"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Saturday, February 16, 2013

hari hangin sebadan

Jejak bertapak Ezu warkah 2/16/2013 09:12:00 PM 0 kata azimat
Ni first entry bulan dua..
Banyak nak bercerita,
Tapi malas nak menulis..
Nak buat v-log macam tak mampu plak..
Mencapap semacam je...

Cerita unuk hari ni..
Berkaitan lawatan opis ke singapore..
Sebenarnye, macam2 hal jadi..

Pertama sekali, aku dah tipu KP aku..
Aku cakap trip dah penuh..
Perghhh.. Aku siap email kat semua, Bus dah penuh..
Hanya kerana pempuan tu!
Au tak nak dia ikot! Ok bukan aku je..
Semua orang tak nak.. Kalo dia ikot, sume nak tarik diri! Gila namanya!
Maka, tu solution terakhir aku selepas aku hampir meroyan time berbincang..haha!

Untuk buat pasport group plak, pagi tadi la..
Janji punya la cantik, kol 8 dah ada kat situ..
Sekali, ada group ni, kol 8 ada lagi kat tampin!
Nak sampai seremban dah sejam!
Aku start dah nak baran.. Janji camne ni! Haish!
Boleh plak aku p breakfast kat penghulu cantik dengan zila..
Siap p dua buah bank kat seremban tu..

Lepas je makan, aku terus parking kat opis..
Opis dengan imigresen x jauh..jalan kaki 5 minit da sampai..
Cantik je aku beratur, sekali dia cakap sabtu ahad tak buat pasport group!
Berubah air muka aku sambil terkebil2 tengok borang dan orang tu..
Terus aku belah...dah la kat situ orang macam sardin dia punya ramai..geram betol!
aku call member..tak berangkat..
Mula nak angin dah.. Mesej plak.. Baru balas..

Member kata ok je.. Jumpa dia je nanti..
Ok la... Kat situ, aku amik masa sampai kol 11 nak sattlekan borang..
Tengah aku serabut tunggu group lagi satu ni, gambar pasport diorang tercicir!
Ya Allah! Ni tercicir time aku dok beratur ke ape ke, tak tau la..
Puas aku cari serata wisma persekutuan tu..
Aku balik ke opis.. Sepanjang jalan tu, memang tak jumpa..
Aku tawakkal je la.. Aku baca rabbi yassir walatuassir...
Aku yakin, Allah tolong aku..

Aku suruh diorang buat gambar baru.. 
Nasib la.. Aku cari tak jumpa.. Tersepuk dah aku kat celah orang ramai tu...
Biol sekejap.. Sattle satu2, baru aku mesej member untuk masuk kaunter..


Alhamdulillah.. Sattle untuk pasport group  dan pasport persendirian dalam kol 12.
Pasport persendirian tu, untuk zila, kak liza ngan husband dia.

Aku terus hantar zila kat umah dia..
Singgah untuk makeup..sebab, lepas tu aku nak p kenduri umah pakcik sedara aku!
Takkan aku nak p dengan muka pucat kan..
Haha! Aku memang sangat lupa ada kenduri..
Ingatkan, lepas sattle pasport nak p berjimba jap..
Makngah dah tolong ingatkan malam tu, ada kenduri.. Amik ko...
Aku gamble je p umah tu dengan blaus.. Hahah..
Tak pe.. Aku cover dengan hadiah! Haha
Hadoi, entah la.. Aku ni terlalu la simple..
Kuar masuk uamh tu macam umah mak aku..
Walopun aku tak rapat, tapi aku memang selamba donut je..

Sampai rumah dalam kol 3..
Dapat mesej dari ketua group aku..
Dia tak nak p singapore!
Aku hanginnnnn satu badan! Rasa nak uli2 je dia jadi donat!
Rupanya member dia tak pegi... Aku dah agak dah... Dari awal lagi...Benda ni jadi...
Kan! Instinct aku tak salah! 
Dah la aku balik penat2, dapat plak mesej macam tu, mau tak gila!
Aku geram, aku cakap kat dia buat istikharah kalo sayang kat aku!
Marah plak dia kat aku, ape kena mengena dengan syg..dia tak bagi aku mengarut dan dia pegi member dia tak p..
Hah! Amik ko! Sakit nyawa aku dengan perangai masing2!  

Ni dah la first trip nak ke luar..
Bagi la semangat sikit kat orang2 yang mengurus ni.. 
Kalo,pgram ni jadi, boleh la p tempat lain..
Ni nak p singapore je..dah macam2 hal...
Opis orang lain tu boleh je p macam2 negara..
Nape opis aku tak boleh plak?

Senang cite, hari ni, hari hangin aku satu badan!
Hangin2 pon aku sengih je...
Dalam hati, bergelora!


I blog with BE Write

Tuesday, January 29, 2013

akhirnya, terbongkar jugak...

Jejak bertapak Ezu warkah 1/29/2013 09:55:00 PM 0 kata azimat
Isnin..
Cik aisyah datang rumah..
Alang2 dia nak balik putrajaya, dia singgah rumah...
Memang sangat lama tak jumpa dia..
Tapi aku tak ingat bila last jumpa dia..
Yang pastinya sejak hujung november 2012..

Ajak dia jumpa luar, nak datang jugak pantai..
X pela.. Tetamu dialukan..
Dia warning tak payah ape2..
Hahaha.. Ape la yang ada pon kat umah ni..
Dapat la dia makan aiskrim n air ribena je..

Aku pulak dapat kerongsang dari sabah.. Cantik!
Wehehe...
Crepe durian jugak! 
Untung ada orang sayang..
Itu dah cukup membahagiakan..

Bestkan ada kakak..terasa disayangi..
Diakui, aku budak manja..tak nampak macam anak sulung..
Jarang orang tahu aku anak sulung..
Kebanyakan akan cakap aku anak bongsu..

Well... Sebab tu la kot, ramai sangat tersinggung dengan aku..
Dengan perangai cepat terasa, emo semacam, baran tiba2, cepat tarik muka..
Entah la..aku pon takpaham perangai aku..
Apetah lagi orang lain..

Tengahari tadi terbongkar la cerita..
Semuanya berlaku sebab aku..
Tarik muka tiba2.. Sebelom2 ni pon, aku cepat tarik muka..
Sebab tu semua terasa..
Ahh.. Keras sangat hati ni rupanya..

Ada sebab aku tarik muka.. Tapi malas nak burukkan sesiapa..
Dan aku jugak malas nak membela diri...
Aku redha je la..
Memang salah aku pon..

Tapi thanks kak lidia..
Masih nak bersemuka..walaupon aku malas nak bukak cerita lama..
Pada aku, lantak la apa nak jadi.. Dah ok, ok la...
Tapi dengan dia, soft betol pendekatan dia..
Aku dah agak dah sebab apa.

Tapi, bila dia kata aku ada tempik dia, 
Hah, gila kejap aku..
Aku memang tak sedar saat aku tempik dia..
3 kali katanya.. Dari pagi sampai petang katanya..
Terasa betol dia..
Lillahitaala, aku memang tak perasan bila aku tempik dia..
Yelah, siapa yang kena tempik, memang merajuk sakan la..
Cumanya, takde la aku cakap kat dia, lillahitaala aku tak perasan..
Aku diam tersengih je..

Kadang2 bila ego aku ni dah melambung tinggi, memang tu la jadinya..
Yang ralat sangat bila dia kata aku tempik dia..
Dan paling walang hati ni, alone betol aku dua bulan kebelakangan ni..
Dengan dia plak tu..
Kalo dengan orang lain, memang aku tak heran..
Sebab aku memang sayang dia..kakak yang paling memahami aku kiranya..

Susah untuk aku percaya orang..
Hanya kak lidia dan kak aisyah je yang aku boleh percaya..
Yang lain tu, kalo aku rasa nak cerita, aku cerita la..
Mulut masing2 bukan boleh percaya..

Then, cerita ni sattle la..
Aku pon dah malas nak ulas cerita ni..
Pada aku, sume sama je...

Ha... Tengok...
Still lagi ego kan...
Taknak ngaku kalah..
Cukup lah..cukup setakat ni.. 
Penat dah nak hadapi masalah hati ni..
Tekanan perasaan, sakit jiwa, mereng otak..

Aku tak nafikan, semakin kita rapat dengan seseorang,
Allah akan uji erti ukhwah tu..
Itulah ujian yang aku dapat tepat dalam lobang hidung.
Perit sangat rasanya..





I blog with BE Write

Sunday, January 27, 2013

sudah2 la mengenang...

Jejak bertapak Ezu warkah 1/27/2013 08:05:00 AM 0 kata azimat
Rentetan dari cerita yang berlaku semalam..
Membuatkan aku seperti orang hilang sauh..
Nampak tenang diluaran..
Dalaman aku hancur bak tsunami..

Mujur juga semalam cuti..
Seharian aku terperap didalam bilik..
Tanpa berbuat ape2..
Lebih kepada tido sebenarnye...

Aku tak tahu kenapa aku harus berfikir lagi..
Aku juga tak tahu kenapa aku macam orang sakit..
Kemurungan kah?



Saat pelbagai benda menyesakkan akal dan emosi
Tido adalah terapi yang aku rasakan paling baik..
Yup, sehingga seharian aku boleh bangun tido bangun tido
Tanpa sebarang sakit kepala..

Orang kata , kalo banyak tido, sakit kepala..
Benarlah...
Tapi, saat yang genting macam ni, berjaga lebih menyakitkan kepala.

Entah apa yang aku pikir
Dan entah apa yang aku ingin buang!

Dah macam mayat hidup..
Diri tak terurus, baju tak berbasuh, bilik tak terkemas..
Teruk..

Dah la zulaikha...
Kembali pada tuhan..
Buang sifat marah dan benci tu jauh2..
Insyaallah, semuanya akan pulih..
Walau bukan macam dulu, asalkan hati tenang...

Ok..sila bangkit dengan aman dan redha!

Banyak baju tak berbasuh ni...



I blog with BE Write

Friday, January 25, 2013

kalau aku berubah, maaflah..

Jejak bertapak Ezu warkah 1/25/2013 09:17:00 PM 0 kata azimat
Saat yang aku rasakan sekarang, adalah saat yang entah ape2..
Aku seakan hilang punca dan hilang percaya..
Andai aku termenung sekalipun, apa yang aku dapat..
Kalau aku mngeluh sekalipun, apa yang aku boleh buat..

Aku akui, dua bulan kebelakangan ni, aku membawa diri..
Sendiri menjalani aktiviti harian
Sendiri tanpa teman disisi
Dan sendiri tanpa sesiapa memujuk hati..

Gencatan suara yang aku lancarkan pada dia,
Yang aku anggap sebagai kakak tersayang
Betol2 membuat hati aku tak keruan..
Kebetulan yang memungkinkan masalah peribadi sendiri
Dan terbawa pada emosi sendiri
Menyebabkan salah faham timbul..
Akhirnya kedua2nya menderita..
Ingatkan hanya sekejap, rupanya berlarutan hingga 2 bulan!

Sesuatu yang masih belum sempat aku rungkaikan bersama dia..
Hanya beberapa perkara yang terbongkar tadi..
Selebihnya, masa tak mengizinkan untuk berbincang..
Hanya tunggu waktu itu tiba..


Sepanjang tempoh itu, aku mengeraskan hati..
Diam membatu tanpa banyak bicara..
Baik dengan dia, atau dengan yang lain..
Sungguh, aku terasa hati dengan mereka..
Maka, jalan dan keputusan yang drastik aku ambil
Aku membawa haluan hidupku di mahkamah itu secara sendirian..

Apa yang berlaku pada aku, aku diamkan..
Apa yang berlaku pada orang lain juga, aku diamkan..
Aku tiada kuasa untuk bercerita dan beramah-tamah seperti dulu..
Perkara paling utama,
Aku hilang rasa kepercayaan pada mereka!

Entah, hati kecil aku berbisik, usah percayakan lagi pada sesiapa..

Bila bersendiri, aku akui, terasa kehilangan
Tarasa sunyinya tanpa teman disisi
Terasa peritnya bila aku menghadapi ujian yang getir berseorangan..

Aku rasa rimas bila kisah aku yang pernah aku kongsikan bersama 
Diketahui orang lain!
Aku sangat benci keadaan ni!
Aku benci dengan orang bermuka2!
Apakah salahnya simpan sahaja perkara itu dalam hati..
Kenapa harus ada orang lain yang tahu!

Dunia ni mahu terbalik aku rasakan
Satu persatu kisah itu terkeluar!
Aku sudah berubah katanya!
Dan
Sehingga ada yang menyebut mahu melagakan kami!

Apakah ini????!!!
Ya Allah!! Itu sahabat atau apa???
Aku ni apa pada korang ha?
Aku ni hina sangat ke pada korang?
Aku ni dah berubah sangat ke?

Maaf, aku tak pernah nampak aku berubah!
Dan maaf kalau aku ada menyakiti!
Tak semena2 hubungan baik kami menjadi bertambah hancur!
Dek mulut kalian!

Benarlah...memfitnah itu lebih teruk dari membunuh!

Ya, hati dan jiwa aku hampir mati!
Aku hidup dengan tenang hanya kerana aku ada tuhan sahaja!
Aku tak perlu bergantung pada kalian!

Maaf.. Seandainya benar aku berubah..
Aku benar2 mohon maaf....
Aku tak tahu dimana silapnya keadaan ni sampai kalian katakan aku sudah berubah..
Dan aku juga tak tahu kenapa aku berubah..
Sedangkan, kalian kenal aku lebih dari segalanya..

Maaf juga seandainya sepanjang aku berubah 6 bulan lalu,
Aku terlalu banyak menyakitkan hati kalian..
Kita sama2 mendiamkan diri..
Mana tahu apa yang terjadi sebenarnya...

Kerana itu,
Dan kerana kejadian 2 bulan lalu...
Aku mengambil sikap bersendiri..
Aku menjadi orang lain...
Menjadi seorang yang pendiam
Menjadi seorang yang perahsia
Dan menjadi seorang yang betol2 berubah seperti sangkaan kalian..

Perit yang aku tanggung, menggunung dihati..
Siapa kata aku bhagia dengan keadaan itu
Siapa kata aku gembira menjadi orang lain..
Walang hati aku, aku pendam sendiri..

Norlidiawatie.. Kanda, maafkan aku...
Aku kehilangan selama 2 bulan!
Aku keseorangan selama 2 bulan!
Aku menjadi orang lain selama 6 bulan!
Keadaan yang memaksa aku untuk menurut kata hati!

Yang menjadi paparazi, aku harap, kau berhentilah bersikap begitu..
Sesuatu perkara itu, akan menjadi terlalu serius bila orang lain mendengar...
Silap aku terlalu mempercayai kau...
Mungkin kau hanya ingin bercerita kepada mereka, 
tapi soal peribadi aku janganlah dijaja sekali...

Porak peranda aku rasakan sekarang..



I blog with BE Write

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review