"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Sunday, February 01, 2015

Bantuan banjir

Jejak bertapak Ezu warkah 2/01/2015 08:04:00 PM
Bulan januari tak de post rupenye..
Bizi tak terkira rasanya..

16 jan : ke Temerloh untuk hantar bantuan jabatan
20-21 jan : jadi juruaudit kat MPS
26-29 jan : kursus di ikwas

Makanya, memang malas la nak menaip..

Mari bercerita tentang diari pada 16 januari 2015 jumaat.












Seawal jam 7.30 pagi
Aku dah tercongok kat bus stop.
Menunggu untuk diambil..
Tak muncul2 sampai cair make up..
Kol 8 baru sampai..
Duduk plak dengan kakak tiri dalam 1 kereta..
Pandai kan depa..

Owh lupa..
Dari jabatan ada 3 kereta yang ikot.
2 kereta jabatan
1 kereta persendirian..
6 lelaki, 4 perempuan..

Barang yang kami bagi
Bantal, minyak masak dan goodies bag yang ada air kotak, roti n belon..
Tang belon tu, aku dah membebel..
Ada ke nak bagi belon kat bebudak tu..
Dah la tengah banjir.. Nak fun apenye..
Ape tah dalam pemikiran dia tu..

Sampai destinasi pertama..
Kampung yang aku tak ingat namanya..
Betol2 depan sungai..
Tepisah dengan jalan utama je..
Memang teruk sangat la keadaan kat situ..












Air naik separas bumbung..
Pokok2 dah warna kelabu..
Rumah pun warna kelabu..
Dah macam rumah pondok..
Barang2 memang habis kena buang..

Paling sedih, aku bagi goodies bag..
Kat sorang budak laki..
Mungkin dalam 4 tahun kot..
Dia tak nak..dia letak kat bawah kaki..
Entah ape yang dia sedih sangat tak tahulah..
Sampai tak terima pemberian orang..
Mungkin permainan dia hilang ke
Bantal busuk ke..
Adik2 dia yang lain ok je.. Berebut nak goodies tu..
Kesian..












Tempat ke dua
Ke mrs temerloh..
Bagi bantuan kat situ..
Opis tu tak naik air
Cume rumah staff ada yang terkena musibah..












Lepas tu,
Singgah rumah sorang pegawai ni..
Dok rehat sementara depa p solat jumaat..
Walaupun rumah mak mertua dia kena bah,
Tapi, dah dibersihkan..
Kesan air naik sampai betis aku jgk la..

Yang sadisnya,
Orang opis dia siap bawak makan lagi..
Opis aku, usung perut je la..
Malu..
Memang nampak sangat pergi tak merancang..

Kempat ke tiga
Kat kampung kuala kerau..
Yang tu, pun teruk jugak..












Barang banyak dibakar..
Nak basuh barang, air kecik..
Nak basuh kain, lumpur dah keras..
Memang kena mulakan hidup baru..












Hmmm..
Kalo ikot hati yang tak sado ni
Memang dah lama hujan turun..
Tapi, sabar je la jugak..

Baru area temerloh..
Kalau kat kuala krai, 
Mesti lagi teruk..
Macam manalah nak hadap situasi ni..

Semoga Allah bagi mereka kekuatan 
Dan semangat yang tek berpenghujung..
Aku tau,
Bukan mudah nak hadapi..
Tapi,
Aku harap,
Diorang tabah...


0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review