 10, 2015

Tahniah ezukama!

Jejak bertapak Ezu warkah 2/10/2015 01:26:00 PM 0 kata azimat
Post cerita di dalam opis..

Nak share 1 cerita..

Mungkin best
Mungkin ok
Mungkin ape2 je la..

Jumaat lepas
Ada program opis..

Tempat luar opis
Semestinya..

Rupanya...
Dapat APC bulanan!
Sangatlah tak sangka..

Kite bukan layak mana pun..
Tapi memang ada yang tak layak yang dapat..

awat la huduh benor aku time ni..



Sunday, February 01, 2015

Lirik juga

Jejak bertapak Ezu warkah 2/01/2015 08:50:00 PM 0 kata azimat
Oh Tuhan berikanlah aku
Kekuatan menempuhi dugaan-Mu
Aku percaya ada hikmahnya
Di setiap dugaan yang ku terima

Andainya hatiku bersuara
Pastinya ia akan berkata
Cukuplah sayang aku tidak berdaya
Mengharungi segala sengsara

Berapa kali harus aku terluka
Barulah kan ku sedar
Cintaku tidak layak untuk dirinya
Mengapa masih aku setia di sisinya
Tidakku mengerti tidakku fahami

Seperti insan biasa aku ingin bahagia
Menyintai dan dicintai tiada duanya
Andai terlampau permintaanku ini
Maafkanlah kasih

Kursus awal tahun

Jejak bertapak Ezu warkah 2/01/2015 08:05:00 PM 0 kata azimat











Selamat aku dah kursus 4 hari..
Awal tahun dah berjalan ke negeri orang..
Tempat kursus yang aku teringin nak rasa..
Hahaha..

Bertolak jam 8 dari opis..
Dok dalam bus semacam tak selesa..
Orang lain terlelap, aku terkebil2..
Perut berkeroncong..

Sampai je kat rnr sebelum air keroh,
Bus berhenti untuk breakfast..
Aku amik pau ayam dengan hot dog n kopi..
Perut rasa x sedap..
Kepala dah berat..

Habis je makan, aku terus mual..
Terus cari toilet..
Pe lagi, muntah terus..
Entah ape yang aku rasa pun x tau..
Rasa nak cancel je p kursus...

Naik atas bus,
Aku muntah n muntah lagi..
Macam tak terkeluar semua..
Terpaksa berhenti kat rnr ape tah..
Tangan pun dah kena muntah
Mulut pun asyik nak muntah
Tak sempat sampai toilet muntah lagi..
Mujur ada plastik.. Kalo tak, muntah depan orang..hahaha..

Dah naik atas bus dah ok..
Aku alih tempat duduk, n duduk tegak..
Kurang sikit rasa..

Mungkin angin..
Cz hari sebelumnya, aku makan tengahari je..
Malam x makan walaupun perot berkeroncong..
Pagi xde plak breakfast kat kedai..
Tapi aku fah minum soya.. Xleh handle jugak rupenya..

Tak pernah2 dibuat macam tu..
Sekali dia buat, teruk jugak aku..

Sampai sana, aku dah semacam je..
Nak demam la, sejuk la..
Tak larat makan.. Telan pau yang dibungkus tadi n ubat.. Tido..
Gigih juga p kelas petang tu..sebab dah ok sikit..












Dapat plak group dengan pempuan tu..
Aku rasa nak nangis..
Tuhan betol2 uji aku hari tu..
Tak pe lah..aku cube je la..
At the end, memang group aku, paling corot sekali!
Entah ape2..
Dek banyak sangat arahan, tapi x tau nak buat tindakan yang mana..












Ye, aku dah nampak bos aku dalam kursus..
Nyata sangat..memang itulah dia sebenarnya..
Aku gelak je dalam hati..
Lantak kau la bos.. Sebab kau bos, kan..

Paling best,
Aku berjaya tawan gunung lambak..hahaha!
Kak liza dah pitam sebelum sampai cp1..
Aku dah risau, kot kena turun usung dia..
Mujur dia cepat sedar..

Dia dah sedar
Lepas kena urut, lepas kena tepuk belakang,
Laju je kedepan naik bukit..
Aku plak terpaksa suruh dia stop..
Sampai kena gelak dengan orang ikwas tu..
Dia kata, kan betol dia cakap malam tu,
Orang yang umur 35 keatas ni, lain macam stamina dia..

Aku dah gelak2 bergaduh dengan dia menidakkan..
Sebab dia dok pandang aku je malam tu..
Aku buat isyarat aku belum 35 n masih kuat..

Akhirnya, aku berjaya juga sampai..
Naik sempot jugak la..
Aku tengok dia elok je panjang gunung tu sambil minum air milo..
Hahaha!
Orang dah biasa hiking..
Aku biasa duduk je..
Lain..












Btw, ok ler jugak kursus tu..
Balik singgah ayer hitam..
Beli kerepek pisang, kuih cakar ayam dengan jenderam..
Cukup ler kan..

Nanti nak renew roadtax bulan 2..
Melopong plak xde duit kang..

Rindu plak kat suasana situ..
Emm..emm..emmm..



Bantuan banjir

Jejak bertapak Ezu warkah 2/01/2015 08:04:00 PM 0 kata azimat
Bulan januari tak de post rupenye..
Bizi tak terkira rasanya..

16 jan : ke Temerloh untuk hantar bantuan jabatan
20-21 jan : jadi juruaudit kat MPS
26-29 jan : kursus di ikwas

Makanya, memang malas la nak menaip..

Mari bercerita tentang diari pada 16 januari 2015 jumaat.












Seawal jam 7.30 pagi
Aku dah tercongok kat bus stop.
Menunggu untuk diambil..
Tak muncul2 sampai cair make up..
Kol 8 baru sampai..
Duduk plak dengan kakak tiri dalam 1 kereta..
Pandai kan depa..

Owh lupa..
Dari jabatan ada 3 kereta yang ikot.
2 kereta jabatan
1 kereta persendirian..
6 lelaki, 4 perempuan..

Barang yang kami bagi
Bantal, minyak masak dan goodies bag yang ada air kotak, roti n belon..
Tang belon tu, aku dah membebel..
Ada ke nak bagi belon kat bebudak tu..
Dah la tengah banjir.. Nak fun apenye..
Ape tah dalam pemikiran dia tu..

Sampai destinasi pertama..
Kampung yang aku tak ingat namanya..
Betol2 depan sungai..
Tepisah dengan jalan utama je..
Memang teruk sangat la keadaan kat situ..












Air naik separas bumbung..
Pokok2 dah warna kelabu..
Rumah pun warna kelabu..
Dah macam rumah pondok..
Barang2 memang habis kena buang..

Paling sedih, aku bagi goodies bag..
Kat sorang budak laki..
Mungkin dalam 4 tahun kot..
Dia tak nak..dia letak kat bawah kaki..
Entah ape yang dia sedih sangat tak tahulah..
Sampai tak terima pemberian orang..
Mungkin permainan dia hilang ke
Bantal busuk ke..
Adik2 dia yang lain ok je.. Berebut nak goodies tu..
Kesian..












Tempat ke dua
Ke mrs temerloh..
Bagi bantuan kat situ..
Opis tu tak naik air
Cume rumah staff ada yang terkena musibah..












Lepas tu,
Singgah rumah sorang pegawai ni..
Dok rehat sementara depa p solat jumaat..
Walaupun rumah mak mertua dia kena bah,
Tapi, dah dibersihkan..
Kesan air naik sampai betis aku jgk la..

Yang sadisnya,
Orang opis dia siap bawak makan lagi..
Opis aku, usung perut je la..
Malu..
Memang nampak sangat pergi tak merancang..

Kempat ke tiga
Kat kampung kuala kerau..
Yang tu, pun teruk jugak..












Barang banyak dibakar..
Nak basuh barang, air kecik..
Nak basuh kain, lumpur dah keras..
Memang kena mulakan hidup baru..












Hmmm..
Kalo ikot hati yang tak sado ni
Memang dah lama hujan turun..
Tapi, sabar je la jugak..

Baru area temerloh..
Kalau kat kuala krai, 
Mesti lagi teruk..
Macam manalah nak hadap situasi ni..

Semoga Allah bagi mereka kekuatan 
Dan semangat yang tek berpenghujung..
Aku tau,
Bukan mudah nak hadapi..
Tapi,
Aku harap,
Diorang tabah...


 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review